Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

26 April 2013

semua orang boleh memasak :)



Baru lepas hantar adik bujang aku ke sekolah agama, aku teringat yang aku ada berjanji nak post cerita aku since when aku mula minat memasak kan kan kan. ni baru teringat, lepas sangkut kunci kereta terus berlari capai lappy tercinta.. *nak tukar lappy ni jadi warna pink* :P

aku bukanlah terer sangat memasak. tapi nama pun anak dara. pergi mana2 orang akan tanya, "Pandai masak?".. dulu aku tak tahu pun masak. bayangkanlah. aku hanya tahu masak nasi goreng, sayur goreng, dengan sambal sardin. tu pun tak berapa nak mengancam sangat rasanye tu. bila makcik2 ni tanya pandai masak ke tak. aku hanya tersenyum.. bagi aku soklan tu sangat la killer u know~

hari demi hari, umur pun dah bertambah. aku pun mula lah terfikir sendiri. chewah. aku terfikir la. aku ni tak nak belajar masak ke? tak nak try2 tengok2 buku resipi ke? nama anak dara. malu la orang tanya tak pandai masak kan kan kan. one day tu. masa tu aku baru habis form 5. duduk rumah lepas tu carik kerja. kerja hanya tahan 2 3 bulan je. sebab manager aku suka short kan kaunter aku gune. suwe betul aku rasa.. parents aku pun restu aku berhenti. aku berhenti la. mihmihmih..




duduk rumah sangat boring ok doing nothing. sape kate best. lagi2 orang macam aku yang tak leh duduk diam. lepas tu mula la timbul idea mama yang suruh aku buat coklat homemade. u'olls nak tahu. aku buat saje2 je coklat ni. buat kenyang perut sendiri je. tapi tak sangka pulak ade orang mintak tempahan lagi2 masa tu Hari Guru. lagi sibuk kerja aku membungkus. 






see! baru buat saje2 nak ada business sendiri. belum yang giler seriyes nye. dari coklat homeade singgah la pulak pada muffin. tu pun ade orang tempah. air tangan anak dara (air tangan aku je) ni aku rasa bawa ong! bukan yang ong kedek kedek bunyi katak tu. bukan... ini ong yang tuah punya. haaaaa..


lepas masuk UiTM. bile cuti semester. aku try la memasak. weekend duduk rumah tolong parents memasak kat dapur, ngendeng la sekali. memang la tak reti masak. tapi bila duduk kat dapur, korang jangan la mem'vavi' buta just potong bawang lepas tu tak tahu sebenarnya bawang tu nak masak apa. korang tanya2 la parents korang. 


"Lepas letak ni, letak ni pulak ye?" 
"Kenapa kena letak santan?" 
"Dah tumis kena buat apa pulak?" 
"Serbuk kari selalu guna yang macam mana?" Banyakkan bertanya dari korang tengok je kuali tu berisi dengan buat muka seposen korang. hahaha..




Lepas tu, bila parents korang tak da ke, bila parents korang suruh masak ke, atlis korang dah ingat apa yang korang buat dengan parents korang kemarin. hari tu buat dengan parents. lepas tu korang buat la sendiri. haa... bila dah sedap, mesti jadi semangat nak masak lagi kan kan kan. macam tu jugak aku. selalu mencuba mencuba dan mencuba. kalau tak sedap tu, biase la. dulu aku try masak gulai tempoyak. first try sedap. 2nd try tawar. aku pun pelik. :P lepas tu brainstorming. kenapa boleh jadi tawar. jangan korang cakap dah tak nak buat lagi sebab tak jadi kalau masak. itu dah mengaku kalah.

bila try try try. dah terer, try buat masakan lain. bagi aku, bila masakan aku tu sedap, itu jadi semangat untuk aku try masakan yang lagi susah. lagi2 parents aku jenis yang menggalakkan aku try itu ini. papa akan komen. tawar ke. sedap ke. tapi yang peliknya, papa tak komen dekat aku. dia komen dekat adik2 aku. ciss.. -,-"

komen yang membunuh terima je lahkan. tapi so far so gud. tak da komen yang buatkan aku sampai lari dari rumah. aku  masuk UiTM 2 tahun lepas. dan sampai sekarang aku tak stop memasak. siap amek kelas lagi. so sesiapa je boleh memasak dalam jangka masa yang singkat kan? tak mustahil ohkay!




Notakakicomel: sesiapa nak resipi boleh klik SINI :)

25 April 2013

adik baru? suka? :)




aku selalu mengharapkan rezeki turun dari langit supaya aku dapat beli tab yang membolehkan aku update entry wherever i go. sebab kalau tak update mase tu jugak, aku malas nak update pada masa yang lain.. asyik tangguh2 je. *plis jangan ikot perangai ni*

ohkay. kali ni aku dah dapat banyak pertanyaan berkenaan dengan lahirnya seorang insan yang akan berguna pada nusa dan bangsa. chewah :) antara pertanyaan diorang "Best tak ade adik lagi?" "Mesti kau yang jaga adik kau kan?" "Mesti rebut2 nak jaga kan?"

first of all memang aku tak sangka aku akan dapat adik lagi. memang cukup teruja dapat adik lagi. yelah. masa dapat adik yang 2nd last tu. 11 tahun yang lalu. masa tu aku baru darjah 3. walau pun teruja dapat adik lagi. dan satu2nya adik lelaki, tapi tak delah teruja tu 2 kali ganda kuasa 3 berbanding yang ini. maybe sebab masa tu aku kecik lagi. suka dapat adik masa tu. lepas tu buat hal sendiri. haha..





