Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

23 December 2013

'Ya Allah...banyaknya dosaku sebelum ni'


Seperti biasa sebelum tidur. mesti termenung sejenak. kalau kejap lagi aku terlelap. bangun pagi jasad dah terbaring... astaghfirullah.. rasa nak bangun je sekarang nak solat taubat. pastu doa banyak2 bagi masa untuk hidup nak tebus kesalahan. huu..




dulu masa zaman jahiliah.. kawan dengan ramai2 lelaki. walau kita kawan. tapi tak semua yang special. tapi diorang yang TERASA lelebih. pang! dosa tambah sebab mainkan perasaan orang. walau tak da niat pun kan..

bila kita tweet/post ala2 menunjuk padahal nak share something dengan orang lain. pang! dosa tambah. sebab orang kata kita menunjuk. dah mendatangkan fitnah pada diri sendiri. T_T

bila kita letak profile picture atau uplod gambar cun2 kat insta/ fb orang kata macam cantik je.. macam comel je.. dengan nada menganjing. padahal kita sesaje je kan kan kan. pang! tambah dosa dah sebab orang ngumpat diri sendiri. padahal kena dekat diri sendiri tu. bukan dekat orang lain. kesian kan..

bila kita rasa nyampah sikit kat orang. nyampah sikit je. tak banyak. tapi bila orang tu bertepek kat depan mata. jadi rasa menyampah banyak. pastu ceciter kat orang. pang! tambah lagi dosa sebab ngumpat. sadis!

bila kita buat keje dengan orang ni (lelaki). pastu datang plak admire dia datang serang kata kita nak rampas mamat tu dari dia. kita jadi aim dia. pang! tambah dosa lagi sebab sakitkan hati orang. huishhh..

orang tu suka kita. orang lain suka dia. bila dia pilih kita. orang lain tu jadi berdendam dengan kita siap up blog entry pung  pang pung pang, plus block insta/twiter/fb. apa salah kita?? pang! pang! pang! T_T





pastu pastu dan banyak pastu dah maleh nak menaip. sebab rasa down sangat kan kan kan.. so sesapa yang baca ni , hamba mintak maaf. dari hujung rambut ke hujung kaki. halalkan makan minum yeh yeh yeh. kalau rasa sakit hati jugak tu, meh la kita slow talk. minum2 kopi ke tau tau tau. yang ada terhutang tu kan kan kan.. meh la tuntut.

pada para hati hati jiwa jiwa, yang dah terguris perasaan tu. yang dah terupdate blog buat entry tu kan kan kan. hamba mintak maaf ye. setiap orang buat silap. dulu lain. sekarang lain. aku yang dulu bukanlah yang sekarang~ yes! jangan samakan attitude orang tu yang dulu dengan sekarang. :) :) :) :)




notakakicomel: semua orang nak berubah

12 December 2013

Wordless Wednesday: sebenarnya saya kakak dia


Wordless Wednesday yang ter'update' lambat...





Sebenarnya saya kakak dia..




Notakakicomel: Sangat lapar. tak tipu :(

25 November 2013

kawan sekolah kahwin : Erlina & Majid


23 November 2013 ( Sabtu )

Pagi2 bagun tidur dah bersemangat nak ke rumah kawan sekolah rendah & menengah aku yang akan bernikah pada pagi ni juga. esok sandingnya pulak. gila kau tak excited semacam. ni kawan boleh la di katakan rapat. kalau kawan biase tu dah excited, ni kan pula kawan tak biasa kata kau..

awal juga jodoh kau sampai ye Sepet. Tahniah! :) :) Doakan pula kawan2 kau yang tengah bujang ni. mihmihmih..



Sebelum bergelar isteri


Masa akad nikah tu yang tak boleh tahan. Alkisahnyaa... si suami dah sebut lafaz yang laju clear lancar. rupa2nya.. itu adalah cubaan..hahaha. aku ingat dah sudah tadi. lol. Masa akad lafaz yang bebetul, nak dijadikan cerita. sepatutnya mas kahwen RM200.. dek kerana nebes kot kan.. "Aku terima nikahnya.......dengan mas kahwen RM2 tunai ehh ehh Rm200 tunai.." Memang tersemburlah 1 rumah tu gelak kaw2. ada spulak suara, "Apa plak RM2! apa lah!" hahaha..




