Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

25 November 2013

kawan sekolah kahwin : Erlina & Majid


23 November 2013 ( Sabtu )

Pagi2 bagun tidur dah bersemangat nak ke rumah kawan sekolah rendah & menengah aku yang akan bernikah pada pagi ni juga. esok sandingnya pulak. gila kau tak excited semacam. ni kawan boleh la di katakan rapat. kalau kawan biase tu dah excited, ni kan pula kawan tak biasa kata kau..

awal juga jodoh kau sampai ye Sepet. Tahniah! :) :) Doakan pula kawan2 kau yang tengah bujang ni. mihmihmih..



Sebelum bergelar isteri


Masa akad nikah tu yang tak boleh tahan. Alkisahnyaa... si suami dah sebut lafaz yang laju clear lancar. rupa2nya.. itu adalah cubaan..hahaha. aku ingat dah sudah tadi. lol. Masa akad lafaz yang bebetul, nak dijadikan cerita. sepatutnya mas kahwen RM200.. dek kerana nebes kot kan.. "Aku terima nikahnya.......dengan mas kahwen RM2 tunai ehh ehh Rm200 tunai.." Memang tersemburlah 1 rumah tu gelak kaw2. ada spulak suara, "Apa plak RM2! apa lah!" hahaha..




Ada 2 perkara dalam hidup lelaki yang ditakuti; semasa berkhatan dan semasa akad nikah..



Acara pembatalan air sembahyang

Diri terasa amatlah rendah T_T

Bila lepas je lafaz yang kedua, tiba2 rasa sebak dalam hati ni. Dah jadi isteri orang dah kawan aku sorang ni. :')




24 November 2014 ( Ahad )

Wedding Sepet aku jangka memang konform sure dapat jumpa dengan kawan2 lama yang dah lama tak jumpa. rindu pulak kat semua walau dulu aku pengawas yang kerek waktu muda2 dulu. LOL. Lepas PMR dapat result gempak , aku mula bawa diri ke sekolah KGV selama seminggu dan dapat tawaran ke SBP di SM Sains Tuanku Jaafar. lepas tu memang aku krikk kriikk je story pasal diorang ni. dulu FB mana ada.. dah nak masuk form 5 baru ada FB. baru la carik balik kawan lama2.. -,-"


lepas masing2 habis sekolah dah tak tahu nak jumpa ramai2 macam mana. reunion pun tak da. masing2 bz la katekannn.. nak jumpa tunggu masing2 kawen la macam tu kan kan kan.. :P





ade pulak kawan2 gaduh dulu. dulu cekeding ukur badan dia dengan jari kelingking aku je nyah. sekarang dah triple ibu jari kaki. aku tak tahu la korang ni makan ape lepas habis sekolah huh? bahagia kot. cepat2 la sanding ye. mihmihmih :)




Dua2 orang kawan aku ni semangat nar berkaroke. nak tunggu aku memang tak laaa.....





Masa tengah duduk2 di ruang tamu sementara tunggu pengantin make-up, aku ber'selfca' le kejap dengan kawan2 pempuan yang lain. lepas tu ada budak2 around 5 6 tahun datang tiba2 duduk sebelah aku sibuk nak ber'selfca' jugak. cecomel je lahai budak2 cenonit ni.

aku pun layan kan je laaaaa.. sampai kawan aku cakap, ''budak ni suka kau pulak ye!".. itulah kan. susah kalau muka keIBUan ni.. *sila muntah cair sekarang*





untuk pengantin baru Erlina Sriwijaya binti Eddi Susanto dan suami Abdul Majid, tahniah both of you! semoga kekal ke anak cucu . dah ada 'berita best' bagi tahu aku ye. nak tambahkan bilangan anak buah.  nak tunggu anak sendiri bila lagi kan kan kan.. :P





notakakicomel: tengah fikir baju design apa untuk jadi pengapit bulan Feb nanti

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru kpd sahabat anda...semoga berbahagia hingga ke syurga.


    p/s ..sy join GA mama Darwiish.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!