Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

26 June 2012

谢谢,姐姐!!Terima kasih, kakak!

Hari ni aku rasa tetibe tak sabar menanti sesuatu...apakah?? YA! 'Sesuatu' yang dari semalam terasa debarannya..selepas melihat status Pos Laju terus aku tertanya-tanya...kat mana yeh nak ambil barang pos laju..selepas bertanya dengan seorang seniur, dia memberitahu bahawa 'barang' tersebut perlu di tuntut di Pejabat Kolej..

Selepas cek status di pejabat kolej..aku nak ah tuntut barang aku..tapi makcik pejabat tu lambat sangat cari barang aku...die keluar kan semua barang-barang POS LAJU dari tempat simpan barang..barang aku ntah kemana...akhirnya, sekotak berwarna biru selamat di tangan aku...





dah bertahun-tahun tak dapat surat cinta....akhirnya dapat juga...
siap ada nurse garang suruh makan ubat lagi! huhuhu


terima kasih kak Wan Sya untuk hadiah belated bufday adik kesayangan dia.. :)

谢谢,姐姐 Wan Sya 为 馈。。。很 可爱 和 漂亮!!





25 June 2012

saya sayang sahabat saya kerana Allah..



Pernah saya ungkapkan padanya,
"Hei, saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalanNya. Untuk menegur sekirannya tersilap arah, tak perlu saya minta kebenarn darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAH, maka kerana ALLAH saya menegurmu."

Pernah saya bisikkan dari jauh padaya,
"Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAH izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?"

Dia menjawab,
"Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!"

Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
"Hei, mari sini. ALLAH masih panjangkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama."

Matanya bergenang,
"Saya sayang kamu, sahabatku!"

Saya senyum padanya dari kejauhan,
"Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~"

Saya mendekat padanya dari kejauhan,
"Psst!~ Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InsyaAllah...mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAH takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya.."

Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
"Ya ALLAH, berikanlah kekuatan dan ketabahan sereta iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadiakn dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya Ya ALLAH, dengan kehangatan kasih kepadaMU. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayahMu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, Ya Dzal Jalali Wal Iqram!"

Tiba-tiba SMS darinya,
"Saya rindu kamu...~"

Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAH Azza Wa Jalla.

Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan saya ingin sentiasa dia berada dalam peukan Ilahi.

Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu, 
saya sayang pada kamu
saya ingin bersahabat dengan kamu
di dunia sampai akhirat

Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAH mentukan

Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah padaNya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan..

Ya! Keimanan..

Akan saya bersaksi di hadapan ALLAH SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah!

Ikhlas dari sahabatmu,
ernyassmien

18 June 2012

terima kasih ayahanda

"Papa, angah nak beg ni!" sambil tunjuk pada sebuah beg yang aku rasa cantik. Nanti boleh bawa pergi kuliah.

Papa senyum.

"Nanti kita pergi tengok sekali dekat Pekan Kuah eh?" papa pandang aku sambil usap-usap bahu aku. Aku tersenyum. Tak beli pun takpa. Bukan penting sangat pun. Koleksi beg yang banyak dalam bilik tu pun dah memadai banyaknya.

Hari demi hari..Bercuti di Pulau Langkawi sedikit pun aku tidak ingat pada permintaan aku malam tadi. Sebab bila aku tak menginginkan sangat sesuatu benda, aku akan ingat sekejap sahaja. Selepas itu, lupa apa yang aku minta. Melainkan memang aku nak sangat sesuatu tu. Tapi kalau dah dapat benda tu, Alhamdulillah lah...rezeki :)

Seminggu berlalu...


ashita kyou yori mo suki ni nareru, afureru omoi ga....~~  *saje letak. tapi memang ringtone aku lagu ni


Telefon aku berbunyi. Daripada PAPA!


"Assalamualaikum papa!" aku dah tersenyum-senyum keseorangan. Rindu pada jejaka itu. *aku tak tipu

"Wasalam. Angah dah makan?"

"Dah. Petang tadi pun dah makan!" aku nak tergelak. Sebab hari ni aku makan terlebih banyak.

"Esok free tak? Papa nak datang. Nak bagi beg ni. Papa beli kat Johor. Beg ni boleh pakai pergi kelas. Beg galas kat belakang" nampak sangat beria-ia papa terangkan. Aku still dalam rasa bersahaja. Beg ape lak? Beg laptop? Eh! Beg laptop kan papa dah beli kan. Tak kan beli lagi.ehh..beg ape??

"Ooo...tapi esok angah kelas pagi sampai petang. Sampai kol 7" aku paling tak suka kelas pack sangat ni.

"OK. takpelah. Bile lagi angah balik?" *aik. baru 4 hari kat sini. Dah rindu ke? hehe

"Tak tahu lagi. Nanti angah bagitahu" borak-borak sikit, lepas tu kami menamatkan panggilan. Aku masih tertanya-tanya. Beg apa yang papa nak bagi aku?

Malam tu aku buka notifications di Facebook. Mama tag nama aku dalam group 'Anak-anak Amran-Faziah'. Semamangnya mama buat group ni supaya segala pemberitahuan antara family dapat di sampaikan memandangkan aku dengan along kadang-kadang tak balik rumah. So, segala berita hanya disampaikan melalui group tersebut.

