Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

28 November 2012

cheese tart anniversary

Bismillahhirrahmanirrahim..

Lately ni aku selalu post pasal resipi/tutorial dessert kan.. haha..Seperti yang pernah aku bagitahu nak share tutorial buat cheese tart kan... kali ni cheese tart aku nama dia Cheese Tart Anniversary.. cool gila kan nama dia... ke menyampah? hoho.. saja letak nama ngengade macam tu...ok. kita teruskan.

Nak buat cheese tart giler senang.

500 gm tepung gandum
2 biji telur
250 gm butter

Gaul tepung dengan telur dan jadikan seperti kepingan. Macam dalam buku teks KH ERT form 2/3. Tujuan kita jadi tepung dengan telur kepingan sebab?? Hehe.. sebab nak kasi dia crunchy bila kita makan.. :)



Lepas tu masukkan butter dan uli sampai jadi doh macam ni.. time-time ni la korang nak act macam chef wan.. hehe..




Amek acuan.. ikot citarasa masing-masing la nak acuan kecik ke.. besar ke.. mula-mula aku buat acuan kecik. tapi puan mama kata. comel sangat. tak puas makan.

Guna doh tadi dan masukkan ke dalam acuan.. jangan nipis sangat. nanti bila dah bakar. cepat patah..



Bakar pada suhu 180c sehingga 30 minit. tak pun tak yah tunggu masa lama sangat pun tak pa. dah nampak macam kuning-brownie sikit, dah masak dah tu.. :)




OK. sekarang kita buat inti cheese pulak :)

250 gm cream cheese
100 gm butter
120 gm gula halus (aku blend gula biasa sampai jadi halus macam tepung )
100 gm bluberry/strawberry (jem yang pekat. jangan jem cair)


Pukul cream cheese bersama butter. Masukkan gula halu



Pukul sehingga jadi macam ni.. takyah guna mesin mixer pun tak pa.. manual je..hehe.. korang boleh rasa cheese korang ni.. sedap sangat! :'D



Masukkan cheese dan jem bluberry/strawberry dalam piping beg yang berasingan.

Letakkan jem dulu. baru letak cheese :)





Ini versi comel..




Bakar pada suhu 180c dalam masa 5minit.. lepas tu dah sejuk sikit. masuk dalam fridge!

Sebelum bakar, kalau rasa terer seni tu buat la bunga dekat atas cheese tu. aku tak reti buat. so aku juz tanda cheese tart ni perisa apa je




Hasil kerja bersama adik-adik.. haha..




Dah siap! Makan sejuk-sejuk sedap. macam kita makan creepy durian.. :) senang je kan.. buat lah. takyah beli.. beli mahal.

24 November 2012

Creepy Durian. buat sendiri lagi puas

Assalamualaikum...

Baru-baru ni kat mana-mana je aku mesti terdengar pasal creepy durian. masa aku terjumpa dekat FB makcik yang jual kuih-kuih ni. dia buat cantik sangat creepy durian ni. warna-warni. pastu aku tertanya-tanya la. ape tu creepy durian? sebab aku rasa sekarang ni dah macam fenomena pun ada.. tengah musim durian la kot..

Dan kebetulan semalam incik papa beli durian ntah berapa plastik. hari ni pulak incik papa beli 4 guni durian. so, hari ni kitorang 1 family ramai-ramai kupas durian, asingkan mana nak makan mana nak buat tempoyak, kemas dapur ramai-ramai. dalam buat kerja ramai-ramai tu dapat la borak-borak. ye la. bukan selalu dapat borak-borak buat aktiviti sama-sama. aku pulak nak fly UiTM dah nanti.. (bajet macam jauh sangat je)

So aku cepat2 asingkan durian nak buat creepy durian malam tadi sampai terlepas shiro, boboi punya maharaja mega lawak malam tadi.. huhu... malam tadi jugak la aku tanya sana sini kat kawang-kawang yang dah pernah buat creepy ni. terus aku catit resipi.. tak sabar nak buat ! :)





Bahan-bahan dia sikit je. dan aku rasa memang ada lah kat rumah tu kan..

