Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

18 June 2013

siapa ada penyakit trypophobia?


Tengah godek2 lappy, tertengok pulak gambar yang buatkan aku rasa geram. ngilu, tak selesa pun ada. Fyi, aku tak boleh tengok benda bulat2 halus yang banyak. samada hanya gambar atau real depan mata. aku akan rasa ngilu, tak selesa dekat tengkuk, pastu akan rasa gatal2 dekat telinga..

Penyakit ni lebih kurang macam fobia tengok benda bulat2 kecik yang berkumpul bersama. "Trypo" dari perkataan Greek bermaksud lubang

Aku ingat aku sorang je fobia macam ni. rupanya ramai lagi yang tak boleh tengok benda macam ni.. eeii.. aku dah rasa tak selesa..ngliu.. tak selesa kat belakang tengkuk..nak muntah pun ada.. errrrr...~~









Buat masa ni tiada ubat yang boleh rawat fobia macam ni. Cara nak elakkan, tak yah tengok langsung. kalau tertengok tu yang kesian sangat dekat orang macam aku ni. huhuu. :'(



notakakicomel: pening dah. sebab tengok gambar ni banyak sangat masa nak buat entry ni :'( 

16 June 2013

nak cantik kena disiplin!


meh sini entry khas nak bagi dan special nak bagi tahu ni. banyak dah komen2 merungut2 cuba macam2 produk tapi kenapa tak cantik macam pengguna produk sekian sekian tu? produk tu pentipu ke? ehem! sebenarnya tak da yang pentipu tak da yang tentipu.

cuba kita tengok balik mana2 produk tak kesah la jamu ke, produk serbuk2 ke, mesti pantang larang dia kena minum atau makan benda2 yang berkhasiat kan? itu salah satu pantang larang nak cantik. erti kata lain kena disiplin. ce amalkan makan minum yang tak berkhasiat. bukan muka je tak cantik. 1 badan tak cantik. dah tua mula lah sakit2, buah pinggang rosak la bagai. sebab apa? sebab kita tak disiplin kan diri amalkan benda2 yang berkhasiat. balik2 air gas. balik2 minum berais. haa.. entry kali ni aku nak ajar cara mudah nak disiplinkan diri mengikut apa yang aku selalu amalkan :)



1) Mask muka 2-3 kali seminggu




Pemakaian mask adalah sangat penting ye uolls. Masker tak kiralah perempuan atau lelaki boleh guna terutama sesiapa yang mementingkan kecantikkan dan kebersihan kulit. In fact, masker berfungsi melambatkan proses kedutan dan menegangkan kulit muka.

Dalam skincara range, jangan sesekali lupakan masker. Masker perlu dipakai 1 kali seminggu. tapi paling digalakkan pakai 2-3 kali seminggu. Biasalah manusia kalau hari2 guna pun lupa, ni kan pula pakai jarang2 kan? samalah macam aku. nak elakkan dari lupa atau terskip melampau hari so aku gantung macam ni mengikut hari.

Nampak macam kuno tapi bagi aku ni cara disiplinkan aku untuk tidak terskip tak pakai mask dalam seminggu tu. so aku dapat tahu, hari Isnin pakai mask muka, Selasa pakai eye mask, Rabu mask muka dan seterusnya. so kiranya gantung macam ni untuk seminggu. hujung minggu je gantung yang baru. so aku tak kan terskip sekalipun! :D




2) Tona, pelembab dan lotion setiap kali sebelum tidur




Aku selalu terlupa nak pakai lotion sebelum tidur. Tona dan pelembab pun sangat penting sebelum tidur ye uolls. Tona dan pelembab bagi mengekalkan kulit sentiasa lembab. Lagi2 macam aku tidur dengan menggunakan air-cond. lagilah kena guna pelembab muka supaya tak kering mengelupas. Nak dapatkan tangan yang lembut pun sebelum tidur kena guna lotion.

So bagi mengelakkan aku gunakan perkara2 sedemikian so aku letakkan je lotion, tona dan pelembab muka ni di sebelah bantal atas katil. so nak tidur terus guna. Bebear pun dah dapat tahu rutin aku sebelum tidur. Cara ni aku tak lupa perkara2 penting sebelum tidur . :)




3) AuraWhite sebelum sarapan dan sebelum tidur



Ehem! aku ni memang penggamal jamu dan penggamal AuraWhite. hehehe.. ni antara rahsia2 aku lah.. aku akan letakkan jamu dan AuraWhite di dapur tempat di mana aku pergi nak minum air. so sebelum nak sarapan dengan perut kosong, aku akan nampak barang2 ni. terus minum AuraWhite dan telan jamu.

