Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

29 March 2013

welcome P.. bye bye P

Assalamualaikum...

Dalam dah 2 minggu P aku dah mati.. dalam gelabah aku tak renew lagi lesen ori without 'P'.. tapi dengan selambanya aku drive ulang alik Melaka-Seremban dengan lesen cenggitu.. *ini semua poyo!

'orang' kata, buat muke bese je.. tak yah gelabah semacam. kalau kene tahan.. KALAU lah.. bile JPJ cek lesen. buat2 la drama tempatan. "ehh.. dah habis ke lesen P saya? laa.. tak perasan pulak .. sebab jarang tengok lesen sendiri.." dush! *tumbuk muka sendiri*





adik aku lepasan SPM tu pulak baru je habis test JPJ.. and she failed for the both side.. tak de rejeki (style drama sinetron) maybe.. aku dulu sekali je dah lepas. mungkin sebab aku pro lebih 1 jari daripada dia.. hahaha.. *over sangat*

then today she had done with her JPJ test.. well done budak!.. sebelum die amek 2nd test JPJ ni, dia ada membebel dan bertekad kat aku.. "kalau fail lagi dah fade-up tak nak amek test JPJ lagi!" erkk.. aku dalam hati.. kau biar benarrrrr...-,-"

tup tup .. masa tengah syok makan KFC petang tadi. die call, "alang dah ada P!" dengan nada hepi semacam.. 

dan aku pun membalas dengan tak da perasaannya, "angah tengah makan KFC ni.. ommomomomommm~" 
teettt~ teett~ *die letak phone* cisss! tapi aku puas buat dia jeles. motif? ntah.. kriikk~ kriik~

2tahun yang lepas aku baru nak amek lesen P.. sekarang P aku pun dah bye bye.. P adik aku pulak datang..
lepas ni tunggu lagi 2tahun. adik aku yang sorang tu pulak. pastu tunggu lagi 6 tahun. adik bujang aku pulak. pastu tunggu lagi 17tahun adik bongsu aku pulak.. pastu bla bla bla bla~



nota kaki: kau dah boleh bawak kete kau jangan nak tiru aksi yang angah pernah buat sebelum ni.. itu semua advertising semata2.. jangan nak try2.. *aku bukan kakak contoh yang baik* chao~


tetiba nak tergelak tengok pakcik ni.. how cute he is.. haha

28 March 2013

best movie: The Croods

Assalamualaikum..

Happy Thursday! :)

tadi aku pergi hantar adik aku test JPJ dan kesempatan aku dan adik2 lain ambil sementara nak tunggu dia yang mungkin lama, so kitorang lepak Jusco (Aeon) Seremban 2 where is tempat kitorang adikberadik selalu lepaking.. ahaa.. :)
sesapa yang ada tegur aku tadi. sory la tak perasan tak 'hye' balik. nak 'hye! hye!' balik kat sini boleh? HYE!!! *lambai2 tangan* :P ( this young lady hate to wearing the spectacles dan menyusahkan diri sendiri.. ) yeah.. thats me!



tetiba adik aku yang nombor 4 ajak pergi tengok The Croods.. em? citer apa tu?? ala.. citer yang ada banyak2 monyet tu.. citer monyet? ahh.. layankan la. macam best. mesti macam citer National Georgraphic gitu.. *dalam kepala dah bayang macam tu

Sesiapa yang tak pernah tengok citer The Croods aku sarankan pergilah luangkan masa cuti sekolah dengan family tengok citer ni..




"The Croods" yang ibarat 'Flinstone' versi modern adalah filem komedi animasi yang akan mengajak penonton kembali ke peradaban purba di planet yang bernama Croodaceous, saat alam masih dalam tahap 'pengembangan' dan dipenuhi oleh makhluk2 hidup yang comel yang belum pernah dilihat sebelumnya.  Film ini akan mengikuti keluarga pra-sejarah pertama di dunia yang melakukan perjalanan yang akan menjadi sejarah di masa depan. Apa yang menariknya lagi, cerita animasi 3D ini banyak menyampaikan mesej positif dan memberi kesan yang besar buat seisi keluarga di mana memaparkan sifat kasih sayang terhadap keluarga, kasih sayang terhadap ayah dan anak, kasih sayang terhadapa manusia dan binatang.. Sesiapa yang telah menonton film ini pasti berpuas hati dan tidak juga pasti akan mengalirkan air mata.

aku jenis yang cepat touching kalau sesuatu movie ni melibatkan family.. ha.. dapat pulak cerita The Croods ni.. memang puas aku cover nangis dari adik2 aku yang lain nampak.. huhu.. cerita ni sangat sesuai untuk tontonan 1 family.. kalau tengok reramai sangat best sebab dia sangat2 kelakar, comel giler lepastu korang akan jadi touching.. hahaha :)

nak kasi korang tengok trailer The Croods bagi korang teruja nak tengok best movie ni :)





watak2 The Croods..













yang ni bukan termasuk dalam watak The Croods ye. jangan konpius bila watak dia tak da. :P


sangat best and giler kentang punye touching. aku kasi 15 bintang!

enjoy watching!

