
23 December 2013
'Ya Allah...banyaknya dosaku sebelum ni'

12 December 2013
Wordless Wednesday: sebenarnya saya kakak dia

25 November 2013
kawan sekolah kahwin : Erlina & Majid

![]() |
Sebelum bergelar isteri |
![]() |
Acara pembatalan air sembahyang |
![]() |
Diri terasa amatlah rendah T_T |
Dua2 orang kawan aku ni semangat nar berkaroke. nak tunggu aku memang tak laaa.....
Masa tengah duduk2 di ruang tamu sementara tunggu pengantin make-up, aku ber'selfca' le kejap dengan kawan2 pempuan yang lain. lepas tu ada budak2 around 5 6 tahun datang tiba2 duduk sebelah aku sibuk nak ber'selfca' jugak. cecomel je lahai budak2 cenonit ni.
aku pun layan kan je laaaaa.. sampai kawan aku cakap, ''budak ni suka kau pulak ye!".. itulah kan. susah kalau muka keIBUan ni.. *sila muntah cair sekarang*
8 November 2013
kerana dia juga hamba Allah...

Tidak ada rasa belas kasihankah dalam diri?

Lepas satu
kes ke satu kes aku dengar dan lihat walau bukan di mata kepala aku sendiri
tapi dengan 1 video dera kanak-kanak yang boleh mengundang kemarahan 1 dunia
kalau kau nak. Walau aku bukanlah seorang isteri apatah lagi ibu kepada anak-anak,
tapi hati kecil aku dianugerahkan oleh Allah untuk punya rasa belas dan kasihan
terhadap sesiapa saja.
Aku seorang
kakak yang punya 4 orang adik dan aku merasakan jika adik-adik aku dilakukan
seperti sedemikan aku tidak akan teragak-agak untuk memberi tamparan kaki yang
hebat kalau kau nak. Baru-baru ini, 1 video yang telah tersebar dahulu di kaca
tv sebelum aku menontonnya (selalunya aku sudah menontonnya barulah keluar di
kaca tv), akibat broadband aku yang entahkan bila nak ‘cycle’nya. Nak tunggu
aku ‘cycle’ sendiri didalam tong sampah gamaknya!
Ada video penderaan di sebuah
taska di ibu kota aku sempat tonton di kaca tv walau tidak jelas kelihatan tapi
sudah cukup buat darah aku semakin mininggi. Di sini aku selitkan blog Teratak's Orlylove ibu kepada mangsa penderaan di taska durjana
tersebut atas pengalaman beliau sendiri. Semoga beliau tabah walau aku tahu
beliau tengah menahan geram. Grr~~
![]() |
Ayeen 7 bulan sudah |
%#8(**!$#$@7+-&$%#
!! hanya itu yang sempat aku lemparkan pada si perilaku. Ketika aku
menontonnya, aku sedang menyuap adik bongsuku ,Ayeen (7bulan), makan tengah hari, dan
hati aku terasa PANAS melihat pukulan kencang terhadap kanak-kanak yang tidak
berdosa. Lantas aku mencium dahi adik bongsuku yang semakin hari semakin
berusaha untuk merangkak. Allhamdulullah adikku tidak pernah mengalami nasib
seperti itu. Pengasuhnya seorang yang sangat penyanyang dan aku mengakuinya.
Dalam hati
aku selama ini sering berkata-kata, tidak ada rasa belas kasihankah mereka
dalam diri terhadap kanak-kanak tersebut? Kalau anak kau macam tu marah tak kau? mestilah marah kan?? Rata-rata yang mendera ni, adalah
seorang WANITA! Ya! Wanita. Mana sifat penyayang yang telah Allah semaikan
dalam setiap hati lembut itu? Mana? Sewelkah mereka yang mendera? Meroyankah
mereka? Meh habak kat aku!
Sebak hati
aku tengok video2 yang pernah tersiar, sebak lagi hati seorang ibu yang
melahirkan mereka apabila anak mereka dilakukan sedemikian. Jahat kau nyah!
Semoga kita
dijauhi dari perbuatan setan meroyan sedemikian.. amin…
Notakakicomel: aku seorang kakak yang garang
27 October 2013
Ramai kawan kawen

