Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

14 March 2015

adat dengki mendengki dalam business


Permulaan berjinak-jinak dalam dunia business ni dah lama aku start since masa diploma lagi. tapi sebagai agent dropship sahaja 1 produk kecantikkan. tapi tak lama. kejap. sekadar mencuba. aku giveup. cari customer bukan semudah datang duit sedebuk depan mata. nak dapatkan kepercayaan orang pun bukan senang. usaha tu kena ada. rezeki baru datang. aku pulak final semester diploma. so tak boleh nak carry on lebih-lebih sangat. *konon*

macam-macam dalam kepala otak ni nak buat business balik sekadar duit tambahan. sampai bila nak harapkan bulat-bulat duit mak pak kan sedangkan aku tak amek apa-apa pinjaman belajar. kihkihkih. nak start business balik since dah masuk degree bela haiwan eksotik. aku bela si landak(hedgehog) pada mulanya sekor. lepas tu jaga orang punya. ada orang kasi lagi. so dah membiak sampai 13 ekor kesemuanya. mula-mula aku larat la menjaga. sebab masing-masing masih menyusu. bila dah menginjak kanak-kanak yang boleh berdikari sendiri. aku pun tak larat . aku pun sibuk dengan event sana sini. kelas tarian. kelas gamelan. ouhhhhhh!! aku tak larat. bukan tak larat diri sendiri. tapi tak larat nak lebih fokus pada anak cucu kesayangan aku tu. akhirnya aku jual tinggal sekor. Allhamdulillah.

semester baru pulak since sekor landak anak aku tu sedang dijaga oleh orang lain. so aku rasa more fokus kalau nak buat business. mula dari business dropship jual jam. lama-lama aku terpikir. sebab rezeki datang banyak. why not aku buat business sendiri untuk kumpul duit kawen bilamana aku pikir apa function aku nak uruskan kenduri kawen. aku punya majlis. orang lain kena keluar duit.. aku? kahkahkah! sampai kesitu aku pikir.

walaupun bagi aku lama lagi. tapi aku rasa takkan la sebulan nak kawen hari ni baru kau nak start kumpul duit ye tak?? kalau kawen dengan anak datuk atau kau memang dah kaya tu lain cito lah kan. hihi..

so aku buat business sendiri. mula-mula bergerak secara solo. lepas tu ada share partner plak. dari idea nak jual apa semua. timbul plak nk jual lain. lepas tu keluar pulak idea nak buat cop sendiri. cop company tak da lagi. company pun tak dak! hoho..

Allhamdulillah. business baru seminggu. tapi dah berduyun2 parcel aku post. feedback sangat positif. best kerja sendiri rupanyakan. tak best kerja makan gaji iut bawah orang ni. tak percaya buat business sendiri. lagipun perniagaan di kan digalakkan Nabi. kalau kawen 4 kau laju kemain sebab nak ikut sunnah Nabi. why not kau buat business tambah pendapatan . :)




mungkin sebab niat nak kumpul duit kawen Allah benarkan. tu yang laju je rezeki datang bergolek2. tapi tak semestinya apa yang kau buat tu, orang suka. kan? biasalahhh.. nama pun dunia yang fana penuh dengan tipu muslihat.. :) :) :)

ada hamba Allah yang tak suka aku berniaga . katanya curi customer dia. sebab dia juga jual benda yang sama. tapi jauh lagi murah dari aku punya harga. bagi aku. kalau dah namanya REZEKI. sejauh murah mana pun jual. sejauh mahal mana pun jual. kalau customer (rezeki) nak datang nak beli dekat kau. maka berlakulah dia. Kunfayakun.. percaya pada rezeki masing-masing. percaya pada usaha itu tangga kejayaan. percaya pada niat yang baik Allah tolong. InsyaAllah.



bagi aku benda-benda macamtu tak adalah membuatkan aku down jatuh ke apa. lumrah hidup manusia. baru cabaran sikit yang datang. belum lagi cabaran yang lagi teruk aku dapat. macam-macam kerenah customer aku dapat. biasalah..kann..

untuk yang nak start buat business. pikir elok-elok. boleh ke hadap caci maki orang? income cukup? tak mudah giveup? sabar sangat? niat baik? yang mula-mula nak buat business aku sarankan tarik customer dulu seperti buat dropship. dah ramai percayakan kau. baru boleh buat business modal sendiri. kalau rasa boleh buat. sahut cabaran. sangat dialu-alukan. cari rezeki dimuka bumi Allah yang luas ni. sokongan dari keluarga, kawan-kawan pun sangat la bermakna walau tak guna wang ringgit. GOOD LUCK!!




notakakicomel: hati manyak senang .....