Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

25 April 2013

adik baru? suka? :)




aku selalu mengharapkan rezeki turun dari langit supaya aku dapat beli tab yang membolehkan aku update entry wherever i go. sebab kalau tak update mase tu jugak, aku malas nak update pada masa yang lain.. asyik tangguh2 je. *plis jangan ikot perangai ni*

ohkay. kali ni aku dah dapat banyak pertanyaan berkenaan dengan lahirnya seorang insan yang akan berguna pada nusa dan bangsa. chewah :) antara pertanyaan diorang "Best tak ade adik lagi?" "Mesti kau yang jaga adik kau kan?" "Mesti rebut2 nak jaga kan?"

first of all memang aku tak sangka aku akan dapat adik lagi. memang cukup teruja dapat adik lagi. yelah. masa dapat adik yang 2nd last tu. 11 tahun yang lalu. masa tu aku baru darjah 3. walau pun teruja dapat adik lagi. dan satu2nya adik lelaki, tapi tak delah teruja tu 2 kali ganda kuasa 3 berbanding yang ini. maybe sebab masa tu aku kecik lagi. suka dapat adik masa tu. lepas tu buat hal sendiri. haha..





disebabkan adik beradik aku ni 4 perempuan yang atas2 ni. so statment makcik2, uncle2, abang2, akak2 berbunyi, "Mesti sorang mandikan, sorang buat susu, sorang tukar lampin, sorang buaikan" eh. bukan sorang due yang cakap macam tu. ramai lah.. *siapa adikberadik ramai perempuan sila mengaku cepat mesti akan keluar statment macam ni* -,-

masa adik aku yang lelaki 11 tahun yang dulu lahir, sebelum bujang tu lahir lagi, kitorang 4 beradik dah berebut nak jaga dia. "Angah nak tukar lampin dia!" "Alang nak mandikan dia!" "Along nak basuh ekk ekk dia!" Haha.. memang aku ingat lagi.. kelaka pulak. -,-"

 tapi bila bujang tu dah keluar. Mula2 je kitorang pakaikan lampin. baby nangis, tolong pujukkan. lama2? semua dah tak pedulikan adik aku tu. mula2 je semangat nak buat itu ini. dah lama2 semua buat hal sendiri. yang buat semua siapa? Mama jugak.. hehe.. *aku rasa bukan adikberadik aku je macam ni. haha..*

bila dah menjangkau usia 20-an ni (bajet macam dah dewasa sangat je), dapat berita ada adik lagi siapa je tak suka kan? yelah. dah besar2 ni dapat adik. stress2 boleh main2. selalu main bucak bucak dengan adik/anak orang. sekarang dah boleh main dengan adik sendiri. dapat pulak ade kawan2 mengusik aku, "Lepas ni dah boleh timang2 anak sendiri pulak kan" "Kira nya kau 'practice' la ni kan?" *lempang nak?




statment macam tu memang sangat tak leh bla. (malu i nak jawab *gedik yawwll) alah. jeles lah tu awak tak de baby kat rumah. kita ada.. :P dah besar ni dah boleh lah jaga adik bongsu ni sendiri without my mom. sorang tukar pampers, sorang dodoikan, sorang bawak jalan2, sorang tukar baju dia, sorang itu sorang ini. boleh sangat dah. tapi mama kene sediakan siap2 la susu yang dah dipam. kitorang tak de stok susu badan. hihihi. :P

terasa nak tahan je adik aku tu supaya tak besar2. tapi boleh pulak kan main tahan2. haha..ok. dah dah. tak nak bebel panjang. nanti orang cakap aku over limit pulak. lol




notakakicomel: menaip sambil dengar lagu hindustan.

2 comments:

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!