12 March 2013

sedekah penambah rezeki ^^,


Bismillahhirrahmanirrahim...

Allahuakbar.. Allahuakbar..

Azan di Masjid Al Hikmah UiTM Melaka, Lendu dah berkumandang menandakan masuknya isyak... SubhanaAllah.. Aku masih lagi berkesempatan mendengar ayat2 suci.. Alhamdulillah~

SubhanaAllah.. mata aku masih lagi dapat melihat kerenah anak2 kucing yang sentiasa aktif berlari seperti tak da masalah..

SubhanaAllah.. hati aku masih lagi dapat merasa simpati melihat insan2 yang lemah yang lagi berat ditimpa ujianNya berbanding aku yang sihat..

SubhanaAllah.. tangan aku masih lagi mampu memberi pada mereka yang memerlukan..



Sejak kebelakangan ni tangan aku tak lekang menghulurkan bantuan ataupun duit kepada mereka yang memerlukan.. Dengan lafaz Bismillah dengan niat ikhlas lillahitaa'ala.. sambil berdoa "semoga aku, keluarga, rakan2 dan yang tersayang sentiasa dibawah redhaNya... Amin..."

walau dah nak akhir sem ni memang banyak duit jalan macam air.. tapi tak pa.. apalah sangat aku nak simpan duit banyak2 semata-mata nak topup tak pun nak makan sedap2.. dekat luar tu ntah berapa ramai lagi yang tak makan nasi lagi.. yang tak pernah makan sedap2..ntah2 sekarang ada yang dah mati kebuluran sebab tak makan.. ya Allah.. aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana kau berikan aku peluang untuk membuka mata hatiku sebelum nafas terakhir.. Alhamdulillah~

Apa yang aku sampaikan bukan nak bangga diri disebabkan aku banyak bersedekah. bukan nak biar tangan kanan memberi. tapi tangan kiri dok bising2.. tapi aku dengan niat nak menyedarkan kita semua, kita selalu leka dengan apa yang kita ada. sedangkan lagi ramai kat luar yang lagi tak senasib macam kita ni kan.. ada kita renung2 kan tak?

Tapi apa yang aku perasan, walau dah nak akhir2 sem ni.. walau aku dah bankrupt bayar itu ini. tapi aku takda langsung terasa terdesak sampai nak kena diet 7 hari 7 malam. rezeki sentiasa datang..makanan sentiasa sampai masuk terus dalam perut. takda langsung terasa terdesak sampai nak mencuri ke, nak meminta ke.. jauh sama sekali.. rezeki datang dalam macam2 bentuk.. Kuasa Allah.. SubahnaAllah.. bila kita tolong agama Allah. Allah akan menolong kita.. :)

Siapa kata kita jadi miskin bila asyik bersedekah?




Si miskin tak perlu sampai kena hidup meminta-minta, manakala si berada tidak perlu menunggu diminta baru nak memberi.
Sedekah ini satu ibadah yang menjadikan si pemberi menjadi bertambah kaya. Tak pernah dengar pun lagi bila kita bagi sedekah kat orang, kita jadi makin miskin.
Jika dilihat dalam al-quran pada surah al-Baqarah ayat yang ke 261, terdapat sepotong ayat yang memotivasikan kita untuk beri sedekah banyak-banyak.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.  al-Baqarah ayat 261

Inilah salah satu sebab kenapa kita tak akan jadi semakin miskin disebabkan banyak bersedekah dan membelanjakan harta kita di jalan Allah. Sebabnya Allah akan pelihara kita, dan setiap perbelanjaan kita, akan digandakan sebanyak 700 kali manfaatnya. Mungkin kita tak nampak dalam bentuk wang ringgit, tapi yakinlah pulangannya memang akan kembali kepada kita.


Tak perlu nak tunggu pada hari akhirat pun, dalam dunia ni jugak kita akan dapat semula balasan baik daripada ibadah sedekah tersebut.

Nota kaki comel : hayatilah kata-kata Saidina Ali, apabila mengukur nikmat Allah, maka lihatlah orang yang lebih rendah atau kurang daripada apa yang kamu ada. Barulah kita tahu, bahawa di sebalik kekurangan dan kesempitan kita, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

wajah kesayangan hamba


Bismillahhirrahmanirrahim...


