Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

30 September 2012

terima kasih keluarga palong

Bismillahirrahmanirrahim....



**maaf entri ni sangat panjang dan sangat banyak mana :)



my new story begins?? ... :) aku tak tahu nak mulakan macam mana.. ayat berbunga-bunga? hahahaa...aku bukan macam dia.. ahh..main belasah je la..pagi jumaat tanggal 28 September 2012, pada pukul 8:30 pagi, aku, fifi, wan, aiso & mila ready bergerak dengan menaiki 1 kereta ke palong 15 dari UiTM Melaka... tujuan kitorang ke sana bagi melawat 'seseorang'..asalnya kami datang melawat pada hari Sabtu..dan akhirnya bertukar tarikh dan hari, ke hari Jumaat kerana sebab-sebab tertentu...sebagai tanda meminta maaf atas hari yang tidak sesuai (di sebabkan ibu kerja balik tengah hari), aku dengan rasa hensem giler meng'offer' kan diri untuk memasak makan tengah hari merangkap lunch untuk kami semua...

dari UiTM kami ke pasar Alor Gajah untuk membeli barang-barang basah.. sebenarnya, tak payah beli pun tak pe..sebab konferm-konferm ibu dah sediakan bahan-bahan... tapi dek kerana kerisauan aku yang takot apa yang aku nak tak da, so aku amek langkah awal, untuk beli jugak bahan-bahan basah...

sesampainya di pasar besar Tampin, kami turun untuk membeli ayam kerana di pasar Alor Gajah, ayam dah habissssssss~ (pergi pasar pukul 9 lebih.konform la ayam dah habis.nampak sangat aku jarang pergi pasar..huuu) sesampainya di area ayam, aku memilih ayam yang paling gomok..haha..dalam kepala otak aku tengah berfikir-fikir, berkira-kira, bercongak-congak kalau belah 16 besar mana..18 plak? 20? 22? ok..aku tipu kalau dah lebih 20..kriikk kriikk... tiba-tiba wan tanya pada makcik yang nak potong ayam tu..

"Makcik, kalau potong 12 dapat berapa?" purfff~~~ aku dah bantai gelak..

"Kau tak sekolah ko?!! Potong 12 dapat 12 la..habis ko nak berapo??!! Ko tanya lagi..!" makcik tu dah membebel-bebel..hahaha! memang patut wan kene bebel..hahaha.. *ni boleh jadi bahan ni.. YES!

sesampainya di Pasir Besar, Negeri Sembilan pada pukul 10:30 pagi.. aku anggarkan, kitorang sampai ke Pasir Besar pada pukul 11:30 pagi.. ini sudah mencatat rekod paling ohsemm.. *saja puji aiso yang bawak laju..padahal dekat jek dari melaka ke pasir besar..haha...

kami berhenti di pasir besar, sebab aku tak tahu jalan ke palong..dan pada masa yang sama jugak, abang dengan rasa tuff tuff nya nak bawak aku sendiri ke rumah nya...lepas kereta myvi putih sampai je tempat menunggu, aku pun keluar bertukar kenderaan..dan kami sama-sama menuju ke halaman indah Palong 15...

sampai je ke syurga keluarga encik idris, kami terus mencari dapur dimanakah? kami dah bersedia nak buat menu tengah hari.. hehehe..(bajet suspen).. asalnya, hanya aku & fifi je yang menguruskan menu hari tu.. tapi ntah macam mana..boleh pulak bertambah ahli chef sampai 2 3 orang..(mila, wan dengan abang) hahaha..ah..belasah jelah..asal siap..

masa aku nak basuh ayam..aku teringat, nasi belum tanak lagi..aku tanya pada abang..

"abang, beras mana?"

"ada kat tepi ni.." ayah yang jawabkan..

"abang, periuk karen mane?"

"mana pakai periuk karen, gune api jek.."

