Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

28 July 2013

macam mana nak merasai Ramadhan tu?



Salam Ramadhan Al-Mubarak aku ucapkan setelah 2 minggu umat Islam menunaikan kewajipan iaitu berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia ni. aku ingat lagi tahun lepas aku terbayangkan kalau kalau Ramadhan kali ni aku tak dapat jumpa. Alhamdulillah.. aku berkesempatan lagi jumpa Ramadhan bulan yang paling mulia. Ramadhan tahun akan datang aku pun tak tahu dapat jumpa lagi ke tak.. Ya Allah.. jadikan Ramadhan kali ini penuh makna.. Amin...

ramai yang menempuhi bulan mulia ni macam bulan2 yang biasa. cuma beza tak makan waktu siang je. so ape beza and feel bila Ramadhan? alah.. setakat korang tambah tahan lapar dengan beli baju raya je pun. itu belum rasa lagi nikmat Ramadhan ye adik2..

bulan mulia ni patut kita specialkan sikit. biar ada feel , ada rasa syukur, ada rasa nikmat yang Allah kasi pada kita. nikmat kesedaran sebagai khalifah di dunia ni. InsyaAllah. tapi macam mana? kat sini aku banyak juga terbaca, dengar dari radio, so aku combine kan dalam entry khas ni.. :)




1) Bersederhana waktu berbuka
- Haa... yang ini memang susah nak kita amalkan padahal bende ni sangat lah senang untuk di lakukan. kita tahan lapar siang hari lepas tu pergi bazaar, rambang mata macam2 nak beli. tapi bila berbuka. makan 4 5 suap dah kenyang. lebihan makanan tu nak kasi siapa? orang lain pun dah kenyang.

so bila kita pergi bazaar nak beli makanan berbuka, tak pun masak makanan berbuka, kita set mind kan , kita puasa untuk apa? selain menunaikan kewajipan, kita kena ingat orang2 yang susahkan? bila kita set mind yang kita ni antara orang2 yang bersyukur, so automatik kita beli mana yang perlu je. kan.. :)


2) Terawih
-hari pertama puasa, memang penuh masjid/surau. bila masuk hari ke-5 dan seterusnya, masjid/surau boleh terasa anggin syahdu kuat sangat. sebab tak ramai orang. bila di bulan Ramadhan, banyakkan masa kita ke masjid/surau untuk tunaikan solat sunat Terawih.

selain dapat muhasabah diri, kita dapat rasa 'kelainan' bulan mulia ni dari bulan2 yang lain. selain dapat 'feel' gitu, kita juga dapat gandakan pahala kan? tak rasa rugi pun kita berterawih. malah kita rasa untung sangat2 berada di kalangan orang2 yang macam ni. :')





3) Tukar nada dering

-sebelum ni kita punya nada dering/caller ringtone lagu rock2, dangdut2, cintancintun. apa kata di bulan Ramadhan ni kita tukar nada dering yang melambangkan kemuliaan tak lama pun. sebulan je. kita pasang lagu selawat ke atas Nabi ke, lagu nasyid ke, lagu ketuhanan ke. selain kita dapat rasa suasana yang 'berlainan' tu, kita dapat motivasi diri. tak la kita dengar lagu rock2, bila nak berbuka. lepas tu bila nak pergi teraweh, keluar pula lagu dangdut. boleh tu boleh. tapi apa lah salahnya kita wujud kelainan selain dapat meningkatkan motivasi diri supaya lebih baik. InsyaAllah ..


4) Banyakkan bersedekah

-bersedekah di sini bukan bermaksud kita sedekah senyuman je tau. kalau kita pergi bazaar ramadhan. mesti ada makcik pakcik yang dekat tepi2 tu jual tisu kan. apalah salahnya dari kita beli macam2 makanan yang mungkin akan 'dibazirkan', lagi baik kita hulurkan RM1 RM2 tak pun beli sebungkus makanan buat mereka. 

bukan suruh buat setiap hari. 1 hari pun untuk seorang, bila mereka yang menerima ni bersyukur kerana dipertemukan orang yang semulai macam kita ni. dia akan doakan yang baik2 buat kita. dan doa dari seorang hamba yang bersyukur ni di makbulkan Allah. nampak tak kat situ apa yang aku nak sampaikan? marilah kita muahasabah diri. sebab kita antara hamba2 yang lalai dengan keduniaan. Astagfirullah. :'(


