Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

13 June 2012

Anugerah dari Allah...


Saban hari aku membaca butir-butir setiap ayat dalam satu blog Islamiah untuk aku selalu bermuhasabah diri, setelah buat pertama kalinya aku membaca satu antara entrinya, telah membuatkan aku tertarik dengan penyampaian dakwah yang di sampaikan...Berkesan masuk dalam jiwa! Lantas aku mengamati setiap ayat-ayat indah tersebut untuk dijadikan rujukan diri sendiri dan orang-orang sekelilingku...Sampailah satu hari kawan sekolah menengahku mem 'promo' kan ayat dari buku dari pengarang Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi...Aku turut bertanya dengan encik Google untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai buku yang bukan sahaja kawan sekolah menengahku itu yang menguar-uarkan buku penulis Fatimah Syarha penulis best seller Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul malah kawan-kawan seuniversitiku juga... Sedikit sahaja baris ayat yang aku baca, telah membibitkan rasa minat dengan setiap ayat yang di lontarkan berbau dakwah yang sesuai untuk golongan zaman ini....

Ini membuatkan aku teringin sangat ingin memiliki buku dari penulis Fatimah Syarha yang bertajuk Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu.....Lantas aku mengirim buku tersebut dari seorang rakanku yang kebetulan pada malam itu juga dia ke luar, maka aku mengambil kesempatan itu...Alhamdulillah...Memang Allah ingin aku memiliki buku tersebut, maka rakanku berjaya mendapatkannya untukku...Aku anggap itu satu anugerah dari Allah kerana buku tersebut dapat membuka minda dan jiwaku untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam...Tidak semestinya kita dilahirkan Islam, ilmu agama itu cukup...Hidayah dan ilmu itu perlu dicari....





Pada keeseokan hari (hari ini), buku tebal berlatar belakang berwarna putih itu berjaya berada di dalam tanganku...Setiap masa yang terluang pada hari ini, berjaya aku curi semata-mata untuk membaca novel Islamik ini...Memang buku ini sangat menarik perhatianku, dan aku yakin, sesiapa sahaja yang membacanya pastikan akan tersedar dengan kebenaran cinta sebenar...iaitu Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga...CINTAKU KERANA AGAMAMU....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!