Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

2 June 2012

Nota kecil berbalas







"Apabila Allah ingin memberikan kebaikan kepada hamba-hambaNya, Dia akan mulakan dengan musibah"

Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang di uji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redah dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Jika ditakdir kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.

Siapa sangka, kita mempunyai masa depan yang cerah, bergaji besar, mempunyai kenderaan sendiri, kawan yang ramai, malah sudah merancang akan berkahwin pada usia 20-an akhirnya hanya mimpi indah yang sekejap....Siapa sangka kita akan ditimpa musibah dan akan merubahkan segala-galanya...


"Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya"


Memang tiada siapa yang berani menyangka Allah menurunkan ujian sebegini besar kepada kita...dan kepadamu yang menerimanya...Kerana Dia tahu kamu mampu menerima ujianNya, dan oleh sebab itu Dia menurunkan ujian sebegini yang tak pernah kamu sangka...Dia menarik segala kesenangan yang kamu perolehi selama ini, kerana Dia hendak memberikan apa yang kamu perlukan bukan apa yang kamu inginkan.....kerana Dia Yang Maha Mengetahui...

Senyuman yang terukir di wajahmu dan ketawa yang memecahkan kesunyian sudah cukup menggembirakan orang sekeliling yang berpendapat kamu sudah semakin sembuh dan tidak perlu apa untuk dirisaukan.....tapi siapa sangka senyuman itu hanya ingin menutup keperitan yang dilalui, keresahan yang di rasa, kesakitan yang semakin hebat....kerana senyuman dan gelak ketawa itulah yang dapat mengubat kerisauan orang sekeliling........dan diri sendiri....hanya kamu dan Dia sahaja yang tahu....

Aku berbangga kerana dapat mengenali insan seperti kamu yang tabah dan sabar dengan ujianNya dan tidak  cepat melatah dengan takdirNya....Bersyukurlah aku kerana Allah menghantar kamu kepada kami untuk mengikuti jejak kamu yang tidak pernah putus mengucap syukur di atas rahmat Allah yang tidak pernah kurang...

Bersyukurlah kami yang serba sihat dan sempurna kerana diberikan nikmat kesihatan yang baik....Tersedarlah kami kerana ada insan lain di atas muka bumi ini yang tidak sesihat kami....Tersedarlah kami, sakit kami, maka ada lagi sakit daripada kami....Tersedarlah kamu, sakit kamu, ada yang lagi sakit darimu...Walau seteruk mana pun kita, walau sehina mana pun kita, tapi bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas dan pintu taubat masih lagi terbuka selagi nyawa tidak hampir di hujung kerongkong....

Pengalaman mengajar kamu dan kami dengan melafazkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa...Betulah kata orang, kita tak kan pernah berasa syukur jika tiada perkara yang membuka mata kita untuk kita terus bersyukur walaupun segala-gala di depan mata sudah cukup membuatkan kita tidak pernah putus berhenti mengucap syukur...Tetapi manusia sentiasa kalah dengan hasutan...


Di waktu mengenang rahmatMU...
Terasa diri kurang bersyukur...
PadaMu harus kami memohon...
Moga syukur kami bertambah...
Alangkah susahnya...
Mendidik nafsu kami...
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu..
Bantulah hambaMu...
Dalam mendidik jiwa kami...




Dunia hanya sementara, yang kekal abadi hanyalah akhirat sana. Berjaya dunia tak bererti berjaya keakhirnya. Semua bergantung kepada taqwamu kepadaNya..




Tuhan segala nikmat yang Engkau anugerahkan, kami bersyukur
Segala ujian yang Engkau timpakan sabarlah kami
Setakat mana nikmat yang Engkau takdirkan buatku, kami redha menerimanya
Masa depan kami, kami serahkan kepadaMu
Kami yakin selagi kami hidup adalah jaminan dariMu
Agar kami tidak susah memikirkan masa depan kami
Tapi tidah pula kami menafikan usaha
Setiap kepujian yang kami terima, kami kembalikan kepadaMu
Kami tidak layak menerimanya...
Setiap kejayaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kami, kami menerimanya
Kami kan hamba, hamba itu memang hina
Patut kami menerimanya..
Mereka masuk ke SyurgaMu bukan kerana amalanya...
Tapi kerana rahmatMu...Ya Allah..




Adik-adikmu akan sentiasa mengingati pesanmu;

"menyayangi ayah dan ibu kami, mencintai buku (ilmu), menunaikan ibadah-ibadah kami, menjaga perlakuan kami, menghormati orang-orang di sekeliling kami dan menjaga iman kami........InsyaAllah..."


Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri...


"INGATLAH WAHAI KEKASIHKU, SEGALANYA BUKAN DI SINI TAPI SEGALANYA HANYALAH DI SANA"








Yang sentiasa menyokongmu,

Erny Nuryassmien Amran



*tak reti tandatangan kat sini lah pulak

2 comments:

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!