Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

27 October 2012

kenapa doa tak makbul?

Assalamualaikum...




"Ya Maha
Lapangkanlah Islamku
Selapang langit itu
Dan lembutkan ihsanku
Selembut rumput denai itu
Nescaya bertemu diri yang hakiki
Dikamar hati yang cintakan Ilahi"



"Penat dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah je nak dapat apa yang mereka nak. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"

Pernah tak kita merungut macam ni? Seakan apa je yang kita nak capat macam susah sangat laluannya. Kan? Kadang-kadang sampai nak putus asa. Ada pun sampai "kenapa tak amek je nyawa ni?". Pernah rasa macam ni jugak kan?

Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tak seperti denai yang kita harapkan. Dan juga perjalanan kita tak sama macam orang lain. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah lewatkan sedikit kurniaaNya kerana Dia mahu memberi kita sesuatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.


"Allah beri apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita inginkan"


Sini ada satu cerita untuk kita renung-renungkan bersama:

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tak berjaya.

Imam Ahmad  pun berkata: 

"Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini."

Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfaynya malam tadi:

"Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu?"

Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: 

"Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan"

Imam bertanya:

"Apakah doa itu?"

Pembuat roti pun berkata:

"Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal"

Lantas Imam Ahmad berkata:

"Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!" 

Dapat mesej yang nak di sampaikan? :) Tak semestinya Allah perkenankan doa kita dengan sekali doa sahaja..






3 cara Allah makbulkan doa kita:

1- Serta merta selepas doa
2- Lambat laun.. mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan atau bila-bila
3- Di akhirat nanti.. :)



Kadang tu Allah tak makbulkan hajat kita di dunia, sebab nak simpan 'bekalan' untuk kita di akhirat nanti.. tapi kita selalu kutuk Allah macam-macam, Allah tak adil, Allah kejam, Allah pilih kasih.. Kalaulah kita tahu, betapa sayangnya dan adilnya Allah pada kita, sehinggakan Dia masih mengizinkan kita bernafas di bumiNya ini, walaupun kita sangat jahat, jahil dan hina, dan jarang berterima kasih kepadaNya dengan seikhlas hati...


Bersabarlah ya.. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.


"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka Dia menyanyangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu"



Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT  dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYa.....

26 October 2012

Apa itu Menara Hidayah?

Bismillahhirrahmanirrahim...







Apa tu MENARA HIDAYAH?  Ape kebendanya tu? 

Dalam hidup ini, tugas sebagai seorang da'ie adalah untuk menyampaikan, untuk mengajak orang lain kepada kebaikkan. Dan, kita ini umpama "menara hidayah" untuk orang lain. Kita sebagai seorang da'ie. seorang pemimpin, seorang naqibah. perlu menjadi menara hidayah kepada orang yang kita pimpin. Perlu menjadi petunjuk kepada orang lain yang kita pimpin. Perlu jadi panduan, perlu jadi contoh. That's y lah kenapa diumpamakan sebagai MENARAH HIDAYAH.. Dengar nama pun dah interesting kan! :)

Bila di fikir-fikir kan, layak ke aku nak jadi menara hidayah untuk orang lain?

Tapi dalam hidup ni, asalkan kita "ada sesuatu", perlu kita beri sesuatu. Asalkan ada yang boleh kita nak sampaikan pada orang lain, kita sampaikanlah kepada orang lain. Tak da lah kita nak baik sorang-sorang.. Bawak sekali ramai-ramai supaya baik sama-sama.. Ilmu tak perlu kedekut.






Bila sebut pasal dakwah pula.. Apa tu dakwah? Penyampai dakwah juga tergolong dalam "menara hidayah".. Perlu ke nak tunggu jadi ustaz/ustazah baru boleh layak nak sampaikan dakwah? Sekali lagi aku nak 'lampu tinggi', asalkan kita "ada sesuatu", perlu kita beri sesuatu.. :)

Betul lah kata seorang BLOGGER (cerita best lagi tinjau entri dia) ni.. Memang kadang-kadang agak tersasar bila masyarakat memandang dakwah macam tu.. menyampaikan medium dakwah kat masjid. surau, ceramah. Duduk atas kerusi, hadap microphone, cerita bab hukum hakam agama secara terperinci dan sebagainya padahal yang stok datang masjid semuanya yang baik dan tengah nak jadi baik. Taraf diorang ni bukan lagi dakwah tetapi kuliah.