Ada 2 perkara dalam hidup lelaki yang ditakuti; semasa berkhatan dan semasa akad nikah..



Acara pembatalan air sembahyang

Diri terasa amatlah rendah T_T

Bila lepas je lafaz yang kedua, tiba2 rasa sebak dalam hati ni. Dah jadi isteri orang dah kawan aku sorang ni. :')




24 November 2014 ( Ahad )

Wedding Sepet aku jangka memang konform sure dapat jumpa dengan kawan2 lama yang dah lama tak jumpa. rindu pulak kat semua walau dulu aku pengawas yang kerek waktu muda2 dulu. LOL. Lepas PMR dapat result gempak , aku mula bawa diri ke sekolah KGV selama seminggu dan dapat tawaran ke SBP di SM Sains Tuanku Jaafar. lepas tu memang aku krikk kriikk je story pasal diorang ni. dulu FB mana ada.. dah nak masuk form 5 baru ada FB. baru la carik balik kawan lama2.. -,-"


lepas masing2 habis sekolah dah tak tahu nak jumpa ramai2 macam mana. reunion pun tak da. masing2 bz la katekannn.. nak jumpa tunggu masing2 kawen la macam tu kan kan kan.. :P





ade pulak kawan2 gaduh dulu. dulu cekeding ukur badan dia dengan jari kelingking aku je nyah. sekarang dah triple ibu jari kaki. aku tak tahu la korang ni makan ape lepas habis sekolah huh? bahagia kot. cepat2 la sanding ye. mihmihmih :)




Dua2 orang kawan aku ni semangat nar berkaroke. nak tunggu aku memang tak laaa.....





Masa tengah duduk2 di ruang tamu sementara tunggu pengantin make-up, aku ber'selfca' le kejap dengan kawan2 pempuan yang lain. lepas tu ada budak2 around 5 6 tahun datang tiba2 duduk sebelah aku sibuk nak ber'selfca' jugak. cecomel je lahai budak2 cenonit ni.

aku pun layan kan je laaaaa.. sampai kawan aku cakap, ''budak ni suka kau pulak ye!".. itulah kan. susah kalau muka keIBUan ni.. *sila muntah cair sekarang*





untuk pengantin baru Erlina Sriwijaya binti Eddi Susanto dan suami Abdul Majid, tahniah both of you! semoga kekal ke anak cucu . dah ada 'berita best' bagi tahu aku ye. nak tambahkan bilangan anak buah.  nak tunggu anak sendiri bila lagi kan kan kan.. :P





notakakicomel: tengah fikir baju design apa untuk jadi pengapit bulan Feb nanti

8 November 2013

kerana dia juga hamba Allah...


Setelah lama aku menahan dari menaip entri seperti ini, akhirnya aku gagahkan diri untuk meluahkan apa yang aku rasa. Selama ini aku menahan sahaja apa yang masuk ke dalam telingaku. Akhirnya, aku ingin memuntahkan segala isi hati aku setelah aku rasa waktu sekarang amat sesuai untuk aku memfokuskan diri menyusun baik-bait ayat agar tidak ada yang tersakiti.


Kenapa cara penyusunan ayat aku lain tidak sempoi seperti sebelum ini? Sebab bagi aku dengan cara ini aku dapat menyampaikan apa yang ingin aku sampaikan dengan lebih teratur supaya kita sama-sama dapat berkongsi bersama. InsyaAllah. :)




Kisah aku ini bukan untuk dijaja. tetapi aku ingin membawa apa yang ingin aku sampaikan sebagai seorang HAMBA ALLAH.