disebabkan adik beradik aku ni 4 perempuan yang atas2 ni. so statment makcik2, uncle2, abang2, akak2 berbunyi, "Mesti sorang mandikan, sorang buat susu, sorang tukar lampin, sorang buaikan" eh. bukan sorang due yang cakap macam tu. ramai lah.. *siapa adikberadik ramai perempuan sila mengaku cepat mesti akan keluar statment macam ni* -,-

masa adik aku yang lelaki 11 tahun yang dulu lahir, sebelum bujang tu lahir lagi, kitorang 4 beradik dah berebut nak jaga dia. "Angah nak tukar lampin dia!" "Alang nak mandikan dia!" "Along nak basuh ekk ekk dia!" Haha.. memang aku ingat lagi.. kelaka pulak. -,-"

 tapi bila bujang tu dah keluar. Mula2 je kitorang pakaikan lampin. baby nangis, tolong pujukkan. lama2? semua dah tak pedulikan adik aku tu. mula2 je semangat nak buat itu ini. dah lama2 semua buat hal sendiri. yang buat semua siapa? Mama jugak.. hehe.. *aku rasa bukan adikberadik aku je macam ni. haha..*

bila dah menjangkau usia 20-an ni (bajet macam dah dewasa sangat je), dapat berita ada adik lagi siapa je tak suka kan? yelah. dah besar2 ni dapat adik. stress2 boleh main2. selalu main bucak bucak dengan adik/anak orang. sekarang dah boleh main dengan adik sendiri. dapat pulak ade kawan2 mengusik aku, "Lepas ni dah boleh timang2 anak sendiri pulak kan" "Kira nya kau 'practice' la ni kan?" *lempang nak?




statment macam tu memang sangat tak leh bla. (malu i nak jawab *gedik yawwll) alah. jeles lah tu awak tak de baby kat rumah. kita ada.. :P dah besar ni dah boleh lah jaga adik bongsu ni sendiri without my mom. sorang tukar pampers, sorang dodoikan, sorang bawak jalan2, sorang tukar baju dia, sorang itu sorang ini. boleh sangat dah. tapi mama kene sediakan siap2 la susu yang dah dipam. kitorang tak de stok susu badan. hihihi. :P

terasa nak tahan je adik aku tu supaya tak besar2. tapi boleh pulak kan main tahan2. haha..ok. dah dah. tak nak bebel panjang. nanti orang cakap aku over limit pulak. lol




notakakicomel: menaip sambil dengar lagu hindustan.

18 April 2013

kaki melambangkan personaliti :)



OK. kali ni kita cakap pasal penjagaan kaki. ''ala.. kaki je pun. tempat pijak taik.. tak yah jaga lah." "Siapa kata tak payah jaga? Kalau diri sendiri tengok pun naik geli, ape tah lagi orang lain" Siapa tak nak nampak bersih cantik setiap inci badan kan kan kan.. :)

Lepas je mandi aku letak 'foot sloughing cream' dengan 'foot deodorant cream'. hape tu sloghing2 ni?? kaki pun ada deodorant ke? ingat kan ketiak je? erk.. hahaha.. 

walau pun kaki tu orang tak pandang mana pun. kita keluar pun pakai kasut so kita fokus pada muka dengan tangan, tapi dengan kaki tulah, boleh melambangkan personaliti orang. tengok la kaki korang. ce tengok kuku tu.. panjang ke tak? cantik ke tak korang potong kuku tu? celahan kuku tu bersih ke tak? ce cium bau kaki. busuk tak? kalau jijik, means korang tak jaga kebersihan. haaa...

bukan perempuan je tau kena cerewet benda2 macam ni. lelaki pun semestinya!

korang boleh pergi ke kedai Body Shop, AVON, atau mana2 farmasi, dan cari sloughing cream dengan deodorant.

macam aku dah lama guna Foot Works AVON.

Foot Sloughing Cream ni berfungsi untuk kawalan pembentukan kalus.  lepas mandi. letak Foot Sloughing Cream ni pada kaki dan gosok kaki tu. Konform korang rasa wow.. hamek kau daki kaki keluar.. Biarkan 60 saat dan basuh kaki tu. Korang boleh tengok result lepas seminggu buat ke. Kaki jadi putih. :)

elok buat 2kali sehari. atau sehari sekali. tapi aku ni tak la rajin mana. aku buat 2hari sekali. tak pe.. atlis aku still jaga kaki aku kan kan kan :)

Ape tu Foot Deodorant Cream? haa.. sape kata kat ketiak je kite guna deodorant? kat kaki pun tau! fungsi dia adalah untuk elakkan bau kaki busuk. so boleh gune untuk harian atau nak buat macam lotion pun tak pe. bau die pun wangi..Dan semestinya Foot Deodorant Cream AVON ni sentiasa dalam beg aku kat mana pun aku pergi  :)



meh sini nak bagi tips macam mana nak jaga kaki kite :)


1) Make sure korang bersihkan kaki korang before rendam dalam air suam selama 10-15 minit. Kepanasan air ikot keselesaan. Aku suka perah buah lemon dalam air tu.. wangi lepas tu boleh hilangkan bau kaki :)

2) Gunakan 'terracotta foot stone' untuk buang kulit2 kasar yang kering plus mati. Lepastu bilas dengan air biasa supaya kulit2 mati tadi dapat dihilangkan.

3) Keringkan dengan tuala bersih. Guna pengikis kuku untuk meratakan kuku yang tajam plus tak rata.

