Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

30 December 2012

wedding Namee Roslan

Assalamualaikum..

Hari ini adalah wedding Namee Roslan dengan Isham dekat Rasah Kemayan, Seremban 2.. nasib baik aku pergi berteman sebab memang menonong aku sesat carik rumah dia ni. hehe.. nasib baik ada Co Pilot Cik Suhaila Izatie kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan UiTM.. hehehe...

Thnks tau darl sebab teman kan aku..
 En.Karipap Basi nak teman. tapi anda jauh sangat la.. next time la ye.. :p

Selepas berpusing2 carik rumah Namee.. akhirnya jumpa jugak.. Alhamdulillah.. terer jugak aku ni.. cuma tak pro baca peta je.. hehehe...

such a nice wedding ala ala english style..serba hijau.. bak kata DJ tadi, semua atas permintaan Namee.. Lagu2 yang di mainkan semua permintaan Namee.. dan hanya lagu permintaan Namee je diputarkan. hanya Namee! hahaha.. lagu2 semua nya lagu boleh joget2 ekot nyanyi sekali..etc: I do I do I do do do doo~ *lagu sape nynyi ni eh. lupa dah*

lepas makan aku duduk2 lepak sebab nak tunggu pukul 2 ketibaan pengantin..





dah kenyang makan, kita bercuci mulut dengan 'candy table'
aku suka area sini sebab comel sangat side dekat sini.. ada mashmallow, candy, coklat, starberry, cake!





u see that! u see that!! *tunjuk dekat melting choclate*
comel sangat la side sini..





aceli aku nak baham kek cantik dengan real rose ni. tapi aku kena behave..
control comel2 gitu.. tak kan nak makan banyak2.. hewhewhew





aku bercuci mulut dengan fruit chocolate ni je.. 
tapi mata jeling2 kek cantik tadi.. duhh~





tepat pukul 2 petang, perarakan pengantin..
dayang2 yang berbaju purple cair sangat cantik design baju tu..








hai Namee! :)





white peplum dress!
nice one! *skodeng jahitan dia*









ramai gilak photographer..



tak sempat nak bergambar dengan Namee sebab ramai sangat yang nak serbu. lagipun i got to go.. hari dah petang.. :)







SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NAMEE ROSLAN & ISHAM :)



thanks hantar kad wedding terus ke rumah :)




*sesiapa nak hantar wedding card dekat aku?? sure plus konform aku datang! :D

23 December 2012

kad kahwin Namee Roslan :)

Assalamualaikum...

Belum sempat aku buka envelop kad kahwin blogger femes lagi cun Namee Roslan, puan mama dah buka dulu masa aku kat UiTM. Belum balik rumah lagi masa tu.. hihi.. siapa tak kenal Namee Roslan.. kalau tak kenal tu tak rajin blogwalking lah tu. hehe..

Suka bukan main la sebab aku dapat jugak kad kahwin dia.. kau ada? hoho.. yang pasti majlis dia buat di Seremban. 1 daerah senang la nak datang.. :) :) :)




cantik menarik kad kahwin dia.. teringin pula nak macam tu *pheww

bertarikh 29hb Disember 2012 pada hari Sabtu di Rasah Kemayan, Seremban.. InsyaAllah aku datang.. :) *siapa tak nak datang*


Nameerah Roslan & Isham :) :) :)




**tengah mencari partner/teman untuk ke wedding Namee Roslan. Anyone??

20 December 2012

cuti bukan cuti bagiku

Assalamualaikum...


Habis je kelas aku terus balik ke bilik.. hati berbunga-bunga riang nyanyi lagu balik kampung..

Ooooo~ Balik kampung~
Ooo~ Balik kampung~

Al maklumlah.. UiTM dah start cuti mid-sem selama seminggu... esok Jumaat ada 3 kelas. 8:30pagi-12:30tengah hari. lepas tu sambung 4:30 petang-6:30 petang.. bila tengok timetable.. sayu je hati sebab kelas sampai lewat petang. tapi semua orang dah balik kampung..

tapi tapi tapi...

pensyarah yang baik hati dan cun melecun plus sir razif yang tuff lagi macho telah cancel kan kelas pada hari esok.. Sooooo..... ketiga2 kelas pada esok hari CANCEL!! dah tak sedih dah! yeayy 

tapi tapi tapi... *ada tapi lagi

lepas habis cuti a.k.a tahun depan, presentation menanti plus quiz quiz quiz menunggu kitorang.. arghh~ ini barulah 'bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian'..ehh??

aku dah list kan apa kerja-kerja plus assingment2 yang kena selesaikan masa cuti ni sambil dahi berkerut....





