Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

28 September 2013

wordless saturday: dear heart, why him?




Wordless Saturday: Dear heart, why him?


Happy 1 year :)





kita brcinta bukan kerana jasad...

bukan kerana budi...

bukan kerana rupa...

bukan kerana ihsan...

bukan kerana kasihan...
tapi kerana Allah...








notakakicomel: Ya Allah, jika dia terbaik untukku, kau permudahkan urusan kami. Jika dia bukan untukku. jauhkanlah hati kami. Amin..

23 September 2013

Kuey Teow Ladna the making of


tengah2 study week la ni makin memuncak nak masak macam2. yelah. dah nak habis Dip. dah tak leh nak manja2 dengan housemate. sobss sobss.. 

petang ni nak buat Kuew Teow Ladna. senang je la haii




ok. bahan2 yang kena ada is

1 bungkus kuey teow.
minyak sikit
4 ulas bawang putih. (lenyek kan je. tak yah potong)
4 biji bili api (pun lenyek kan jugak)
3 cawan air
1 kiub ayam (nak lagi meledot letak 2 kiub)
ayam/daging/udang/sotong
sayu2n/kubis/karet
2 sudu besar sos tiram
bancuhan tepung jagung



cara2 nya~




gaulkan kuey teow dengan kicap. perap selama 5 minit.
lepas tu goreng kuey teow dalam non-stick pan. tak yah letak minyak pun. Lepas tu angkat.






Masukkan minyak dan tumiskan bawang putih dengan cili api.





Masukkan air dan kiub ayam.
Dah melegak letak ayam/ udang/sotong dll.
Masukkan sayur2n.
Letak sos tiram. kalau tak masin jugak letak garam. tapi 2 sudu sos tiram dah ok .
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau nak pekat lagi kuah, letak la bancuhan banyak2.





siap kuey teow ladna anak dara. hahaha. tak susah pun. sonang la ehhh.. 





notakakicomel: minggu ni nak buat karipap pulak :P

16 September 2013

Malam Bakal Graduan -Special Post-



Kad Jemputan ke Majlis Pra Graduan

Selesai program Finishing School sebelah siang, kini tiba Majlis untuk Bakal Graduan pada sebelah malam di Hotel Equtorial, Melaka. excited tauk! yelah.. dah nak habis Diploma da~  :D

malam Pra Graduan diorang point macam malam ala2 prom nite gitu. sape tak tahu prom nite sila rujuk uncle Google. semua nak melawa melaram walau aku agak stress nak pakai baju apa. huhu.. seriyes stress! huhu..

tapi dah set mind nak pakai kasut itu nak pakai beg itu ini bla bla bla. asalnya aku tak da pun baju lawa2. *rendah diri* patutnya kena pakai baju kurung atau kebaya. aku punye baju cantik2 semua kat rumah. memang tak da rajin mana lah kan nak bali Seremban semata2. so stress punya stress aku beli 1 baju labuh paras lutut. than aku match kan kain and tudung yang sedia ada.. bukan baju kurung pun. tapi orang akan nampak macam baju kurung modennn... moden tak pikiran aku? mihmihmih..




ok. nak jadikan cerita. majlis start pukul 8malam. tapi aku bertolak pukul 6petang.haishh.. sepatutnya Lendu-Bandar Hilir hanya 20-30minit. tapi jem punya pasal aku amek masa nak drive selama 1jam 45minit!!! dah la kete aku manual. nak naik terseliuh kaki ni.hm..

tak parking dekat Hotel Equotrial, tapi parking kat hotel lain. SEBAB? we'olss nak kejar masa. rasanya berjalan kaki 500m lagi cepat kot nak sampai dari naik kete. terpaksa! T_T

yang paling sedih sangat. aku memang plan nak pakai kasut wedgez 5 inci feberet aku. tapi dah lama tak pakai. ada event tertentu je baru pakai. last pakai kasut ni dalam awal tahun kot. T_T masa dah sarung kasut ni, rasa tak sabar nak berpijak atas bumi yang nyata. bila langkah ke 7 8 dan seterusnya tiba2 preppp!!..sumpah nak menangis nak meraung pun ada. dah la nak kejar masa! kasut buat hal! Ya Allah! kasut heels lagi 1 ada kat rumah sewa. selalu aku masuk dalam kereta. kenapa hari ni yang ada dalam kereta semua kasut flat! Alhamdulillah lah kasut flat yang ada semuanya lawa2. juz nak pilih. tapi tak tinggi la kan sebab pakai flat. semua kasut gojes mak ngah. aku je flat lip lap lip lap. :(



korang boleh bayangkan muka aku bila tengok kasut kesayangan
 pada waktu2 bila mana aku memang perlukan dia!


sampai dalam Ballroom Hotel Equotarial Melaka pada pukul 8:10malam. kitorang amek masa 7-8 minit nak sampai kat sana. walau bayar parking mahal. tapi aku pasrah redha. :')


:D





kitorang sebagai seorang Office Management and Technology under Business telah dilatih dalam menjaga penampilan diri, cara2 macam table manner ni kan kan kan. aku memang jaga adab2 macam ni. tapi tapi tapi. aku tak leh tahan bila mana aku tak leh makan makanan tu, tapi ia nampak sangat sedap!