4) Bersihkan kasut di bahagian dalam. atau keringkan je kasut korang bawah cahaya matahari.





notakakicomel: ingat! kaki pun melambangkan personaliti tau! :)

Cara Buat Auto Like Status Facebook



Setelah orang dok sibuk cakap pasal auto like ni, aku pun nak tunjuk la sikit demo untuk mereka yang kesian memerlukan likers ni.. sabar ye awok.. bukan berpuluh je, beratus likes akan singgah dekat status korang. tak dalah korang rasa poreber alone kan? haha gurau gurau..

ok ikut cara ni:

1) Privacy Setting - Set kepada PUBLIC

2) Account Setting - Follower - TICK pada Turn On Follower

3) Click SINI pastu Allow Permission. *Install*

4) Kat situ ada tulis SUCCES

5) Korang COPY semua URL dekat site information *dekat STAR sape yang guna google chrome*. URL tu la kire korang punya TOKEN.

6) Pergi SINI. Kemudian Paste kan URL yang korang dah copy tadi kat dalam kotak tu dan SUBMIT.

7) Korang akan AUTOMATIC REDICTED . Kat dashboard tu nanti, akan ada semua status korang. Tekan SUBMIT pasa any status yang korang nak banyak likers tu.



ehh jap jap!



sebelum korang buat tutorial macam tu. meh sini aku terangkan keburukan AUTO LIKE ni..


KEBURUKAN auto like ni?

1) Korang akan LIKE orang yang korang tak kenal secara automatik. Konsep auto like ni menggunakan konsep 'GIVE and TAKE'. Bila korang join secara tak langsung, korang akan LIKE status diorang jugak. Kan sama2 dapat tu.. Tapi........ lagi PARAH bila korang terlike status pelik lagi berunsur keagamaan atau lucah. haa.. takot tak? takot tak?

2) Friend request ramai dari orang yang korang tak kenal. Kebanyakkan langsung tak da mutual friend dan ada jugak dari negara lain.





Tapi bagi aku, LIKE yang super natural tu la lagi berharga dari LIKE auto auto tanpa sedar ni. Bukan dari robot, script ataupun autolike. Senang citer tak yah nak try2 la guna AUTO LIKE NI. aku saje kasi tutorial sebab ramai yang tertanya2. tapi dalam pada tu aku kasi la keburukkan sekali. haha..






Notakakicomel: Ok Puas hati? Dan sekali aku tegaskan kat sini, aku tak akan bertanggungjawab atas apa pun yang akan berlaku pada facebook korang bila korang cuba tutorial auto like ni. Risiko lain sila tanggung sendiri ye . Sayang FB korang kan? So jangan buat. :)


* aku tak pernah cuba buat. sebab aku sayang FB aku.. mihmihmih

17 April 2013

Pendaftaran MUET




Yang tengah2 nak amek MUET konform tengah cuak kan. aku yang amek sesi Julai 2013 pun cuak jugak ni.. walau lama lagi. tapi terpikir jugak. pejam celik kejap je tu..mihmihmih..

Ramai yang tertanya2. bila boleh daftar? Macammana boleh daftar? macam2 la soklan. mentang2 papa aku kerja Penyelia Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) memang aku anaknya yang jadi mangsa bertanya la kan kan kan. takpe. malu bertanya sesat jalan. tak salah kongsi info :)

Jom sesi menjawab soalan :)


1) Bila boleh daftar?

-Rujuk jadual MUET di SINI atau dah capture skrin jadual kasi senang korang tengok terus. :)




2) Macam mana nak daftar?

- Korang boleh pergi ALIRAN DAFTAR ONLINE. Ada cara2 mendaftar dan klik 'Daftar Pengguna' untuk daftar.



3) Kena cari 4 orang 1 kumpulan ke baru boleh daftar?

-Daftar individu pun tak pa. Selalunya student cari geng sebab boleh pergi sama2. Sebab nanti tak stress. Sampai sana nanti, orang peperiksaan yang pilihkan kumpulan untuk kita. Bukan kita pilih sendiri :)



4) Dekat mana nak amek MUET?

-Kalau boleh dekat universiti korang la. Kalau yang STPM dekat sekolah korang la. Kalau mahasiswa/i yang nak buat dekat luar pun boleh. tapi make sure korang pastikan sekolah tu ada tingkatan 6 dan sama ada sekolah tu calon dah penuh ke tak. Lagi baik yang nak buat kat luar ni, cari la sekolah yang berdekatan dengan U korang. yelah. konform2 tarikh dia mesti ada waktu kuliah. So, nak ponteng pun, ponteng kejap je.



5) Dekat mana nak pergi laman untuk daftar MUET?

-Korang boleh pergi ke PORTAL RASMI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA untuk keterangan lanjut.




notakakicomel: SELAMAT BERJAYA!

Top 10 blogger! :)




Aku godek2 lah blog ni. Sbb aku memang suka blogwalking blog2 orang. suka baca cerita diorang. kadang2 rasa kagum sendiri tengok blog diorang. meriah ada. simple ada. dari situ dapat la nilai orang ni macam mana. feminim kah? pinkaholic kah? simple kah? kalau rasa tak segan mana, kasi je la link korang punya blog. meh sini aku blogwalking. mihmihmih..

dalam terblogwalking, aku terjumpa la 1 entry ni. kagum dengan setiap entry dia view untuk top 10 blog para blogger ni. tak kurang hebatnye la pun ter ber. jeles pun ada blog diorang kene promo. aku? tak de pun.. sobs sobss T_T.