250 gm tepung gandum
3 biji telur
400 ml santan
100 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu esen vanilla
1 sudu kecil perwarna
whipping cream




*whipping cream ni boleh juga buat ice-cream buatan sendiri. nanti aku ajar macam mana nak buat ice-cream handmade next entry eh eh eh.. hehe..



Mula-mula masukkan tepung + santan + air. Gaul kasi sebati.

Lepas tu masukkan telur + garam + esen vanilla + pewarna.. Kacau lagi sampai sebati.



OK. dan nampak ini macam. kita tapis dia. sebab nak dapat kan creepy yang halus mulussss..





Whipping cream pulak kita pukul sampai kental & gebu. Asingkan whipping cream.

Kes aku pulak, mixer puan mama tak dapat guna. entah kenapa. tak kan aku nak disturb-disturb (kacau-kacau) whipping cream sampai gebu. penat la nanti kan. so aku guna sebaik2nya blander kat dapur tu.. hehe.. asal gebu sudah.. :) :) :)




Hamek non stick pan tu. panas kan. lepas tu panaskan guna api yang kecil. Lepas tu amek 1 senduk letak adunan yang cantik warna kuning yang dah tapis tu, kita letak dalam non stick pan..

Biar dia masak. kalau dah nampak yang atas tu dah cam masak sikit. kita letak la dalam pinggan.. yang kasar tu kita jadikan dalam dia. yang licin kat bawah tu kita jadikan depan dia. :)




Lepas tu kita letak la whipping cream kat tengah-tengah dia. tindihkan dengan isi durian. lepastu letak lagi whipping cream tu. kire isi durian tu tengah-tengah la..




 Then, lipat la jadi bentuk bantal. Bila nak lipat tu memerlukan kesabaran yang tinggi ye.. sebab dia cepat terkoyak. kena ade skill sendiri.

Macam buat lempeng je kan kan kan.. adik bongsu aku pula suruh aku buat kuih lempeng inti kelapa dan dan tu jugak.. fuuh~~ -,-




picture
Simpan dalam fridge.. memang sedap sangat makan bila sejuk-sejuk. Lagi 1, jangan kasi isi durian tu terdedah lama-lama. nanti bau macam tempoyak.. hehehe... serius sedap. patut la kalau kat luar jual 4 Rm10.. dia ekot jenis durian jugak. ini aku guna durian D24...hehehe..

ok. selamat mencuba.. :)



*next entry kita belajar buat lain pulak..cheese tart ke.. :)

15 November 2012

Cocktail cinta hati

Assalamualaikum...

Ok dari semalam sebenarnya dah terdetik nak buat dessert yang berair sebab masa terdetik tu tekak tengah kering haus sangat. tapi tak terbuat pun. sebab dah mahgrib..huhu.. so bawak la ke hari ini nak laksanakan impian mimpi sampai ke bintang.. chewah

Aku selalu buat dessert itu ini. orang ada juga cakap. asyik buat dessert je. masak-masak tak reti. macam mana nak kasi laki makan cenggitu. nanti laki balik keje, bagi laki makan muffin seketul seketul.. erh.. tak pe lah. sape suruh die kawen dengan aku. HUHAHUHA! as long die terima siapa aku. itu dah cukup cantik tertarik kau memang macho! aww~

Dessert ni paling senang nak buat sebab boleh main campak-campak je pastu dah siap :)









Resipi: air gula, susu cair, nata de coco, susu dutchlady, buah-buahan & ice cube

Bila makan lepas masuk dalam fridge lagi mengancam sedap dia.. Lepas ni aku ada kelas buat cheese tart pulak. kakak angkat aku yang dari Auckland,NZ pun dah requesting macam-macam. lagi satu, dia ada kasi resipi oreo smoothie.. alah! senang je.. nak buat nanti!!

alahhh.. memang kesian laki aku nanti. aku tak pro masak-masak lagi. pro buat dessert je ni.. maafin~ PEACE

13 November 2012

kau dah nak tunang?

Hai hai hai..


Hari ini ntah kenapa aku semangat gila nak update entri tengah-tengah malam buta.. sebab aku ade benda nak masukkan kat sini. bukan sebab esok nak raya Deepavalli aku bersemangat menaip sambil layan bunyi mercun pop pop kat luar rumah.