"hahhhhh??!!" aku pandang abang dengan muke giler kacak bergaya sambil geleng-geleng kepala..aku tak nak pandang muke ayah..malu ah!
aku tak tahu tanak nasi guna periuk api. aku biasa gune periuk karen.....purfff..mati aku~





ahh..lantak lah... aku buat je la..survive sendiri.. mase aku tengah basuh beras tu.. boleh plak kene cek dengan abang... die bebel tak yah basuh beras lama sangat bla bla bla...eeii..tahu la orang..ngade!

dapur di rumah palong sangat kecoh di tambah ahli dalam rumah turut turun padang mengecohkan keadaan.. lagi-lagi dengan perangai giler bajet romantik wan dengan abang yang tak nak kalah..haha... kecoh dengan kucingnya, kecoh dengan angsa nya kat belakang rumah, kecoh dengan jari luka sorang-sorang lepas memotong sayur..jari yang luka 1 jari jek..tapi doktor yang turun membantu sampai 2 3 4 orang.hamboi~ hahahaa...!! 

fifi & wan uruskan bahagian sup sayur.. aku dengan abang uruskan ayam masak merah.. asalnya, menu hari tu dirahsiakan.. dek kerana terlepas cakap, dah bukan lagi rahsia..haha..ahh..tak kesahlah..asal kan ade orang teman..ekekekekekekeee....






Makanan siap terhidang pada pukul 1:30 petang semasa kaum lelaki ke masjid menunaikan solat Jumaat bersama-sama. Usai saja aku dengan fifi solat di bilik ibu, mereka semua sudah sampai dengan perut yang lapar..hahaa.. *eh?

Suasana makan beramai-ramai sangat lah seronok..dengan perangai memasing yang agak giler-giler.. di tambah ayah dengan perangai selambanya, abang dengan perangai over laparnya, dengan kepala otak aku mula bergerak-gerak mencarik bahan kenakan wan di sebelah aku (aku citer pasal wan dengan ayam die kat ayah), dengan perangai fifi yang sentiasa geram dengan abang, dengan aiso yang selalu di bahankan, milah yang saje buat aku jeles (KOOOIII..)..haha..aku paling last sekali habis makan dek kerana asyik berborak gelak tak henti-henti.. yang pasti sambal belacan milah jadi perhatian ayah..kate orang nogori..haha...

lepas sahaja makan tengah hari, semua dah kekenyangan..mata pun dah berat..kitorang berkumpul di ruang tamu hadapan dengan menghadap tv skrin besar..yang buat aku terkejut suruh padam kan cepat-cepat di sebabkan terpapangnya gambar-gambar aku menjadi wall paper skrin..purfff~ lepas tu, ayah pulak muncul..dia datang pada tv skrin besar tersebut..

"macam pernah nampak..ni jeling, gambar ni pulak tak jeling" di komen nya satu-satu gambar aku..aku dah tahan malu.selamba terus aku gelak kaw2..hohoho!

mereka sedang syok tengok movie cerita Wall-E..aku pulak sibuk lawan congkak dengan abang..tiba-tiba jadi kecoh! abang main tipu! tak puas hati sungguh aku! menambahkan lagi riuh bila abang pertahankan diri dia yang dia tak tipu, aku pulak pertahankan diri aku sebab kena tipu..hahaha..aku tahu aku menang congkak tu..last-last abang dah giveup dek kerana ketereran aku bermain congkak..aku tahu tuu...hahahaa! *gelak jahat..

dah penat main congkak, aku tersandar di sofa..penat, ngantok, kenyang..semue ada...kawan-kawan aku semue nya dah tidur..tidur petang lah kiranya ni....aku dengan abang tak tidur lagi..kitorang sibuk layan Wall-E..aku pandang jek skrin tv tu..tapi..aku tak nampak dengan jelas.(aku tak pakai spek) abang yang jelaskan jalan cerita tu..terima kasih lah ye sebab rajin tolong jelaskan jalan ceritanya walau erny tengah ngantok sangat time tu..dan dan dan..di mana tempat tu hari itu saat itu menjadi saksi when he proposed me, and i said yes! :'D