"Angah Erny Nuryassmien Amran ada mintak beg ke kat papa? Papa belikan 1 beg sempena Hari Jadi angah.." Ouhh!! dan dan tu juga aku teringat sesuatu. Aku ada mintak papa belikan beg. Tapi masa tu aku sengaja mintak. Bukan beria-ia..tak sangka papa belikan juga...

Aku dah start taching..tak sangka papa belikan..alahai papa~




TERIMA KASIH PAPA...ANGAH SAYANG PAPA!

16 June 2012

Cermin dirimu...begitulah jodohmu


Jodoh adalah rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Sejak kita berada di dalam kandungan ibu telah tercatat segala rezeki, kematian, jodoh dan lain-lain. Ya! Jodoh rahsia Allah. Yang telah tertulis. Tapi, berapa ramai di antara kita yang faham tentang tentang jodoh yang telah tertulis?


"Jodohkan rahsia Allah. Kenapa kau nak susah-susah carik?"

"Allah dah tentukan siapa jodoh aku. So, aku relax-relax je lah. Lambat laun jodoh aku sampailah"

"Aku pun tak tahu siapa jodoh aku. Tunggu jelah"


Sudah tentu 'si dia' masih lagi misteri. Tiba saatnya, Allah akan dekatkan 'dia' kepada kita.
Adakah kita hanya menunggu tanpa berusaha?


Apa maksud 'berusaha' di sini? Ramai yang berpendapat, mengejar cinta si dia sampai dapat. Sanggup berkorban apa sahaja. Sanggup berenang di lautan api. Tidak kisah terputus hubungan keluarga sendiri demi mendapatkan cinta si dia. Itukah maksudnya 'berusaha' dalam mencari jodoh?

Maksud 'berusaha' dalam Islam dalam mencari jodoh ialah menjadi yang SOLEH dan SOLEHAH..

Itulah usahanya! Cara yang paling selamat dan mudah untuk kita sampai padanya ialah menjadi yang soleh atau solehah. Usaha itu bukanlah mudah. Kita mestilah berusaha menjadi imam (lelaki), menyiapkan ekonomi, meneguhkan akhlak, dan melatih tanggungjawab. Jika kita berjaya menjadi si soleh atau si solehah, maka 'si dia' pun seperti itu juga. Cermin diri kita..begitulah jodoh kita.. InsyaAllah...
Ingatlah janji Allah; perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat...



15 June 2012

aku ingin berubah kerana Allah...


Setiap orang ingin berubah. Berubah ingin menjadi yang terbaik. Begitu juga aku. Terbaik di mata manusia. Bagaimana pula pada pandangan Allah? Adakah kita sedar kita betul-betul menjadi yang terbaik...

Umur semakin meningkat dan setiap masa juga aku terfikir betapa dekatnya mati itu. ya! Mati itu paling dekat dengan kita. Yang jauh itu masa silam. Biarlah masa silamku menjadi pengajaran buat aku. Aku ingin berubah. Kerana Allah. Menjadi yang terbaik. Kerana Allah. Walau aku tahu manusia tidak pernah sempurna. Tapi apalah salahnya aku mencari kesempurnaan tu. Hidayah perlu dicari. Bukan ditunggu.

Aku selalu mendampingi diriku dengan orang-orang yang membawakan kudekat denganNya. Aku selalu mendedahkan mataku dengan membaca bahan-bahan islamik agar mindaku dipenuhi dengan ilmu-ilmu agama. Sebagai pelajar sudah tentunya sifat malas itu ada. Senang digoda syaitan. Lagi-lagi insan lemah macam aku yang 'baru' ingin mendekatkan hati dengan Allah. Sudah tentu sifat 'nak' rajin itu datang sekejap sahaja kalau aku tidak melawan godaan. Aku berusaha menjadi rajin untuk membasahi bibirku melafazkan ayat-ayat cintaNya walau adakalanya aku malas dek kerana sibuk dengan duniawi tetapi ingin berubah kerana Allah, aku berusaha mencari masa itu...




Mungkin perubahan aku ini sedikit mendadak. Mana taknya, dulu bila bercakap, aku main redah sahaja walau masih menjaga tutur kata yang hormat. Bila aku ingin ketawa, aku berdekah tidak hiraukan orang sekeliling. Solatku juga aku tidak jaga. MasyaAllah. Selagi aku hidup, pintu taubatku masih terbuka untuk insan lemah macam aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang masa dariNya untuk berubah. Alhamdulillah...

Ada juga rakan-rakanku sedikit tidak menggemari akan perubahan mendadakku. Mana tidaknya, aku selalu menegur rakan-rakanku apabila mereka tersilap. Kadang-kadang terkeluar surah-surah atau sabda-sabda Rasulullah yang pernah aku baca lalu aku lemparkan kepada mereka dengan cara paling lembut dan berhemah walau dengan harapan mereka sedar. Aku bukan nak menunjukkan yang aku ini baik sempurna berbanding mereka. Bukan juga riak. Ya Allah, jauhkanlah aku dari itu.... Aku ingin berubah. Ya! Berubah kerana Allah. Walau ada juga yang menyokong akan perubahan aku ini. Walau ada juga aku dikutuk dari belakang. Tetapi aku diamkan sahaja. Aku tidak kesah dengan pandangan terhadap perubahan aku. Bagi aku, APALAH SANGAT PANDANGAN MANUSIA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PANDANGAN ALLAH?