Yang sepatutnya jadi medium dakwah ialah dia-dia yang di luar sana. Dia-dia yang masih lagi hanyut dan lalai dengan dunia. Kutu-kutu tembok, mat-minah-atok-nenek rempit, kaki disko, kaki karoke, kai bangku (#eh), bohsia & etc. Itulah sasaran dakwah yang sebenar..

Persoalannya, mampukah kita keluar dan berdakwah dengan gologan macam tu? Tepuk dada tanya iman.. tepuk perut tak guna..huu~

Dakwah ni tugas kita semua.. Seruan itu adalah tuntutannya ke atas kita.. Tak perlu nak tunggu sampai kita jadi ustaz/ustazah baru nak sebarkan kebaikkan.. Tak perlu tauliah pun! Kita bukan nak mengajar kitab.. Kita hanya menyampaikan perkara wajib je pada masyarakat. Menyeru orang ramau kutip sampah pun dakwah juga. Dakwah luas skopnya.. (cp)


Itu apa yang aku dapat.. tapi ada benarnya.. Fikir-fikirkan..

Setiap pandangan manusia itu berbeza.. begitu juga aku.. mana yang salah silalah tegur.. tak perlu jadi ustaz/ustazah pun kalau nak menyampaikan kebaikkan.. Asalkan kita "ada sesuatu", perlu kita beri sesuatu :)




Wallahu a'alam...

24 October 2012

3 jenis jodoh pertemuan

Bismillahhirrahmanirrahim...






Aku terpanggil nak menaip isi entri ni bilamana aku rasa berubah itu perlu.. :) Ya! Semua orang ada rasa nak berubah ke arah kebaikkan.. Sebab setiap hati Allah dah letak kebaikkan.. Mana ada orang nak berubah ke arah kejahatan.. Kalau ada pun, mesti ada rasa BAIK dalam diri tu..

Macam tulah kita nak KEBAIKKAN bila bertemu jodoh.. Setiap orang nak jodoh bahgia till Jannah.. tapi tapi tapi... cara kita tu boleh bawa sampai Jannah ke? Fikir-fikirkan.. dan selamat beramal.. :)

Semua orang tahu apa itu jodoh.. tapi tak semua orang tahu JENIS-JENIS JODOH.. JODOH pun ada jenis-jenis dia ye? mestilah ada..



JODOH DARI SYAITAN

Jodoh Syaitan stand for sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur dalam percintaan.. Dan akhirnya berkahwin tetapi selepas terlanjur.. Itulah yang dinamakan Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.



JODOH DARI JIN

Jodoh Jin bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain supaya jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka berkahwin...



JODOH DARI ALLAH SWT

Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad iaitu perkahwinan berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai SYURGA CINTA








Pengertian ''cinta kerana Allah'' adalah mencintai seseorang lantaran ketaatannya kepada Allah .

18 October 2012

topup ubat charlie lagi..!

Bismillahhirrahmanirrahim....




Tap! Tap! Tap! *ketuk-ketuk pen atas meja.. baru lepas kira hari dah berapa lama aku kena ulat charlie...

6 DAYS!

Uish... selalunya aku dengar orang kena ulat charlie 2 3 hari je... aku dah nak masuk 4 hari baru aku pergi klinik.. tu pun sebab dah risau sangat sebab tak elok-elok lagi.. tak pasal-pasal orang cakap aku pakai kain batik hari-hari sebab nak PRACTICE !! hoho... sukehati korang jek cakap macam tu...



orang first yang datang ke klinik



Sampai je kat klinik aku mintak doc perempuan.. tak kan lah nak mintak doc lelaki..huhahuha.. lepas doc tengok peha aku, dia kata;

"Uishhh... pedih tu.. teruk dah ni.. ni charlie jantan ni.." aku angguk-angguk senyum-senyum.. memang pedihhhhh...

kawan aku pernah bagitahu, ulat charlie yang boleh buat sakit kulit ulat charlie jantan.. dia keluarkan air mani die.. hmm.. boleh eh macam tu? sebab tu la doc cakap 'charlie jantan ni..'.. Ooooooo...

