Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

30 August 2012

apa itu jodoh?



Pernah dengar orang kata "Kalau ada jodoh, tak ke mana", "tak ada jodoh", "jodoh tak panjang" dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu aku selalu guna salah satu ayat tu.  Tapi mungkin dulu aku aku tak berapa faham secara mendalam maksud jodoh tu.

Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Aku setuju. Pada aku jodoh setiap orang telah di tetapkan.  Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha  untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, kahwin la kita....

Kalau dah memang jodoh kau dengan seseorang, walau datang cabaran banyak mana sekalipun, takkan dapat memisahkan kau dengan dia. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia, kau elak la macam mana pun, kau benci lah dia banyak mana pun, kau gaduh la dengan dia sampai bergegar bumi, kau takkan dapat lari dari ketentuanNya..

Begitu juga kalau kau tak ada jodoh dengan dia, kau janji sehidup semati pun tak ada guna. Kalau kau tak ada jodoh dengan dia, kau paksa macam mana sekalipun tak akan berjaya..

Aku pernah terbaca dalam teks-teks agama, kalau nak jodoh yang baik, setiap kali lepas solat, doa dan minta pada Allah supaya jodoh kita adalah yang terbaik dan dari kalangan yang baik-baik. Kalau jodoh kita bukan orang yang baik sebelum kita bersama dia, doa dan mohon pada Allah supaya dia akan berubah menjadi baik dan lebih baik bila bersama kita.

Jodoh tak kenal beza umur. Jodoh tak kenal paras rupa. Jodoh tak kenal usia. Jodoh tak kenal dari rupa fizikalnya. Jodoh itu kententuan Allah. Jodoh itu kerja Allah. Jodoh itu anugerah dari Allah. Siapa kita untuk menghalang dan mengkritik kerja Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha menentukan atas sesuatu yang dikendakiNya.




P/S: boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak (dalam soalan kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan?)

25 August 2012

kejapnye tembam?

Assalamualaikum :)

Selamat Hari Raya...
Seminggu cuti raya aku rasa sekejap sangat (untuk orang yang tak bersyukur macam aku ni)... ahad dah kena balik UiTM.. tapi raya tahun ni, macam rasa tahun lepas..muka je semangat nak raya...tapi hati asyik teringat pada ASSINGMENT ASSINGMENT ASSINGMENT...siapa kata bawak assingment kat rumah tak kan berusik..?? aku usik whatttttt........sikit...

Raya ke-3 aku dah balik seremban..beraya di seremban pulak.. stat raya ke-4 dan seterusnya memang aku tak duduk rumah berturut-turut asyik berjalan raya je..hari ni barulah berkesempatan nak duduk rumah buat assingment sikit..lagipun sedara mara nak datang..so apa kata baik aku duduk rumah ontok-ontok...



Aku masih teringat lagi teguran abang atep (klik sini) semasa dia datang beraya secara terkejut ke rumah aku...

"erny dah gemok la!"

"baru seminggu tak jumpa..tak kan dah gemok cepat kot....cepat sangat!"

cissss....cakap la pelan-pelan...malu lah aku...dan seboleh-bolehnya aku menafi-nafikannya sampai la aku terdiam sendiri sebab....gemuk ke?? hahahaha!! kriikk kriikk....ok aku gelak sorang-sorang.

tapi tapi tapi...masa raya aku tak de lah makan banyak pun...tak kan makan itik boleh buat berat bedan naik??? MUSTAHIL!

22 August 2012

atas nama cinta



"Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya.  Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam.  Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hambaNya.  Sebaliknya, cinta yang bukan keranaNya hanya akan mengundang murkaNya dan makhlukNya.  Beruntunglah orang yang hanya mencinta Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekadar mencintai keranaNya."

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya.  Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana.. Amin....

12 August 2012

Senyum dan Bersyukurlah



Kesulitan pasti ada mengekori kehidupan ini kerana hidup ini seakan teruji. Kita semua sama berdepan dengan dugaan yang tersendiri, cuma yang membezakan kita ialah cara kita mendepani.

Ketika hati sudah tidak tertanggung derita dan bibir masih sempat mengukir tawa, alangkah indahnya.  Dia sembunyikan segala rasa untuk dicurahkan kepada Allah satu-satunya.  Kerana menampakkan kemuraman wajah di hadapan manusia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Mungkin kita akan memperoleh simpati tetapi selebihnya hanya Allah tahu jalan penyelesainnya.

Ketika di timpa bencana, senyumlah kerana ujian adalah tanda kasih sayang Allah.  Tidak Allah biarkan manusia yang disayangiNya terlena dalam kenikmatan yang melupakan dia untuk mengingatiNya.  Lalu di kirim sedikit ujian supaya manusia itu tersedar dari lena dan kembali padaNya.

Tersenyum dan bersykurlah.. Jika kita berkeluh kesah menyaksikan ujian demi ujian yang sedang merapat, kita akan mudah tersungkur dan meratap.

Kita masih mampu bersyukur dengan setiap pemberian.  Bandingkan kita dengan mereka yang telah terbaring kaku jasadnya di tanah, mereka sudah tidak mampu berbuat apa-apa.  Apakah kita masih tidak mengambil iktibar?  Kita masih boleh lagi menambah amalah dan ketaqwaan kepada Allah dan menyempurnakan bekalan kita di alam sana.  Tatkala roh dipanggil dan diangkat pergi, menyesal ketika itu sudah tidak bererti!

Dan paling penting, kita terlalu bertuah maka tersenyumlah kerana kita terpilih sebagai seorang MUSLIM. Kita ada Allah yang sentiasa bersama di setiap langkah kita.  Di setiap hari, kita akan berjumpaNya dalam solat, Allah izikan kita meminta padaNya setiap apa yang kita perlu.

Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya.  Allah maha mengampunkan segala dosa kita yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat.  Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa.  Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar.  Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya. Ya Allah, terlalu beruntungnya kita...




Abu Darda' Radhiyallahu 'anhu berkata, "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku."



Tersenyumlah sentiasa, ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit.  Bukan bererti senyum itu kerana dia tidak punya masalah dalam kehidupannya, tetapi menunjukkan hatinya redha dengan setiap takdirnya.