Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

10 October 2014

Hedgehog: Kos sebulan untuk hedgehog(landak mini) -newbie



dah berbulan-bulan bela haiwan exotic hedgehog(HH) ni capai satu kepuasan sebabnye HH ni senang nak menjaganya dan manja kalau dah betul-betul jinak. tips nak jinak kena selalu dukung, belai, borak-borak. (macam dia faham je kan)



setelah berbulan-bulan jaga HH, dari putus susu sambil dah gedegang macam tu, ramai juga tanya berapa kos bela HH ni memandangkan harga seekor di Pet Shop atau sesiapa yang breed , selalunya mencapai ratusan ringgit RM100-RM250.. kalau tak pandai jaga, melayang duit. kan?

orang ingat beli sekor je dah beratus, penjagaan (makan, tempat tinggal) pun mencapai ratusan jugak. takdelah. tak sampai beratus pun.



HH ni makan makanan kucing yang kitten punya. tapi kena tengok berapa kandungan fat dalam makanan tu. HH hanya dibenarkan antara 5%-15% sahaja. tak boleh lebih ye. selalunya owner HH akan beri makanan dari brand Royal Canin Kitten 36. saiz yang kecil sesuai untuk HH kunyah. brand ProDiet atau Blackwood pun boleh je. tapi kitten punya tau. Royal Canin(RC) (RM25/kg), ProDiet (RM10/kg), Blackwood tak tahu lah berapa. tak pernah pula guna. 1kg boleh guna untuk 2bulan memandangkan HH hanya aktif waktu malam. siang dia hanya tidur :)



air HH menggunakan filter water. kalau rasa rajin sikit, nak HH sihat tak cepat kena penyakit, ada vitamin khas untuk small animal. lain brand lain harga. aku guna selalu guna water vitamin kecik yang titiskan je dalam bekas minuman dia. RM13 tahan untuk 3 bulan.



tempat tinggal HH kalau nak guna sangkar bole sahja. makesure jangan guna sangkar jaring macam jaring halus. kaki HH kecik je. boleh menyebabkan dia luka bila berlari-lari. seeloknya guna storage box yang tempat simpan buku tu. 1 storage kat Jusco RM20. storage macam ni senang guna sebab senang basuh dan HH korang tak kan cepat keluar lari waktu malam. malam je aktif. so HH boleh panjat keluar dari storage/cage. sebab aku pernah gune storage yang sederhana tinggi. mula-mula boleh lah guna. dia kecik lagi. dah besar. dah makin aktif. kerap sangat hilang bila kita tinjau dia pagi-pagi. nak menangis carik dia. hishh..




Bedding wood mengikut jenama, selalunya akan jual dalam RM10 untuk 1 bundle. ade yang lagi murah. beli yang tak mudah hancur. nanti bila hancur cepat sangat, takut HH akan tersedut habuk kayu tu. dan boleh menyebabkan sakit. wood bedding ni depends on how long korang guna atau ganti bedding dia. macam aku memang seminggu sekali. untuk memastikan tempat tinggal HH sentiasa bersih. 2minggu sekali pun boleh. tapi kalau korang, nak ke duduk tempat yang kotor? macam tulah HH. punya hati dan perasaan kata kauu..1 bundle wood bedding tu boleh guna untuk sebulan kalau tukar semggu sekali.



Bekas makanan pastikan berat atau kaca sebab perangai HH yang mengada boleh jadi dia terbalikkan bekas makanan dia. hehe..  bekas minuman pula sebijik macam hamster punya.murah je ni. 

mandian pula guna air suam-suam. shampoo guna shampoo baby head to toe yang tak pedikan mata tu pun boleh. HH bukan nak kena mandi selalu pun. sebulan sekali pun boleh. tapi HH schedule aku memang kena mandi seminggu sekali. nanti bau hapak sebab dah lama tak mandi. hihi..

total permulaan basic untuk newbie yang nak bela HH:

Makanan         : RM 25 (RC)
Minuman Vit. : RM13
Storage box     :RM 20
Wood bedding :RM10
TOTAL:::::::::RM68 (untuk PERMULAAN) ** boleh tahan sampai 2 bulan.
 
tak banyakkan? untuk bulan-bulan hanya RM48 (2bulan). sebulan hanya RM24 je! tak mahal pun. permulaan sahaja yang makan belanja sikit. biasalah tu kan. :)



sekarang kena jaga 4 ekor pulak  :)



aksesori lain boleh je tambah-tambah bila ada duit lebih. macam travel bag ke. travel bag tengok la pada saiz dia macamana.senang nak bawa ke. HH aku punya travel bag memang bentuk macam handbang. so senang nak bawak jalan ke kelas ke, shopping ke. HH ni memang haiwan yang aktif ala-ala hamster. kalau nak beli wheel macam hamster tapi saiz besar pun boleh. terpulanglah pada owner.

kalau nak beli aksesori atau macam-macam pasal HH boleh ke Hedgehog World Malaysia.





notakakicomel : semoga cepat besar dan sihat ye anak2 :)