Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

12 November 2012

kuih cakoi air tangan anak dara

Hai guys!

Ohkay hari ini tercapai juga aku nak masuk kelas buat-buat kuih ni.. sementara cuti sem ni kan kan kan.. aku pergi dengan makcik jiran sebelah rumah ke rumah jiran depan.. Apa yang menariknya... semua yang ada kat situ semuanya dah kawen and ada pangkat datin-datin tengku-tengku.. aku ni yang anak dara lagi kalau dengar diorang borak-borak cakap pasal kuih-muih ni aku boleh lah mencelah.. kalau bab berpersatuan ni aku dah tak tahu nak masuk celah ceruk mana nak borak.. hamek kau..terdiam kau nyah~

ok . apa yang aku nak share kat sini adalah resipi buat kuih cakoi.. aku suka makan kuih cakoi ni.. nak buat kuih ni senang je......




Bahan-bahan cakoi:

1-Tepung gandum/tepung sauh (2.2 kg)
2-Yis/ibu yis cakoi khas untuk cakoi (ada jual di tempat tertentu sahaja)
3-Air (1.5 litre)
4-Gula (2 sudu makan)

Bahan-bahan sos cili:

1-Cili boh/ cili kering yang dah blender
2-Bawan putih ( 3 4 ulas)
3-Air
4-Gula merah
5-Asam keping
6-Tepung jagung (untuk memekatkan lagi sos) [dah mendidih baru masuk ini]

Cara-cara:

1-Bancuh yis bersama air. Kacau.
2-Lubangkan tepung dan masukkan yis yang telah bancuh sedikit demi sedikit dan gaul guna TANGAN. (so tak da reason kalau cakap tak da mixer nak buat kuih ni)
3-Perap adunan selama 2 jam.


4-Ambil segenggam adunan tepung dan uli. Gunakan tepung gandum untuk elak adunan melekat.


5-Potong adunan mengikut saiz yang dikehendaki dengan sama rata.
6-Gunakan lidi yang telah direndam dengan air dan tekan pada acuan.
7-Ambil acuan yang tidak ditekan menggunakan lidi di atas/di tindih acuan yang telah di tekan dengan lidi.
8-Tekan di tengah-tengah acuan menggunakan jari
9-Panaskan minyak dengan betul-betul panas dan gorengkan acuan tadi dengan menggunakan api yang besar.
10-Semasa memasukkan acuan ke dalam kuali, tarik memanjang sedikit acuan tersebut.
11-Siap dihidang:)
ini ambil dari en.google. yang sendiri buat dah masuk dalam perut dulu baru teringat nak ambil


*adunan tepung ni pun boleh kita buat jadi kuih kacang. letak je inti kacang dalam tu lepastu goreng :)

next time nak belajar kuih lain pula :) :) :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!