Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

31 May 2012

Kenangan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 4)

**sambungan dari sini

Kitorang berpecah kepada beberapa kumpulan dan bercampur dengan para Pramuka...so, ape-ape aktiviti kitorang, kitorang akan bersama-sama dengan pramuka...Jambore ni agak santai sebab aktiviti die banyak kepada Cuti-cuti Indonesia..haha...maksud aku, kitorang banyak melawat tempat-tempat di area Sumatera Barat...aku ni dah la tak suke camp...bile dapat pergi Jambore yang aktiviti nya semua melawat tempat-tempat...lagi lah aku suke!! hahaha...

ISTANA SILINDUANG BULAN


Ini adalah Istana Silinduang Bulan...Bagi aku istana ni agak menarik sebab ade cerite tersendiri di sebalik kisah istana ni terbakar sebanyak 3 kali!! menarik kan?? Istana ni merupakan istana daulat yang dipertuankan Raja pewaris Pagaruyung terakhir yang dibina pada tahun 1950-an..Istana ni terletak di antara Batusangkar dan Pagaruyung iaitu sekitar 1km dari Istano Basa Pagaruyung dan 4km dari Batu Sangkar...Istana ni terbakar pertama kalinya akibat diserang.....Kebakaran ke-2 aku tak tahu...aku ketinggalan nak catit...Kebakaran ke-3 pada 21 Mac 2010 akibat sabotaj (polis masih menjalankan siasatan)...Ouhh..baru lagi lah ni sebab mase aku melawat sana sekitar Jun 2010....Tetapi kebakaran besar tu tak menghapuskan pusaka-pusaka utama dari kerajaan Minangkabau. Pusaka-pusaka utamanya disimpan di satu tempat di luar Istano Silinduang Bulan....Kebakaran ini menyebabkan seluruh penduduk Pagaruyung meratapi kerana ini adalah satu-satu warisan nenek moyang mereka...

Ini antara vedeo kejadian kebakaran di Istano Silinduang Bulan...






ISTANA RAJO ALAM




Ini adalah makan Raja-raja Pagaruyung yang terletak 4km dari Batusangkar...Selain terdapat 13 buah makan/kubur dan 3 batang pohon beringin, juga terdapat "Batu Kasur" iaitu batu tempat ujian bagi calon-calon Raya Pagaruyung. Di sini juga terdapat 'medan nan bapaneh' iaitu batu-batu tempat duduk bagi penghulu yang bertujuan untuk bermusyawarah mengenai persoalan adat dan masyarakat negeri...Ni aku tak tahu kubur sape yang ade kat situ aku tangkap ni..hahaha


BATU BASUREK



Situs ini merupakan tempat dikumpulkan prasasti-prasasti yang dikeluarkan Adityawarman yang dahulu ditemui di sekitar Bukit Gombak. Kumpulan prasasti tersebut ditulis dalam huruf jawa kuno dan berbahasa sanskrit serta sedikit bahasa Melayu kuno. Umumnya, isi dari prasasti tersebut berupa puji-pujian terhadap Adityawarman sebagai penganut Budha Bairawa. Berdasarkan informasi yang diperoleh, prasasti-prasasti tersebut diletakkan di Gundam Pagaruyung pada masa jajahan Belanda. 


RUMAH GADANG DATUK BANDARO KUNIANG


Rumah Gadang Datuk Bandaro Kuniang dibuat oleh Rajo Acheh Datuk Bandara Kuniang yang merupakan penghulu puak dari kelarasan Bodi Caniago Minang Kabau sehingga berhak untuk mendirikan Rumah Gadang sebagai tempat tinggal bagi anak dan sekaligus sebagai tempat  untuk bermusyawarah ataupun menyelesaikan pertikaian yang terjadi antara anak.









time ni aku kene buat demo macam mana nak main kayu ni...hahaha...best best..


baru keluar gua...




jadi flower girl mase pebarisan penutup mewakili Kontinjen Negeri Sembilan beb! Semestinya Negeri Sembilan negeri yang femes mase jambore ni sebab Negeri Sembilan ade kene mengene dengan Pagaruyung, Sumatera Barat...Minangkabau...siape tiru siape tu??  Google la sendiri yeh...So, mase perarakan Negeri Sembilan dapat sorakan paling meriah.....


Barisan Kontinjen Negeri Sembilan

**Jambore ni habis pada 12 JUN...lepas tu kitorang shopping di Bukit Tinggi, Sumatera Barat dan tiba di Malaysia pada pukul 10pagi di Subang 14 JUN 2010.....

Kenangan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 3)

**sambungan dari sini

Sekarang tibalah hari yang di nanti-nanti iaitu Hari Pembukaan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia.....perasmian ni diadakan di depan Istana Basa Pagaruyung...

Semua kontinjen pengakap dan pramuka sudah bersedia dengan baju unit beruniform masing-masing...kitorang lame tunggu kat tepi istana ni sebab diorang pengurus program ni merupakan orang Indonesia jugak yang meraikan kedatangan kitorang, baru nak buat raptai...hohohohoooo...kitorang terpaksalah tunggu dan tunggu sampai raptai selesai...haha...

Dalam kesibukan raptai tu, tibe-tibe kontinjen perempuan Negeri Sembilan kene panggil dengan pengurus Pramuka perempuan...aku dan kawan-kawan pun pergilah...sampai jek di tempat yang dikehendaki, aku nampak semua penari persembahan, tak kirelah cowoknye ceweknye, semue penuh muke diorang dengan muke kene make-up tebal...rupe-rupenye, kitorang kene panggil sebab kitorang dikehendaki kene make-up macam diorang...perghhh!!!! aku memang kaw-kaw lah tak nak kalau kene make-up tebal-tebal serupe pelangi...hoho...aku tanyalah, ape tujuan nye? die cakap kan kejap lagi ade perasmian..kene nyanyi lagu Negaraku semue..kene cantik-cantik..masuk TV nya...hoho...aku tetap tak nak! dah hensem-hensem dengan pakai beruniform pengakap, nak pakai make-up tebal-tebal macam nak pergi dangdut...nyanyi lagu Negaraku jek kotttttttttttttttttt....