Pandangan Allah yang aku ingin rebutkan. KeredhaanNya lah yang aku ingin dambakan.. .

Aku ingin menjadi muslimah yang solehah dengan sentiasa meletakkan Allah dan Rasul cinta yang paling atas..InsyaAllah...

Rabbi yassir, wala tuas'sir ya karim...
Ya Allah, Kau permudahkan, jangan kau susahkan...

14 June 2012

Cintaku kerana agamamu...



Tidak dapat dinafikan, sebagai seorang manusia yang normal pastinya aku turut ada impian untuk mendirikan sebuah mahligai ikatan cinta kelak. Bila dan dengan siapa? Soalan itu bukanlah sesuatu yang perlu dijawab sekarang.. Biarlah 'masa'  yang akan datang dan menjawabnya. Aku yakin dia sudak tercipta untukku sama ada di dunia atau di syurga..



Wanita: Aku MENCINTAIMU kerana AGAMAMU...sekiranya HILANG agamamu, maka hilanglah cintaku padamu....

Lelaki: Cintailah aku kerana agamaku, seandainya agamaku BERKURANG kerana KELEMAHANKU dan KEKURANGANKU..maka, TEGURLAH dan PERBETULKAN aku...bantulah aku untuk terus menerus MININGGIKAN agama dalam diriku dan dalam negaraku..



Sudah tentu  'si dia' yang masih lagi misteri. Bagiku, pada akhir zaman ini, zina itu amat dekat kerana jalan-jalan zina amatlah mudah. Jadi, aku mesti menjauhkan perbuatan itu agar Allah turut jauhkan 'si dia' daripada perbuatan sebegitu..Aku tidak ragu memikirkan si soleh untuk si solehah..Tiba saatnya, Allah akan dekat dia padaku.


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"


Adakah aku hanya menunggu dan tidak berusaha??

TIDAK!

Inilah usahaku. Cara yang paling selamat dan mudah untuk aku sampai padanya ialah dengan berusaha menjadi SOLEHAH... InsyaAllah..


KERANA AGAMAMU AKU JATUH CINTA

13 June 2012

Hubungan cinta dengan Al-Quran



Salah satu cara untuk kita meningkatkan iman kita ialah dengan  membaca Al-Quran


Perlu kita sedar bahawa Al-Quran merupakan mukjizat dari langit. Tiada mukjizat lain yang kita boleh saksikan pada masa kini melainkan Al-Quran. Al-Quran itu didatangkan khas  untuk kita baca dan amalkan. Alangkah sayangnya jika ayat-ayat yang begitu hebat ini tidak kita amalkan, bahkan membacanya pun tidak...

Penyampaiannya bukan sekadar membentangkan teori tetapi terjun ke lembah amal. Apabila kita belajar, kita dapat rasakan banyak ilmu yang masuk. Apabila kita buat sesuatu tugasan, tugasan kita menjadi senang dan lancar. Pendek kata, dalam hari tersebut banyak perkara yang kita lakukan. Rahsianya, hiduplah berdamping dengan Pencipta 'keberkatan' dan bacalah selalu ayat-ayat cintaNya..

Hmm...Ujian Allah sangat seni dan logik manusia berbeza-beza. Ada muslim yang rajin membaca Al-Quran tapi studinya malas. Ada muslim yang malas membaca Al-Quran tetapi studinya rajin. Agar Islam tidak terfitnah lebih baik aku memilih gaya hidup yang Allah SWT redha iaitu rajin membaca AL-Quran dan rajin juga studi...

Al-Quran oh Al-Quran! Aku termangu segera muahasabah diri tentang hubungan cintaku dengan Al-Quran..

Aku memandang ke arah tafsir Al-Quran mini yang terletak kemas di atas meja belajarku...Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk bertanya pada diri sendiri...Muhasabah diri lagi...Sudah berapa lamakah aku tinggalkan dari membaca Al-Quran? Bila kali terakhir aku membaca kitab suci itu? Berapa banyakkah masa yang aku luangkan ketika aku membaca ayat-ayat suci tu berbanding banyaknya masa yang aku habiskan dengan aktiviti duniawi? Astagfirullah!!!

Perlahan aku mengambil tafsir Al-Quran mini yang dihadiahkan daripada Mama tercinta semoga aku membacanya dan menjadi amalan seharianku...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...setitik dua air mataku jatuh ke atas helaian itu...Ya Allah...betapa hinanya aku kerana mengabaikan ayat-ayat cintaMu...Aku bersyukur kerana lidahku masih lagi lembut membaca setiap ayat-ayat cintaNya...Ya Allah...jangan ambil nyawaku sebelum sempat aku menyempurnakan amalanku terhadaMU...

-daripada hambaMu yang lemah-


Tanya diri, tanya hati
Cintakah aku kepada diri ini
Cintakah aku pada hati ini
Akal akan terus berfikir, mindaku terus berpusing
Ya! Aku cinta!
Aku cinta pada diri aku
Aku cinta pada hati aku

Tapi, mana buktinya?

Mana?
Aku terduduk
Aku hanya pandai berbicara
Aku hanya pandai bermain kata
Kata-kataku yang manis
Tapi tak semanis ayat-ayat suci Al-Quran
Yang dalamnya terdapat ayat-ayat
yang bakal buatkan jiwaku runtun
akan buatkan diriku terbuai-buai asyik diulit ayat-ayat suci itu.