Lepas tu doc kasi macam-macam ubat.. apa pasal budak-budak ni kena ulat charlie diorang dapat ubat sapu je.. aku sampai dapat ubat sapu, ubat tahan sakit, ubat alah, ubat miang... ehhh..ehh.. ubat gatal..



kena buka rekod baru sebab rekod lama dah penuh dua-dua page



lepas beberapa hari kaki aku dah surut sikit gelembung ala-ala kene melecur tu.. tapi tak elok lagi..
belum sempat nak enuf kering, aku tido gile lasak, sampai kulit tu terkoyak sikit dan berdarah.. ahhhhhh!!!!

*tapi aku tak rasa sakit langsung sebab aku dah makan ubat tahan sakit.. lalala~

apa la teruk sangat sampai jadi macam tu.. huhu.. aku dengan rajin nya koyak kan sikit-skit demi sedikit kulit tu.. dan aku tahu, peha aku konform tinggalkan parut yang sangat bughoookkk... 

(-____-)

hari ni, lepas beberapa hari, aku pergi ke klinik lagi.. sebab nak topup ubat.. yela.. hari ni dah last payyyper.. esok nak tinggalkan UiTM dihatiku.. ubat dah nak habis.. kaki tak elok-elok lagi.. kenalah jugak topup ubat..





tapi kaki dah nak elok dah kalau aku terus menerus makan ubat sampai sembuhhh..

cepat lah sembuh ye kaki yeh yeh yeh.. (^____^)

14 October 2012

apa tu ulat charlie?

Assalamualaikum...



apa tu ulat charlie? budak nama charlie yang dalam u-tube yang gigit jari abang die "Charlie bit my finger!" tu  tau la.. tengok SINI .. ramai yang tak tahu ulat ni.. aku start duduk UiTM Melaka baru tahu apa tu ulat charlie.. nama sedap..nak juga tengok ulat tu macam mana.. sebab masa akak-akak ni dah buang ulat tu baru lah aku terhegeh-hegeh nak tengok.. so aku tak tahu la ulat tu macam mana.. masa semester 1 kawan-kawan aku selalu kena dengan ulat ni... tapi aku tak pernah kena.. ada jugak rasa nak kena.. apa rasa die eh? sakit sangat ke?

masa aku tengah makan atas meja belajar, tetiba ada ulat belang-belang atas meja.. aku dok main-main lah dengan ulat tu guna pen..dah lama-lama main dengan ulat tu, aku tanya akak seniur aku;


"kak! ulat apa ni?"

"woi! jangan usik! itu charlie la~ bunuh cepat!" akak seniur aku dah gelak-gelak sebab aku dengan jahil nya tak tahu apa ulat tu.. nasib baik tak usik guna tangan..huhuhu...





saiz dia kecik je... lebih kurang 1 cm.. cecair hemolif yang terdapat di dalam badan kecuali sayap dia mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini di kenali sebagai 'pederin'. Mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove atau charlie ini yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan ulat charlie ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkan pada bahan atau menggosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis libnearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh ulat charlie telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan UiTM Melaka juga tidak ketinggalan..hahaha...

2 minggu lepas aku kena dekat muka.. waa... ulat tu tetiba jatuh kat muka aku.. nasib baik aku tak tepis guna tangan.. sebab luka akan berkesan sepanjang mana kita seret ulat tu.. .aku tiup sekali... fuuuhhh... melayang~  tapi tapi tapi.. sempat lagi die taruk racun kat muka aku.. bercalar lah juga muka ni.. tapi nasib baik sikit je lepas tu sekejap je..

dan dan dan.. 3 hari lepas.. masa aku tengah tidur, aku ingat ada ape lah dekat kaki aku ni.. aku gosok-gosok kaki aku.. esok nya aku tengok dah merah-merah.. elergik kot? ruam? aku sapu je ubat kulit.. bila hari ke-2.. roomate aku tengok kaki aku dah makin teruk.. dia kata ini charlie la!!! wehh.. dah teruk berair baru tahu ni charlie... ahhaaaaa!! memang sedap sangat lah kena charlie ni sampai aku tak boleh pakai seluar panjang langsung! everyday kena pakai KAIN BATIK! ohkay... bila dah kena charlie ni, panas, peluh, air, bergesel dengan kain adalah amat menyakitkan.. itu lah.. dulu nak sangat rasa kena charlie.. bile dah kena baru tahu macam mana sakit nya.. patut lah roomate aku hati tu kena sampai menangis-nangis..