banyaknyeeeeeee kerja..  memang tak rasa cuti lah macam ni...duhh~ 
takpa takpa.. nak merasa dekan sebelum habis dip nanti.. tinggal 2sem je lagi. cepat betul masa berlalu ye.. ntah2 tak sedar cuti mid-sem dah habis.. huhu..

kad undangan kahwen kak Namee Roslan dan sampai.. yeayy..! tak sabar nak pergi.. sape tak nak pergi undangan kahwen blogger pemes tu kan kan kan :) *angkat2 kening

En Muhammad Atif Jauhari pulak sabtu ni pergi majlis kawen kak Maria Elena.. juga blogger pemes.. rupa-rupanya, suami kepada kak Maria Elena ni, merupakan kawan satu batch dengan En Muhammad Atif Jauhari ni.. OOoohh.. 

Dua-dua majlis ni berlangsung di Seremban.. tapi kitorang tak pergi sesama pun.. 


*tengah makan bubur buatan sendiri.. sekali menaip. dua suap sudu bubur masuk dalam mulut. hehe

19 December 2012

thanks Catalyst Virgin Coconut Oil

Bismillahhirrahmanirrahim..

Baru je habis kelas terus balik bilik.. penat tu tak de lah sangat sebab kelas macam happy2 je hari ni.. sebab aku dapat tidur yang cukup.. mungkin juga sebab Jumaat ni balik.. hehe.. sampai je kolej, terus makan nasi goreng yang aku dah siap masak sebelum pergi kelas tadi. just panaskan je. terima kasih puan mama sebab bawa kan dapur letrik tak de lah kebulur  bila rasa malas nak turun cafe.. hehe..

lepas makan, aku telan Catalyst Virgin Coconut Oil sebiji.. haaa.. aku nak share product ni kat u'olls.. Aku tak ambil sebarang bayaran ke apa atau kena suruh nak promo benda ni.. tapi memang aku nak share dengan korang la. selalu kita nak beli produk cam tak caya betul ke berkesan kan.. tapi product ni sure berkesan sebab aku dah guna selama 1 tahun.. hehehe..





kulit aku ni suka je jerawat tumpang tinggal.. tak de lah suke hati dia nak biak. tapi masa tengah 'moon coming' la.. period je mula lah pimples naik sana sini.. Alhamdulillah.. tak delah banyak . cuma sebijik dua. tapi tu tak boleh jugak lah kan.. kalau boleh tak nak ada langsung!! lagi2 kulit aku ni senang tinggalkan tinggalan sejarah pembiakan jerawat ni. nak hilang punya makan masa. kene guna concelear selalu.. arghh..

bila guna concelear nak tutup bekas jerawat, kulit kadang2 berminyak bila waktu petang.. haishh.. masalah-masalah.. then aku try guna Catalyst Virgin Coconut Oil ni.. aku try je.. tapi beli 2 botol.. *kalau try mesti beli sebotol je.. cukup syarat..tapi aku beli sekali 2.. ishh.. hehehe.. then, nampak jugaklah kesan nya.. :) :) :)

kalau korang nak tahu, memang dapat kesan yang kita boleh tengok sendiri.. memang hilang hari demi hari bekas jerawat tu.. hehe.. tapi nak elakkan dari jerawat tu, aku tak tahu lah. sebab kulit aku suka datang jerawat bila period.. huhu.. tapi tak de lah sedih mana sebab aku akan gunakan product ni untuk avoid itu ini.. haha..

boleh juga kita sapu dekat rambut.. biar macam nampak lebat plus lembut.. walau bau dia aku dulu tak boleh tahan. yela.. minyak kelapa pulak.. tapi lama2.. alah... dah kena blocking dah hidung aku ni agaknya. sebab dah terbiasa..

telan sebiji pagi dan malam around pukul 10malam. telan sekali 2 pun boleh.. nak lagi best atau berkesan, sapu juga dekat muka.. biar 15minit. nak sampai esok pagi ke pun boleh. kasi serap. aku selalu biar sampai esok pagi..kena amalkan selalu.. baru nampak kesan nya.. 4-7 hari pun dah boleh nampak kesan dia.. InsyaAllah..

banyak je advantages product ni.. nak maklumat lanjut klik je SINI ,SINI dan SINI

Selamat mencuba :)

18 December 2012

Tak semua baik, baik untuk kita

Assalamualaikum...






We smile not because everything is fine.  But everything is fine because we smile


Dalam dunia ini ada 2 golongan seperti BAIK & JAHAT.  Kita nak jadi yang mana? Mestilah baik kan.. Orang yang baik dan beriman akan selamat di akhirat nanti. InsyaAllah..