Aku tidak tahu dari mana aku ingin mulakan entri ini. Begini.. aku sedang ber'kawan' dengan seorang hamba Allah yang tidaklah sesempurna mana, kerana dia telah mengalami kemalangan jalan raya 3 tahun yang lalu dan sehingga kini masih tidak mampu untuk berjalan dan hanya bergantung kepada walking frame yang tetap setia berkhidmat. Dan aku percaya dia telah mengalami kecacatan kekal di ibu jari kaki meskipun 1 hari nanti dia dapat berjalan seperti biasa. Tetapi bukan kesempurnaan fizikan yang aku cari. Aku mencari kesempurnaa hati. ya! H.A.T.I    ! :)



sudah basi telinga keramat aku mendengar segala nasihat yang bagi aku itu bukan nasihat sebenar-benar nasihat.


"Tak payah lah kau dengan dia. Dengan kaki yang macam tu.."

"Mana padan dengan kau yang macam ni dengan dia yang macam tu.. Entah bila nak sembuh pun tak tahu"

"Eii.. geli je kau ni. dengan macam tu pun kau nak!"


Astaghfirullah.. sebenarnya tidak sampai hati aku ingin menaip apa yang telah diperkatakan oleh mereka yang berlagak sempurna ini. Tetapi aku terasa ingin juga sampaikan walau yang membacanya terasa patah semangat dan sewaktu dengannya.



"Aku kagum dengan kau Erny sebab kau tabah!"

"Besar pahalanya Erny kalau kita tolong orang. bukan pilih kasih cacat ke apa.."

"Kami mendoakan kalian! Teruskanlah memberi semangat kepadanya!"



Terima kasih kepada kalian yang berfikiran positif dan sentiasa ke depan serta punya 'rasa' itu. Aku tidak memerlukan pujian kalian apatah lagi membangga diri. Tetapi apa yang ingin aku sampaikan, masih ada lagi insan orang di luar sana yang tidak memandang kesempurnaan tubuh badan semata-mata. Tetapi punya hati yang berperikemanusiaan.





Aku sering kali meletakkan diri aku pada kedudukan seseorang. Bagi aku cara ini adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri dan berfikir sendiri apa guna kita pada orang sekeliling? Aku jugak berfikir seandainya aku cacat sepertinya, kaki yang tidak mungkin akan sembuh, atau mungkin sembuh tapi mengambil masa bertahun, masih adakah yang ingin menerimaku? Lagi-lagi aku perempuan. Mestilah calon suami inginkan isteri yang sempurna tubuh badan. Yang terdaya melakukan kerja-kerja rumah tanpa pertolongan sesiapa pun.

Tapi ada kah lagi yang akan menerimaku seadanya? Waktu aku sihat tubuh badan adalah yang nak. Bila jalan mengensot nanti? Nauuzubillah.. Jika tiada jodohku di dunia. Temukanlah jodohku disana. InsyaAllah :')






Apa yang aku cari bukanlah duniawi semata-mata. Ramai yang mengganggap aku hipokrit semata-mata. kasihan je semata-mata. Mungkin sebab perangai aku yang selamba dan bukan seperti para muslimah yang lain yang menjaga perilaku. Aku adalah aku. Nak tunggu aku berubah? I will! Niat dah ada. Doakan! Jangan pandai kutuk . -,-"

Aku terimanya bukan sebab harta. Jauh sekali sebab kasihan. Kasihan itu tetap ada. Tapi jauh di sudut hati. Sayang itu. SubhanaAllah. aku tidak mahu menceritakan kisah cinta yang belum halal. Apa yang aku inginkan, doa kalian untuk aku dan dia. Tidak apa jika bukan jodohku bersamanya. Tapi apa yang penting dia dapat bahagia(ganjaran) setelah melalui dugaan Allah.