sekali bila scroll2.. eh.. DANHATIINIBERKATA.. eh? header comel semacam je ni. familiar sangat nok~
sah! blog aku! fuu~ terharu la kejap kan. bukan senang nak tunggu orang promo..hihi..

bila baca komen blogger angah ni.. alahai~ sweet plak komen die.. siap ada ranking per 5 bintang lagi. dia kasi aku 4 per 5.. syukur lah macam tu! asal tak bagi 5 je terus??? *demand* hehe..

thanks tau! :) :) :)






so sesiapa yang tak da blog lagi. buat la blog. best tau. bukan tak best. tapi kena ada tahap kerajinan yang melampau tu semestinya lah kan kan kan! :P *nak bagi tahu aku sangat rajin*




notakakicomel: malam ni tidur senyum lebar sambil peluk kuma2 kesayangan! :)

16 April 2013

Sepetang bersama Puding Karamel Gula Hangus



Buat karamel ni giler senang sebab tak yah banyak sangat bahan. ce tinjau kat dapur. konform bahan2 semua dah ada. tinggal nak buat dengan tahap kerajinan tu ada sikit dah boleh dahh.. hehee

tak sempat pulak nak letak gambar. dah tinggal sipi2 baru teringat nak snap gambar nak masuk dalam blog. alah. tak pe lah. lain kali kalau aku buat lagi aku letak kat sini. tapi nak share resipi dulu.. mihmihmih

Bahan A (karamel):

3 sudu makan gula halus
3 sudu makan air

Bahan B (puding):

1 tin susu pekat (400ml)
2 cawan air
5 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu makan tepung jagung

Cara2 membuat:

1) Cairkan gula dan air sehingga pekat (karamel) *guna non-stick pan* tuang dalam loyang.
2) Masukkan semua bahan2 puding dan gaul rata.
3) Masukkan ke dalam loyang yang berisis karamel tadi.
4 ) Kukus selama 40 minit. Sejuk kan semalaman.
5) Terbalikkan perlahan2 ke dalam mangkuk. Hidang dan hiaskan dengan buah2an koktel.



notakakicomel: ni sangat manis bagi aku. so sesekali nak buat tu boleh la.. hehehe

Ayam Masak Merah Kasih Murni



Aku paling suka masak lauk yang menggunakan ayam. sebab? Sebab aku tak makan ikan.. kalau aku makan ikan, for sure aku akan muntah loya2.. ikan bilis boleh la. kalau aku makan ikan, dan aku tak muntah. aku bangga dengan diri sendiri sebab aku berjaya tahan! haha..

aku pernah masak ayam masak merah ni dekat rumah orang. terkurang bahan, terlebih bahan tu memang salah aku lah kan..tu yang kadang2 rasa macam tak cukup bahan je.. mihmihmih.. hokeh! pesanan aku. walau main campak2 masak. tapi jangan ada yang bahan penting lupa nak masuk. nanti tak da rasa.. huhu..



nah! gambar ni untuk menambah selerakan dan tambah semangat korang nak masak ayam masak merah ni.. mihmihmih...


Bahan A:

1 ekor ayam *bahan wajib!*
1 labu bawang besar *dipotong gelang*
2 sudu makan sos tomato
minyak masak
garam *secukup rasa*
gula *secukup rasa*
serbuk kunyit

Bahan B (dikisar):

15 tangkai cili kering
2 inci halia *tapi aku lagi suka halia banyak2*
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji tomatao

Cara membuat:

1) Ayam dipotong dan dibersihkan dengan selawat ke atas Nabi..Kemudian gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam letak di tepi
2) Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing. *aku paling suka menumis.bau die sedap*
3)Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam, gula. Kalau nak letak cili bo/kisar pun tak pe. tapi masakkan dulu cili tu. baru letak ayam dan sewaktu dengannya*
4) Gaulkan sehingga sebati. Sehingga menggelegak. *betul ke aku eje ni?*
5) Hidangkan dalam pinggan.


sure jadi. kalau rasa tu ade terkurang terlebih. pandai2 la adjust. korang kan terer.. hihi



notakakicomel: aku selalu masak ayam masak merah sebab ni feberete aku. so sape jadi husband aku, ni pesanan daripada penaja "seminggu 5 kali eh bang, saya masak lauk ni. boleh?" heheh

Biskut chocolate chip Famous Amos



Wawawa.. baru tinggalkan kejap lappy ni, dah dapat request kat page nak resipi biskut2, cake2.. ok. InsyaAllah aku akan post. tapi satu2 dulu eh eh eh :)

hari tu adik aku ajak buat biskut famos amos. wow! tetiba lapar pulak walau dah telan 2 pinggan.. aku suka sangat biskut2 benda2 manis ni. kalau beli tu sedap tu sedap la. tapi mahal tu tak yah citer lah kan. buat sendiri baru puas. rajin tak rajin je lah kan kan kan..




aku tak sempat nak snap gambar satu2 step by step.. snap yang dah siap je.. tu pun dalam loyang. tak pe la eh . kalau kitorang buat resipi ni tak de snap gambar satu2. mesti korang pun boleh buat kan kan kan.. :)

Bahan yang perlu diayak:

2 1/4 cawan tepung
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecul soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung
secubit garam


Bahan2 lain:

250 gm mentega *suhu bilik*
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat cip
100 gm kekacang *hazelnut*

**coklat M & M

Cara2:

1) Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2) Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3) Masukkan bahan2 yang diayak dan kacau dengan tangan/spatula
4) Masuukan coklat cip dan kacang
5) Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang digilis mentega/dialas dengan kertas minyak. Cucukkan coklat M & M di atas adunan.
6) Bakar pada suhu 160c selama 15-25minit
7) Sejukkan biskut dalam 5 minit baru dipindahkan ke dalam bekas



notakakicomel: sangat sedap dan rangup! :)