masuknya waktu asar, kitorang masing-masing menunaikan kewajipan..asalnya nak balik sebelum asar..tapi mereka nak balik lepas asar..selesai sahaja solat, kitorang lepak semula di ruang tamu..borak-borak, gaduh-gaduh lagi..haish...abang, fifi, wan tak habis-habis gaduh siapa paling romantik..hahaha..aku mengiakan je..dan semestinya aku sokong abang..kalahnya abang, kalahlah aku..mana boleh macam tu!! no way mann..hahaha.. sedang sibuk diorang gaduh, aku terus menolong ibu buat minum petang. menggoreng di dapur..borak-borak dengan ibu..

lepas kenyangnya diorang minum petang, semasa aku nak mengemas ruang tamu tempat kitorang lepak, tiba-tiba ayah panggil aku duduk sebelah ibu..ohkay...SAYA SANGAT NEBES!!! aku tahu apa yang akan jadi... jeng jeng jeng...antara aku,ayah & ibu..dan biarlah ia menjadi rahsia kami.. :) :) :)

aku meminta diri untuk mengemas apa yang belum aku selesaikan...dan dan dan..abang mula bertanya-tanya apa yang jadi.. aku cakap, nantiiii...nak kemas dulu..tapi tapi tapi...aku angkat dulang menggigil..dek kerana terlalu nebes yang melampau..tapi aku angkat jugak dan dihalang oleh abang.. dan abang menyuruh fifi yang uruskan..hahaha..ok lahh..nak tahu sangat kan..aku cerita lahh..bla bla bla..OOoo..emm..pot pet pot pet..hahahaha...

fifi &wan pulak tak habis-habis tak puas hati..abang pulak tak nak kalah..milah pulak pukul aku dengan kusyen ibu..aku mengadu pada abang..abang pukul milah dengan kusyen ibu..pastu pukulan tu berbalas..ohkay...sudah perang saudara..hahaha..habis kusyen ibu! asyik gaduh dengan bantal jek..tak pun pasal 'bantal merah'..hahaha..

petang di palong, kitorang amek masa untuk bersiar-siar di halaman..hmm..dah nak maghrib..katanya nak balik lepas asar.hahaha..selesa sangat dah tu...abang bawak aku berjalan sekitar area rumah..tak jauh mana la..sebab dah malam..aku plak dah tak nampak mana dah..tak pakai spek macam tu lah kan..

lepas mahgrib barulah masing-masing beransur balik..tapi itupun diorang pause kejap sebab nak tengok tv..sempat pulak! dah la patutnya balik sebelum asar..lepas tu tunda ke lepas asar..lepas tu dah nak isyak sudahhh...hahaha..aku tak balik dengan diorang sebab abang sendiri yang hantarkan aku balik UiTM...

aku dah terbiasa cium ubun-ubun, pipi danieal kalau pergi mana-mana..dan tanpa aku sedar, lepas abby salam cium tangan aku, aku terus cium dahi dia..abby pulak macam tahu-tahu jek aku nak cium die..siap hulur lagi kepala dia tu..hahaahhaa! alahai abby~ 

cerita berkumpul 1 hari bersama keluarga palong memberi 1001 makna buat kami yang berada di dalam rumah tersebut pada hari tersebut..ayah & ibu melayan kami dengan baik dan sporting habis..abang pulak dengan perangai yang selamba dan banyak cakap over sudah, dengan perangai masing-masing pulak yang giler-giler habis..habis riuh 1 rumah palong tu..hahaha..bahagia terasa :) 

terima kasih papa & mama kerana membenarkan aku pergi menziarahi keluarga palong..terima kasih buat kawan-kawan yang sudi menemani diri ini untuk menemui insan yang istimewa.(sekarang korang pulak yang rasa istimewa duduk kat sana kan..hahaa).terima kasih buat ibu, ayah, abang lang, abby kerana menerima kunjungan dari melaka ni..dan terima kasih jugak buat abang.. yang dengan berbesar hati melayan kerenah kecoh riuh rendah kawan-kawan dan diri ni..

Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita mandi bersama lagi.  #eh

..terima kasih keluarga palong :)

29 September 2012

my new story begins

Bismillahirrahmanirrahim...









next entry will coming soon..

25 September 2012

If it's meant to be, it will be (JODOH)

Bismillahirrahmanirrahim...







Bila habis jek alam persekolahan, di mana alam seterusnya aku kena tempuhi.. DUNIA LUAR.. ya. Dunia luar yang penuh cabaran bak kata orang.. yes! Lemah iman, lemah la akhlak..Kuat iman, cantiklah akhlak... 

Masuk je alam universiti, banyak aku terima undangan perkahwinan kawan-kawan aku.. terasa diri ni dah besar rupanya..dah boleh kawen daaaaaaaaaaaaaa (eh? boleh eh?)..... kalau mereka yang umur 20 ke atas, dah biasa dah dengar pasal kawan-kawan lain kahwen, dah tak rasa apa nak di wow kan sangat..dah tak rasa nak heran sangat... umur macam aku je terasa teruja bila kawan-kawan lepasan sekolah dah nikah.. teringat dulu main kejar-kejar..tidur kat kelas sama-sama... cerita boifren kau ada berapa, boifren aku pulak..makan sama-sama..sekarang dah jadi bini orang kau dahh...dah nk jadi bapak kau ye..alahai~ asal aku rasa cepat nya masa berlalu..ke aku je rasa macam tu??    kriikk kriikk.. (ok aku sorang je rasa macam tu)






..masa mula-mula kad pertama yang sampai di tangan aku, aku rasa..wow..giler muda kau kahwen..awalnya...untonglaaa...  tapi bila dah banyak sangat kad undangan dari kawan-kawan, aku tak rasa itu satu trend..tapi satu yang patut di contohi..


Dah jodoh dia datang awal.. Alhamdulillah.. 

Kurangkan maksiat, tambahkan pahala... :D

di sini aku nak ucapkanlah SELAMAT PENGANTIN BARU dan SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU buat kawan-kawan, abang-abang, kakak-kakak yang aku kenal...(seuniversiti aku ramai jek kot)..

BarakaAllah.. :)


Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia. Sehebat mana kita merancang. Selama mana kita menunggu. Sekeras mana kita bersabar. Sejujur mana kita pada kekasih kita. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, kita tetap takkan bersamanya.

Lepas ni kad undangan siapa pulak aku terima?? heeeeeee





** aku tak sangka Allah bagi petunjuk lepas aku solat istikarah..Ya Allah..Alhamdulillah...
Permudahkanlah, jangan kau susahkan..Amin...

22 September 2012

mengurus rindu supaya Allah tidak cemburu..

Bismillahhirrahmanirrahim...



Rindu...

Pejamkanlah mata dan ucapkanlah..

"Ya Allah, aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkahlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMU. Aku semakin mengerti 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku, tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia"




Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI pencipta kami dari segalanya..
Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..




Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMU ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia

kerana hati menginginkan...

Bismillahhirrahmanirrahim...






Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku cantik di matamu.. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup ku di muka bumi ini?

Astaghfirullah...

Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.   Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah berjanji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?

Aku beristighfar memohon ampunNya aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatimu juga hatiku..Cukuplah engkau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, engkau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga..

Aku mencintaimu kerana Allah.. Bukan kerana rupa parasmu, bukan kerana hartamu, bukan juga kerana kelebihan mahupun kekuranganmu..CINTAKU KERANA AGAMAMU... bawalah aku, bimbinglah aku bersama-sama ke Jannah

InsyaAllah..

20 September 2012

bimbinglah aku menjadi si solehah

Assalamualaikum...