Kadang2 benda seperti ini yang dianggap remeh sebenarnya besar pada aku. Bukan dia sahaja diuji dengan dugaan yang berat seperti itu. Hilang jari. Kaki patah. Perbenlanjaan operation beribu riban. Orang pula buruk sangka dengan apa yang dihadapinya. Kaki tak sembuh walau dah 3 tahun kemalangan. Siapa tak tertekan?? Siapa tak rasa lemah semangat?? Walau nampak sewel sedikit disebabkan melindungi perasaan sedih sendiri dengan kegembiraan yang terpacar diwajahnya, tapi jauh di sudut hati yang tak meroyan tu, masih ada rasa sedih dan hampir patah semangat. Bagi aku, bukan dia sahaja yang diuji sebegitu. Tapi aku juga diuji oleh Allah sejauh mana kesetiaan aku terhadap hambaNya. Sejauh mana aku dapat bertahan walau orang2 dengan mulut busuknya mengatakan entahkan bila aku dapat menamatkan zaman bujangku nanti. Heii Heii.. aku baru 20 ohkay! Masih ada masa. Jodoh itu ada. Tidak di dunia. Nanti di sana. jangan nak ceramah dekat aku yang degil ni! Shuhhh! Shuuhh!

Aku masih seorang pelajar yang tidak punya apa. Harta yang ada kepunyaan keluarga. Aku hanya menumpang senang hasil titik peluh kedua ibu bapaku. Aku tidak punya kerjaya. Jadi bagaimana aku dapat meringankan sedikit bebannya dengan hutang operation yang melambung? Hanya sedikit kata semangat, segenggam sayang, sepenuh kesetiaan, dan sekalung doa yang dapat aku berikan setakat ini yang termampu. Cukuplah itu sebagai penguat semangat untuk terus tabah dengan segala ujian Allah. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia mampu.


kerna kita juga hamba Allah......






notakakicomel: ikhlas tak boleh cakap.

Tidak ada rasa belas kasihankah dalam diri?


Lepas satu kes ke satu kes aku dengar dan lihat walau bukan di mata kepala aku sendiri tapi dengan 1 video dera kanak-kanak yang boleh mengundang kemarahan 1 dunia kalau kau nak. Walau aku bukanlah seorang isteri apatah lagi ibu kepada anak-anak, tapi hati kecil aku dianugerahkan oleh Allah untuk punya rasa belas dan kasihan terhadap sesiapa saja.

Aku seorang kakak yang punya 4 orang adik dan aku merasakan jika adik-adik aku dilakukan seperti sedemikan aku tidak akan teragak-agak untuk memberi tamparan kaki yang hebat kalau kau nak. Baru-baru ini, 1 video yang telah tersebar dahulu di kaca tv sebelum aku menontonnya (selalunya aku sudah menontonnya barulah keluar di kaca tv), akibat broadband aku yang entahkan bila nak ‘cycle’nya. Nak tunggu aku ‘cycle’ sendiri didalam tong sampah gamaknya!

Ada video penderaan di sebuah taska di ibu kota aku sempat tonton di kaca tv walau tidak jelas kelihatan tapi sudah cukup buat darah aku semakin mininggi. Di sini aku selitkan blog Teratak's Orlylove ibu kepada mangsa penderaan di taska durjana tersebut atas pengalaman beliau sendiri. Semoga beliau tabah walau aku tahu beliau tengah menahan geram. Grr~~




Ayeen 7 bulan sudah 


%#8(**!$#$@7+-&$%# !! hanya itu yang sempat aku lemparkan pada si perilaku. Ketika aku menontonnya, aku sedang menyuap adik bongsuku ,Ayeen (7bulan), makan tengah hari, dan hati aku terasa PANAS melihat pukulan kencang terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Lantas aku mencium dahi adik bongsuku yang semakin hari semakin berusaha untuk merangkak. Allhamdulullah adikku tidak pernah mengalami nasib seperti itu. Pengasuhnya seorang yang sangat penyanyang dan aku mengakuinya.




Dalam hati aku selama ini sering berkata-kata, tidak ada rasa belas kasihankah mereka dalam diri terhadap kanak-kanak tersebut? Kalau anak kau macam tu marah tak kau? mestilah marah kan??  Rata-rata yang mendera ni, adalah seorang WANITA! Ya! Wanita. Mana sifat penyayang yang telah Allah semaikan dalam setiap hati lembut itu? Mana? Sewelkah mereka yang mendera? Meroyankah mereka? Meh habak kat aku!

