Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

27 October 2012

kenapa doa tak makbul?

Assalamualaikum...




"Ya Maha
Lapangkanlah Islamku
Selapang langit itu
Dan lembutkan ihsanku
Selembut rumput denai itu
Nescaya bertemu diri yang hakiki
Dikamar hati yang cintakan Ilahi"



"Penat dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah je nak dapat apa yang mereka nak. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"

Pernah tak kita merungut macam ni? Seakan apa je yang kita nak capat macam susah sangat laluannya. Kan? Kadang-kadang sampai nak putus asa. Ada pun sampai "kenapa tak amek je nyawa ni?". Pernah rasa macam ni jugak kan?

Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tak seperti denai yang kita harapkan. Dan juga perjalanan kita tak sama macam orang lain. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah lewatkan sedikit kurniaaNya kerana Dia mahu memberi kita sesuatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.


"Allah beri apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita inginkan"


Sini ada satu cerita untuk kita renung-renungkan bersama:

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tak berjaya.

Imam Ahmad  pun berkata: 

"Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini."

Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfaynya malam tadi:

"Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu?"

Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: 

"Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan"

Imam bertanya:

"Apakah doa itu?"

Pembuat roti pun berkata:

"Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal"

Lantas Imam Ahmad berkata:

"Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!" 

Dapat mesej yang nak di sampaikan? :) Tak semestinya Allah perkenankan doa kita dengan sekali doa sahaja..






3 cara Allah makbulkan doa kita:

1- Serta merta selepas doa
2- Lambat laun.. mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan atau bila-bila
3- Di akhirat nanti.. :)



Kadang tu Allah tak makbulkan hajat kita di dunia, sebab nak simpan 'bekalan' untuk kita di akhirat nanti.. tapi kita selalu kutuk Allah macam-macam, Allah tak adil, Allah kejam, Allah pilih kasih.. Kalaulah kita tahu, betapa sayangnya dan adilnya Allah pada kita, sehinggakan Dia masih mengizinkan kita bernafas di bumiNya ini, walaupun kita sangat jahat, jahil dan hina, dan jarang berterima kasih kepadaNya dengan seikhlas hati...


Bersabarlah ya.. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.


"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka Dia menyanyangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu"



Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT  dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYa.....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!