Soal diriku
Adakah aku cinta akan Allah?
Adakah aku cinta pada agamaku?
Adakah aku cinta pada diri?
Adakah aku cinta pada keluarga?
Mana buktinya?
Al-Quran!
Itu buktinya.
Jika engkau iyakan semuanya..
Ya, aku cinta pada semuanya
buktikan dengan tingkah lakumu,
renungi, fahami, amal...

**Hasil nukilan daripada Wan Syahira- Cyberjaya


Anugerah dari Allah...


Saban hari aku membaca butir-butir setiap ayat dalam satu blog Islamiah untuk aku selalu bermuhasabah diri, setelah buat pertama kalinya aku membaca satu antara entrinya, telah membuatkan aku tertarik dengan penyampaian dakwah yang di sampaikan...Berkesan masuk dalam jiwa! Lantas aku mengamati setiap ayat-ayat indah tersebut untuk dijadikan rujukan diri sendiri dan orang-orang sekelilingku...Sampailah satu hari kawan sekolah menengahku mem 'promo' kan ayat dari buku dari pengarang Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi...Aku turut bertanya dengan encik Google untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai buku yang bukan sahaja kawan sekolah menengahku itu yang menguar-uarkan buku penulis Fatimah Syarha penulis best seller Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul malah kawan-kawan seuniversitiku juga... Sedikit sahaja baris ayat yang aku baca, telah membibitkan rasa minat dengan setiap ayat yang di lontarkan berbau dakwah yang sesuai untuk golongan zaman ini....

Ini membuatkan aku teringin sangat ingin memiliki buku dari penulis Fatimah Syarha yang bertajuk Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu.....Lantas aku mengirim buku tersebut dari seorang rakanku yang kebetulan pada malam itu juga dia ke luar, maka aku mengambil kesempatan itu...Alhamdulillah...Memang Allah ingin aku memiliki buku tersebut, maka rakanku berjaya mendapatkannya untukku...Aku anggap itu satu anugerah dari Allah kerana buku tersebut dapat membuka minda dan jiwaku untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam...Tidak semestinya kita dilahirkan Islam, ilmu agama itu cukup...Hidayah dan ilmu itu perlu dicari....





Pada keeseokan hari (hari ini), buku tebal berlatar belakang berwarna putih itu berjaya berada di dalam tanganku...Setiap masa yang terluang pada hari ini, berjaya aku curi semata-mata untuk membaca novel Islamik ini...Memang buku ini sangat menarik perhatianku, dan aku yakin, sesiapa sahaja yang membacanya pastikan akan tersedar dengan kebenaran cinta sebenar...iaitu Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga...CINTAKU KERANA AGAMAMU....

Sakit itu penghapus dosa


Hari ini kelas pagi habis pukul 10:20 pagi dan saya sampai ke bilik sebelum pukul 11pagi...Sesampainya di pintu bilik, pintu berkunci..Oh....mereka masih ada kelas....setelah menutup pintu bilik, tiba-tiba saya berasa sakit sangat... dan saya jatuh ke lantai..tanpa berlengah lagi, saya menyeluk tangan ke dalam beg mencari ubat tahan sakit yang diberi doktor...huhh..masih ada lagi stok..saya terus mencapai air di atas meja dan menelan ubat tersebut...

Ketika masih di atas lantai, mententeramkan diri, saya muhasabah diri.....

Rasulullah s.a.w. kata, sakit itu penghapus dosa.. Kalau kita sakit, itu tandanya Allah tengah hukum dosa-dosa kita di dunia. Bila sakit, kita mesti rasa sangat lemah. Sangat tak mampu dan lesu. Rasa tak berdaya nak buat apa-apa..

Kalau kena sakit yang pelik sikit, mungkin ada yang tinggal solat dan amal ibadah. Terlupa yang saat-saat macam ni lah sangat perlu untuk bergantung harap kepada Allah Yang Maha Besar. Kena selalu ingat, tiada daya dan upaya bagi seorang manusia itu melainkan dengan kekuatan yang Allah berikan untuk dia menghadapi musibah dengan penuh kesabaran.

Kuat dan sabar...

"Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya"

12 June 2012

Hidup ini unexpected!



Hidup ini satu perjuangan
Setiap ujian yang berlaku dalam kehidupan merupakan latihan dalam kehidupan.
Carilah hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Berfikir! Berfikir! Berfikir!

Hidup ini unexpected...ya..kenapa saya berkata sedemikian? Cuba lihat apa yang berlaku di sekeliling kita....Kita selalu mengimpikan sesuatu tetapi ada kalanya kita tidak dapat apa yang kita kehendaki. Kadang-kadang kita dapat yang sebaliknya. Malah, mungkin juga sesuatu yang diluar jangkaan kita. Percaya atau tidak, sesuatu berlaku dengan sebab...

Banyak contoh yang saya boleh rungkaikan di sini...Saya sendiri merupakan pelajar yang mengambil jurusan sains ketika di alam sekolah menengah. Dan siapa sangka, ketika di alam universiti saya berada di dalam jurusan Pengurusan Teknologi & Pejabat. Ramai yang bertanya, kenapa dari jurusan sains ke jurusan pejabat? Jawapan saya; kerana itu yang Allah beri pada saya..There are always a reasons behind everything that happens..