Sebak hati aku tengok video2 yang pernah tersiar, sebak lagi hati seorang ibu yang melahirkan mereka apabila anak mereka dilakukan sedemikian. Jahat kau nyah!



Semoga kita dijauhi dari perbuatan setan meroyan sedemikian.. amin…







Notakakicomel: aku seorang kakak yang garang 

27 October 2013

Ramai kawan kawen


Sejak cuti sekolah ni.. eh.. tak de nak sekolah sangat lah. cuti habis diploma ni banyak je desas desus kawan ni kawen. kawan yg tu plak kawen. tapi desas desus ni tak best jugak kan kita dengar kalau tuan punya badan tak jemput sendiri. for me, rumors for lifeless people. FULLSTOP!

bila teringat balik macam tak percaya pun ada kalau dapat tahu si polan binti/bin si polan kawen. mana tak nya. yang perempuan dulu masa zaman sekolah, kemain ganas. asyik nak gaduh tarik2 rambut. yang kaki ponteng kelas. yang ayu2 budak baik2 pun ada. yang laki pulak kaki rempit. yang terlebih skema pun ada. tak sangka dah nak kawen engkorang ye. tapi attitude korang dulu  dengan sekarang tak sama. memasing da besau kan kan kan.

masa aku pergi majlis tunang kawan aku. dulu aku mana ngam dengan dia. nakal angat-angat (gedik tol aku ni). dah habis sekolah ayu sangat. kalah aku. mihmihmih. tup tup dah tunang. kadang2 waktu sekolah tu lah yang best jadi kenangan cekodok adabi. tapi bersyukurlah jodoh sampai awal. :')





aku tumpang gembira. gila kau tak gembira kawan2 nikah nak sedih2. lempang nak? bagus la jodoh sampai awal. haa! haaaaa! jangan nak tanya aku bila lagi. selalu je kene! ada rezeki, dapatlah langsung awal. ececeehh.. malu pulak kite. hoho!

ada lagi kad kahwen tak sampai lagi. jemput nya dah. kad je tak sampai lagi. huhuhu.. insyaAllah sesiapa yang jemput aku akan datang. orang tua2 cakap, kita datang majlis orang sok sok kita punya majlis orang datang majlis kita. kan kan kan..

apa2 pun nak ucap tahniah kepada kawan2 yang jodoh dah sampai awal. Allhamdulillah. rezeki yang Allah bagi semestinya melimpah ruah :)





Notakakicomel: selalu ter'excited' lebih kalau kawan2 tunang/kawen. dah kenapa aku? -,-"

22 October 2013

Saya tunggu ibu ayah di pintu syurga!


Sejak 2 menjak ni memang ramai orang2 sekeliling aku yang kehilangan buah hati yang tersayang, baby. jiran aku cucu baru lahir seminggu. Allah dah ambil balik. Seminggu je Allah kasi pinjam. tadi aku dapat tahu cikgu aku punya kawan baby dia meninggal akibat careless taska tersebut. baby 3 months.

walaupun aku kawen pon belum. apatah lagi nak ada anak. tapi naluri keibuan aku kuat tau. ececehh.. *siyes* T_T

aku bukanlah cenggen sikit2 nak melalak tak tentu pasal. tapi hati aku jenis cepat sensitif kalau perkara yang melibatkan family. kalau tengok movie pasal family, bapak peluk anak, adik2 hilang last2 jumpa, mak hilang anak. for sure mulalah meleleh air mata ni. tapi aku rasa bersyukur Allah buat hati aku macam ni dari aku punya hati kering sanggup bunuh anak. sanggup bunuh parents. Ya Allah, mintak dijauhkan!

belek punya belek pasal baby ni. aku terjumpa lah 1 blog ni. aku baca sampai menangis tauk! *lap hingus* blog dari Letters to Heaven juga seorang ibu yang kehilangan baby. Allah mengetahui yang terbaik buat kita semua. Maka bersanka baiklah denganNya :')


_________________________________________________________________________
Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

