Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

15 April 2013

cara-cara memikat wanita cara sepatutnya :)




Aku ada terbaca 1 artikel ni yang entah hape2 je tadi. Entah macam mana aku ter klik nak baca. Bila fikir balik macam tak betul je. Meh sini aku betulkan. Aku kasi versi baru punya. Bukan versi budak sekolah. mihmihmih..





Jadilah imam

Nak memikat pempuan ni kenalah jadi imam dulu. Kalau tak pandai jadi imam, siapa pun tak mahu.

Kalau setakat jadi ketua gangster KL gua punya, baik tak payah. Gangster taik kucing! Bila tengok orang laki kaki pukul ni, terus reject tak nak buat laki. tak memasal nanti kita jadi mangsa~


Jaga solat

Lelaki yang jaga tutur kata, jaga harta benda dah selalu kan kita nampak. Cuba tengok pulak, lelaki yang jaga solat bukan je dapat pikat hati perempuan. tapi dengan keluarga perempuan tu sekali. Tak pelah kalau muka tak hensem mana pun. Asalakan perangai hensem .Kalau kita jaga dunia, kita tak jaga akhirat. Kalau kita jaga akhirat, kita jaga kedua2nya sekali :)


Hormat

Hormatlah perempuan sebagai Kaum Hawa dan juga familinya. Hormat kat sini seperti jaga pandangan. Mata tu jangan meliar sangat ye perhati detail sangat kat perempuan. Hormat dia sebagai wanita muslimah. Jangan sama sekali komen apa yang dipakai tak up-to-date.. Kenapa? nak dia pakai tak cukup kain ke? Kalau nak menegur, menegur cara elok. Islam kan ada adab2 nak menegur. kan kan kan..


Macho?

Macho tak bermakna kena bukakan pintu kereta. Mesti korang rasa macho ni, kena ada badan ketul2.. tuff2.. kalau nak bercakap kena kasi cover habis suara tu. tak delah macam adik-adik walau memang dah suara korang lebih kurang macam tu. kena pakai smart2..

tapi macho kat sini adalah tegur perempuan tu andai korang rasa kaum Hawa ni ada buat silap. Dari korang kutuk2 kaum Hawa tak cukup kain ke, pakai tudung tak tutup dada ke, make-up tebal2 ke. Lagi elok kot kalau korang tegur elok2. nasihat elok2 apa yang salah pada dia. harus hormat martabat dan darjat wanita dan bimbing mereka ke jalan yang benar.


Romantik

Dulu masa zaman sekolah , hadiahkan bunga ke, coklat ke, teddy bear ke dah kira giler superb romantik habis la kan.. siap ade yang jeles plus berangan nak ada buat laki macam tu. Itu zaman tok kadok la..Kalau zaman sekarang, orang fikir romantik tu bukakan pintu kereta, tolakkan kerusi, buat suprised hotel 15 bintang, buat esei quotes yang best2.. 

Tak semestinya kena buat suprise. tapi hadiahkanla dia dengan benda2 yang berfaedah. Apa yang berfaedah? Fikir2kanlah sendiri ye.. :)




Sekarang ni ramai perempuan nak cari lelaki yang macam ni. So tak rugilah pun kalau korang nak tiru. Sebab tu tengok rancangan Imam Muda, ramai aweks aweks kat luar sana berangan-angan macam ni. "Kan best dapat suami macam ni..Untunglahh.. kan kan kan"

Tapi janganlah berubah sebab nak dapatkan awek. Ikhlaskanlah hati tu. Jodoh ajal maut semua dah ditetapkan. Tinggal nak berusaha je. Ye! Berusaha! Berusaha pura2 baik depan awek? Maksud berusaha ni, berusaha jadi si soleh . InsyaAllah.. :)



Notakakicomel: ada sesiapa nak menambah? silakan.. :)

6 comments:

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!