Haa... cara macam ni disiplinkan aku supaya tak terlupa nak ambil benda2 penting ni! korang pun kalau yang pengamal produk apa2 ke, makan ubat ke, tak nak terlupa nak makan, letak di tempat yang senang korang nampak. letak tempat yang sesuai. :)




4) Setiap hari 3-4 liter air mineral/suam



Haaa! ini 1 hal! kita ni sering kali abaikan minum air suam/mineral. yang kita selalu minum, air sejuk, air manis. tapi selalu tak pandang air tak da rasa ni. haha.. so start hari ni, korang kena minum air suam/mineral 3-4 liter sehari. biarlah asyiku keluar masuk ke bilik air. asal badan kita sihat. kulit memang akan jadi cantik!

mula2 tu memang susah nak biasakan diri. tapi lama2, air sedap2 macam air coke tu pun korang dan tak heran. betul! tak tipu!. macam aku lah. tengok adik2 minum air gas.. memang mencabar nafsu betul. tapi tahan kan jugak diri ni. nak sihat dan cantik punya pasal. :)

so yang baru2 nak mendisiplinkan diri minum air suam tu, untuk senang sukat air berapa korang minum, letaklah atau isi air dalam botol mengikut sukatan yang sama. kalau 1 botol 500ml.. letak atas meja belajar atau tempat korang selalu nampak sebanyak 6 botol.(3liter). bila letak tempat senang nampak, korang akan terus minum. secara tak langsung korang dah boleh sukat berapa korang minum dalam sehari. tak delah terkurang 3 liter. terlebih lagi bagus! 

macam aku malas nak isi air. so beli je berkotak2 air mineral. dan letak luar kotak 6 botol. 6 botol tulah aku paksa diri kena habiskan dalam 1 hari tu!






bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. kan? so bukan senang nak cantik kalau kita tak usaha. nak tak cantik senang je.makan la ape2 pun. minum la ape2 pun. nanti kulit tak cantik. badan sakit2, jangan nak bising2 jangan nak menyesal2 bila dah tua nanti. dari sekarang lah kena jaga badan. badan kita ni lama lagi nak guna. kita ada tanggungjawab. so fikir2kanlah :)

ni antara tips nak disiplin cara aku. kalau korang ada lagi baik, lagi bagus! so teruskan !




untuk para muslimah yang suka berfesyen , bolehlah korang belek2 magazine dara.com atau hijabista untuk ambil info2 fesyen yang terbaru. :)






notakakicomel: kenyang makan malam ni :)

15 June 2013

bihun tomyam ala thai for breakfast!

Nak jadikan kisah, sebenarnya hari ni nak la masak lauk yang makan dengan nasi. tapi yang jadi masalahnya, dalam rumah ni guna periuk nasi manual. periuk nasi letrik dah rosak. aku bab2 bukan auto memang noob sikit. dalam ramai2 dalam rumah ni. hanya seorang je housemate aku yang reti masak nasi guna api. tapi dia dah balik kampung. so memang antara faktor utama kenapa kebuluran di hujung minggu ni
so aku carik alternatif lain untuk tidak menjadi tajuk utama news paper punca kebuluran kitorang, so aku cadang nak buat bihun tomyam ala thai.

agak memalukan jugak bagi aku sebab anak dara tak reti masak nasi guna api dapur. alah.. dunia dah maju. gune je la periuk nasi letrik . ye tak? haha..

ok sekarang bahan2 aku dah sediakan dari malam tadi lagi. memang kebiasaan aku akan sediakan bahan2 malam sebelum tu sebab esok tinggal nak masak je. haha.. lepas subuh pagi tadi, terus aku masuk ke dapur memulakan kerja di dapur. hehe

**antara terdetik nak buat bihun tomyam ni, sebab teringat dekat mama kat rumah sebab mama selalu jugak buat breakfast bihun tomyam ni. huu.. (homesick sudahhhh) sobss sobbss T_T
ni resipinya :

Bahan2:
Beberapa ketul dagung ayan dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2  batang serai
5-6 biji cili padi. *ikut suke hatilah nak pedas banyak mana*
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis (perah jus)
1 biji tomato
sayur2an

Cara penyediaan:

1-Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Lacau sehingga masak mendidih.
2-Masukkan ayam dan masak sehingga empuk
3-Perasakan dengan garam, susu pekat, dan jus limau nipis. Kacau dan masukkan sayur2n. Biarkan mendidih.
4-Boleh dihidangkan. Jangan lupa rebus bihun.
senang je kan? pantang dalam tomyam adalah GULA. garam boleh. hehe.. tak susah pun. rajin malas je nak buat. :)
 
Selamat berhujung minggu ! :D
notakakicomel: lepas ni nak update puding oreo pulak :)
notakakicomel: nak komen? tekan post title. :)

9 June 2013

Pendaftaran NR



1 jam perjalanan dari Seremban ke Melaka, akhirnya sampai juga di UiTM Melaka. Dengan perasaan excited giler nak masuk pintu gerbang UiTM tu. nasib baiklah  hari last hari pendaftaran tak delah ramai nar macam semalam. mungkin sebab semalam dah ramai yang daftar kot.. kot la.. hehe..

Hujan renyai2 hari ni. redah je lah nak keluar dari kereta ke Dewan Shahbandar. huhu.. sampai2 sana terus ke kaunter NR. tapi tak nampak yang mana 1 kaunter NR.. sebab tak pakai spek! Grr~ tolak rasa malu, tegur member ni. tak kenal pun dia course Business ( tadi tanya dia) . dia yang temankan, siap amek kan borang untuk erny lagi. manjanye kau erny! mihmihmih.. thnks ye awak! malu titew!.. huhu

masa nak isi borang, dia nak macam2 pulak. duhh~ arahan kat atas tu, tak da gambar pasport, borang tak diproses. alamakk.. mula2 nak isi pun dah down giler sebab gua tak da gambar spare.. memang citer dia hantar borang esok la nampak nya. huhu.. sempat tulis nama je..mihmihmih.. terus angkat kaki keluar dewan.
pastu cakap dekat papa denga muka tersenggeh2 sebab tak hantar borang. hantar esok jeeeeeee... so sad :(





then lepas tu pergi ke rumah sewa.. dekat mana? rahsia rahsia.. hehehe..

esok lah citer dia kena bertapak ke Pejabat Kolej. eh? Pejabat Kolej ke nak hantar borang NR ni? eh.. tak tahulah. esok je lah tanya orang.. mihmihmih..




notakakicomel: mengantok pulak tengok citer tv3 ni. rasa nak tidur. 

ceritera malam terakhir sebelum ke Melaka-final semester



Hari ni dan esok (Ahad) hari pendaftaran untuk pelajar Diploma UiTM.. mesti rasa tak sabar giler nak balik sebab nak jumpa kengkawan. nak jumpa orang yang tak sabar giler nak balik sebab semangat nak belajar tu.. emm. ada. tapi JARANG. hehe..

tapi tapi tapi perkara paling best mestilah nak jumpa kengkawan yang dah nak 2 bulan lebih tak jumpa. semangat belajar tu datang dengan sendiri bila dapat jumpa kawan2 pastu pasang niat yang sama. nak dapat result cemerlang untuk final exam. insyaAllah.. :)

tapi bagi student macam erny yang dah masuk final semester ni, tak sabar tu rasa lain macam. berkobar2. terasa nak spend time masa tu waktu2 sampai bulan 10 ni dengan sebaik2nya. sama ada masa dengan kawan2, masa dengan kampus UiTM dihatiku, masa dengan suasana, masa dengan lecturer dan masa dengan study sebagai seniur. kene struggle mehhh!





bila tengok dekat twitter. sibuk nak tahu pasal hari pendaftaran untuk hari ini. hehe. macam2 riaksi. tapi riaksi erny tak sabar pun ada. sebab pertama kali sem ni duduk luar. mesti korang gelakkan? budak baru nak belajar berdikari. anak ayam baru pandai berjalan. chip chip chip.. ciss korang! -,-

alah. bagi la can nak duduk luar. hehe.. tak de la terikat nar dengan aktiviti kolej yang selalu dengan keterpaksaan masuk event itu ini. *nak duduk kolej kenalah ada rasa berbakti dengan tempat kita duduk tu* mihmihmih...

sebelum ni, sem sem lepas 2minggu sebelum berangkat (macam jauh nar je Seremban-Melaka), dah semangat packing barang nak bawak. sem kali ni cam krikk kriik.. semangat tu datang lambat sikit.. tapi tak pe. bukan banyak sangat pun barang. (sila jangan percaya. sebab barang tak pernah sikit)..huhu..





oklah. nak bebel banyak2 pun tak guna sebab barang tak habis packing lagi. nanti erny update lagi untuk malam pertama. hew~ :)




notakakicomel: paksa diri minum 3 litre++ air mineral sehari. paksa paksa paksa.. AuraWhite punye pasal.. huuu

7 June 2013

jadual dah sampai.. hati sampai tak..?