Pensyarah saya sendiri bercerita perihalnya sendiri ketika sesi 'ice-breaking' ketika di kelas pagi tadi...Beliau merupakan pelajar yang mendapat keputusan SPM yang tidak memberangsangkan..Dengan berkat usaha doanya, akhirnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam pengambilan kedua jurusan Pengurusan Teknologi & Pejabat...Selepas mendapat ijazah, beliau sambung bekerja di Bank Negara dalam HR..Tidak lama selepas itu, beliau berhenti kerja dan mendapat kerja yang lain tetapi tidak lama. Beliau mendapat tawaran menlanjutkan pengajian di UK tetapi beliau menolak kerana ingin menjaga bondanya yang sakit. Setelah itu, beliau memohon bekerja sebagai pensyarah di UiTM tetapi bukan dalam jurusan HR...tetapi jurusan IT..Ramai yang bertanya, kenapa dari HR ke IT? Jawapannya, kerana itu yang Allah beri pada saya.. There are always a reasons behind everything that happens...

Begitu juga dengan abang saya yang merupakan pelajar engineer yang berkelulusan degree dari Okayama University of Science, Japan yang telah bekerja sebagai engineer ketika pulang ke Malaysia....Tetapi siapa sangka beliau hanya sempat bekerja selama 6 bulan apabila beliau mengalami kemalangan yang teruk yang hampir kehilangan kaki kanannya..Dan selepas itu, beliau tidak bekerja dan hidupnya sentiasa ditemani dengan besi yang melekat di pahanya...Ini kerana Allah yang ingin memberikannya begitu.There are always a reasons behind everything that happens...


Bukan sebab Allah ingin menjatuhkan martabat kita sebagai seorang manusia, bukan juga Allah ingin menghukum kita, bukan juga Allah sengaja menyusahkan kita...tetapi percayalah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan....Kerana Dia Yang Maha Mengetahui...


Kata orang, hidup ini bagaikan roda...Ada waktu naik dan ada waktu turunnya. Begitu juga dengan manusia. Begitu juga dengan iman. Pokoknya, kitalah yang mengawalnya, kita yang menanganinya, kitalah yang akan menghadapi seituasinya sama ada dengan menggunakan akal atau emosi, rasional atau nafsu. Kita membuat pilihan yang terbaik untuk diri. Adakalanya sesuaut yang difikirkan buruk untuk kita boleh jadi yang terbaik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Apa yang difikirkan baik untuk diri boleh menjadi bukan yang terbaik untuk kita. Kita berhak menentukannya. Ambillah masa. Renungkan. Fikirkan. Hadapi semua dugaan yang mendatang dengan tenang dan berusaha dengan penuh kesabaran dan keikhlasan supaya kita akan tersenyum pada kemudian hari :)

Bersangka baik dengan Allah


Seuntai kata untuk dirasa: Kadang-kadang kita terlupa betapa berharganya diri kita. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri kerana dirimu berharga.

11 June 2012

Akan ada 'sesuatu' untukmu....




Dalam bercinta memang macam-macam dugaan kita hadapi, lebih-lebih lagi hubungan tak sampai ke pelamin cinta yang diidamkan atas banyak sebab...bak kata orang...'Aku bukan untukmu' atau 'Dia bukan untukku'...Apapun redha menerima segalanya. Walaupun hati agak sukar untuk melepaskan seseorang yang pernah kita cinta. Tapi apa nak buat takdir cinta kita setakat itu saja. Mana tahu kita akan dapat lebih baik dari yang dulu...Mungkinkah?

Aku seorang yang selalu berfikir pada masa hadapan. Apabila sesuatu terjadi, aku berfikir, apa akan jadi atas perkara yang berlaku. Samalah seperti bila ada insan sekelilingku yang mengalami kemalangan atau penyakit yang memudaratkan....

Aku terfikir sejenak...Ada kah insan yang sanggup menerima insan ini andai ada kekurangan di dalam dirinya? Andai dia tidak boleh memberikan zuriat, adakah ada jejaka yang hendak menikahinya walau tahu dia tidak mungkin memberikan zuriat yang membawa penyeri rumah tangga? Adakah ada insan yang ingin menjadi isteri kepada jejaka itu bila dia mempunyai kekurangan fizikal? Lelaki kan pemimpin keluarga yang bertanggungjawab memberi rezeki kepada keluarga...Sekiranya kekurangan fizikal yang menghalangnya...Bagaimana dia hendak menaggung isterinya dengan keadaan begitu? Bagaimana dengan seluruh kehidupannya? Adakah ada yang sanggup sehidup semati dengannya? Terpaksa menjaganya...Perkara seperti ini selalu aku bertanya...tetapi tidak terkeluar dari mulutku....Hanya aku simpan di dalam hati kerna aku tahu, Allah telah menentukan sesuatu itu dengan penuh hikmahNya....

Tidak ada apa yang dapat aku berikan wahai kanda, apatah lagi memulihkan kekuranganmu...yang dapat aku berikan hanya lah sebaris ayat-ayat doa yang aku minta dari Dia Yang Maha Mengetahui segala kejadian,


 "Ya Allah, kau hantarkanlah hambamu yang dapat menerimanya seadanya...menerima kekurangannya...menjaga makan pakainya...menjaga hatinya.....menjaga cintanya...jika lambat kau makbulkan doaku, kau lembutkan hatinya agar dia lebih mendekatkan dirinya kepadaMu dan percaya akan ketentuanMU...mungkin bukan jodohnya di dunia...tapi mungkin di syurgaMu Ya Allah..."