5) Kelainan amalan dari bulan2 yang lain
-ha.. macam mana tu? maksudnya sebelum ni, kita asyik tidur je. selalu beronline karoke lagu2 omputih yang kadang2 kita sendiri pun tak tahu maksudnya. main hentam saparno je kan. lepas subuh terus tidur sampai tengah hari. apa kata. bulan Ramadhan ni, kita tidur hanya 30 minit-1jam. selebihnya masa tu, kita mengaji, tambah2 kan amalan. kalau nak berkaroke juga, buka u-tube nasyid. tak pun lagu2 raihan bersifat keRamadhanan. heee..

banyak kan lagu2 macam tu.. lepas solat subuh, kita jangan tidur. kita baca buku2 agama. lagi elok baca buku macam Indahnya Hidup Bersyariat, magazine AL-Islam, magazine I LOVE Islam etc.. selain kita dapat tinggkat motivasi diri, kita dapat juga membersihkan jiwa rohani, meningkatkan tahap keimanan, mendekatkan lagi kepada Allah. Tuhan ku Yang Satu. sebab kita tak tahu. bila kali terakhir kita dapat sujud padaNya.. Ya Allah...


6) Dakwah di laman sosial
-aku percaya ramai yang suka update post/twit di laman sosial. tipulah kala tak da laman sosial pada zaman serbe canggih ni. apa kata, bulan mulia ni, kita update.twit benda2 yang baik. benda2 dakwah supaya dapat dikongsi di seluruh dunia selain dapat memberikan kebaikkan kepada diri sendiri mahupun orang sekeliling. 


abaikan lah bila ada mulut2 orang yang mengatakan kita ni nak raih popular dengan update2 macamtu, nak bajet good good (bajet baik) ke, nak hipokrit ke.. pedulikan. yang penting, itu urusan kita dengan Allah SWT..yang penting niat kita tu betul. apalah sangat pandangan manusia kalau nak dibandingkan dengan padangan Allah..




7) Kurangkan bercakap
-haa.. kalau kita ni jenis cakap yang tak de insurans. asyik nak menyakitkan hati orang. apa kata kita buat sikit perubahan. bukan mintak selama2nya. sebulan je. bulan mulia ni, kita banyakkan zikir pada Allah dan nabi, kita kurangkan bercakap. ni tak. bulan2 mulia ni lah mulut lagi lancang nak perli2 orang. nak kutuk2 orang.

bukan nak kata bajet good good. tapi hormatlah bulan mulia ni. tak gitu? kita banyakkan senyuman, zikir, atau kongsi ilmu2 , itu adalah lebih baik dari korang perli2 orang, kutuk2 orang. pahala tak dapat. dosa bertambah. kok mati masa korang punya mulut tak stop kutuk2 orang. siapa yang rugi? renung2kan.. :)


ini serba sedikit yang aku dapat kongsikan di sini. kalau ada sebarang tambahan, boleh kemukakan. ilmu perlu dikongsi. bawa sampai ke liang lahad. InsyaAllah.. sama2lah kita buat perubahan pada diri sendiri dan mudah-mudahan kita dapat tarik orang lain bersama-sama ke jalan yang diredhaiNya.. InsyaAllah. yang penting niat. Lillahi Taala ..


aku nak share lagu yang dari kecik sampai la dah nak kawen aku tak pernah boring atau jemu dan terasa membuak2 nak dengar lagu ni berulang2 kali. supaya kita mendapat keredhaan bersama. InsyaAllah :")









notakakicomel: mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

21 July 2013

MUET July 2013 DONE!



Hari ni aku baru je habis selesai amek exam MUET. fist pengalaman pertama amek MUET. yelah. before this serius aku takot nak dengar word tu. sebab aku ni jenis takot dengan exam. serius talk la wa cakap sama lu. so nak tak nak, aku kena hadapi jugak lah benda2 ni semua as a student kan kan kan. mana ada benda kat dunia ni senang2 je. mesti ada susah jugak.

pada asalnya aku apply MUET ni dekat salah sebuah sekolah menengah kat alor gajah. tapi bila print slip, test center aku kat UiTM Melaka. uitm sendiri. oh ohkay la kan. tak de lah menyusahkan aku nak keluar masuk kan kan kan.

