Beg tangan sangat rapat dengan gigirls apatah lagi beg make up. Adik2 aku suka godek apa yang ada dalam beg makeup aku yang sederhana besar ni. aku suka beg besau2 sebab boleh sumbat ape2 je kecik besau ape ade hal.. zip pun tak cepat rosak kalau sumbat banyak2 kan kan kan.. hehe





1. Bedak asas :

Bedak asas Silkygirl Magic BB siap ada foundation 20/PA+ ni memang jadi febrete aku sejak sekolah menengah lagi. sangat smooth dan kulit cantik bila pakai. tak berminyak pun.


2. Lipstick, Lip balm, & Lip gloss :

Untuk mengelakan daripada kelihatan pucat dan lesu. Lipstick, lip balm, dan lip gloss dapat menaikan sedikit seri muka. Aku suka pakai lipgloss dari Maybelline Shine Sheer Colour. sebab bila pakai nampak bibir tu macam basah2. tapi sebenarnya tak basah pun. Lipstick paling best pakai dari AVON yang banyak sangat pilihan untuk teenagers where is aku suka pakai yang warna apricot glow. Nampak neutral. Lipbalm jadi benda wajib sebab kene gune sebelum sapu lipstick atau lipgloss! Jadi amat memerlukannya!


3. Blusher :

Blusher? err.. tak da. sebab tak reti guna pun. hehehe


4. Concelear :

Ini antara 1 benda wajib aku kena sentiasa ada! sebab sebab sebab selalu kalau aku jerawat bekas dia tak mau hilang.. grr~ so cara mudah nak nampak hilang di mata orang lain aku gune concelear dari Silkygirl jenis stick. :)


5. Eyeliner :

Bagi sesetengah orang, eyeliner tak penting selain daripada bedak asas, lipstick dan concelaer. Tapi eyeliner sangat penting bawak ke mana2 sebab nak besarkan mata aku yang semula jadi sepet ni. hehe.. nak nampak mata besar sikit aku suke pakai eyenliner dari Silkygirl warna hitam atau purple.


6. Pin :

Malang memang tak da bau. Selalu kalau pakai tudung pin dekat bahu. beg tangan pun nak sangkut kat bahu jugak. sedar tak sedar, mesti pin tudung terbukak la. ade pulak tetiba tak da. jatuh mana ntah. so nak elak selekeh setakat selak2 gitu, standby la pin lebih. jangan lebih 1 je. lebih la 3 4 ke...


7. Eye shadow :

Eye shadow aku suka dari AVON sebab tahan lama. tapi aku jarang pakai eyeshadow. bila ada majlis2 kawen ke, event2 dekat hotel ke baru guna.*sampai sekarang tak mahir2 lagi tekni shadow kat mata*.huhu


8. Perfume:

Mesti tertanya2. kenapa dalam bag makeup pun perfume besar gedabak? tak nak besar lagi ke? haa...kan aku cakap. aku suka bag makeup yang besau2. so tak heran la segala bendalah tu kecik besau pun boleh sumbat. hehe.. aku suka perfume bau soft2.. tapi kadang2 tak pakai perfume pon..ngeh2..


9. Pelembab muka :

Terlalu lama duduk dalam aircond cepat sangat buat kulit aku kering. bila pakai bedak mesti macam kulit mengelupas. so dah jumpa dah jalan penyelesaian. Garnier Aqua Defense dari tumbuh2an semulajadi dapat buatkan kulit sentiasa lembab! :)


10. Foundation muka :

Kalau setakat pakai bedak asas je mesti rasa macam cepat je hilang bedak tu bile berpeluh. sebelum pakai bedak mesti la pakai foundation kan kan kan. dari dulu sampai sekarang foundation aku still tak berubah. tak pernah try produk lain lagi. setia yang satu.. mihmihmih. Maybelline Gel Foundation warna Natural.


11. Lotion :

Yang ini pun penting jugak! setiap setengah jam mesti terasa nak sapu lotion dekat tangan. dah terbiasa. sekarang Johnsons Body Care dah ada yang daily UV lotion. so dah boleh buat macam ala2 sunblock gitu. selain lembutkan tangan boleh elak kulit gelap. sape nak kulit gelap kan? :)







notakakicomel: mood nak shopping :