Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

12 May 2013

my birthday suprised! :D



ehem! Thanks pada sesiapa wish birthday aku yang ke-20. thanks jugak mendoakan aku yang baik2. ade jugak yang doakan aku cepat2 kawen. bukan sorang due. tapi 49.9% yang wish aku cepat kawen. kenapa? aku ni dah jadi anak dara tua ke sampai macam terpaksa kawen ni? haha. muda lagi ohkay! kalau jodoh dah sampai awal, tak pe leeeeee. :p

dulu masa sekolah rendah every year kalau birthday aku tak sah kalau tak de majlis sambut dekat sekolah. mama dengan papa la rajin beli coklat+gula2 pastu bungkus bagi dekat kawan2. siap kek besau lagi. best kan kan kan. dah besar ni tak da dah nak buat gitu. malu le~

masuk awal 20-an ni aku tak rasa la besar sangat ke, kecik sangat ke. mengundi pun belum layak lagi. mihmihmih.. today punye celbration family just sambut dengan choc indulgence cake SR (febrete aku meh!) dengan having dinner makan western! yummy!

thanks for this cake and thanks papa for the kiss! *adik2 aku jeles* :P




nak di jadikan cerita.. petang tadi aku tido. macam biase la bila dah tak tahu nak buat apa kan. mata lepas makan memang suka mintak kena lelap. mihmihmih. then ade uncle ni call. tengah mamai aku pun jawab je la..

uncle: allo! erny aa? you ada lumah ka? 
aku: aaa? ya ya. ade . 
uncle: apa pasal saya tengok tala olang keluar?
aku: haa? (ni ape kes ni. nak dtg rumah aku soh kuar? ke acane?) ye ye. saya keluar. (dengan mamai giler aku terus keluar rumah. bahaya jugak aku ni. senang kena culik. bila mamai je ikut cakap orang -,-")
uncle: (kasi kertas putih) you erny aa? (aku dah nampak dah sejambak bunga warna pink..mihmihmih. tapi aku tak tahu untuk siapa. sebab aku tengah mamai. harap maklum) cek aa detail ni. betulkan?
aku: aa.. betul2.. (terus tengok dekat message dalam kertas tu. dah tersenyum2 gedik) :P
uncle: ok. nah! (danieal adik aku yang amek kan. dia yang bawakkan masuk dalam rumah)

dengan rasa excited melampau plus muka dah malu sebab terharu, aku lupa nak cakap thanks dekat uncle tu.huhu.. uncle, kalau you baca ini entry aa.. thanks aa..soli i lupe cakap.. :P




masa masuk rumah, family aku dah pandang2.. papa dah berfuyoo2 dengan aku. mama yang tengah mandikan Ayeen tersnyum2. "dia kasi lah tu" erk.. aku diam tersenyum2. hahaha! aku terasa aku teramat benggong waktu tu! -,-

bila baca kad kat bunga tu.. aku guling2 gelak. mana taknya. alikisah 1 day aku ade post status dekat fb aku..



ok. niat aku bergurau je. bila baca kad tu. tak da la terpikir benda tu serius. haha. ok aku tarik balik ape aku post tu. sebab the truth is memang aku happy dapat benda tu! haha :p

"bla bla bla...P/S: Cukupkah hadiah ni jadi pengganti banglo & v6?"

erkk.. anyway. speechless..! sebab tak pernah dapat sejambak bunga, ape ntah lagi bunga segar. pink roses pulak tu! huhu...  aku ni dulu angan2 budak kecik. sebab sangap sangat tengok citer barbie princes2 ni.. so aku selalu impikan life macam seorang princess.. dapat sejambak bunga then having dinner dengan family tempat fbrete aku. today, my dream comes true! :'D *overnye aku~




thanks ye! tahun depan nak banglo lak! :D

tak lupa jugak thanks pada mama yang dah lahirkan aku and jaga aku macam anaknya sendiri. thanks pada papa jugak sebab sama2 dengan mama besarkan aku. tiada hadiah seistimewa kasih sayang mama papa :'D


mesti ramai tanya dekat mana nak bagi hadiah delivery macam ni kan??? 

sesiapa yang nak hantar hadiah untuk yang tersayang atau sempena Hari Ibu, macam ni ada macam2 design boleh la ke page Only Love Florits & Gifts atau boleh call +603-92840299(office) / +6012-2488277(hp) atau fax +603-20349411. Alamat di 9G, Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah 55100, Kuala Lumpur.





Notakakicomel: Dear Allah, thank you for another beautiful day.

2 comments:

  1. Bestnyaaa! Nak bungaaaa jugakkk boleh~~ Hahaha

    ReplyDelete
  2. hehee.. soh la abg redza kasik! :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!