Memang time tu saat-saat genting bagi aku...kenape?? sebab diorang suke kene make-up ade yang tak suke...macam akulah.....aku bukan tak suke..tapi kalau make-up macam tu, macam aku plak yang menari sane sini....memang tak lah....ape lagi, aku melambat-lambatkan giliran..memang aku paling last kene...bile orang yang 2nd last dah kene panggil...aku terus cabut pergi kat tempat kitorang berkumpul sebelum kene panggil tadi..HAHAHA!! kawan aku yang tak nak kene, dah terkene, yang aku ni jek terselamat...aku duduk tunggu yang lain balik dari kene conteng muke...lepas selesai diorang kene make-up, aku tengok ramai-ramai serentak balik ke tempat asal dengan muke yang macam nak pergi rumah orang kawen...hahaha! sumpah tak tahan aku gelak....

Dalam pukul 10pagi, bermulalah perasmian pembukaan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia...Mula-mula nyanyi lagu Indonesia..ape ntah tajuk die..pastu barulah lagu Negaraku...dengan penuh semangat kontinjen-kontinjen Malaysia menyanyikan lagu Negaraku...dan terasa di dalam jiwe yang kite berade di tempat orang...bukan di Malaysia...terasa betapa bertuahnya bile duduk kat tempat sendiri...tetibe rindu Malaysia....Aaaaaaa!! NAK BALIKKKK!!! (padahal baru jek pembukaan.belum aktiviti lagi) serius tersentuh selama 4 hari aku kat sana....

Ini dia vedeo pembukaan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia....



**seterusnya di sini

Kenangan Jamboree Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 2)

**sambungan dari sini

6 JUN 2010, awal-awal pagi kitorang dah bagun urus diri semua sebab hari ini kitorang kene berkumpul dengan semua Kontinjen Negeri Sembilan....Selepas sarapan pagi kami berkumpul melakukan senaman pagi..Pada pukul 9pagi, penasihat kitorang nak 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan untuk ikot die pergi  Bukit Shaduali Indah...yang best nya, 12 orang semuanya dari kalangan sekolah aku STJ...antaranya aku lah yang dapat pergi dalam ramai-ramai...aku pun ade jugak tertanya-tanya...kenapa 12 orang? kenape tak ajak semue kontinjen? tapi aku hanya tertanya-tanya di dalam hati jek....ape yang penting aku terpilih ikot diorang...hahahaa! (gelak jahat)

Pemandangan di Bukit Shaduali Indah memang sangat best bile pergi waktu pagi-pagi...nak ke sana kene lalu bukit yang curam....mule-mule aku takot jugak la..takot jip yang kitorang naik ni terbalik ke belakang sebab curam...Alhamdulillah tak de ape-ape....dari atas ni kite boleh nampak semua tempat di Pagaruyung Sumatera Barat....Kalau nak katekan Pagaruyung ni macam negeri Kedah pun ade sebab kebanyakan masyarakat kat sini mancari rezeki dengan menanam padi...Dari bukit ni jugak kite boleh lihat gunung berapi yang diberi nama Gunung Merapi dan Bukit Barisan yang membentang dari Batu Sangkar dan Acheh...


Petang tu plak, kitorang berpindah ke tapak perkhemahan kerana kontinjen dari negeri lain pun dah sampai...Hari ini dan keesokkan harinya memang kitorang punye aktiviti sangat bebas sebab Hari Perasmiannya pada hari Selasa....kitorang jalan-jalan pastu shopping dekat sekitar Istano Basa Pagaruyung, Sumatera Barat, Indonesia...berdekatan dengan tapak perkhemahan kitorang ade macam karnival sempena program Jambore peringkat antarabangsa ni....meriah lah jugak...sempat la shopping baju, kain, makan banyak-banyak..haha....




Di belakang kitorang ni merupakan Istana Basa Pagaruyung, Sumatera Barat...Istana ni merupakan istana yang dibangun pada zaman Raja Aditayawarman...kat sinilah nanti hari Selasa Hari Perasmian Jambore kitorang...

Kitorang jalan-jalan dekat karnival tu...nampak lah promotion jual prepaid...ade macam-macam jenis..so kitoang amek yang terbaekkkk....lepas tukar sim, terus memasing mintak nombor memasing sebab senang nak contact bile memane nak pergi memasing dah berpecah nanti...sebelum aku tukar sim, gune sim Malaysia, aku bagi mesej, orang lain dari Malaysia hantar mesej kat aku, tolak RM3...ayooo..bankrup terus aku...hahaa...sumpah dah bankrup tak de kredit giler time tu...

lepas gune sim baru, aku hantar mesej ke Malaysia dalam 2000 rupiah (dalam 50sen la)..tapi Malaysia hantar mesej tolak RM1 kredit diorang...bukan kredit aku..aku lah untong...tapi tapi, bile dah syok mesej-mesej...kredit habis plak....aku carik la kedai runcit nak top-up...

"Saya nak topup"

"Tappap? tappap? apa in sih?"

"Topuppppp...." (aku dah tak tahu nak cakap ape.baru aku tahu diorang tak tahu ape tu 'topup'..hahaha)

"Apa in sih? aku ngak ngertinya...." (makcik ni dah berkerut dahi..aku lagilah berkerut.huu)

"Masuk uwang nya, tambah uwangnya di dalam telefon...prepaid! prepaid!"