Nasihat kepada yang dijangkiti..

Oleh kerana kumbang ini tertarik kep,ada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu atau tingkap semasa epidemik ulat tersebut. Gunankan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya atau lampu, jangan memukul ulat tersebut yang terdapat pada badan, cuma hembus atau tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan ulat charlie ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan ulat charlie dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan..

Selalunya, kalau pergi ke klinik, doktor akan beri ubat antibiotik atau ubat khas.. Tapi ada juga orang letak Bio Oil..


terima kasih pakcik google pinjam gambar

terima kasih sekali lagi pakcik google pinjam gambar


Jadi, jangan berangan nak test-test nak cuba-cuba macam mana rasa bila dah kena ulat ni... huuu...



* semoga kaki aku cepat sembuh dari penangan charlie ni... Amin...








*info dari pakcik Google 

13 October 2012

Salah wanita bila tak pandai masak.Lelaki cool bila tak boleh jadi imam

Assalamualaikum....





Terpanggilnya aku untuk buat entri ni sebab baru jek bagun tidur terus aku buka FB.. bile ke ruangan HOME tetiba aku terbaca 1 status senpai aku pasal perempuan tak pandai masak.. menarik juga ni.. aku pun bacalah komen-komen mereka.. wah wah wah.. ada yang cakap 100 wanita 1 orang je pandai masak zama sekarang ni.. hamboi bang.. haha.. nak tergelak juga lah aku baca.. tapi dalam hati.. 100 jejaka pujaan malaya, berapa ramai yang boleh jadi imam solat lengkap 5 waktu plus baca doa-doa kecil? haaa...


Selalukan kita dengan makcik-makcik membebel pasal anak dara diorang tak pandai masak..



Rokiah: Anak aku tu dah 20 tahun. Mengemas rumah pun malas. Masak ape tah lagi.. Haram...

Timah: Anak aku si Milah tu, masak pun tak pandai. Malu aku Kiah! Sape lah yang nak kawen dengan anak aku tu..



Tapi tak pulak diorang sembang pasal anak lelaki macam ni..



Rokiah: Anak aku dah 20 tahun dah. Mengemas rumah pun malas. Mengimamkan solat.. Haram..

Timah: Anak aku Si Man tu, jadi imam pun tak pandai.. Malu aku Kiah. Sape lah nak kawen dengan dia.



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

"Habis kenapa tak belajar?"

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"



Bagi lelaki tak sempurna wanita jika tak tahu masak.
Wanita sepatutnya buat begitu.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.



gambar sekadar hisan..hehee


Namu kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil insiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Kalau macam tu, kami kaum wanita boleh lah letak undang-undang macam tu pada kaum lelaki kan? Kalau tak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"


Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Kenapa nak salahkan perempuan bila diorang tak pandai masak dan senyap je bila lelaki tak boleh jadi imam? Mana lagi penting sebenarnya? Padahal dah terang lagi bersulu syariat bagi panduan yang lelaki adalah ketua keluarga. Tanggungjawab mereka mengimamkan solat untuk keluarga adalah wajib.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasaik jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Renung-renungkan dan selamat beramal.....




*aku pandai masak.. hehehe..

12 October 2012

Cinta kerana Allah..

Bismillahirrahmanirrahim....




... Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku unuk mencintaiNya...


Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya...
Salam subuh~

9 October 2012

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ADIK DANIEAL YANG KE-10! :D

Assslamualaikum...



Tick Tok Tick Tok....
Eeeiii.. lambatnya nak 10 Oktober 2012 ni... ahhh..nak update malam ni jugak nak jadi orang first yang wish kat adik.. hehehee...

Selalu setiap kali hari lahir keluarga aku, tak kisah la pakcik ke, makcik ke, mama mulalah buat citer panjang dia dengan sejarah terjadi dan terlahirnya seorang insan yang disayangi.. masa birthday aku hari tu, mama tak da citer pon.. angah tak da citer best nak diceritakan ke ma? sob sob sob..ahh..tak kesah la.. mama tak nak citer sebab best sangat..nanti ada orang dengki.. kesian plak kat aku..hahaha.. 