15 April 2013

Duhai Pendampingku :')



Penat dah feeling lebih2 dekat novel. nak rehatkan mata. scroll2 dekat FB jadi kaki LIKE yang setia je lah aku ni. tinjau2 twitter, komen2 dekat Keek. nak komen dekat Keek Boni Kacak aku terasa malas. sebab abang Boni asyik sebut pasal Emma Kembung je. takde sekalipun sebut nama aku.. huhuu. T_T
lepastu baru layan utube. aku suka layan utube dengan keek. tapi layan utube tak suka bila loading tu lambat sangat. keek tak. tapi keek tak leh nak cari lagu yang kita suka. keek tu macam kire video peribadi orang. kaki stalk suke lah layan kat situ. macam aku! hikhikhik

masa tengah cari2 lagu kat utube. aku terjumpa vid ni.. teringat aku suka layan lagu Duhai Pendampingku. aku ni kira layan nasyid jugak la. hihi.. dah lama tak layan lagu tu. lepas tu aku layan play ulang2..

lirik dia menusuk naluri kewanitaan aku. fuhh~



 

semalam aku layan vid gyomi.. ramai request suruh buat vid sebab aku dah hafal step. huh! aku belum ada keberanian nak buat vid muka sendiri. tengoklah kalau tetiba berani. aku letak kat Keek aku je. malu ah letak kat fb ke, utube ke.. muahahaha...



notakakicomel: sambung layan novel "Bila Blogger Jadi Maid" . :)

ikan kerisi masak masam manis cara campak2




hokeh.. aku rasa kalau makcik2 tengok entri aku, mesti makcik tu buat muka. "Resipi cekodok cenggini pun nak post ke?" tau la makcik dah terer bab masak2 ni. anak pun dah berderet. tak heran lah makcik rasa resipi ni simple tutup mata je masak. *cakap dalam hati* ni selalu yang rajin google2 ni, anak2 dara yang baru nak pandai masak.. tak caya, aku sendiri dulu macam tu. dan sekarang! >_<

ni nak share masakan paling malas. paling boleh main campak2.. paling nampak grand. siapa kata masak2 ni susah? leceh? nak tak nak. malas rajin je. nanti aku cerita pulak start bila aku mula minat masak2 ni. siap hamek kelas memasak lagi kau.. haha.. :P

Selalu aku demo resipi dessert kan. ni first time aku share lauk2 pulak..mihmihmih




Apa yang perlu ada:

Ikan kerisi *siapa tak tahu ikan kerisi tu macam mana. sila tanya uncle google sekarang*
kunyit hidup
garam
bawang putih (3 ulas) *dihiris*
bawang merah (5 biji) *dihiris*
bawang besar (2 biji) *di potong memanjang. nak carikkan*
halia (sebesar ibu jari) *dihiris*
air
sos cili
sos tomato
tomato *dipotong cantik*
sayur campur


Cara2 penyediaan:

1) Basuh ikan sambil berselawat. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng ikan dan letak di tepi.
2)Tumiskan bahan2 yang telah dihiris sampai naik bau.
3)Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Garam secukup rasa. Rasa dulu eh. Tak cukup rasa, pandai2 la adjust. :)
4) Bila sos dah pekat, rasa pun dah sedap, masukkan sayur campur, tomato yang telah dipotong dan bawang merah yang telah dicarikkan. Kacau dan biar sampai melegak.
5)Tutup api dan tuangkan sos tadi atas ikan. Siap!



notakakicomel: Simple je kan? Campak2 je.. :)

cara-cara memikat wanita cara sepatutnya :)




Aku ada terbaca 1 artikel ni yang entah hape2 je tadi. Entah macam mana aku ter klik nak baca. Bila fikir balik macam tak betul je. Meh sini aku betulkan. Aku kasi versi baru punya. Bukan versi budak sekolah. mihmihmih..





Jadilah imam

Nak memikat pempuan ni kenalah jadi imam dulu. Kalau tak pandai jadi imam, siapa pun tak mahu.

Kalau setakat jadi ketua gangster KL gua punya, baik tak payah. Gangster taik kucing! Bila tengok orang laki kaki pukul ni, terus reject tak nak buat laki. tak memasal nanti kita jadi mangsa~


Jaga solat

Lelaki yang jaga tutur kata, jaga harta benda dah selalu kan kita nampak. Cuba tengok pulak, lelaki yang jaga solat bukan je dapat pikat hati perempuan. tapi dengan keluarga perempuan tu sekali. Tak pelah kalau muka tak hensem mana pun. Asalakan perangai hensem .Kalau kita jaga dunia, kita tak jaga akhirat. Kalau kita jaga akhirat, kita jaga kedua2nya sekali :)


Hormat

Hormatlah perempuan sebagai Kaum Hawa dan juga familinya. Hormat kat sini seperti jaga pandangan. Mata tu jangan meliar sangat ye perhati detail sangat kat perempuan. Hormat dia sebagai wanita muslimah. Jangan sama sekali komen apa yang dipakai tak up-to-date.. Kenapa? nak dia pakai tak cukup kain ke? Kalau nak menegur, menegur cara elok. Islam kan ada adab2 nak menegur. kan kan kan..


Macho?