"Pulsa ya?"

"Hah?? Pulsa??" (alahai...ape lak bende tu...)
*kawan aku tetibe datang..die kate, pulsa tu topup la...OOOOOOooooooo

"Haa....iya iya..pulsa..pulsa...pulsanya..." (FFFFFFUUUUUUUU)




Hari seterunsya di sini

Kenangan Jamboree Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 1)

Sudah hampir 2tahun aku tak jejak ke bumi seberang, Sumatera Barat, Indonesia...adik-adik angkat aku di seberang selalu jek hantar pesanan; "Kak Erny, bila nya mahu ke Bukit Tinggi? Rindu in sama kakak"...memang rindu saat-saat camping dan melakukan aktiviti bersama-sama Pramuka(pengakap di Indonesia)..

Aku bukanlah dari unit beruniform Pengakap ketika waktu aku di bangku sekolah...aku hanya kadet kesihatan(nama komersil bak kata abang atep) a.k.a PBSM....hahaha...akan tetapi semangat aku untuk mencari pengalaman di bumi orang semakin membuak-buak. Sebenarnya aktiviti ini khas untuk Pengakap sahaje...memandangkan bayaran untuk mangikuti program ini memakan belanja hampir 1k...so, tak ramailah yang nak join program ni dan guru nasihat Pengakap membuka tawaran ini kepada unit beruniform lain untuk mencukup kan ahli kerana kitorang akan mewakili Kontinjen Negeri Sembilan.....Siape tak mahu nak mewakili negeri kan? Sebab 1 Malaysia setiap negeri menghantar wakil dan mewakili setiap negeri...dengar pun dah cukup teruja....Lebih-lebih lagi ke negara orang...aku berminat mengikuti program ini sebab nak cari pengalaman baru selama 2minggu di sana...

Baju uniforam kaw-kaw lah aku tak de...nak buat macam mana lagi..nak tak nak kene pinjam lah segala alat kat junior-junior aku..nasib baiklah aku ni kecik jek (konon)..so , senang sikit nak carik baju..aku pinjam baju adik dorm aku yang form 1...aku tak tahulah...baju die ni besar ke, ke aku yang kecik..sebab adik dorm aku ni kurus jek...nak sedapkan hati, aku cakaplah aku ni kurus...hahaha..(aku tahu ade je yang buat mate ke atas tangan ke bahu)..

Tapi baju adik dorm aku ni tak lengkap...lencana pengakap pun tak lengkap...sebab die baru form 1..kire memang baju pengakap die tak lengkap lah...Hari nak bertolak tu, bertolak ke Airport Subang pada pukul 10malam ni...petang tu aku sibuk dok jahit segala lencana nak bagi lengkap..nombor kawasan, lencana yang tertulis Pengakap Malaysia, lencana itu, lencana ini, lencana Jambore dari Kontinjen Negeri Sembilan dan lencana dari MALAYSIA...





(JOURNAL ERNY NURYASSMIEN BINTI AMRAN: KONTINJEN NEGERI SEMBILAN
8-12 JUN 2010)
*kami dikehendaki membuat journal sepanjang 2minggu berada di sana

Selama kurang dari sebulan aku menyiapkan segala kerpeluan untuk camping jamboree ni...Passport, surat itu ini, alatan pengakap, baju uniform etc...



Yeahh....muke aku masuk dalam buku mewakili Kontinjen Negeri Sembilan.....tengok muke aku budak PENGAKAP beb! kau ade? kau ade? kriikk~ kriikk~ (ohkay.tak de orang)

Kami bertolak pada malam 4 Jun 2010 (Jumaat) pada pukul 10malam dari SM SAINS TUANKU JAAFAR...di mana semua Kontinjen Negeri Sembilan berkumpul..Kami bergerak bersama-sama dari sini dengan menaiki bas....Kami sampai di Airport Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul lebih kurang 2 pagi...Sesampainya di sana, suasana sangat sunyi kerana tiada jadual penerbangan untuk waktu-waktu sebegini...Jadi ape perlu buat? Kami hanya lepak di Mc'D bersebelahan dengan airport...Bila dah berkumpul ramai-ramai, ramai plak geng-geng sekepala, memang tak tidur lah walau kitorang perlukan rehat yang cukup...Yang kami tahu, merayau 1 airport, makan puas-puas di Mc'D sementara menunggu hari esok....Dalam waktu-waktu macam ni lah kami rapatkan lagi hubungan dari sekolah-sekolah lain yang mewakili Kontinjen Negeri Sembilan ni...Kerana bile di bumi Sumatera Barat nanti, dengan ahli-ahli inilah kami akan bekerjasama...



Usai saja solat subuh dan sarapan, kami menyiapkan diri bersedia untuk arahan seterusnya....kerana jadual penerbangan kami pada pukul 9:50 pagi..



Pada pukul 8:30 pagi, kami diberi sedikit taklimat sebelum pemeriksaan bagasi...Pada pukul 9:15pagi, para kontinjen berada di balai berlepas.....Sebelum aku melangkah ke balai berlepas, aku sempat lagi menelefon mama & papa (dengan nombor berlainan sebab nak cakap dengan kedua-duanya sekali)...sempat jugak aku terima nasihat mereka sepanjang berada di tempat orang..Seat kami telah ditentukan berdasarkan tiket yang kami terima...mujurlah aku duduk bersebelahan dengan rakan sekelas aku walau lelaki...(aku duduk kat kepak beb! huuuu....pasrah)





Baru berlepas...Masih di Malaysia

Semasa di dalam flight, kawan lelakiku duduk di bahagian hadapan sekali....Pramugari Firefly yang memakai mini skirt duduk di hadapan menghadap para penumpang ketika kapal ingin berlepas...Masing-masing memakai alat keselamatan...Yang aku dok perhatikan, kawan aku tadi sibuk memandang paha dan betis pramugari tersebut...kemain lagi...semua orang dalam flight sibuk tahan gegendang telinga ketika kapal nak berlepas, die sibuk kawal mata ke situ....hahaha....kami yang duduk area berdekatan hanya bergelak ketawa sehinggakan mereka yang lain di seat belakang ingin tahu ape yang kecoh di hadapan...haha..