Jika wanita cantik yang di cari,
ia bukan aku

Jika wanita solehah yang di cari,
ia bukan aku

Jika wanita ayu yang di cari,
ia bukan aku

Jika wanita kaya yang di cari,
ia bukan aku

Jika wanita bersopan santun yang di cari,
ia buka aku

Jika wanita bertudung labuh yang di cari,
ia bukan aku




TETAPI

Jika ingin mencari wanita yang ingin di bimbing,
ia adalah AKU



Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah.. yang baik di antara yang terbaik... dan kurniakan aku pendamping yang baik.. dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMU...Amin....

19 September 2012

dugaan datang dan senyumlah

Assalamualaikum...








Tidak semua diantara kita bisa tabah berhadapan dengan cubaan juga dugaan.  Ianya bukan perkara untuk kita hadapi dan harunginya. Adakalanya kita seperti mahu lari jauh-jauh dari terus menerima juga menahannya.

Tidak mungkin kita dapat lari dan menyembunyukan diri dari cubaan juga dugaan yang sering datang tanpa rasa jemu dan penat. Mustahil kita mampu mengelakkannya mahu pun menentang...

Hari-hari ada sahaja dugaan yang datang dan disulami dengan pelbagai cubaan. Dugaan yang datang adakalanya benar-benar mencabar sifat kemanusiaan kita. Kalau mempunyai ubat yang bernama sabar mungkin kita sembuh dengan kadar yang agak pantas dan segera. Sekiranya tidak, kita mungkin akan terbelengu selama-lamanya!







Cuma sesetengan dari kita mampu tersenyum setiap kali dugaan dan cabaran yang datang, Bernasib baiklah kamu kerana faham dan mengerti akan tujuan setiap dugaan dan cubaan ini. Itu kepada mereka yang mempunyai kematangan dalam soal berfikiran. Jika tiada kebijaksanaan bagaimana pula?

Aku sentiasa cuba bersangka baik dengan apa jua cabaran dan dugaan. Tabah dan sabar seringkali aku guna pakai sebagai bekalan dan juga senjata. Namun memang mudah berkata dari melakukannya. Adakalanya aku juga tergelincir dari landasannya kerana tidak tertahan dengan cubaan juga dugaan yang mendatang.

Rasanya aku tidak berseorangan dalam menangani hal-hal begini... Begitu juga si dia...


Berusahalah sayang.. dan yakinlah Allah akan membantumu...


Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.


Allah menguji kerana manusia mampu mengharunginya... Kerana Dia Maha Mengetahui..



InsyaAllah... Ada jalannya...



Salam sayang

15 September 2012

before you judge me , make sure you are perfect enough

Bismillahhirrahmanirrahim....




"saat orang lain bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernak mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka..."




statement di atas aku rasa sudah cukup difahami dan tidaklah perlu untuk aku menjelaskan.. jelas..


pernah tak lalui situasi macam ni? Ahhaa.. aku dah lali dengan semua ini..tapi aku nak jelaskan sedikit perkara tersebut sekian sekian sekian...dan apa yang aku nak jelaskan ni atas pandangan aku seorang insan yang serba serbi kekurangan..






apa itu etika komunikasi dalam Islam yang berteraskan akidah mesti mencerminkan akhlak mulia dan berhati-hati menjaga lidah kerana kata-kata lebih tajam dari sebilah pedang. ada 5 saranan etika dalam Al-Quran antaranya Qaulan Maisura iaitu ucapan yang menyenangkan hati, layak dan baik untuk dibicarakan serta mudah dimengerti. Sentiasa berbuat dan membantu mereka yang memohon pertolongan. Jika permintaan itu tidak dapat dipenuhi, hendaklah ditolak dengan baik dan tidak membuat mereka kecewa. sebagai contoh kita memperkecil-kecilkan orang bukan Islam. Dia hanya bertanya mengenai Islam.. Kalian haruslah menjawab soalannya bukan memperkecil-kecilkannya memandangkan dia bukan Islam..bagi kalian dia tak layak dan masih jauh lagi untuk mengenal Islam dan terus kalian mencacinya.. soalan aku, macam mana dia nak dekatkan diri dia dengan Islam apabila awal-awal lagi kita dah tunjuk sikap macam tu?