_____________________________________________________________________________






Notakakicomel: baru lepas melawat anak angkat Muhammad Aqil Rifqi yang menghidap demam Influenza A. Get well soon. Ada rezeki kita jumpa lagi ye Rifqi. :')

14 October 2013

Pre-Loved EY's Session



Sebenarnya tak da motif apa nak update. banyak cerita tapi bukan waktu2 sekarang yang dah pagi buta ni. saja menyinggah setelah have been too long tak update. 2minggu kot. hm.. 

final exam pun dah habis. diploma pun dah habis. ada macam banyak perkara nak buat lepas ni sementara tunggu degree. apply untuk degree pun terhegeh tak buat ni. mihmihmih..

sebenarnya nak bagitahu. nak buat Pre-Loved EY's Session coming soon. so sape2 yang ada baju ke, kasut, ke, aksesori, tudung (things yang Muslimah) yang shopping kemain. tapi sampai rumah tetiba tak berkenan kat baju/seluar/kasut/shawl etc. tapi still berkeadaan baik boleh pm erny dekat email (ernynuryassmien@gmail.com) tak pun dekat FACEBOOK. nanti kita runding2..

nantikan Pre-Loved EY's Session coming soon ok! :)


feel free here . with love..




notakakicomel: saja nak kasi memeriahkan dunia blog :)

28 September 2013

wordless saturday: dear heart, why him?




Wordless Saturday: Dear heart, why him?


Happy 1 year :)





kita brcinta bukan kerana jasad...

bukan kerana budi...

bukan kerana rupa...

bukan kerana ihsan...

bukan kerana kasihan...
tapi kerana Allah...








notakakicomel: Ya Allah, jika dia terbaik untukku, kau permudahkan urusan kami. Jika dia bukan untukku. jauhkanlah hati kami. Amin..

23 September 2013

Kuey Teow Ladna the making of


tengah2 study week la ni makin memuncak nak masak macam2. yelah. dah nak habis Dip. dah tak leh nak manja2 dengan housemate. sobss sobss.. 

petang ni nak buat Kuew Teow Ladna. senang je la haii




ok. bahan2 yang kena ada is

1 bungkus kuey teow.
minyak sikit
4 ulas bawang putih. (lenyek kan je. tak yah potong)
4 biji bili api (pun lenyek kan jugak)
3 cawan air
1 kiub ayam (nak lagi meledot letak 2 kiub)
ayam/daging/udang/sotong
sayu2n/kubis/karet
2 sudu besar sos tiram
bancuhan tepung jagung



cara2 nya~




gaulkan kuey teow dengan kicap. perap selama 5 minit.
lepas tu goreng kuey teow dalam non-stick pan. tak yah letak minyak pun. Lepas tu angkat.






Masukkan minyak dan tumiskan bawang putih dengan cili api.





Masukkan air dan kiub ayam.
Dah melegak letak ayam/ udang/sotong dll.
Masukkan sayur2n.
Letak sos tiram. kalau tak masin jugak letak garam. tapi 2 sudu sos tiram dah ok .
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau nak pekat lagi kuah, letak la bancuhan banyak2.





siap kuey teow ladna anak dara. hahaha. tak susah pun. sonang la ehhh.. 





notakakicomel: minggu ni nak buat karipap pulak :P

16 September 2013

Malam Bakal Graduan -Special Post-



Kad Jemputan ke Majlis Pra Graduan

Selesai program Finishing School sebelah siang, kini tiba Majlis untuk Bakal Graduan pada sebelah malam di Hotel Equtorial, Melaka. excited tauk! yelah.. dah nak habis Diploma da~  :D

malam Pra Graduan diorang point macam malam ala2 prom nite gitu. sape tak tahu prom nite sila rujuk uncle Google. semua nak melawa melaram walau aku agak stress nak pakai baju apa. huhu.. seriyes stress! huhu..