aku memang tak makan dan perut terus kosong sampai berbunyi2 masa VIP berucap. bila makanan sampai satu persatu. aku cam tak tahan bak hang. haha.. tapi yang sampai. ikan masak apa ntah. nak kata cekodok ikan pun ada. tak pelah. belasah je lah. tapi aku tak makan ikan. sebab nanti aku muntah. *spesis alien comel* then. aku amek la sayur kat bawah2 tu. 1 meja gelakkan aku sebab nya, sayur tu hanyalah HIASAN. dalam table manner. walau boleh makan. tapi itu hiasan. kita TAK BOLEH MAKAN. dah tu.. aku tak leh makan ikan. tak kan nak nengok je korang makan kan kan kan. rembat je la salad tu. aku makan sayur whatttt.. jahat tau korang gelak kan aku!! :(






ni serba sedikit sempat snap. menu lain dah masuk dalam perut. hihihi










ini dia best frend Fatin Farhana she got award Pencapaian Akademik Program terbaik. CGPA 3.92. kelas kau nyah~  penat kitorang kat belakang sorak jerit2 punye kuat giler. haha.. *sungguh tak da adab kami ni* haha :P




best frend for eva. till we meet again. :'D

Allhamdulillah.. Majlis meraikan bakal graduan dah pun selesai. minggu depan final exam. lepas tu habis dah Diploma. banyak sangat kenangan masa zaman Diploma ni. kenal erti kehidupan sebagai mahasiswa,kenal apa itu persahabatan, kenal apa itu assingment siap nangis2, kenal apa itu cinta apa itu kawan tapi mesra :')






notakakicomel: rahsia tempat belajar bila sambung degree nanti. *atas sebab2 tertentu*

7 September 2013

Tudung 2U.com.my sangat murah + cantik!!


dah lama rasanya tak update entri. nampak macam dah tak aktif pulak. ni sibuk dengan assingment. business student memang macam ni eh? huhu.. lagi2 25hb ni dah start final exam untuk diploma ni. memang la rasa gelabah tak sabar. tapi takot jugak. huhuhu..

dalam tension2 dengan study, apa kata kita cuci mata tengok tudung2. biasalah perempuan. pantang nampak benda cantik. masa kat shopping lagi lama dari study. ehhh? lolz. yang bukan perempuan pun boleh tengok ape... mana tahu boleh dapat idea nak beli untuk bakal isteri ke.. ehh? ehh? ehem! :p *sila faham* heee



kalau korang nak tahu ada tempat tudung yang sesuai tok korang yang memang nak control cun sepanjang masa. memang senang nak pakai. senang nak bentuk kan. siyes tak tipu. sebab aku sendiri guna tudung jenis ni.




Tudung2U.com.my semua tudung memang cantik dan memang la sesuai untuk gegirl sepisis aku yang suka sangat control maintain tudung bertapak tak gerak2. tak rugi pun kalau beli. boleh pergi sini Tudung2u.com.my (KLIK)

haa.. gegirl yang sebaya aku. tak pun korang yang peminat tudung bawal ni. (kalau ada lelaki ajuk nama2 tudung sepisis ikan ni. biarkan. jeles lah tu baju dia tak da sama ngan ikan. ikan comel what!)

mesti pernah dengar tudung bawal Kangaroo kan? apa korang rasa bila pakai tudung jenis tu? senang bentuk kan? tak cepat kemot kan kan kan. aku pun banyak koleksi tudung kangaroo ni. senang nak iron nak pakai kalau nak cepat bersiap. hehehe..



tudung bawal plain kangaroo (KLIK)



ada macam2 warna. korang kena grab cepat2. sebab Tudung2U.com.my memang cepat habis stok. kalau korang klik situ pun korang dah boleh agak. banyak yang habis!


tuan punya blog pun nak show jugak yang dah guna tudung kangaroo ni... cantik tak? *lempang diri sendiri* -,-



tudung bawal Kelantan pun ada. orang Kelantan plis bangga sikit. belum pernah lagi tudung nama negeri. 100% peratus dari Kelantan! kelas uollsss... Tudung Bawal Kelantan (KLIK)


tudung bawal v-shape korang patut cuba. lain dari yang lain. cantik sangat! nampak macam harga ala2 RM80++ tapi ce tengok sikit harga nya dekat sini Tudung Bawal V-Shape (KLIK). berapa harga dia? haaa.. berbaloi kan kan kan! nampak elegan sangat. sesuai pakai pergi dinner. *suka yang warna merah kiri sekali* :O

banyak lagi dekat page Tudung2U.com.my ni. buktinya? meh tengok sini.



banyaaaakk la hai jenis2 tudung kauu.. sampai boleh buat gaduh kalau line slow tapi nak tengok semua tudung2 yang kat Tudung2U.com.my takot habis punye pasal kan.






yang paling best, korang boleh klik style tudung dan jenis material yang korang nak. senang kan nak pilih lagi2 yang nak sangat carik tudung ikut tema. aku lagi suka kalau page macam ni. memudahkan customer. macam ala2 nak jawan quiz online pastu terus dapat result. hehehehe. :P




korang boleh klik ke Tudung2U.com.my  untuk shopping .

nak lagi best. dapat kan 15% DISKAUN bila korang shopping dekat Tudung2U.com.my.

bagitahu korang shopping under Ernyassmien . guna kod AEY2013. dan korang boleh shopping lebih jimat!

diskaun valid sampai 15 September 2013 sahaja tau :)






notakakicomel: nak kumpul banyak koleksi tudung..