Samalah juga dengan apa yang aku nak sampaikan di sini.. kita lihat status-status FB seseorang penuh dengan dakwah-dakwah indah yang mendekatkan kita dengan akhlak Islam dan Islam... dan sedar atau tidak, mesti ada punya fikiran yang mengatakan, "tak payah nak tunjuk baik dekat FB tapi hakikatnya kau tu tak baik....HIPOKRIT".. lebih-lebih lagi kalau tuan punya status itu tidak bertudung, atau orang yang selalu buat salah di mata orang lain.. mesti ada kata cacian yang tidak menyenangkan..

Sedar atau tidak, tindakan seperti itu bukan mendekatkan kita dari kebaikan tapi menjauhkan lagi dari kebaikan..Apalah salahnya kita ambil iktibar dari dakwah tersebut dan kenapa nak kondem siapa tuan punya status? adakah anda terasa dengans status tersebut kerana kena pada batang hidung anda? atau anda rasa anda dan cukup bagus dari tuan punya status?






Kenapa ada berfikiran seperti itu? Terfikirkah kita, kadang-kadang status macam tu lah akan menyedarkan kita semua dan sedar atau tidak status dakwah begitu boleh membawa perubahan diri tuan punya status berubah ke arah kebaikkan..yang tidak bertudung ke arah bertudung. yang tak baik ke arah kehidupan berteraskan ajaran Islam. Kenapa kita tak menyokong saudara sendiri untuk ke arah kebaikkan dan sama-sama ke Jannah nanti? 

Kenapa nak menghalang niat seseorang untuk berubah? Perubahan bukan dapat dilhat 2 3 jam selepas itu. Perubahan makan masa berbulan, berhari mahupun bertahun. Hari-hari air menitis ke batu, batu akan berlekuk juga, apatah lagi hati manusia yang dicipta punya kelembutan...Oleh itu sokonglah perubahan ke arah kebaikkan bukan memperkecilkan apa yang dilakukan..Setiap manusia ingin berubah ke arah kebaikkan supaya hidup diberkatiNya dan sisa-sisa kehidupan tidak di sia-siakan..

Jangan ingat anda memperkecilkan orang lain anda sudah cukup baik.. tapi sebenarnya, orang yang anda tegurlah yang jauh lebih baik dari anda..dia berubah ke arah kebaikkan, anda berubah ke arah keburukkan.. KAN??

selalulah berfikiran positif.. sentiasa muhasabah diri.. aku bukanlah sudah cukup baik mahupun sempurna untuk menegur kesalahan orang lain, aku juga punya kekurangan dan aku juga sedang belajar berubah ke arah kebaikkan..insyaAllah..



"APALAH SANGAT PANDANGAN MANUSIA KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN PANDANGAN ALLAH"


Wallahualam....

7 September 2012

puaskan hati orang vs hati sendiri

Bismillahhirrahmanirrahim....







Dalam pada sibuk aku nak buat assginment segala hal, aku masih sempatkan diri menyibukkan diri aku dengan aktiviti blog aku...(apa aku cakap ni..) Tapi baru pukul berapa... awal lagi... esok pun tak da kelas... lagi la lambat aku tidur... Nak tanya korang la..Korang pernah kan hadapi situasi di telan mati bapak, diluah mati emak (eh..betul ke?? tolong google kan..aku malas) Meanz kat sini apabila kita kena jaga hati orang sekeliling tapi dalam masa yang sama nak juga jaga hati sendiri... Tapi sesetengah dari kita lagi rela hati pecah retak seribu dari kecewa kan hati orang lain..

Aku selalu konflik dengan diri sendiri bila sebut pasal ni.. Yelah bila dah ramai sangat kawan, macam-macam ragam kita dapat, macam-macam ragam kita telan... Nak tegur, alahai~ aku bukan jenis suka tegur orang direct.. Aku jenis yang, 'biarlah dia..'... nak jaga hati orang punya pasal... kekadang aku sendiri pun tak tahu orang tu marah aku ke tidak.. Mungkin aku seorang yang BLUR dan mungkin tidak...