Aku bukanlah seorang insan yang pandai berkata-kata...bukan juga insan yang fasih dengan nasihat...bukan juga bijak pandai yang boleh memberikan idea itu ini kepada permasalahan yang melanda...tapi aku insan lemah yang mampu menjadi pendengar yang setia kepada segala masaalah, menjadi teman yang sejati kepada tempat sunyi hidupmu, menjadi sahabat yang setia menanti segala ceritamu, dan menjadi gadis yang menceriakanmu....walau aku tahu, banyak lagi kekuranganku, tapi paling tidak aku dapat memulihkan perasaanmu wahai hanya sebesar biji sawi...


Daripada insan yang menyayangimu,

Erny Nuryassmien binti Amran

11 Jun 2012

03:47 pagi 
(waktu Jepun)

Melaka, Malaysia

*bila air mata akhirnya tewas

10 June 2012

Wakenabeb!!

Dari malam tadi sampai la petang ni aku tak habis-habis gelak bila memikirkan pasal malam tadi....Entah ape angin Kak Sya nak nombor Abang Atep...aku tanpa pikir panjang, aku terus bagi nombor Abang Atep...dan dan tu jugak keluar idea giler aku..


"Kak, kalau rajin, buat la WAKENABEB dekat abang"

"Memang akak nak buat pun sebenarnya"


Dan dan tu jugak aku gelak sakan sebab macam-macam idea keluar dari kepala otak aku nak kena kan abang kesayangan kitorang tu...Belum apa-apa lagi kitorang dah gelak sakan....Yelah..macam-macam reaksi yang kitorang bayangkan dekat Abang Atep....Dia tu abang yang cool...suke sangat gelakkan orang....kenakan orang...nak jugak tengok dia marah giler bapak kan....

Yang aku sangkakan Kak Sya nak kenekan abang pada keesokkan harinya...so, malam ni aku boleh tidur awal memandangkan sejak akhir-akhir ni aku tak berapa sihat...bila Kak Sya dah hantar mesej dulu...aku tak jadi nak tidur dek kerana rasa ingin tahu drama yang setersunya...hahaha!!


"Assalam bro, bro ke yang selalu komen2 dgn erny tu? sy tgk bro rpt lain mcm je dgn die. ni nk ckp direct la bro. boleh x bro jgn rapat sgt dgn die?"

"ape yg ko heboh bona ni bai? sapo ni?"

"X yah tau la aku ni sape. aku cume nk ckap tu je. jgn la kononnya nk protect erny tu. aku dh lame duk usha die. tapi kau kacau line la bro"

"......." (aku tak simpan plak mesej die yang next next next)

"Masalahnye aku dh lame kot usha die. kau tiba2 kacau line apehal wei. aku nampak erny dah berubah sjk die rapat dgn kau"

"........" (aku lupe die cakap ape)


*abang dah tak balas...time ni aku dengan Kak Sya sumpah bantai gelak giler tengah-tengah malam bute..hahaha


"abang atep, abang atep, abang atep sokong netherlands ke denmark?"

""2 3 barbie makan nyamuk,
abang atep jgn la mngamuk!"


*mase ni abang dah tak balassss...mase tu aku dah cakap dengan Kak Sya, selesaikan by today jugak....sebab aku ni, jenis yang tak suka kene marah....cepat giler taching......tengok-tengok Kak Sya pun macam tu jugak....bile abang dah ngamuk sakan. lagilah kitorang gelabah giler...hahaha..ok foine...abang bermisai tebal dah giler ngamuk!! S.O.S

Eheii....kalau aku la dapat mesej mengarut macam ni..memang giler hangin aku..hahaha...superb berani la Kak Sya! hahaha...

Lepas tu abang tanya-tanya aku....kate tak tahu nombor siape tadi..siap kene kan abang lagi...lepas tu merajuk habis malam tadi...erkkk...Kak Sya siap lukis gambar sejibik rupa abang lagi nak pujuk abang.....punyelah hensem gambar dalam tu berbanding yang sebenar....pun tak jalan jugak..haha..memang kena tunggu esok jugak la ni...




**abang comel bila ngamuk...sebab perincess takottt giler weii....hahaha!!

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Belum Tiba Masanya



Ya Allah, Ya Rahim
indahnya perasaan yang Kau berikan kepada keturunan
Adam dan Hawa
Perasaan sayang yang Kau terbitkan ke dalam hati
dengan izinMu
untuk kami saling sayang, kasih antara satu sama lain.

Ya Allah, Ya Qahhar
aku mohon padaMu ya Allah
seandainya belum tiba masanya untuk aku jatuh cinta
aku pinta, jangan izinkan aku ya Allah.
Bukan aku menolak takdirMu
tapi aku mohon deberikan aku peluang untuk mencintaiMu terlebih dahulu
serta kekuatan sebelum aku mencintai dan dicintai seseorang Ya Allah.