22 October 2013
Saya tunggu ibu ayah di pintu syurga!

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)
Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)
14 October 2013
Pre-Loved EY's Session

2 October 2013
28 September 2013
wordless saturday: dear heart, why him?

notakakicomel: Ya Allah, jika dia terbaik untukku, kau permudahkan urusan kami. Jika dia bukan untukku. jauhkanlah hati kami. Amin..
Tweet
23 September 2013
Kuey Teow Ladna the making of

gaulkan kuey teow dengan kicap. perap selama 5 minit.
lepas tu goreng kuey teow dalam non-stick pan. tak yah letak minyak pun. Lepas tu angkat.
Masukkan minyak dan tumiskan bawang putih dengan cili api.
Masukkan air dan kiub ayam.
Dah melegak letak ayam/ udang/sotong dll.
Masukkan sayur2n.
Letak sos tiram. kalau tak masin jugak letak garam. tapi 2 sudu sos tiram dah ok .
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau nak pekat lagi kuah, letak la bancuhan banyak2.
16 September 2013
Malam Bakal Graduan -Special Post-

![]() |
Kad Jemputan ke Majlis Pra Graduan |
Selesai program Finishing School sebelah siang, kini tiba Majlis untuk Bakal Graduan pada sebelah malam di Hotel Equtorial, Melaka. excited tauk! yelah.. dah nak habis Diploma da~ :D
malam Pra Graduan diorang point macam malam ala2 prom nite gitu. sape tak tahu prom nite sila rujuk uncle Google. semua nak melawa melaram walau aku agak stress nak pakai baju apa. huhu.. seriyes stress! huhu..
tapi dah set mind nak pakai kasut itu nak pakai beg itu ini bla bla bla. asalnya aku tak da pun baju lawa2. *rendah diri* patutnya kena pakai baju kurung atau kebaya. aku punye baju cantik2 semua kat rumah. memang tak da rajin mana lah kan nak bali Seremban semata2. so stress punya stress aku beli 1 baju labuh paras lutut. than aku match kan kain and tudung yang sedia ada.. bukan baju kurung pun. tapi orang akan nampak macam baju kurung modennn... moden tak pikiran aku? mihmihmih..
ok. nak jadikan cerita. majlis start pukul 8malam. tapi aku bertolak pukul 6petang.haishh.. sepatutnya Lendu-Bandar Hilir hanya 20-30minit. tapi jem punya pasal aku amek masa nak drive selama 1jam 45minit!!! dah la kete aku manual. nak naik terseliuh kaki ni.hm..
tak parking dekat Hotel Equotrial, tapi parking kat hotel lain. SEBAB? we'olss nak kejar masa. rasanya berjalan kaki 500m lagi cepat kot nak sampai dari naik kete. terpaksa! T_T
yang paling sedih sangat. aku memang plan nak pakai kasut wedgez 5 inci feberet aku. tapi dah lama tak pakai. ada event tertentu je baru pakai. last pakai kasut ni dalam awal tahun kot. T_T masa dah sarung kasut ni, rasa tak sabar nak berpijak atas bumi yang nyata. bila langkah ke 7 8 dan seterusnya tiba2 preppp!!..sumpah nak menangis nak meraung pun ada. dah la nak kejar masa! kasut buat hal! Ya Allah! kasut heels lagi 1 ada kat rumah sewa. selalu aku masuk dalam kereta. kenapa hari ni yang ada dalam kereta semua kasut flat! Alhamdulillah lah kasut flat yang ada semuanya lawa2. juz nak pilih. tapi tak tinggi la kan sebab pakai flat. semua kasut gojes mak ngah. aku je flat lip lap lip lap. :(
![]() |
korang boleh bayangkan muka aku bila tengok kasut kesayangan pada waktu2 bila mana aku memang perlukan dia! |
![]() |
:D |
7 September 2013
Tudung 2U.com.my sangat murah + cantik!!