Macho tak bermakna kena bukakan pintu kereta. Mesti korang rasa macho ni, kena ada badan ketul2.. tuff2.. kalau nak bercakap kena kasi cover habis suara tu. tak delah macam adik-adik walau memang dah suara korang lebih kurang macam tu. kena pakai smart2..

tapi macho kat sini adalah tegur perempuan tu andai korang rasa kaum Hawa ni ada buat silap. Dari korang kutuk2 kaum Hawa tak cukup kain ke, pakai tudung tak tutup dada ke, make-up tebal2 ke. Lagi elok kot kalau korang tegur elok2. nasihat elok2 apa yang salah pada dia. harus hormat martabat dan darjat wanita dan bimbing mereka ke jalan yang benar.


Romantik

Dulu masa zaman sekolah , hadiahkan bunga ke, coklat ke, teddy bear ke dah kira giler superb romantik habis la kan.. siap ade yang jeles plus berangan nak ada buat laki macam tu. Itu zaman tok kadok la..Kalau zaman sekarang, orang fikir romantik tu bukakan pintu kereta, tolakkan kerusi, buat suprised hotel 15 bintang, buat esei quotes yang best2.. 

Tak semestinya kena buat suprise. tapi hadiahkanla dia dengan benda2 yang berfaedah. Apa yang berfaedah? Fikir2kanlah sendiri ye.. :)




Sekarang ni ramai perempuan nak cari lelaki yang macam ni. So tak rugilah pun kalau korang nak tiru. Sebab tu tengok rancangan Imam Muda, ramai aweks aweks kat luar sana berangan-angan macam ni. "Kan best dapat suami macam ni..Untunglahh.. kan kan kan"

Tapi janganlah berubah sebab nak dapatkan awek. Ikhlaskanlah hati tu. Jodoh ajal maut semua dah ditetapkan. Tinggal nak berusaha je. Ye! Berusaha! Berusaha pura2 baik depan awek? Maksud berusaha ni, berusaha jadi si soleh . InsyaAllah.. :)



Notakakicomel: ada sesiapa nak menambah? silakan.. :)

13 April 2013

tips nak berhentikan pendarahan




Entri ni aku taip guna tangan kanan je. sebab jari kiri dah injured kira satu tangan pun injured jugak la macam tu.. *menyusahkan kalau guna 1 tangan je. banyak betol typo nye*.. huhu

tadi sebab gelabah nyah sangat aku nak makan sebab memang dah lapar. aku potong limau nipis nak letak dalam makanan aku. *aku suka benda masam* limau tu keras sangat kot sampai aku nak potong, buah tu terpelanting dan aku terpotong jari sampai menitik kat lantai dan singki.. pergh.. kebas sangat~

adik2 aku gelak kan aku. diorang ingat aku main2.. diorang kata, "yelah tu~" cis.. -,-"

aku baru teringat masa zaman aku kecik2 potong limau jugak. aku terpotong jari sampai tak stop darah. ehh jap. asal aku kalau potong limau je mesti eksiden sampai gini? duhh~ mama tekap kan jari luka tu dengan ucang air tu. aku tengok macam uncang teh. so tadi aku terus capai uncang teh. tekap. tapi asal darah tak stop2? kene bawak hospital ni. kena jahit ni. -,-



Dah boleh bancuh terus ni. perisa baru. haha

patot lah darah tu tak stop mengalir. aku tersalah petua. patot guna uncang kopi. aku guna teh boh pulok! >_< tapi memang cepat stop darahnya. kebas tu tak yah cakap la kan. ada orang cakap jugak, nak stop kan darah letak air liur kat tempat luka.. ada orang cakap pulak hisap darah tu ssampai stop......

notakakicomel: sori. walau aku karnivor, aku tak hisap darah manusia*

12 April 2013

life, laugh, love



dah lepas satu2 paper final exam. lepas tu next sem tinggal lagi 1 sem there is my final semester. sape tak suke kan. bila fikir2 balik. cepat je masa berlalu.

ingat lagi masa mula2 masuk UiTM Melaka. dengan orintation yang kene bangun pukul 5 pagi. dengan mandi sehari sekali.. dah macam kem pun ada. hate that! kalau ikutkan. tak pergi orintation pun ok what. bukan ada effect final exam ke apa.. bagi aku la.. tapi orintasi tu la masa tu korang nak carik kawan ke. nak suke2 sebelum start study alam uniberciti ke.. nak usha2 abg seniur ke. ehh ehh.. itu aku tak buat ohkay. bagi aku abe2 seniur ni buat2 bajet je.. *abe, jangan marah heh*

bila cerita2 balik dengan kengkawan, kelakar pun ada.. "heh, ko lah yang muka kena conteng tu he?"     "ko yang bangun lambat kene denda tu ek?"   "ko yang over make-up masa orintasi tu heh?"   "ko yang pakai kasut sukan dengan baju kurung tu kan?" *bukan aku sorang ohkay! semua orang macamtu*. -,-"



semester 1 (2011)

bila dah masuk unibersiti. baru kita kenal siapa kawan. siapa lawan. kena pandai carik la meh. yang penting, kawan je dengan semua orang. buat baik dengan orang. orang tak kan carik pasal tak memasal. kalau kena jugak, ade orang dengki meh... huu~

bila semester 1, kawan baik dengan kawan lain. semester 2, kawan lain pulak, semester 3 lain pulak. biaselah tu. tapi yang stick dari sem 1 sampai habis dip tu , baguslah. dapat lagi ramai pun lagi bagus.. yelah. lain orang lain ragam. boleh berjaga2 sendiri..