Di bumi Indonesia...


Kami mendarat pada pukul 11:25pagi di Airport Pekan Baru.....Sesampainya di situ kami diberi sedikit taklimat..Aku terus menghantar SMS kepada mama bahawa aku telah sampai...bile aku cek baki kredit aku....perghhh...omangaiii!! tolak RM3...mama pulak balas...tolak lagi RM3...pastu mama hantar lagi..siap call...perghhh....tolak tolak tolak lagi...hahaha...so aku bertekad, sampai jek di Pagaruyung Sumatea Barat, aku nak tukar prepaid Indonesia....jimat sih....

Di Airport Pekan Baru



 Selepas mengambil bagasi, kami menaiki van pelancong untuk tiba ke lokasi sebenar kami di Istano Basa Pagaruyung, Sumatera Barat, Indonesia...Pada pukul 12tengah hari, kontinjen makan tengah hari di 1 restoran yang terkenal di situ (aku dah lupe nama die ape)...bagi penduduk di sini, restoran ini hanya orang-orang berduit sahaja....Tapi bagi kite sebagai rakyat Malaysia, seperti restoran biase..selepas itu kami meneruskan perjalanan mengambil masa selama kira-kira 8 jam di tambah berhenti solat zohor dan asar...lamekan? Bertapa penatnya tidur duduk di dalam van..hoho....Sepanjang berada di dalam van, aku dapat lihat kehidupan orang-orang kat sini...area sini tak berapa nak maju sangat...Betapa untungnya kite kat Malaysia ni kan...Tapi yang aku nak bagitahu..sampai jek kat sini...secara automatik aku cakap loghat Indon...hahaha...aku ingat aku sorang jek macam tu...kawan-kawan yang lain pun macam tu....kadang-kadang aku sendiri tak tahu ape aku cakapkan sebab sumpah giler terabur ayat..hahaha!

Pada pukul 9malam kami tiba di Tanah Datar, Sumatera Barat dan berhenti di Islamic Center...


Sesampainya di sana, kami diberi taklimat dan dijemput merasakan air minuman tradisional masyarakat di situ...aku pun turut teruja nak mencuba minuman unik tu kerana minuman itu diminum degan menggunakan tempurung kelapa, dan di tambah segala bahan pelik yang aku sendiri tak tahu....Aku ambil air dalam kuantiti yang banyak dek kerana terlalu teruja...(alamak, gambar yang aku minum minuman tu ade dalam pendrive aku yang kene virus.tak dapat nak tunjuk..huuu)...Dengan lafaz bismillah aku mula menghirup minuman itu.................................peerghhhhhh.....aku dah stat buat troll face.....tak tahu lah nak cakap macam mana ape yang aku rasa...manis giler pun ade..kelat-kelat pun ade...bau jamu pun ade...hahaha...memang tak habislah aku minum...hoho....selepas itu kami dilatih menyanyikan lagu tema Jamboree Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia diketuai oleh penasihat Pramuka Indonesia...sangat happening....enjoyed! BEST!

ini dia lagu JAMBORE BUDAYA SERUMPUN INDONESIA-MALAYSIA


Malam tu memang kitorang berlatih nyanyi lagu tu je lah sebab esok ade perasmian pembukaan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malasysia...kitorang dah la tak hafal lirik....yang semangat kitorang nyanyi "JAYALAH....JAYALAH....INDONESIA DAN MALAYSIA.."...dah itu lirik paling senang hafal...hahaha...selepas diberi minum malam, kami masuk tidur di bilik khas di Islamic Center ni.....
Hari pertama yang memenatkan.....

Sambungan nya di sini




30 May 2012

that night

ade orang dah seru-seru name aku bile lah aku nak uplod gambar-gambar diorang mase malam kitorang nak jumpe atikah...hahaha...ok-ok lah..aku nak masukkan la ni.....

patutnya berkumpul 7:45malam...tapi aku sampai tempat yang sepatutnya pukul 8:15malam sebab aku salah tempat....purffff...hahahaha...kelaka kelaka....bile kene perli aku buat troll face je la....huuuu

yeahh....semuanya kawan-kawan aku mase sekolah rendah Senawang dulu....lame jugak tak jumpe diorang...agak bertahun jugak lah...mase-mase macam ni lah baru nak kumpul balik...nak jumpe balik...dan trademark aku malam semalam 'comelnye'...kenapa?? sebab kawan baik aku si Helmi tu, dulu-dulu kurus je....xde kurus sangat la....sedang-sedang....sekarang dah macam kene pam-pam....comel jekk....hahahaha!!

Tapi tapi tapi...Redz kate trademark aku 'troll face' dah sekarang sebab peristiwa FFFFUUUUUUU Ibrahim buat aku dengan Redz....hahaha....pelawok pelawok....aku rabe-rabe dalam gelap nak carik kunci 'istimewe' si Ibrahim tu.....cuak sih....Redz plak benti tepi jalan semata-mata nak carik kunci 'istimewa' Ibrahim tu...sampai abang polis tanya ade masalah ke....kalau aku jadi Redz, aku cakap aku ade masalah dengan kau Ibrahim!! hahahaahhaha!




