Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

15 April 2013

ikan kerisi masak masam manis cara campak2




hokeh.. aku rasa kalau makcik2 tengok entri aku, mesti makcik tu buat muka. "Resipi cekodok cenggini pun nak post ke?" tau la makcik dah terer bab masak2 ni. anak pun dah berderet. tak heran lah makcik rasa resipi ni simple tutup mata je masak. *cakap dalam hati* ni selalu yang rajin google2 ni, anak2 dara yang baru nak pandai masak.. tak caya, aku sendiri dulu macam tu. dan sekarang! >_<

ni nak share masakan paling malas. paling boleh main campak2.. paling nampak grand. siapa kata masak2 ni susah? leceh? nak tak nak. malas rajin je. nanti aku cerita pulak start bila aku mula minat masak2 ni. siap hamek kelas memasak lagi kau.. haha.. :P

Selalu aku demo resipi dessert kan. ni first time aku share lauk2 pulak..mihmihmih




Apa yang perlu ada:

Ikan kerisi *siapa tak tahu ikan kerisi tu macam mana. sila tanya uncle google sekarang*
kunyit hidup
garam
bawang putih (3 ulas) *dihiris*
bawang merah (5 biji) *dihiris*
bawang besar (2 biji) *di potong memanjang. nak carikkan*
halia (sebesar ibu jari) *dihiris*
air
sos cili
sos tomato
tomato *dipotong cantik*
sayur campur


Cara2 penyediaan:

1) Basuh ikan sambil berselawat. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng ikan dan letak di tepi.
2)Tumiskan bahan2 yang telah dihiris sampai naik bau.
3)Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Garam secukup rasa. Rasa dulu eh. Tak cukup rasa, pandai2 la adjust. :)
4) Bila sos dah pekat, rasa pun dah sedap, masukkan sayur campur, tomato yang telah dipotong dan bawang merah yang telah dicarikkan. Kacau dan biar sampai melegak.
5)Tutup api dan tuangkan sos tadi atas ikan. Siap!



notakakicomel: Simple je kan? Campak2 je.. :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!