masuk unibersiti sape je tak best. nak berfoya2 parents tak tahu. tak da sape halang. overnite la kau kehulu kehilir dengan kengkawan. tapi yang bestnya, enjoy sangat tau! sebab masa tu lah korang nak release tension  ke, masa tu lah korang nak cuti2 Malaysia rewang tempat2 area2 tempat study korang, yang korang tak pernah tahu. secara tak langsung, kalau family korang datang ajak berjalan, korang dah boleh buat muke aksen riak segala bagai. yelah. korang dah pro kan selok belok jalan.. mihmihmih

WARNING: kawan nak rewang/overnite kena pandai carik ya meh.. jangan ikot kawan ke disko, ke hotel murah buat 'projek', jangan berdua je pergi 'laki bini'. lagi best overnite dengan kawan2 dalam kuantiti yang ramai ye u'olls. tak memasal je kang.. -,-"


Semester 1 (2011)

siapa kata tak best masuk UiTM.. mana2 tempat belajar sama je. asalkan dapat belajar. tak yah nak heboh korang dapat sekian sekian tempat belajar femes bak hang. tapi kat dalam hati tu. sape tahu. kawan entah ke mana. study entah ke mana. sembang je lebih.. mihmihmih.. 

rasa macam nak stop je masa tak nak habis waktu2 lagi beberapa bulan nak grad zaman diploma. tapi dalam hati.. 'cepat la habis~ cepat la habis~'. semua orang macam tu. bukan aku sorang.. haha :p

tapi selagi ada masa lagi 1 semester je, selagi tu lah nak manfaatkan masa yang ada. nanti belum tentu dapat jumpa balik kawan2 masa diploma nanti. ada yang bz kerja, bz urus laki, anak bagai, bz sambung study lagi kan kan kan..merata2 nak mencarik balik, nak gathering balik.. 



notakakicomel: nanti nak letak gambar kelas semester 1 (2011) masa umo 18tahun dengan semester 5 (2013) umo 20tahun. mesti nampak jauh giler beze.. mihmihmih


9 April 2013

apa tu SHISEIDO mask?? :)

Assalamualaikum...


Ramai dah ladies yang pakai SHISEIDO black mask ni kan kan kan.. dekat FB, kalo google mane2 mesti sekarang orang heboh sebut2 pasal benda dari Tokyo Jepun ni kan.. ape tu SHISEIDO black mask ni? macam mana nak pakai?

tak pa.. nanti erny ajarkan and terangkan serba sedikit. sekarang jom kita study dulu :)





notakakicomel: sesaja iklan kejap. nak sambung study dulu. wish me luck! ^_^

8 April 2013

Erny Nurqaireen Ezzanie :)

Assalamualaikum..

Dari hari sebelum Qhaliff anak Ben Ashaari tu lahir sampai la ni dah setahun berapa hari dah, abang ben non stop cerita pasal anak sulung dia. Terasa macam dekat pulok dengan Qhaliff hari2 baca pasal dia.. geram pun tertahan2 terasa nak gomol2 pipi bam bam Qhaliff tu.. Grrr~

Adik bongsu aku yang dah nak sebulan lahir pun aku tak post ape2 1 pon pasal dia. patut la kalau aku dukung dia asyik merengek je.. Merengek eh pasai apa kak ngah tak tulis pasal adik.. ok ok ok.. lepas ni kak ngah citer eh pasal adik. huhu.. T_T *muka kena paksa*

hari ni tak kite tengok2 gambar je dulu eh eh eh :)


#Day 2 (15 March 2013)




#Day 3




#Day 8







notakakicomel: best tau dapat adik lagi bila memasing umo 20-an sudah.. hehehe.. :P

7 April 2013

percayalah, rezeki di mana2 :)

Assalamualaikum..

Kawan baik aku masa sekolah rendah (SK Senawang), Amir Hamzah, beriya2 bagitahu malam tadi di twitter yang dia akan jalani sesi temuduga tentera.. waahh.. *dalam hati aku berharap sangat yang dia berjaya temuduga tu*




dan hari ni dengan gelojoh nya terus dia mensi aku yang dia berjaya dalam temuduga tu!



dia satu2nya kawan yang panggil aku Cik H.. bermaksud Cik Harimau -,-"

bila baca twit tu terasa terharu pun ada. sangat! Alhamdulillah sebab berjaya ye amir!


menyebabkan aku nak buat entry pasal dia ni sebab nak bagi pengajaran untuk kite semua yang asyik merungut bila rezeki nak datang padahal rezeki tu ada depan mata. kita je tak nampak..

sebenarnya amir ni bukanlah dari kalangan family yang senang. dia ada pernah study dulu. but kene berhenti sebab family tak mampu. then, he never merungut sebab family dia gitu gini gini dia terpaksa berhenti. proud dengan dia :). tapi dalam waktu 2 3 tahun dia carik kerja. hari tu aku suprise main hye hye dekat tempat kerja dia. SnowMama, Giant, Senawang. gigih betul kerja budak ni.. haha..

ramai jugak ada orang cakap yang dia tak dapat continue study dia nak jadi apa? dah la lelaki. ada tanggungjawab. ada jugak yang merendah2kan dia. hey hey korang yang mulut nak kene cucuk ni. kuasa Allah kita tak tahu kan. rezeki orang lain2.. NOTED!

dia tak pernah merungut ohkay. tak pernah. tak pernah merungut takdir dia macam tu. then minat dia pada askar memang tak dapat dinafikan. dia tetap tunggu tawaran sana sini pasal soldier ni.  

so... ini dia serba sedikit luahan yang sempat dia kongsi dekat aku :')