tapi dah set mind nak pakai kasut itu nak pakai beg itu ini bla bla bla. asalnya aku tak da pun baju lawa2. *rendah diri* patutnya kena pakai baju kurung atau kebaya. aku punye baju cantik2 semua kat rumah. memang tak da rajin mana lah kan nak bali Seremban semata2. so stress punya stress aku beli 1 baju labuh paras lutut. than aku match kan kain and tudung yang sedia ada.. bukan baju kurung pun. tapi orang akan nampak macam baju kurung modennn... moden tak pikiran aku? mihmihmih..




ok. nak jadikan cerita. majlis start pukul 8malam. tapi aku bertolak pukul 6petang.haishh.. sepatutnya Lendu-Bandar Hilir hanya 20-30minit. tapi jem punya pasal aku amek masa nak drive selama 1jam 45minit!!! dah la kete aku manual. nak naik terseliuh kaki ni.hm..

tak parking dekat Hotel Equotrial, tapi parking kat hotel lain. SEBAB? we'olss nak kejar masa. rasanya berjalan kaki 500m lagi cepat kot nak sampai dari naik kete. terpaksa! T_T

yang paling sedih sangat. aku memang plan nak pakai kasut wedgez 5 inci feberet aku. tapi dah lama tak pakai. ada event tertentu je baru pakai. last pakai kasut ni dalam awal tahun kot. T_T masa dah sarung kasut ni, rasa tak sabar nak berpijak atas bumi yang nyata. bila langkah ke 7 8 dan seterusnya tiba2 preppp!!..sumpah nak menangis nak meraung pun ada. dah la nak kejar masa! kasut buat hal! Ya Allah! kasut heels lagi 1 ada kat rumah sewa. selalu aku masuk dalam kereta. kenapa hari ni yang ada dalam kereta semua kasut flat! Alhamdulillah lah kasut flat yang ada semuanya lawa2. juz nak pilih. tapi tak tinggi la kan sebab pakai flat. semua kasut gojes mak ngah. aku je flat lip lap lip lap. :(



korang boleh bayangkan muka aku bila tengok kasut kesayangan
 pada waktu2 bila mana aku memang perlukan dia!


sampai dalam Ballroom Hotel Equotarial Melaka pada pukul 8:10malam. kitorang amek masa 7-8 minit nak sampai kat sana. walau bayar parking mahal. tapi aku pasrah redha. :')


:D





kitorang sebagai seorang Office Management and Technology under Business telah dilatih dalam menjaga penampilan diri, cara2 macam table manner ni kan kan kan. aku memang jaga adab2 macam ni. tapi tapi tapi. aku tak leh tahan bila mana aku tak leh makan makanan tu, tapi ia nampak sangat sedap!

aku memang tak makan dan perut terus kosong sampai berbunyi2 masa VIP berucap. bila makanan sampai satu persatu. aku cam tak tahan bak hang. haha.. tapi yang sampai. ikan masak apa ntah. nak kata cekodok ikan pun ada. tak pelah. belasah je lah. tapi aku tak makan ikan. sebab nanti aku muntah. *spesis alien comel* then. aku amek la sayur kat bawah2 tu. 1 meja gelakkan aku sebab nya, sayur tu hanyalah HIASAN. dalam table manner. walau boleh makan. tapi itu hiasan. kita TAK BOLEH MAKAN. dah tu.. aku tak leh makan ikan. tak kan nak nengok je korang makan kan kan kan. rembat je la salad tu. aku makan sayur whatttt.. jahat tau korang gelak kan aku!! :(






ni serba sedikit sempat snap. menu lain dah masuk dalam perut. hihihi










ini dia best frend Fatin Farhana she got award Pencapaian Akademik Program terbaik. CGPA 3.92. kelas kau nyah~  penat kitorang kat belakang sorak jerit2 punye kuat giler. haha.. *sungguh tak da adab kami ni* haha :P




best frend for eva. till we meet again. :'D

Allhamdulillah.. Majlis meraikan bakal graduan dah pun selesai. minggu depan final exam. lepas tu habis dah Diploma. banyak sangat kenangan masa zaman Diploma ni. kenal erti kehidupan sebagai mahasiswa,kenal apa itu persahabatan, kenal apa itu assingment siap nangis2, kenal apa itu cinta apa itu kawan tapi mesra :')






notakakicomel: rahsia tempat belajar bila sambung degree nanti. *atas sebab2 tertentu*