Kalau mama citer, itu pengalaman daripada mama sendiri.. Kalau aku yang citer, itu dari pengalaman aku pulak..so, lain orang lain pandangan.. lagi-lagi mama yang melahirkan... aku sebagai kakak punya pengalaman apabila pertama kali Allah kurniakan keluarga kami seorang anak lelaki/ adik lelaki selepas 4 orang anak dara, dan keluarlah seorang HERO came to face the world :)






Masa umur aku 9 tahun, awal bulan tak silap.. mama tak sihat dan aku temankan mama ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.. aku ingat lagi doktor cina tanya aku..

"Berapa orang adik beradik?"

"4 orang..semuaaaa perempuan" aku tersenggeh jawab dan memang menjadi kebiasaan aku akan bagitahu aku punya adik beradik semuaaaaaaa perempuan...

"Lepas ni mesti lelaki" doktor pandang aku senyum-senyum.

'Harap-haraplah' itu je lah aku boleh jawab sebab masa tu aku kecik lagi.. tak kan la aku nak cakap, saya terima sahaja rezeki yang Allah beri. Lelaki ke perempuan itu tidak menjadi masalah buat kami sekeluarga kalau itu yang Dia beri bla bla bla bla......

Tanggalnya 10 Oktober 2002, pagi pagi lagi papa dah hantar mama ke Klinik Besar Seremban sebab tak silap aku mama dah rasa sakit kot..ehh..entahlah..bila dah masuk bilik cek ibu mengandung, doktor suruh pergi hospital terus.. Hospital Seremban a.k.a Hosptal Tuanku Jaafar.. aku tanya mama;

"Dah nak bersalin ke ma?" Mama cakap, kalau baby nak keluar hari ini, hari ni lah... Oooo...

Lepas tu mama ke bilik tempat ibu-ibu nak bersalin.. Masa tu aku tak masuk dalam tu.. Papa tak kasi. so aku tunggu kat situ dengan alang sambil kitorang main tangga tempat orang tengah buzy nak turun naik.. Nebes tu nebes la jugak nak dapat adik baru, tapi perasaan tak kesah sangat dan teruskan bermain kat area tangga tu tetaplah jugak nak main.. Lepas tu papa ajak kitorang pergi SK Mambau sebab nak amik along.

"Along! Mama dah nak bersalinnnn...mama ade dekat hospital seremban tadi. kitorang la pergi hantar bla bla bla..." laju je aku dengan alang bercerita..

"Ye ke.. kejap lagi nak pergi hospital ke?" pastu kitorang berborak sesama sendiri..Lepas tu kitorang balik rumah, papa je yang pergi hospital..






Pada pukul 10:45 pagi, mama selamat melahirkan baby boy... lepas tu dalam kereta mula lah tanya papa (masa papa jemput kitorang bawa pergi hospital),

"Pa, adik hensem tak?"

"Pa, muka adik macam siapa?"

"Pa, adik putih tak?"

"Pa, nama adik apa pa?"

Papa layan je kitorang tanya itu ini... Padahal kejap lagi nak jumpa adik boleh tengok sendiri..wuwuwuwuuuu

Tapi adik dengan mama tak dapat balik rumah.. sebab adik demam kuning.. memang kuning badan adik gua cakap lu la... lepas tu kena masuk dalam box warna biru..kuning campur biru jadi apa pulak.. jadi macam kulit kita sekarang ke? Tu yang aku tertanya-tanya dulu.. 2minggu adik dekat hospital.. arwah atuk Jaafar yang jaga kitorang... papa ulang alik dari rumah ke hospital.. masa tu berkira-kiralah jugak, bila adik dengan mama nak balik rumah... 






CARI NAMA ADIK


Sepanjang mama dan adik ke hospital, aku ingat lagi aku dengan adik-adik dan papa duduk dalam 1 meja dengan ada 2 3 buah buku yang bertajuk NAMA ANAK-ANAK ISLAM... tak lain tak bukan mestilah nak carik nama untuk adik.. hehehe.. 

papa cakap nak depan nama adik bermula dengan huruf E.. memandangkan nama adik beradik yang lain semua start huruf E..so yang lelaki pun kenalah macam tu..tapi aku terfikir-fikir la.. Apa je nama lelaki bermula huruf E..??? Papa sedang sibuk-sibuk carik nama adik, kitorang pun sibuk cari makna nama sendiri.. dari nama sendiri, pastu ke nama saudara mara, pastu nama sepupu-sepupu... bukan nak membantu papa nak cari nama adik puuunn.. nampak tak kitorang yang SANGAT MEMBANTU ni?? haaaa... 

