Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

28 November 2012

cheese tart anniversary

Bismillahhirrahmanirrahim..

Lately ni aku selalu post pasal resipi/tutorial dessert kan.. haha..Seperti yang pernah aku bagitahu nak share tutorial buat cheese tart kan... kali ni cheese tart aku nama dia Cheese Tart Anniversary.. cool gila kan nama dia... ke menyampah? hoho.. saja letak nama ngengade macam tu...ok. kita teruskan.

Nak buat cheese tart giler senang.

500 gm tepung gandum
2 biji telur
250 gm butter

Gaul tepung dengan telur dan jadikan seperti kepingan. Macam dalam buku teks KH ERT form 2/3. Tujuan kita jadi tepung dengan telur kepingan sebab?? Hehe.. sebab nak kasi dia crunchy bila kita makan.. :)



Lepas tu masukkan butter dan uli sampai jadi doh macam ni.. time-time ni la korang nak act macam chef wan.. hehe..




Amek acuan.. ikot citarasa masing-masing la nak acuan kecik ke.. besar ke.. mula-mula aku buat acuan kecik. tapi puan mama kata. comel sangat. tak puas makan.

Guna doh tadi dan masukkan ke dalam acuan.. jangan nipis sangat. nanti bila dah bakar. cepat patah..



Bakar pada suhu 180c sehingga 30 minit. tak pun tak yah tunggu masa lama sangat pun tak pa. dah nampak macam kuning-brownie sikit, dah masak dah tu.. :)




OK. sekarang kita buat inti cheese pulak :)

250 gm cream cheese
100 gm butter
120 gm gula halus (aku blend gula biasa sampai jadi halus macam tepung )
100 gm bluberry/strawberry (jem yang pekat. jangan jem cair)


Pukul cream cheese bersama butter. Masukkan gula halu



Pukul sehingga jadi macam ni.. takyah guna mesin mixer pun tak pa.. manual je..hehe.. korang boleh rasa cheese korang ni.. sedap sangat! :'D



Masukkan cheese dan jem bluberry/strawberry dalam piping beg yang berasingan.

Letakkan jem dulu. baru letak cheese :)





Ini versi comel..




Bakar pada suhu 180c dalam masa 5minit.. lepas tu dah sejuk sikit. masuk dalam fridge!

Sebelum bakar, kalau rasa terer seni tu buat la bunga dekat atas cheese tu. aku tak reti buat. so aku juz tanda cheese tart ni perisa apa je




Hasil kerja bersama adik-adik.. haha..




Dah siap! Makan sejuk-sejuk sedap. macam kita makan creepy durian.. :) senang je kan.. buat lah. takyah beli.. beli mahal.

2 comments:

  1. Baca pun perut saya dah berbunyi bunyi kakkk. hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!