7 September 2013

Tudung 2U.com.my sangat murah + cantik!!


dah lama rasanya tak update entri. nampak macam dah tak aktif pulak. ni sibuk dengan assingment. business student memang macam ni eh? huhu.. lagi2 25hb ni dah start final exam untuk diploma ni. memang la rasa gelabah tak sabar. tapi takot jugak. huhuhu..

dalam tension2 dengan study, apa kata kita cuci mata tengok tudung2. biasalah perempuan. pantang nampak benda cantik. masa kat shopping lagi lama dari study. ehhh? lolz. yang bukan perempuan pun boleh tengok ape... mana tahu boleh dapat idea nak beli untuk bakal isteri ke.. ehh? ehh? ehem! :p *sila faham* heee



kalau korang nak tahu ada tempat tudung yang sesuai tok korang yang memang nak control cun sepanjang masa. memang senang nak pakai. senang nak bentuk kan. siyes tak tipu. sebab aku sendiri guna tudung jenis ni.




Tudung2U.com.my semua tudung memang cantik dan memang la sesuai untuk gegirl sepisis aku yang suka sangat control maintain tudung bertapak tak gerak2. tak rugi pun kalau beli. boleh pergi sini Tudung2u.com.my (KLIK)

haa.. gegirl yang sebaya aku. tak pun korang yang peminat tudung bawal ni. (kalau ada lelaki ajuk nama2 tudung sepisis ikan ni. biarkan. jeles lah tu baju dia tak da sama ngan ikan. ikan comel what!)

mesti pernah dengar tudung bawal Kangaroo kan? apa korang rasa bila pakai tudung jenis tu? senang bentuk kan? tak cepat kemot kan kan kan. aku pun banyak koleksi tudung kangaroo ni. senang nak iron nak pakai kalau nak cepat bersiap. hehehe..



tudung bawal plain kangaroo (KLIK)



ada macam2 warna. korang kena grab cepat2. sebab Tudung2U.com.my memang cepat habis stok. kalau korang klik situ pun korang dah boleh agak. banyak yang habis!


tuan punya blog pun nak show jugak yang dah guna tudung kangaroo ni... cantik tak? *lempang diri sendiri* -,-



tudung bawal Kelantan pun ada. orang Kelantan plis bangga sikit. belum pernah lagi tudung nama negeri. 100% peratus dari Kelantan! kelas uollsss... Tudung Bawal Kelantan (KLIK)


tudung bawal v-shape korang patut cuba. lain dari yang lain. cantik sangat! nampak macam harga ala2 RM80++ tapi ce tengok sikit harga nya dekat sini Tudung Bawal V-Shape (KLIK). berapa harga dia? haaa.. berbaloi kan kan kan! nampak elegan sangat. sesuai pakai pergi dinner. *suka yang warna merah kiri sekali* :O

banyak lagi dekat page Tudung2U.com.my ni. buktinya? meh tengok sini.



banyaaaakk la hai jenis2 tudung kauu.. sampai boleh buat gaduh kalau line slow tapi nak tengok semua tudung2 yang kat Tudung2U.com.my takot habis punye pasal kan.






yang paling best, korang boleh klik style tudung dan jenis material yang korang nak. senang kan nak pilih lagi2 yang nak sangat carik tudung ikut tema. aku lagi suka kalau page macam ni. memudahkan customer. macam ala2 nak jawan quiz online pastu terus dapat result. hehehehe. :P




korang boleh klik ke Tudung2U.com.my  untuk shopping .

nak lagi best. dapat kan 15% DISKAUN bila korang shopping dekat Tudung2U.com.my.

bagitahu korang shopping under Ernyassmien . guna kod AEY2013. dan korang boleh shopping lebih jimat!

diskaun valid sampai 15 September 2013 sahaja tau :)






notakakicomel: nak kumpul banyak koleksi tudung..