Lepas tu papa terjumpa nama AZRI... dan papa tukarkan jadi EZRY..   EZRY dengan ERNY..  perghh.. giler kreatif papa ni.. patutlah nama adik beradik kitorang semua susah sangat kalau ada orang nak menyebut..haha... then, tinggal nak cari nama belakang pula.. carik punya cari.. tetiba alang bagi idea...

"Pa, apa kata kite letak nama Danieal? Nama nabi kan? Bunyi pun best"

Jeng jeng jeng..

Dengan sokongan aku yang beria-ia papa amek nama tu, so papa pun setuju amek nama tu... jadilah 
EZRY NORDANIEAL BIN AMRAN.. sedap nama tu...






Ehh..dah 10 tahun dah berlalu... ingat lagi aku..hehe..mana tak nya, satu-satunya adik lelaki.. jadi kesayangan pulak tu.. manja! mengade! gedik! gemok! semua ade!! hahahhaa...

Apa-apa pun SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ADIK DANIEAL YANG KE-10 pada 
10hb 10 2012 bersamaan dengan hari Rabu..

belajar rajin-rajin budak.. dah besar daaaa, pinggan basuh sendiri.. jangan orang suruh basuh pinggan adik pergi lari terus..  haha..  kentut jangan sepah-sepah lepas tu tak ngaku... nanti belanja angah Tutti Frutti tau! adik ade cakap nak belanja..  tipu eaaaaa... haha.. jangan kacau ateh tu.. die nak PMR.. nanti gaduh je korang kat rumah kan kan kan.. hadiah?? em.. hari- hari angah belanja, tak kan nak hadiah lagi..hahahaha....




*semoaga jadi abang yang baikkkk.. *wink wink

5 October 2012

nangis tengok movie barbie

assalamualaikum...



Hari ini paper Computers and Information Processing (CSC134) habis pada pukul 10:30 pagi bermakna habisnya one of the killer subject in this sem..hehehe...setelah beberapa hari berpulas mulas (eh..betul ke term yang aku guna ni?) untuk buat yang terbaik setiap paper, akhirnya...selesai jugak la paper FEBERET aku ni..hehehe..

sampai je bilik, roomate tercinta bukak movie barbie... fyi, aku ni peminat setia barbie..comel tak? kriikk kriikk..

dah banyak kali dah aku tengok citer barbie siap nangis-nangis terharu gitu... citer-citer barbie ni actually, banyak tauladan dan over all pasal family, friendship, honest, LOVE dan macam-macam yang baik-baik untuk kanak-kanak ikut jadikan sifat-sifat mulia lagi suci tu sebagai part of their life..






tadi petang aku tengok movie Barbie Princess Charm School antara movie barbie yang paling best aku rasa... ending dia buat aku nangis..hahaha.. bila abang tahu aku nangis sebab tengok citer barbie jek kottttt die mula bersuara.. "What ??!"  "What the??!!"   -,-  *eeii..geram plak dengar dia gelak tadi



saya nangis sebab terharu dia baik dan pertahankan takhta family dia la..bukan sebab citer dia sedih kalah citer twilight bagai....  



there is a princess in every girl

2 October 2012

when he proposed me....

Bismillahhirrahmanirrahim...


Hari demi hari berlalu... dan kenangan aku, dia, kawan-kawan dan keluarga palong masih terasa meriahnya.. sehinggakan setiap malam, aku, fifi, wan dan mila asyik bercerita mengenai kemeriahan yang kami rasai bersama ketika berkumpul beramai-ramai..

tidak siapa sangka pertemuan pertama kali buat kami seperti pertemuan yang sudah lama berjumpa... Alhamdulillah..Hari Jumaat yang indah..seronok...dan..... bermakna..

cerita di sebalik sebuah pertemuan bermakna ada di sini..

terima kasih kerana menerima diri ini seadanya....

janji Allah, "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat"




**mengundur diri untuk menunaikan solat asar.. :)
assalamualaikum...