Ini dia semua kawan-kawan sekolah rendah aku...semua dah kawen...sorang jek dah bertunang! hahaha...
*ade lagi tak masuk gambar ni...




Alahaiii.....lapar punye pasal, dalam kereta tak nak lak diorang makan....kat atas tar yang best tu jugak diorang gune....tapi oklah....santai beb...



Maaflah ye...aku ni low profile...nampak suku pun jadilah...hahaha! (ini aku crop..bukan aku saje masukkan gambar die sorang..haha) *mood: tak puas hati lagi dengan kau IB!!

**tak banyak gambar pun

Perempuan di kaca mata lelaki

Aku malam tadi tak dapat tidur lalu merajinkan diri bace blog-blog yang bagi aku best...sampailah aku terjumpa 1 entri best ni kat sini ----->Perempuan di kaca mata lelaki

*bace lah....tak rugi bace.....serius! aku tak nak cerite kat sini sebab tu hasil kerje orang...nak buat sinopsis, aku tak rajin....aku just nak promo dan entri tu memang patut bace!


Pandangan lelaki dan perempuan sangatlah bercanggah....ape yang perempuan suke, itu yang lelaki tak suke..ape yang perempuan tak suke, itu yang lelaki suke....

Mengikut pengalaman orang sekeliling aku, perempuan selalu rasa bile dye make-up nampak cantik vogue gitu, bile cantik lelaki suke... Pakai seksi-seksi, sebab lelaki kan suke tengokkkk.... Pakai perfume sampai 5km jauh dah boleh bau sebab lelaki akan cepat tertarik...Bukan aku nak kutuk kaum aku sendiri....tapi itu lah hakikat nya...tapi jangan kate semue perempuan macam ni.....tak semue pandangan kite same....ade yang tak suke make-up sebab natural lagi elok...sedar semua orang ada kecantikkannya tapi tak semua orang boleh melihatnya...ade yang menutup aurat, bukan nak tarik perhatian lelaki, tetapi nak menarik perhatian Allah agar diberi keberkatan disisiNya...Ada yang tak suke pakai perfume kuat-kuat...Biar tak wangi dekat dunia, tapi wangi dekat sane nanti.....rambut sama hitam, hati lain-lain....kan kan kan...buka minda buka hati :)

Dari pengetahuan melalui naluri sebagai seorang lelaki dan juga dari pandangan beberapa orang lelaki, mereka telah merumuskan bahwa terdapat beberapa ciri yang dinilaikan oleh lelaki ke atas seseorang perempuan..

Kat sini aku nak ceritekan perkara yang takde dalam entri tu.... Pasal make-up ....jjyeahh...


Kata LELAKI:
Perempuan make-up tebal nak mampus? Baju pulak ala-ala nak pergi anugerah skrin (konon..padahal pergi pasar je), rambut plak tak cukup zat berkarat tak cukup zat dan perangai pulak gedik macam tak cukup tulang nak sokong...And, korang tau tak apa yang lelaki akan nampak kat perempuan macam tu? Yes, lelaki akan nampak macam INI..




Orang lelaki cakap, dalam banyak-banyak part yang diorang tak berkenan ialah bab mate..diorang tak berkenan gurls ni letak bende-bende pelik kat mate, tapi jugak bab cukur kening....Bagi diorang, kening hodoh adalah bile dicukur...Kamonh girlsss...Banyak lagi bende lain yang korang boleh cukur selain dari bulu kening...Bulu ketiak misalnye (aku tak cakap..diorang yang cakap.harap maklum)

Diorang lagi suke kalau girls without make-up....look natural....itu lagi menarik.....


**aku pernah kene pakse dalam kereta, abang aku kasi selai tisu suruh aku bersihkan muke tu.....perghhh.....dasyat dasyat...dan aku akur.....dengan rele...hahahahah

FFffuuu!!!!

tadi aku melawat kawan baik aku bersama kawan-kawan lain sekolah rendah aku yang baru sahaja kehilangan bonda tercintanya......kitorang konvoi 4 buah kereta kesumanya...semata-mata nak pergi tahlil arwah...sebelum balik kitorang sempat lagi lepaking kat luar ramai-ramai borak-borak sebab tak selalu jumpe...

Kawan baik aku yang sorang ni plak, si Ib..tadi die ade duduk seat belakang kereta aku jap tadi..mase tengah angkat call....mase masing-masing dah sampai rumah, aku pon dok sibuk layan blog & FB, tetibe Ib call..


Ib: Assalamualaikum Erny...

Aku: Waalaikummussalam ...ye Ib....em? kenapa?

Ib: Aku nak mintak maaf...Kau boleh tolong aku tak? Tolong tengokkan kunci motor aku...Kot-kot ade kat seat belakang kat kete kau..Sorry taw...

Aku: (aku bukan tak nak tolong....aku malas nak gerak turun bawah dan bukak pintu pagar memandangkan rumah aku dah berkunci sebelum pukul 10:30 malam lagi..) Kau nak aku tengok sekarang ke? Ke tengok malam ni jugak atau esok je? (see! bertape malas nye aku plus giler kejam..haha)
*aku tak pernah buat sekejam tu.selalu orang suruh aku buat jek.Ib sory sesangat..tapi aku baik kan kan kan..haha

Ib: Kau tengok sekarang la boleh?

Aku: (dek kerana kesian punye pasal aku buat la....macam tak ikhlas pun ade kan....haha) Ye ye..aku tengok sekarang..kalau ade, kau nak malam ni jugak ke?

Ib: Tak delah..nanti aku mesej kau  Thank you taw Erny...

Aku: Ok2...

