Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

13 June 2012

Hubungan cinta dengan Al-Quran



Salah satu cara untuk kita meningkatkan iman kita ialah dengan  membaca Al-Quran


Perlu kita sedar bahawa Al-Quran merupakan mukjizat dari langit. Tiada mukjizat lain yang kita boleh saksikan pada masa kini melainkan Al-Quran. Al-Quran itu didatangkan khas  untuk kita baca dan amalkan. Alangkah sayangnya jika ayat-ayat yang begitu hebat ini tidak kita amalkan, bahkan membacanya pun tidak...

Penyampaiannya bukan sekadar membentangkan teori tetapi terjun ke lembah amal. Apabila kita belajar, kita dapat rasakan banyak ilmu yang masuk. Apabila kita buat sesuatu tugasan, tugasan kita menjadi senang dan lancar. Pendek kata, dalam hari tersebut banyak perkara yang kita lakukan. Rahsianya, hiduplah berdamping dengan Pencipta 'keberkatan' dan bacalah selalu ayat-ayat cintaNya..

Hmm...Ujian Allah sangat seni dan logik manusia berbeza-beza. Ada muslim yang rajin membaca Al-Quran tapi studinya malas. Ada muslim yang malas membaca Al-Quran tetapi studinya rajin. Agar Islam tidak terfitnah lebih baik aku memilih gaya hidup yang Allah SWT redha iaitu rajin membaca AL-Quran dan rajin juga studi...

Al-Quran oh Al-Quran! Aku termangu segera muahasabah diri tentang hubungan cintaku dengan Al-Quran..

Aku memandang ke arah tafsir Al-Quran mini yang terletak kemas di atas meja belajarku...Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk bertanya pada diri sendiri...Muhasabah diri lagi...Sudah berapa lamakah aku tinggalkan dari membaca Al-Quran? Bila kali terakhir aku membaca kitab suci itu? Berapa banyakkah masa yang aku luangkan ketika aku membaca ayat-ayat suci tu berbanding banyaknya masa yang aku habiskan dengan aktiviti duniawi? Astagfirullah!!!

Perlahan aku mengambil tafsir Al-Quran mini yang dihadiahkan daripada Mama tercinta semoga aku membacanya dan menjadi amalan seharianku...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...setitik dua air mataku jatuh ke atas helaian itu...Ya Allah...betapa hinanya aku kerana mengabaikan ayat-ayat cintaMu...Aku bersyukur kerana lidahku masih lagi lembut membaca setiap ayat-ayat cintaNya...Ya Allah...jangan ambil nyawaku sebelum sempat aku menyempurnakan amalanku terhadaMU...

-daripada hambaMu yang lemah-


Tanya diri, tanya hati
Cintakah aku kepada diri ini
Cintakah aku pada hati ini
Akal akan terus berfikir, mindaku terus berpusing
Ya! Aku cinta!
Aku cinta pada diri aku
Aku cinta pada hati aku

Tapi, mana buktinya?

Mana?
Aku terduduk
Aku hanya pandai berbicara
Aku hanya pandai bermain kata
Kata-kataku yang manis
Tapi tak semanis ayat-ayat suci Al-Quran
Yang dalamnya terdapat ayat-ayat
yang bakal buatkan jiwaku runtun
akan buatkan diriku terbuai-buai asyik diulit ayat-ayat suci itu.

Soal diriku
Adakah aku cinta akan Allah?
Adakah aku cinta pada agamaku?
Adakah aku cinta pada diri?
Adakah aku cinta pada keluarga?
Mana buktinya?
Al-Quran!
Itu buktinya.
Jika engkau iyakan semuanya..
Ya, aku cinta pada semuanya
buktikan dengan tingkah lakumu,
renungi, fahami, amal...

**Hasil nukilan daripada Wan Syahira- Cyberjaya


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!