Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

8 November 2013

Tidak ada rasa belas kasihankah dalam diri?


Lepas satu kes ke satu kes aku dengar dan lihat walau bukan di mata kepala aku sendiri tapi dengan 1 video dera kanak-kanak yang boleh mengundang kemarahan 1 dunia kalau kau nak. Walau aku bukanlah seorang isteri apatah lagi ibu kepada anak-anak, tapi hati kecil aku dianugerahkan oleh Allah untuk punya rasa belas dan kasihan terhadap sesiapa saja.

Aku seorang kakak yang punya 4 orang adik dan aku merasakan jika adik-adik aku dilakukan seperti sedemikan aku tidak akan teragak-agak untuk memberi tamparan kaki yang hebat kalau kau nak. Baru-baru ini, 1 video yang telah tersebar dahulu di kaca tv sebelum aku menontonnya (selalunya aku sudah menontonnya barulah keluar di kaca tv), akibat broadband aku yang entahkan bila nak ‘cycle’nya. Nak tunggu aku ‘cycle’ sendiri didalam tong sampah gamaknya!

Ada video penderaan di sebuah taska di ibu kota aku sempat tonton di kaca tv walau tidak jelas kelihatan tapi sudah cukup buat darah aku semakin mininggi. Di sini aku selitkan blog Teratak's Orlylove ibu kepada mangsa penderaan di taska durjana tersebut atas pengalaman beliau sendiri. Semoga beliau tabah walau aku tahu beliau tengah menahan geram. Grr~~




Ayeen 7 bulan sudah 


%#8(**!$#$@7+-&$%# !! hanya itu yang sempat aku lemparkan pada si perilaku. Ketika aku menontonnya, aku sedang menyuap adik bongsuku ,Ayeen (7bulan), makan tengah hari, dan hati aku terasa PANAS melihat pukulan kencang terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Lantas aku mencium dahi adik bongsuku yang semakin hari semakin berusaha untuk merangkak. Allhamdulullah adikku tidak pernah mengalami nasib seperti itu. Pengasuhnya seorang yang sangat penyanyang dan aku mengakuinya.




Dalam hati aku selama ini sering berkata-kata, tidak ada rasa belas kasihankah mereka dalam diri terhadap kanak-kanak tersebut? Kalau anak kau macam tu marah tak kau? mestilah marah kan??  Rata-rata yang mendera ni, adalah seorang WANITA! Ya! Wanita. Mana sifat penyayang yang telah Allah semaikan dalam setiap hati lembut itu? Mana? Sewelkah mereka yang mendera? Meroyankah mereka? Meh habak kat aku!

Sebak hati aku tengok video2 yang pernah tersiar, sebak lagi hati seorang ibu yang melahirkan mereka apabila anak mereka dilakukan sedemikian. Jahat kau nyah!



Semoga kita dijauhi dari perbuatan setan meroyan sedemikian.. amin…







Notakakicomel: aku seorang kakak yang garang 

2 comments:

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!