*dengan penuh kemalasan aku menghayun langkah menuruni anak tangga...(dah keluar plak ayat novel aku ni)....seluruh tenaga kugunakan untuk mencari kunci yang berada dalam genggaman aku....

aku pon terus lah carik kunci yang hilang tu kat seat belakang...dengan gelap-gelap tak de lampu tu aku gigih mencari kunci tu..dalam hati aku cakap janganlah ade ape-ape muncul kat luar ni...Aku dah la takot gelap..serius aku takut..tapi aku malas nak bukak lampu..takot tapi malas nak bukak lampu...acane tu...(see! betape malasnye aku sampai nak bukak lampu kat bahagian hadapan pun malas)..Aku merabe-rabe dekat bawah seat tu, kat atas seat tu...lame jugak aku merabe-rabe dengan harapan janganlah ade bende lain pulak merabe tangan aku..huuuuuu....

Kunci tu aku tak jumpe so, memang kunci tu tak de dalam kereta aku lah kan...


Aku: "Salam Ib..weh..xd la. korg kt seat blkg jek td kan?"

Ib: "Haha...sOri2...Ak tlupe td kunci ak memg tgalkn kt uma...sOri tau sushkn kO"



Aku: 

Kriiikk~ Kriikk~

Kriikk~ Kriiik~

Pernah buat tak? Atau pernah terkene? haha...Aku selalu buat gitu dekat abang aku.....kadang-kadang ape die cakap aku buat layan tak layan....dan akan buat bunyi cengkerik ni...(tapi tak de la selalu tak layan pe die cakap..kang aku jugak kene pujuk)..huu....dan since habit aku selalu buat bunyi annoying ni...abang aku dah selalu gune dan siap dijadikan 'skrip' untuk vedeo die lagi...Waaahh..(tetibe bangge tak de sebab)

Aku dengar-dengar habit bunyi cengkerik ni dari cerite kartun Kappa Mickey...(sesiapa yang tak layan kartun tak tahu la kot)....

Tahu tak ape makna bunyi cengkerik ni? Maknanya tak de orang...Sunyi. Korang tak dilayan....

Selalu yang terkene bile ade di antare korang yang buat lawak tak menjadi....Nak buat lawak, tapi tak kene tempat..Memang kene lah.....haha...

Macam member aku kene tadi....




Girlf: Sesiape nak beli note??

**ramai kot LIKE....tapi takde sape sebut harga

Boyf: Note 555 ade?

Girlf: Ape tu? Tak pernah dengar pon...

Boyf: Note 555 (buku hutang)....ade?


Girlf: Krrikk~ Kriikk~

**kalau aku bukan setakat bunyi cengkerik aku kasi...dengan cengkerik-cengkerik tu sekali aku sumbat

29 May 2012

Fenomena mate ke atas tangan ke bahu

Korang dapat bayangkan tak macam mana tuh?
Cuba korang try test buat...
Mula-mula letak tangan ke bahu...
Kemudian mate pandang ke atas...
Tak menjadi?
Bend sikit badan tuh biar nampak superb gedik
Serius menjadi...Cool...




Aku first-first orang sent mesej kat aku 'mate ke atas tangan ke bahu' terus aku try buat....macam mana pulak ngoman kalo buat macam tu....aku buat pastu aku imagine sorang-sorang...perghh...serius nympah giler lepas imagine..hoho...

ok semua....korang nak tahu tak, fenomena ni melanda banyak orang dah...kadang-kadang lawak...kadang-kadang cool....kadnag-kadang perbuatan spontan ni bikin orang bengang jugak lah...

Abang aku selalu tanya soalan merapek-rapek..antaranya....

"Abang hensem tak?"



Memang aku puji sikit....tapi lepas tu aku buat 'mate ke atas tangan ke bahu'.....hahahaha...Apa sebenarnya signal 'menyindir' tu...siap jelir lidah lagi (yang ni aku tak pernah buat lagi lah)....haha...SHENTAP MAK JEMAH!

Penulisan aku banyak menggunakan ayat sedemikian dan kadang-kadang dengan orang-orang sekeliling pon aku gune jugak ayat best ni...mungkin sebab terase diri 'poyo' atau orang itu yang buat ayat memang nak kene sindir gaye gitu...hahaha...

Mama aku die dok pelik lah apa maksud 'mate ke atas tangan ke bahu'?? (die tanya abang aku)....abang suruh tanya aku.....ok....sumpah aku nak gelak sebab kalau mama tahu pun konform mama gile nyampah (kalo aku buat la -,-)....tapi akhirnya mama tahu lepas die try sendiri....siap share gambar kat wall abang lagi...HAHAHA!!





muke budak ni serius aku menyampah.. -,-


kahkahkah..apa sudah jadi??
macam fenomena baru plak.....lepas tu fenomena 'krriikk~ kriikk~' plak...

Kenapa COUPLE boleh jadi super annoying?

 By the time aku tengah  fikir ape yang aku nak buat untuk next entri ni, sambil-sambil tu aku scroll fb aku kejap ke atas pastu ke bawah.....lepas tu buat macam tu lagi....aku juz bace jek ape yang frends aku post kat wall memasing....tapi kepale otak aku sibuk nak carik idea nak update entri...kamonla~ datang la ..datang la....sampai lah aku terbace post-post orang tengah bercintan-cintun ni...berhenti sekejap otak aku dari berfikir....mate aku laju jek bace post-post dan komen mereka-mereka ini...(ape teruk benar tatabahasa penggunaan kata majmuk aku ni -,-)

Tak, aku bukan anti couple ke ape lepas frust menonggeng....
Bukan dah pathetic ke ape sebab dah lame single..
Tapi meh nak tolong suluhkan sikit apa yang korang tak patut buat..
even dah in love tahap gaban sekalipun...(aiyoo..kasar sangat ke aku cakap ni?? PAP!! aku dah tampar mulut aku..haha)



1.Kenapa perlu melalak sampai meraung-raung sebab gaduh dengan BF/GF??