maghin lepas aku baru je lepas speaking test. urm.. agak bedebar plus excited sebab aku ni tak kenal semua orang kat situ. maklumlah. aku apply persendirian. huhu.. nak nak pulak nama aku dalam group yang first sekali. hamek kau. Allhamdulillah. easy question where is soalan die lebih kurang macam ni; "Pada sapa kita nak share problem; friends, family, teacher or counselor" nampak tak kacang goreng soalan dia. alahai.. cakap boleh la kan. ce masa hari kejadian. haaa.. elok2 boleh lancang cakap fasih lancar kecek omputih, terus arr..emm..rr.. haha.. tapi words tu keluar tak de lah banyak sangat. kihkihkih...






ok aku nak cerita lah sikit masa hari last aku amek MUET ni. aku tengok result jugak lah. kok cam aku tak puas hati. aku cadang nak amek lagi sekali. kok cam redha pasrah, aku terima je la yang result yang ni. insyaAllah boleh membuatkan parents bangga. Amin..

mula2 pagi2 buta pukul 8pagi tu aku test reading. nak di jadikan cerita. aku masuk dalam dewan tepat2 pukul 8 pagi. heh! *plis jangan ikot perangai tak senereh aku ni* aku tak tahu pun kat setiap meje dah tampal nama butir2 diri calon. aku serius tak tak tahu. yang aku tahu aku rasa boleh hantam je nak duduk mana. then aku follow la brader ni masuk dewan. die nak duduk belakang2. aku cam.. err.. blakang2 ni aku tak minat. then aku nampak meja baris depan2 ni kosong. so aku duduk je la. selamba letak barang2 peribadi. then baru aku perasan belah kanan meja ada tampal butir2 calon. dan tertera nama aku! Alhamdulillah aku duduk tempat yang betul. kok main duduk je. maun tak malunya. habis hilang control ayu aku pepagi buta tu. ngeh ngeh ngeh

masa 1jam 30minit wa cakap sama lu. memang tak sempat lu nak semak balik untuk kali ke-2. serius beb! ada 45 soalan objektif. betul2 2 soalan aku habis jawab masa dah time! bayangkanlah tu! sama jugak masa writing. ntah berapa kali aku urut tangan. lenguh tulis laju2, otak kena paksa pikir cepat2. tak da masa nak berangan tak lama lagi nak kawen dengan sapa tu semua. boleh pikir lain kali. habis je perenggan last. aku sempat selak nama aku je. cek butir2 kat kertas then masa dah habis! bila masa kau nak cek grammar? bila masa kau nak cek spelling? bila masa kau nak kire words? tapi aku jamin words aku more than 350 words. aku agak la. 1 perenggan pun aku rasa dah 100++ ni kan pula ada 6 perenggan. 

listening yang terakhir. masa tu tak yah cakap la berkobar2 nak habiskan peperangan nak mati ni. listening 30minit je. tapi tapi tapi ntah macamana Allah nak uji aku dan candidates dalam tu bulan puasa ni kan. memang dah start pukul 12. tapi CD player rosak pulak. dah tukar lain. PA system rosak pulak. dah elok, ntah apa yang rosak ntah. samdol betul. elok2 30minit je listening ni. tapi dah nak 1 jam aku duduk situ. dari dalam kat tingkap aku tengok students lain dah balik dah. perghh.. sabar sih! hahaha.. macam2~

tapi sepanjang MUET ni . Alhamdulillah. bagi aku tak rasa cam seksa nak nangis menjawab. berkat doa parents, doa orang tersayang, kawan2, usaha sendiri baca ntah apa2 aku baca ntah untuk prepare bagai. aku boleh jawab dengan baik test yang paling aku takot nak dengar since aku form 4 lagi. hahaha.. lepas ni dah tak takot nak dengar dah. nak amek lagi sekali boleh? *gedik sangat*



P/S: untuk kawan2 yang amek next session, good luck lah ye! tak yah gelabah. tak yah cuak. kalau dah prepare fully enuf tu, dengan dorongan doa dan semangat orang2 sekeliling plus usaha sendiri, insyaAllah. ada jalanNya :)



sesiapa yang tercari2 pasal MUET. korang boleh pergi page Official Portal Malaysian Examinations Council






notakakicomel: berusaha menjadi yang baik untuk benda yang baik2 :)