Al-kisahnya begini...

Tadi aku scroll punye scroll fb home aku dengan muka tak bersalah sampailah aku terjumpa 2 keping gambar seniur kakak kepada kawan baik aku ni. aku ada nampak barang-barang hantaran. dalam fikiran aku.. eh.. akak ni ke punye hantaran? terus aku masuk chat box akak ni sebab aku nak tanya.. tup tup bukan akak tu yang nak tunang. kawan baik aku sendiri nak tunang! wehh~ gile tak gile tu..

apa lagi terus aku call dia.. memang kitorang calling calling sampai kredit maxis aku cecah RM00.03. ok siapa mahu payung kredit maxis aku?? sila sila sila eh..

aku terharu nak menangis pun ada. ye lah kawan baik sendiri nak tunang.. pastu nak jadi bini orang dah..kali ni aku tak nak terlupa pergi majlis kawan aku. sebab before this aku pernah terlupa majlis kawan aku kawen. haishh.. menyesal sangat..salah sendiri.. sumimasen! my bad~

masa tengah bergayut sempat lagi aku tanya nanti kau pakai baju warna apa? berapa hantaran tunang? apa isi hantaran tunang? di balas berapa? berapa lama tunang? tak sangka kau dah nak tunang.sepatutnya aku tunang dulu. eloklah tu kan. benda baik.. eh. asal lak aku rasa aku yang over excited! #kitorang gelak puas-puas. :)

banyak jugak lah aku dengar dia mengadu itu ini. berapa banyak belanja habis. dan ntah yang ke berapa kali tarikh tunda tunda tunda. akhirnya baru dapat tarikh sebenar. yelah. betul lah cakap kau. "setan banyak sangat halang!" HAHA!

apa-apa pun kawan..insyaAllah, panjang umur aku sampai jugak majlis kau. :)

Semoga majlis berjalan lancar.

Rabbi Yassir wala tua'asir ya karim..
Ya Allah, Kau permudahkan jangan Kau susahkan..

12 November 2012

kuih cakoi air tangan anak dara

Hai guys!

Ohkay hari ini tercapai juga aku nak masuk kelas buat-buat kuih ni.. sementara cuti sem ni kan kan kan.. aku pergi dengan makcik jiran sebelah rumah ke rumah jiran depan.. Apa yang menariknya... semua yang ada kat situ semuanya dah kawen and ada pangkat datin-datin tengku-tengku.. aku ni yang anak dara lagi kalau dengar diorang borak-borak cakap pasal kuih-muih ni aku boleh lah mencelah.. kalau bab berpersatuan ni aku dah tak tahu nak masuk celah ceruk mana nak borak.. hamek kau..terdiam kau nyah~

ok . apa yang aku nak share kat sini adalah resipi buat kuih cakoi.. aku suka makan kuih cakoi ni.. nak buat kuih ni senang je......




Bahan-bahan cakoi:

1-Tepung gandum/tepung sauh (2.2 kg)
2-Yis/ibu yis cakoi khas untuk cakoi (ada jual di tempat tertentu sahaja)
3-Air (1.5 litre)
4-Gula (2 sudu makan)

Bahan-bahan sos cili:

1-Cili boh/ cili kering yang dah blender
2-Bawan putih ( 3 4 ulas)
3-Air
4-Gula merah
5-Asam keping
6-Tepung jagung (untuk memekatkan lagi sos) [dah mendidih baru masuk ini]

Cara-cara:

1-Bancuh yis bersama air. Kacau.
2-Lubangkan tepung dan masukkan yis yang telah bancuh sedikit demi sedikit dan gaul guna TANGAN. (so tak da reason kalau cakap tak da mixer nak buat kuih ni)
3-Perap adunan selama 2 jam.


4-Ambil segenggam adunan tepung dan uli. Gunakan tepung gandum untuk elak adunan melekat.