Kenapa weh, kenapa?? Aku tak faham betul lah kenapa...(banyak betul lah kenapa aku). Bukan aku sendiri tak pernah ada BF, and tak pernah gaduh....tapi beragak la kalau sedih ye pun....aku kalau gaduh-gaduh ke.....aku off phone jek....tak menyusahkan orang-orang sekeliling....sakit ati memang lah sakit....nak nangis tumbuk dinding sampai hentak-hentak kepala pun ade (ohkay.aku tipu..aku sayang lagi kepala aku ni)....tapi aku tak de lah sampai menangis meraung-raung macam menangis sebab ade orang mati.....seram weh....serius seram....

Masing-masing tolerate la sikit bile gaduh....bincang elok-elok...Ini tak..sampai aku yang dalam bilik tengah stady atau tengah tengok movie....aku sampai terkejut sebab ade orang meraung-raung kat luar bilik....aku ingatkan kene histeria ke ape.....aku ni dah la jenis penakut...pernah sekali aku terdengar bunyi meraung-raung, cepat-cepat aku sarung telekung ambik tafsir...betape takut nye aku...haishh...Tolong jangan buat lagi...aku seram..........



2.Bila ok jadi tak ok

Em...ni satu kes lagi...bila time-time ok...ayat kemain berbunga-bunga..sampaikan aku yang single ni pun bace...alahai~~...berbunga-bunga jugak...(eh eh eh..erny! kau jangan macam-macam.bukan masenye lagi ohkay!)

"Kau tahu tak aku sayang kau"
"Abang rindu sayang"
"I cinta kamu"




Tapi bila tengah gaduh...MasyaAllah...

"I mencik U sangat-sangat!!"
"FUCK you sayang!" (errr...dah bagi 'tu' sempat lagi sayang sayang)
"Tak pernah nak faham perasaan aku! Nah! Bullshit you!"

**maaflah kalau korang rase sensored sangat ayat-ayat di atas...aku just copy paste jek..

Huu...perkara-perkara sebegini aku rase tak perlu kot korang nak kasi macam tu letak kat public....hoho....aku  yang bace ni rase nak tersembul bijik mate...apetah lagi GF/BF korang yang bace....hamboi..kemain.....dulu berdondang sayang..bile dah gaduh-gaduh..taik kucing lagi die sayang....Jage sikit ayat-ayat nak letak dalam FB beb....walau korang tak tujukan kat kitorang yang bace, walhal (kan dah kuar ayat novel aku) pada empunye badan, tapi jage jugak la privacy and hormat orang sekeliling yang bace tu.....kalau tak, buat jek ONLY ME...kau sorang je lah bace...

Sumpah scary...




3.PDA yang melampau-lampau

Ni benda ni paling comman lah.... Especially bile baru first time couple atau memang super duper tak de life.Tak perlu ohkay, walau sayang mana korang kat BF/GF korang tu, sampai FB penuh dengan comment jiwang besi karat dan hal dalam kelambu korang due orang saja pun nak cerite...

"Abang sayang baby tak?"
"Abang sayang baby bucuk macam"
"Baby lagi suke bau ketiak macam abang"





Benda macam ni mungkin sweet bagi korang, tapi tak tahu kenapa, mungkin bagi aku sorang benda macam ni especially ayat last tuh sangatlah meloyakan tekak dan menghilangkan selera makan aku...(nak suruh aku diet lah tu)

Oh....PDA tu Public Display of Affection. (benda ni tak salah sampailah korang salah gune)

Setakat tukar relationship kat FB dan cukup nak beritahu satu dunia korang couple, tak perlu nak bermesraan kat wall orang lain pulak....Nak havoc sangat, buat kenduri terus...Baru kene gaye..

*wink2

Nak couple ade care beb....ade etika..Hormat privasi orang, sebab dunia ni bukan kau yang punye..
(Ahmad Albab yang puyeeeee..HAHA)
Gurau sikit..dah jangan merajuk~

28 May 2012

Gemuk pun cantik..


Ha...lelaki mesti tak suka kalau teman wanitanya gemukkkaaaannnn!! Alah...jangan tak mengaku la..wahai semua lelaki...Kesian wanita yang gemuk.....mesti terasakan....(termasuk aku..hohoho).....Contohnya kalau nak shopping mesti jurujual tak layan atau pandang sinis jer...Meskipun tubuh besar, tapi hatinya mestilah terusik walau sedikit...Kalau Tuhan tu memberinya pilihan sudah pasti die akan memilih untuk memilik tubuh yang menarik dan ramping bagaikan supermodel...





Meh sini aku nak story sikit....Betul ke orang gemuk tak ada yang nak kawan? Kawan aku pun ada yang gemuk jugak....Orang gemuk pun cantik...Salah satu perangai orang gemuk ni....Nak tahu kecantikkan die ape??  .Hati die baik, penyayang, suke buat lawak, ambik berat pasal kite, kelaka, kalau nyanyi best...Itulah sebenar-benar kecantikan...Kalau ramping cam model kalau hati die busuk asyik nak mengutuk orang badan tak ramping macam die...tak cantik jugak..batul tak??

Bagi aku kawan dengan orang gemuk ni best taw....sebab die ni tak delah over perasan lawa macam others yang kurus dan perasan die lawa/hensem...orang gemuk ni salah satu yang best nye, die pandai buat lawak natural..yelah..aku ni pulak jenis suke ketawa...bile kawan dengan orang gemuk ni, mereka ni suke menghiburkan orang-orang sekeliling...best kan kan kan....Orang gemuk ni selalunya die pandai masak....Yela, mereka ni sentiasa terasa nak makan..tak kan nak beli jek atau nak suruh orang masak..so, mereka mengambil insiatif untuk belajar masak so diorang nak makan ape-ape diorang boleh masak sendiri...Haaa..siape kate orang gemuk tak best...Para lelaki yang bujang, cariklah wanita yang gemuk....sebab konform-konform die pandai masak tanpa diragui....Bukan itu yang kalian mahu?