Ya Allah, Ya Rasyid
aku mohon padaMu ya Allah
seandainya belum tiba masa untuk aku jatuh cinta
aku mohon Kau jauhkan aku dari segala kemaksiatan
yang boleh membawa aku kepada segala kemungkaranMu
supaya aku lebih mensyukuri nikmatMU

Ya Allah, Ya al Mujib
seandainya belum tiba masa untuk aku jatuh cinta
aku mohon padaMu ya Allah
jauhkan aku dari rasa suka kepadanya
jauhkan dia dari rasa suka kepadaku ya Allah
sesungguhnya kami hambaMu yang hina lagi lemah

Ya Allah, Ar Raqib
Kau peliharalah hatiku, Kau kuatkan hatiku Ya Allah
seandainya ini bukan masanya Ya Allah
ku pohon padaMu, agar Kau tabahkan hatiku
supaya aku tidak jatuh cinta kepada
orang yang salah
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui

Ya Allah, Ya Muhaimin
seandainya kau takdirkan ini bukan masanya
ku pohon kau jauhkanlah dia dari pandanganku
Kau buangkanlah dia dari hati dan pemikiranku
agar aku tidak terus memikirkannya dan
agar aku jauh dari memberi harapan
dan berharap kepada sesuatu yang tidak mungkin milikku
serta dijauhkan dari zina hati ya Allah

Ya Allah, Ya Tuhanku
seandainya Kau tahu aku belum bersedia zahir dan batin
ku mohon jangan izinkan aku jatuh cinta
sesungguhnya aku mohon, Kau dapat pelihara aku
dari menyakiti hati hambaMu yang lain

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
kepadaMu aku meminta
dan kepadaMu juga aku bersujud
jangan izinkan erny nuryassmien jatuh cinta
seandainya belum tiba masanya
dan izinkan aku mencintaiMu sepenuh hatiku
sebelum aku mencintai nya.....

daripada hambaMu yang lemah...

9 June 2012

Kamu cantik sekali, tapi....


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun, Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hambaNya.

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah kereput, rambut pun kusut dan berubah warna, tubuh tidak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan?? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar? Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Tapi apa manfaat dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dariNya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebliknya, wajah cantik itu menjadikan tiada harga di hadapanNya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuanNya..

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barng murah yang bboleh dinikmati dengan mudah. Di mana nilainya jika setiap mata begitu meluas memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat? Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh dengan keimanan. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Hati yang sederhana, yang akan berlebihan dalan segala urusan dunia.


Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi..


Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi...


Ingatan untuk diri sendiri dan orang lain :)

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?




"When you stop searching for a prince and make Allah the king of your heart, He will help you complete your fairytale..InsyaAllah.."


Mungkin di benak hati kita segala ketakutakn akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia. Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok.

Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.

Banyak orang berganti-ganti pasangan dengan alasan mencari cinta sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang tidak berpengalaman bercinta?

Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta? Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak pernah membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.

Ingatlah, siapa yang menciptakan hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.

Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaanNya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?

Seperti saya sendiri, terkilan separuh mati dengan bekas teman lelaki saya. Segala pernyataan benci, tidak suka, serik pada cinta lelaki keluar dari mulut saya sendiri tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan  pada bekas teman lelaki saya..

Tetapi waktu berjalan dengan perasaan pun berubah perlahan-lahan. Rasa serik dan benci berubah menjadi rindu. Rasa kecewa berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.

Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita menyakini perkara ini, maka tidak akan ada rasa ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.


Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.


Tak salah jual mahal time belajar, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal hati perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sekapnya terhadap waktu...

Tolong beritahu jodohku


Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,

Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa

Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merindui lebih dari Maha Pencipta,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakan lebih dari ibu bapanya

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,
Tolong ingatkan jodohku, aku terpikat kerana imanya bukan paras rupa,
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintakan zuhudnya bukan hartanya,
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahsanya

Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mengagungkan cinta manusia,
Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya,
Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya

Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta,
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan jodohku, dia punya tanggungjawab yang besar pada keluarganya

Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai,
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai...
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..

Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka,
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku

Tolong sampaikan pada jodohku, aku dambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana ALLAH tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...



Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya ALLAH yang tahu, Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walau aku masih belum mengetahui siapa jodohku. InsyaAllah, jodohku suatu hari nanti dengan izin ALLAH, kita pasti akan bertemu jua...





Dengan ingatan daripadaku,

Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu. Jika hilang agama darimu, maka hilanglah cintaku padamu

8 June 2012

kembali ke sekolah

Dah betul-betul sampai ke penghujung cuti sem kali ni...dah makin hampir alam belajar dengan NEW SEM!! 

atau abang & kakak aku cakap.....KEMBALI KE SEKOLAH. -,-




Cuti sem kali ni (UiTM Dip) bagi aku agak lama jugak lah...mana tak nya....2bulan 2minggu..kalau kawen pon, sempat buat hantaran last minute lagi tu....hoho....bagi aku cuti kali ni agak boring SIKIT sebab aku tak keje di tambah pulak aku jarang keluar berbanding mase cuti sem yang lalu...haha...(faham-faham sendirilah)...tapi tapi tapi...thanks jugak pada abang atep yang hensem sikit dan kak sya yang sudi teman cuti boring giler bapak aku ni...haha...kalau aku keje tak boring mane kot...kot la...

Mase pertengahan cuti sem ni, aku giler tak sabar nak belajar...nak masuk dalam kelas...dan tido puas-puas kat katil kesayangan aku kat kolej..(macam kat rumah tak pernah puas plak)...tapi tapi tapi..bile cuti dah nak habis...rasa macam ......nak tambah satu minggu cuti lagi boleh?? hehe...manusia tak pernah bersyukur...hooooo....