Semua orang pernah melalui zaman JAHIL masing-masing.. aku pun.. Setiap manusia akan melakukan kesilapan, dahulu, kini, mahupun akan datang.  Kita tak boleh menilai sesiapapun melainkan hanya mendoakan perubahan orang lain mahupun diri sendiri ke arah kebaikkan.. Bila mana pintu hati dah terbuka, semuanya boleh berubah.. Hidayah kena cari. bukan ditunggu.. :)


tak semestinya apa kebaikkan yang kita rasa betul dan baik adalah baik untuk kita. Maksudnya, kita makan coklat banyak-banyak sebab bagi kita boleh redakan stress.. tapi itu boleh menyebabkan penyakit pada masa akan datang.


Banyak perkara sebenarnya dalam hidup kita yang kita suka.. tetapi tak semua mendatangkan kebaikan sekcara khusus dalam hidup.  Kita suka melihat orang yang cantik, tetapi kecantikan seseorang itu tiada kesannya kepada kehidupan kita. Kita suka kereta Mercedes dan tak semestinya kita perlu memiliknya.. Begitulah adanya..

Macam tulah kita.. tak semestinya kita buat sekian sekian kita betul.. Tapi sebenarnya salah. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah memberi apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita inginkan..




Salam beradu..

entry preview not available













*aku semakin buzy dan buzy.. facebook & twitter sekadar bukak tinjau-tinjau.. walau pun menyala hijau aku on.. tapi tak da pun depan lappy mata tu.. study study study...  maybe coming next update bila aku tengah tak da kerja nak buat. (konon).. hehehe.. :)

thanks for viewing :) :) :)

5 December 2012

dah tunang dah~

Assalamualaikum...

Aku nak post entri ni tapi asyik postpond je.. Kelas first week aku semester 4 ni pun dah memeningkan aku sebab subjek2 agak tuff jugak lah bagi aku.. InsyaAllah Dia permudahkan.. :)

Aku rasa lepas ni aku agak jarang update entri.. sebabnya aku dah makin bz.. haha.. sementara tak berapa nak bz ni aku update la entri yang dah makin ada sedikit habuk.. fuuuhhh~ *tiup habuk.

Ahad lepas aku pergi kenduri kawan baik aku tunang.. dekat pasir besar.. sampai je area sana, aku nampak dia datang sambut aku.. 4 tahun tak jumpa beb.. last jumpa waktu sekolah. tapi mase tu dulu2 die musuh aku. dan dia agak tomboy sikit.. bila jumpa masa kenduri die.. ahaaaa.. ayu giler kau nyah~ tak sangka  dah tunang kau ye... hehe.. tskk tsskk :'D

bila jumpa non-stop berborak.. ye lah.. lama dah tak jumpa.. lepas tu macam2 cerita keluar. kawan itu kawan ini. hahaa.. dulu kawan aku ni, tak suka aku since sekolah rendah sampai dah menengah. ntah ape hantu die tak suke aku.. lagipun die jenis yang kerap masuk bilik disiplin mase zaman dolu2..

masa sekolah rendah die pernah buli aku plus ugut sampai die kunci aku dalam toilet..walawehh~ dulu aku giler baik sampai aku tak report kat papa (papa cikgu masa tu).. yang paling aku tak lupa kitorang gaduh sampai tarik rambut dekat atas padang sebabnya rumah biru (aku) jauh sikiiiit je markah dengan rumah kuning (die). aku la yang stat dulu carik pasal. aku buat die panas, aku cakap rumah kuning tak hebakkk mane.. die pulak jenis berani touch orang. sekali die datang tarik rambut aku.. haha.. *aku ingat aku sorang je ingat.die pun still ingat lagi.. hahaha! *malu pulak aku citer ni*

masa sekolah menengah aku jadi ketua pelajar perempuan. so tugas2 pengawas aku yang handel.  tempat aku bertugas of kos yes aku yang tetapkan suke suki aku je.. so, aku letak aku bertugas port die lepak dengan tempat kelas die duduk masa assembly. SEBAB.. aku boleh carik salah die masa time aku bertugas.. nampak tak jahat ke tak aku ni?haha...

tapi betul lah orang kata... kalau benci2, lame2 sayang.. sekarang die dah jadi best frend aku.. dah habis sekolah.. dah masuk U baru lah bebaik. die mintak maaf dulu lah.. last2, jadi kawan baik.. haha.. siapa sangka kan? dulu style ganas2 je die ni.. tapi sekarang dah ayu2 gitu.. dah tunang dah pun.. tahun depan dah nak jadi bini orang.. lepas tu mak orang.. *ini yang tak sabar ni*.. bhahaha!

crope pic (private pic)


*nak sambung stady mandarin.. :)