Jangan pandang seseorang pada gemuk ya....Ramai orang macam mereka yang berjaya...etc; Adibah Nor, Afdlin Shauki, Bob Kuman dna ramai lagi...HAH!! Siapa kate orang gemuk tak best?? Kepada orang-orang kurus janganlah hendak menghina orang berbadan besar....tak baik mengata orang dan melabelkan orang dengan bermacam-macam perkataan yang boleh menggores perasaan beliau..Terutama lelaki! Hahaha...

Kecantikan adalah pemberian Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik. Seperkara lagi, orang yang berbadan besar ni seorang yang suke berfikir dan memiliki banyak idea yang bernas. Bukan itu je, selain memiliki kualiti kepimpinan orang berbadan besar juga dikatakan lebih caring and loving berbanding orang yang tubuh kurus.... Betul kan kan kan??

langkah pertama (part 2)

bersambung dengan entri aku Langkah pertama (part 1)
di sebabkan entri aku sebelum ni macam panjang sangat..(memang panjang pon)....so, aku bahagi-bahagi kan supaya orang tak bosan melampau..haha



kalau korang nak tahu..aku dulu mase kecik-kecik...ade satu perangai yang sampai sekarang aku ingat...kadang-kadang papa pun ungkit cerite lame ni....iaitu...aku akan tegak jadi patung bile aku kene marah..hahaha...(aku selalu kene gelak dengan abang daam setelah aku ceritekan kisah benar ni kat die..memang aku kene bahan lepas tu).. -,-

Memang aku dulu bile kene marah...aku tak melawan...bersuara pun tak...tapi di mana aku berdiri stat kene marah...di situlah aku berdiri tegak pandang bawah...jadi patung...keras tak bergerak!!! orang cakap pun aku diam..patung mana boleh bercakap....bile papa ajuk-ajuk aku sebab jadi patung...aku nak tergelak pun ade....tapi aku cover....ahhh.....dah kene marah buat jek muke kene marah..hoho..

dan bile aku belek-belek gambar dulu-dulu....aku terjumpa 1 gambar....di mana papa sengaje snap gambar aku mase tengah tegak lepas kene marah...cissss...lame-lame baru aku tahu function papa snap gambar ni....supaya aku gelak kan diri sendiri!! hahaha....memang! aku tengah gelak kan diri sendiri! (^_^)"







Time ni aku ingat lagi.....aku suke rambut panjang...kalau tengok citer kartun, aku dengan alang suke cop-cop kartun....aku mesti nak pempuan yang rambut panjang....bagi aku rambut panjang cantik...baru betul-betul perempuan...kalau tengok citer Hi-5 pon aku suke pempuan yang rambut panjang...(aku dah lupe nama die ape)......

Dah elok-elok rambut aku panjang....papa nak potong rambut aku.....mase ni kat kampung Gemas, Negeri Sembilan....aku dah cakap kat papa tak nak potong rambut....tapi papa cakap, rimas...mungkin mase tu aku tak reti lagi kot nak ikat rambut.....hoho...Mase papa tengah potong rambut....sumpah aku pasrah giler....yela...kena pakse tanpa rele...menitik jugak la air mate ni mase papa tengah potong rambut aku....dah la potong senget....papa aku ni pengaruh Barbie betol la....siap ade lentik kat hujung rambut aku belah kanan lagi....aku ingat citer kartun jek ade lentik-lentik gitu...

Lepas tu papa suruh berdiri tegak-tegak kat tepi dinding tu...die nak tangkap gambar..hahaha!! dah la dengan muke tak rele....aku ingat lagi....memang aku ingat lagi...kene pakse tanpe rele..huhuuh....







Aku rasa ade banyak gambar aku berposing dekat telefon...ade yang posing dekat kampung Masjid Tanah, Melaka...semuanya papa pakse jugok! hahaha..mule-mule aku malu nak buat...bile papa cakap, pegang la telefon tu konon-konon ade orang telefon angah....aku pon pegang la....mule-mule buat muke tak bersalah, tapi terover posing plak....aku tak tahu lah kenapa papa suke aku posing kat telefon.....patutlah aku selalu gayut kat telefon dari pukul 11malam sampai 630pagi.. (erkk...)







Ini plak mase mule-mule dapat katil sendiri....double decker tu beb! Aku teringin sangat nak katil macam tu...tup-tup mama belikan...kemain suko lah hati aku sebab dapat katil sorang satu..aku dah cop kat atas...alang kat bawah...aku dah cop awal-awal dah..nak kat atas! gayat punye pasal..tak pernah dapat katil tinggi-tinggi...ini gambar hari first sampai katil tu kat bilik kitorang...siap pasang, aku dengan alang naik atas terus lompat-lompat.....wuyoooo...rase tempat tinggi tu beb!! kau ade? kau ade? hahaha...abang-abang yang betulkan katil tu, habis je keje, kitorang dah panjat naik atas! betape gayat nye kitorang dulu...hahaha....siap mama tangkap gambar lagi..sebab tengok kitorang kemain suko...hahaha...

Bile dah besar..aku cakap kat mama, "ma, tak yah beli lah katil ni..tak best"..haha! yela..dulu kecik-kecik suke lah...dah besar, heran pon tak...dah tak suke katil macam tu..sebab lagi suke katil bese..nampak matang sikit.... *mate ke atas tangan ke bahu