Alhamdulillah awak. Semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya sangat tension dengan pegawai yang halau saya dari baris 2x. sy beratur elok2 pun kena halau. Sedih gila. hahahaa. Tapi alhamdulillah, bila sampai turn saya, sy tenang je bila serahkan dokumen yang dia minta dan jawab segala pertanyaan dia. Bila buat BMI, leftenan muda tu tanya, kenapa awak nak masuk askar? then saya jawab sebab saya minat dan sebab nak nak mak dan ayah. then leftenan tu tanya lagi, kenapa dengan mak ayah awak? then saya jawab, saya anak lelaki tuan, saya ada tanggungjawab sebagai seorang anak. Saya pernah belajar, tapi berhenti sebab tak mampu. Kawan-2 ada yang suruh masuk polis, tapi jiwa saya taknak. Sejak dari kecik saya memang minat askar sebab askar memiliki tahap disiplin yang tinggi serta mampu membentuk peribadi diri dan semangat sayangkan tanah air. Then leftenan tu tanya lagi, awak pasti dengan keputusan awak untuk masuk askar? Sy jawab, insyaAllah saya pasti, 3bulan sy tunggu untuk temu duga ni. Kalau diterima, sy akan berikan kerjasama yang terbaik. 22hb ni masih ada temu duga terbuka lagi dekat kem rasah, dan insyaAllah saya akan pergi kat sana. Leftenan tu tanya kenapa? Then saya jawab, saya minat askar, dan takkan sy nak berharap pada yang satu. Apa salah tunjukkan usaha yang saya betul2 minatkan askar. Dalam kelapa saya cuma ada dua benda. Ibu ayah dan masa depan. Masa yang merangkumi semua aspek dan kalau boleh saya taknak kejadian dekat lahad datu berulang buat kali kedua. After leftenan tu dengar semua jawapan saya, dia cuma cakap "Awak berjaya. Kita jumpa pada seisi permilihan terakhir. nanti pihak kami akan menghantar surat kepada kamu." The end. Awak nak tahu, lepas dia cakap macam tu, hati dia betul2 gembira. Sangat gembira! actually ingtkan nak bgtw awak, tapi lupa yang sy takdo no awak. So tunggu lah sy balik baru bgtw awak. Hahahaaha. Syukur Alhamdulilllah awak, sy berjaya dan terima kasih pada awak sebab mendoakan yang terbaik buat saya. Amin Ya Allah. 

nice kan.. :) yang part tak da no tepon tu memang betul. bertahun kawan pun tak pernah contact kat phone.. hahaha.. :p

itulah kan.. rezeki orang lain2.. tak semestinya dia tak dapat continue study dia tak berjaya.. sebenarnya rezeki die bukan kat situ. tapi dekat lagi satu. soldier. yes!

Semoga berjaya lah ye amir untuk cabaran hari2 yang mendatang :)



notakakicomel: kadang2 kita tak nampak rezeki kita yang sebenarnya dah tersedia di depan mata. bersangka baiklah dengan Allah :)

oreo yogurt smoothie :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalu orang twit2 cuaca sekarang bahang bak hang! aku pun selalu jugak twit komen2 pasal bahang sejak 2 menjak ni.. bukan setakat dekat Lendu, Melaka je.. sampai je rumah, kat Seremban pun panas lagi.. huhu tapi baru panas dunia ye anak2.. *insaf kejap*

sekarang ni musim final exam untuk pelajar Diploma UiTM .. Universiti lain ade yang final exam jugak ke? kalau ada, GOOD LUCK jugak lah ye korang :) 

sesiapa yang stay lagi kat kolej tu, selamat bergumbira lah ye bila nak carik makanan untuk di makan. sesiapa yang study dekat rumah, apa kata korang relese tension kejap buat 'kerja' kat dapur.. haa..

semua orang pernah dengar atau makan smoothie kan? ala ala coolblog gitu. apa kata korang buat sendiri. lagi puas. lagi2 minum masa tengah panas2 bahang2 ni.. :)



inilah dia oreo yogurt smoothie air tangan aku.. kalau nak rasa air tangan aku meh la datang rumah.. hehe






apa yang korang perlu ada is:

(hidangan untuk 1 jag)

biskut oreo (10 keping)
aiskrim vanilla (3 sudu besar)
yogurt ori (3 sudu besar) *kalau nak*
susu segar (2 cawan)
ais (3 cawan) *nak lebih pun takpa*

**kalau tak da tempat blender khas untuk smoothie, pinjam je blender mak korang.. :P

jom kite demo sikit :)


Mula2 masukkan biskut oreo (bahan utama) ke dalam blender.. kalau nak letak lebih dari 10 keping pun tak pe.. ikot citarasa memasing yeh yeh yeh :)




Lepastu, masukkan susu segar..




Masukkan ais cube yang kecik2. jangan besar2 pulak. nanti rosak blender mak korang kang! Meh sini aku ajar hipotesis nak buat smoothie ni. "Semakin banyak ais, semakin menjadi lah smoothie korang, semakin sedap la resipi ni" :p




Part yang ini aku suka. Kita masukkan aiskrim vanilla dengan yogurt dalam tu. Yogurt kalau tak nak letak pun tak pa. sebab aku suka yogurt, so aku letak la..hehe


Lepas tu korang blender sampai dapat smoothie dia. Then, lastly, tuang dalam cawan comel2, pastu pecah2 kan sikit biskut oreo hias atas smoothie tu.. perghhh.. sedap sangat! sumpah tak tipu! :)



SELAMAT MENCUBA :)




notakakicomel: puasa nak dekat. so resipi yang cenggini baik aku post dulu. resipi kuih raya kendian eh eh eh :)