Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

7 April 2013

oreo yogurt smoothie :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalu orang twit2 cuaca sekarang bahang bak hang! aku pun selalu jugak twit komen2 pasal bahang sejak 2 menjak ni.. bukan setakat dekat Lendu, Melaka je.. sampai je rumah, kat Seremban pun panas lagi.. huhu tapi baru panas dunia ye anak2.. *insaf kejap*

sekarang ni musim final exam untuk pelajar Diploma UiTM .. Universiti lain ade yang final exam jugak ke? kalau ada, GOOD LUCK jugak lah ye korang :) 

sesiapa yang stay lagi kat kolej tu, selamat bergumbira lah ye bila nak carik makanan untuk di makan. sesiapa yang study dekat rumah, apa kata korang relese tension kejap buat 'kerja' kat dapur.. haa..

semua orang pernah dengar atau makan smoothie kan? ala ala coolblog gitu. apa kata korang buat sendiri. lagi puas. lagi2 minum masa tengah panas2 bahang2 ni.. :)



inilah dia oreo yogurt smoothie air tangan aku.. kalau nak rasa air tangan aku meh la datang rumah.. hehe






apa yang korang perlu ada is:

(hidangan untuk 1 jag)

biskut oreo (10 keping)
aiskrim vanilla (3 sudu besar)
yogurt ori (3 sudu besar) *kalau nak*
susu segar (2 cawan)
ais (3 cawan) *nak lebih pun takpa*

**kalau tak da tempat blender khas untuk smoothie, pinjam je blender mak korang.. :P

jom kite demo sikit :)


Mula2 masukkan biskut oreo (bahan utama) ke dalam blender.. kalau nak letak lebih dari 10 keping pun tak pe.. ikot citarasa memasing yeh yeh yeh :)




Lepastu, masukkan susu segar..




Masukkan ais cube yang kecik2. jangan besar2 pulak. nanti rosak blender mak korang kang! Meh sini aku ajar hipotesis nak buat smoothie ni. "Semakin banyak ais, semakin menjadi lah smoothie korang, semakin sedap la resipi ni" :p




Part yang ini aku suka. Kita masukkan aiskrim vanilla dengan yogurt dalam tu. Yogurt kalau tak nak letak pun tak pa. sebab aku suka yogurt, so aku letak la..hehe


Lepas tu korang blender sampai dapat smoothie dia. Then, lastly, tuang dalam cawan comel2, pastu pecah2 kan sikit biskut oreo hias atas smoothie tu.. perghhh.. sedap sangat! sumpah tak tipu! :)



SELAMAT MENCUBA :)




notakakicomel: puasa nak dekat. so resipi yang cenggini baik aku post dulu. resipi kuih raya kendian eh eh eh :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!