Nak tunjuk anak kucing yang menjadi kesayangan hati kiut ni.. nak tunjuk yang lagi 3 ekor nantilah.. tak kesampaian lagi nak ambik..

tatap yang ni jelah dulu memalam buta ni :)


notakaki cagu: sambung bersihkan hidung, mata & kurap kat kaki the kittens :)

**sambung buat nota. final around the corner >_<

11 March 2013

awak jumpa Maha Pencipta. :')


Bismillahhirrahmanirrahim...

Malam semalam aku tidur sorang2 disebabkan roomate semua tak da. keluar. dek kerana giler penat tahap ape pun aku tak tahu. takot ke tak takot tidur sengsorang aku lelap jugak. sebab baru habis dari event.

yang peliknya aku ada mimpi kucing banyak2 berkumpul kat tempat kucing aku duduk. erm.. mungkin mimpi bese2 je kot.

dah tinggal 4..


bangun tidur terdetik hati ni nak tengok kucing. bukan aku tak biasa tengok kucing bila bangun tidur. tapi kali ni lain punya rasa nak tengok. then, aku nampak sekor tu baring menyiarap. tapi yang lelain berkumpul kat satu tempat. erh.. kenapa ni? aku angkat. goyang2 kan sikit kitten tu. erhm! kenapa tak gerak ni??? aku rasa badan dia. dah suam2 nak sejuk. mengeras! baru je lah ni mati.. huhu.. T_T tssk.. tssk..







sebab sejuk lah tu.. kesiannya. terasa aku yang aninaya dia. kan kecik lagi. tak perlu kot nak letak dekat luar. dush! *tumbuk muka sendiri*

tapi memang mak dia tak nak masuk bilik aku langsung lepas anak dia mati. dia jilat2 terus bla..ermm.. :'(

tinggal kenangan.. comel sangat yang ini.. >_<



si kecil ni sangat suka mengiow.. sangat kuat minum susu. sangat suka tidur! dan paling best, dia antara yang paling comel... comel sesangat.. tak heran lah kalau aku nangis beriya2 sampai suara dah serak2. tapi selera makan still kuat lagi lah aku ni.. huhu..

tapi sangat terasa bila si kecil ni dah tak da. salah aku . kenapa la aku letak kat luar diorang ni. sejuk. T_T,
lepas tu terus aku bawak masuk semuanya dalam bilik.. tak nak mati lagiiiiiiiii...

masa tengah kulu kilir carik something yang boleh aku korek tanah nak tanam, induk dia ni tak habis2 nak hadap anak dia yang dah mati tu.. huhu.. kesian sangat~

sampai aku cakap kat kittens 4 ekor tu.. "korang janganlah mati lagi.." :'(

notakaki: kucing, sila beranak lagi. sekian



9 March 2013

Allah heard you. just be patient :)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Dah lama rasanya tak update segala macam entry dekat sini. Bile tengok Bro Framestone yang rajin giler update ditambah pulak Bro Ben Ashaari yang sentiasa update terasa jugak nak update. tapi disebabkan tugas sebagai student yang dah nak nak final exam ni lagi2 sem4 yang kene create event terasa la mana masanya aku nak update. *tapi aku still ada banyak masa untuk tidur. jadahnya!*

dah nak sebulan sepi menyepi barulah jari ni stat menggatal nak menaip.. hoho.. itupun lepas habisnya event hari ni.. :\ dalam sebulan ni banyak sangat nak bebel. tapi masa terhad then banyak gile sanad2 masalah negara so kira burn terus je la eh eh eh.. T_T tsskk. tssk..

dari masalah aku sampailah masalah kawan2 baik, kawan2 tak baik, kawan2 biasa, kawan tak biasa. *alahai gedik sangat pulak macam ni*

tapi biasalahkan. dah lumrah manusia sebagai hambaNya. mesti diuji dengan dugaan. Dia nak test kite ni still mengadu pada Dia atau kita mengadu dekat boipren/gelipren kite tak pun terjun dari floor Pavilion. Dia sanggup bagi kita dugaan nak tengok kita sanggup tak bertahan hadap dugaan yang kecik besar tu.




Allah tak duga kita tanpa sebab k sayang? Anggaplah Allah nak mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan dan keimanan kite tu. Allah pun tak sanggup nak tengok kita menangis terseksa dengan masalah. Menangislah. Dengan menangis boleh redakan sikit beban dan boleh lapangkan dada. Terima saje qada dan qadar Allah k?

Sokay kalau kite ada banyak sangat masalah. itu tandanya kite sedang diuji. Samaada kita dapat bertahan atau tak, ikut tahap keimanan kita. Tapi bersyukurlah Allah masih nak menguji kite itu tanda Dia sayang kite. nak kasi kite pahala banyak2.. ahaaa..  :)




Untuk insan2 yang aku sayang, samaada kawan2 atau sesape sajelah, sabar k.. Senyum selalu. ada hikmah setiap yang sesuatu yang berlaku. think positive dan jangan marah2 ok! :) heart uolls :*