5-Potong adunan mengikut saiz yang dikehendaki dengan sama rata.
6-Gunakan lidi yang telah direndam dengan air dan tekan pada acuan.
7-Ambil acuan yang tidak ditekan menggunakan lidi di atas/di tindih acuan yang telah di tekan dengan lidi.
8-Tekan di tengah-tengah acuan menggunakan jari
9-Panaskan minyak dengan betul-betul panas dan gorengkan acuan tadi dengan menggunakan api yang besar.
10-Semasa memasukkan acuan ke dalam kuali, tarik memanjang sedikit acuan tersebut.
11-Siap dihidang:)
ini ambil dari en.google. yang sendiri buat dah masuk dalam perut dulu baru teringat nak ambil


*adunan tepung ni pun boleh kita buat jadi kuih kacang. letak je inti kacang dalam tu lepastu goreng :)

next time nak belajar kuih lain pula :) :) :)

11 November 2012

jadual MUET (dan keterangan lanjut)

Assalamualaikum...

Selalu student-student tanya pasal MUET ni.. ada yang tanya pada aku..erhh.. aku sendiri tak tahu.. aku pun dok tanya-tanya orang. thanks pada zai dan farlina koz layan segala pertanyaan and tolong reseach kan tok aku.. hehe..

ini link JADUAL UJIAN MUET 2012 untuk maklumat lanjut.


*jadual MUET sebenar:





apa maklumat yang aku dapat:

1) Buat di sekolah
-beli no pin BSN dengan harga RM100
-cas RM1 (di kaunter BSN)
-daftar online sebelum tarikh pendaftaran di tutup
-belajar sendiri

2) Buat di UiTM
-RM140 + bengkel MUET (bayar di Bendahari UiTM)
-ke office HEA
-berurusan dengan pensyarah MUET

*kalau ada info baru aku update. kalau salah info tolong bagitahu TQ :)


neways, good luck la untuk MUET ni..! :)

5 November 2012

Telekung Project (mommy we love solat)

Assalamualaikum...





Pernah dengar tak apa itu Telekung Project? LINK TELEKUNG PROJECT

Aku mula mengenali kelab ini beberapa bulan yang lalu ketika aku menonton rancangan Wanita Hari Ini(tak silap aku tapi rancangan TV3). Apa yang membuatkan aku tertarik dengan PROJECT ini kerana bermulanya project amal ini di mana seorang ibu yang bersolat di salah sebuah R&R di sini dan beliau ditanya oleh anak kecilnya tentang telekung di situ. Siapa yang membasuhnya? Siapa yang menjaganya? Dan pelbagai persoalan daripada pemikiran seorang kanak-kanak yang kita sendiri pernah terfikir tetapi terlintas berlalu pergi. 

Lalu, beliau mengambil telekung-telekung tersebut dan membawa pulang untuk dibasuh dan dijahit mana yang koyak dan terus menggantikan telekung-telekung yang baru untuk kegunaan orang awam sementara telekung-telekung tersebut dicuci dan dibaiki. Amalan tersebut telah diamalkan dan berkembang serta ramai sukarelawan yang turut serta. 

Pernah tak kita terfikir nak buat amalan seperti ini? Ikhlas. Selagi orang menggunakan telekung tersebut, selagi itulah pahala terus menerus kita perolehi. Mudahnya nak dapat pahala!

Seberapa ramai sukarelawan yang turut serta dan selagi mana hamba Allah menggunakan telekung-telekung tersebut selagi itulah kita melakukan amalan yang tidak akan pernah putus walau kita sudah berada di liang lahad.

Apa yang aku lihat penyampaiannya di sini jelas sekali bagi menggalakkan lagi untuk kita menunaikan solat tidak kira musaffir sekalipun dan dapat solat dengan kusyuk tanpa ada rasa geli kerana kekotoran yang ada pada telekung tersebut. Yelah, 1 telekung berapa ramai yang menggunakannya.

Kalau nak buat kat surau/masjid di tempat kerja, sekolah, universiti berhampiran kita pun boleh. Sama je kan caranya? Still dapat pahala selagi orang menggunakannya. Aku sendiri pernah terfikir nak melakukannya di U aku. InsyaAllah akan aku laksanakan.

Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai buat amal semasa hidup ni. Bukan perempuan sahaja boleh turut serta. Bahkan lelaki juga digalakkan. Senangnya nak dapat pahala kan !

Ikhlas kerana lillahi ta'ala :)