Bila bukak twiiter. ramai twit pasal balik U . sebab dah start new semester. bukak Fb pun.. bila blogwalking belum lagi lah setakat yang erny jumpa update pasal nak masuk new sem ni. semua berdebar2 nak masuk blaja balik. alah.. hanya 35.5% je semangat nak masuk belajar. selebihnya semangat nak jumpa kawan2 lepaking bagai sebab dah lama cuti kannn. haha.. samalah kiteeeee :p

tapi tapi tapi kali ni final semester. sape je tak rasa berdebar. nerbes ada. sedih pun ada. yelah. entah2 time konvo je dapat jumpa nanti. lepas tu kawan2 Diploma dah bersepah ada yang dah keje. ada yang continue study kat merata2.. kalau buat runion pon dekat wedding kawan sape yang kawen dulu.. mihmihmih.. sedih pulak tetibe. sobbs sobbs T_T

benda yang paling dinantikan bila nak masuk sem, semestinya TIMETABLE! because of what? because we are the lazy person who don't like to wake up early in the morning! haha.. memang macam tulah salah satu harapan kitorang. tapi ada banyak lagi harapan.. meh sin erny list kan:

1-tak nak kelas banyak awal2 pagi. start 1030pagi tak pa. sebab kitorang liat nak bangun pagi. dah subuh terus tidur balik. baik yang laki, baik yang perempuan. hehe

2-tak nak ada kelas malam. sebab apa? sebab malam waktu nak tengok movie. waktu nak buat assingment. waktu nak rest paling terbaik.. eh? tapi tidur lambat jugak..huhu

3-tak nak kelas Jumaat sampai lewat petang. kalau boleh tak nak kelas Jumaat langsung. yang ni dulu masa mula2 masuk. kawan2 aku ramai nar homesick nak balik. kalau Jumaat sampai petang diorang sedaya upaya nak anjak kan kelas ke hari lain. atau hari sama just awal kan sikit masa. dulu ye lah.erny tak kesah nar kelas Jumaat petang ni. lama2 dah terjebak. erny pun nak balik rumah jugakkkk.. T_T

4- tak suka kelas bertimpa2 1 hari. sebab? banyak buku kena bawak. course kitorang ni buku tak nak tebal pulak kan untuk 1 subjek. 1 subjek bukan 1 buku je kena bawak. paling koman pun 2 3 buku. itu 1 subjek. kalau 1 hari ada 4 subjek? maunnya ada muscle kat tangan ni. mihmihmih... tapi siyes. kitorang pernah rasa.. huhu..


final semester ni. jadual baru je sampai. Alhamdulillah.. tak de lah kelas bertimpa2 lagi. tak da dah kelas sampai lewat petang sangat. 1 hari je kelas sampai lewat petang. terasa lapang plak banyak sangat gap. tapi takpe. bersyukurlah bila terasa 'lapang' tu ada WALAU 4 hari kena bangun awal. hehe..





tak pa. mana ada yang senang setiap perkara yang kita buat. semuanya ada dugaan. Allah nak uji kita sebelum Dia bagi ganjaran pada kita. Bersangka baiklah pada Allah.. :)

apa yang kitorang rungutkan, tak suka itu ini, tak delah sampai protes mana. kelas tetap pergi jugak. tak de plak classmate kaki ponteng. semua akademik cemerlang jugak. Allhamdulillah. just itu perangai gile engkorang yang banyak nar nak rasa senang. tak nak itu. tak nak ini.. haha.. nanti perangai engkorang macam tu lah yang teringat2 bila dah masuk Degree bila dah masuk kerja nanti.. huuuu..

semoga dipermudahkan urusan kami untuk final semester ni. semoga kita semua dapat capai Grad On Time yang semua idam2kan. Rabbi yassir wala tuassir Ya Karim.. Ya Allah, Kau permudahkan, jangan Kau susahkan. Amin... :)




notakakicomel: tingkatkan prestasi untuk final semester ni . InsyaAllah