Tapi tapi tapi...sem kali ni aku giler tak sabar..sebab nya, sem kali ni, aku mula belajar mandarin setelah aku tinggalkan bahasa German 2tahun yang lalu..so, kali ni aku dapat new knowledge lah kan sebab belajar bahasa lain pulak..kan kan kan...dan sebab lain nya, sem kali ni, kali ke-2 dapat rasa suasana raya..maksud aku....dapat sahur same-same dengan kawan-kawan sekolej..dapat masak sesame dalam bilik (perbuatan terlarang)...yang paling best ada BAZAAR TERPANJANG dekat dalam UiTM MELAKA!!!! itu yang paling kitorang ternanti-nankan sebenarnya...hahaha..sebab...konform nafsu makan membuak-buak...haha....serius itu yang kitorang nanti-nanti kan sebenarnya...makanan kat situ semue giler best tangkap leleh punyelah....haha..tapi takde lah 1 montah selere aku kat situ jek..kadang-kadang kitorang berbuka di luar..tak pun beli kat bazaar pekan Alor Gajah atau Masjid Tanah...2 tempat ni pun best jugak...kire bile time puase semua best la! hahaha...


Ade tak masuk lagiiiiiiiiii.....
Kuma-kuma tak tinggal punye...


Ini baru first batch....belum ade lagi yang nak bawak..
siap sangkut sebab bile dah sampai bilik terus sangkut..hahaha

Kasut?? ade 6 kotak...printer lagi yang besar gedabak tu....barang-barang laptop lagi....arghhhh..banyaknyeeee...haha..barang perempuan memang banyak kan kan kan...
Esok gerak drive sendiri dalam pukul 7:30pagi...dalam pukul 8 lebih insyaAllah dah sampai Melaka...rindu melaka wehhh...kene gerak pagi sebab course aku daftar dari pukul 8:30pagi sampai 12:30tengah hari..aku tak suke bile dah jem-jem ni..lebih-lebih lagi bile drive sendiri..kalau dah sesak tu...memang aku tak sukeeee......tak sabar nak KEMBALI KE SEKOLAH!!



6 June 2012

say konochiwa to langkawi..part 4

**sambungan dari sini

Hari ni dah masuk hari ke 3 kat langkawi....pagi ni dah nak luangkan mase dengan laut...haha...pagi ni ombak sangat-sangat kuat dan angin sangat kencang sampaikan tak de siape berani nak mandi..just main dekat gigi air jek....siape berani 'u jump, i jump' memang superb la wei...hahaha....




Itu macam banglo kat belah kanan tu tempat kitorang menginap selama di Langkawi...

LANGKAWI PERMATA KEDAH






Aku tak tahu aku pijak ape...sampai tak dapat hilang pun bile aku bersihkan....taik ketam kottt...
eeee!! YUKSSS!!!


Tempat menginap....kat tingkat atas tu..

say konochiwa to langkawi..part 3

**ini sambungan dari sini

Entri ni still hari kedua dekat Langkawi...tempat sterusnya dekat Gunung Mat Chincang tempat di mana Cabel Car berada....sepatutnya aku dan adik-adik bersama mama papa naik sekali cabel car..tapi sebelum ni naik cabel car dekat Penang dengan Genting Highland...kitorang cepat pening tempat tinggi-tinggi ni..kesimpulannya, memasing diam tahan dari muntah dalam cabel car sebab pening..so nak elak kan kitorang tak naik la cabel car...mama papa jek naik...aku bawak adik-adik jalan-jalan kat area bawah...memang aku jage adik-adik aku lah ni sementara tunggu papa dengan mama dating kat cabel car tu....hahaha...


Pemandangan di area bawah...

Aku nak jugak cuba dukung ular ni..hoho..serius berat giler wey....Lepas tu bahu aku dah lengguh-lengguh....




Ini anak orang Pakistan...parents die suruh pegang budak ni sementara mak die tangkap gambar bapak die tengah pegang ular...budak ni lelaki beb...haha..







Aku teringin sangat ank cuba bendalah ni...so, tak nak lepaskan peluang aku ajak la adik-adik aku naik benda ni..kecuali adik aku nombor 4..tak habis ber Tweet-tweet kat phone sampai tak nak join kitorang...mule-mula aku naik takot jugak la...macam tak balance jek kan ...tapi benda ni tak kan jatuh..kita yang kawal benda tu dengan badan...kalo nak jalan ke depan, kite senget kan badan kite ke depan..nak riverse atau berhenti ke ape, tolak badan ke belakang..giler best kot....

Tapi tapi tapi, malang tak berbau, tengah -tengah macho bawak bende best ni, mase nak naik bukit, aku nak elak orang penjalan kaki...aku jugak nak elak adik aku yang bawak slow kat depan aku supaya tak berlanggar...alih-alih, aku tersilap elak...berlanggar dengan bahu jalan..memang berdentam aku jatuh..mule-mule tak dapat bangun...lame-lame tu baru aku dapat bangun...ramai yang nampak sebab aku jatuh terduduk terhentak kuat...woi..giler sakit wey...hahaha...lepas tu aku sambung kan perjalanan aku...buat muke macho balik..hahah...



ni dekat Pantai Pasir Hitam


Kat Langkawi ni ade sawah...

Makam Mahsuri..