Sebab dari nada/cara penulisan kita dapat tahu dia ni marah ke tak. Bila aku perasan orang marah aku, aku diam kan diri.. "Ehh..dia ni marah aku ke? Ha'ah la..dia marah aku..pehal lak nak marah aku..BAJET! eh..dia main-main la tu kot..aku ni yang cepat sangat terasa ni...nak kata datang bulan tak pun..aku ni cepat sangat la terasa.. die tak marah aku"...pastu aku gelak sorang-sorang (sebab aku suka gelak) Memang selalunya aku macam tu la..buat andaian sendiri..pastu gelak sendiri... puaskan hati sendiri dalam masa yang sama puaskan hati orang sebab dia marah aku....eh..macam tu pun boleh?

Tapi ye la... kebanyakkan orang akan menjaga hati orang sekeliling terutama orang yang die sayang... dan ada juga yang tak peduli perasaan orang lain, asalkan hati dia puas... tadi masa berbuka puasa, kawan-kawan aku dok bercakap-cakap tentang orang itu ini.. Aku hanya mampu mendengar sebab aku tengah syok layan makanan yang aku makan. Kawan-kawan aku ni tak suka orang ni sebab die gile kuasa la, melantik diri sendiri bajet macam bagus la, macam-macam yang tak puas hati la.. Aku just fikir positif di situ dan mampu mendengar.. Sampai lah aku menyampuk, "die tahu die boleh pegang jawatan tu, sebab tu die pilih diri sendiri pegang jawatan tu...korang tak nak amek, dia amek la.." Aku bukan nak menyebelahi sesiapa, tapi jangan lah asyik fikir di sudut negatif apa yang orang buat. Kalau bagi sokongan moral kat orang tu tak apalah jugak.. Tapi alih-alih aku plak kene tempik..ye la..aku sorang je lah yang tak berapa nak setuju apa diorang cakap.. tapi apa-apa pun, setiap orang punya hak bersuara mengemukakan pendapat masing-masing. itu pendapat diorang.... dan itu pendapat aku.

aku terasa ohkay tadi kene tempik....  purffff... *sigh



Bukan senang nak puaskan hati orang, dan bukan mudah berpeluang nak puaskan hati sendiri... hati kene kuat lah beb kalau nak jaga hati orang..tak mo lah nak jaga sangat hati orang, lepas tu sampai bilik nangis-nangis... relax ohkay.. itu lah asam garam kehidupan...(aku sendiri pun belum tentu dapat tahan tak nangis..wuwuwuwuu)


Falsafah hari ini: Dalam menyelesaikan masalah dalam hidup, anggap ia seperti membasuh pinggan mangkuk dalam sink, jika terlalu banyak dan kotor, selesaikan satu persatu, basuh dengan sistematik, bilas secara berperingkat, dan yang penting cuci sink supaya tak berbau dan tak menyusahkan orang lain




***sambung makan meggi perisa tomyam

6 September 2012

positif positif positif

Bismillahhirahmanirrahim...




Actually I don't know how to show the feeling...








Aku tak tahu nak cakap macam mana apa yang dah jadi dengan aku hari ini.. It was my mistake too.. yela sebab buat kerja last minute... jarang aku buat kerja last minute..bile buat, inilah padahnya...padan muka aku...

Vedeo mandarin (assingment) sepatutnya submit by today...dek kerana 'bega' nye kepala otak aku ni, aku buat vedeo tersebut malam sehari sebelum submit... so dengan jayanya aku buat vedeo tu berseorangan sampai azan subuh Alhamdulillah vedeo tersebut siap... aku senyum puas..sangat puas! lepas solat subuh aku biarkan lappy ternganga dan aku terus tidur sebab aku ade kelas pagi..walau aku tido 3 jam sekalipun aku nak tidur juga..

Time nak ke kelas aku terus packing aku punya lappy dan hanya tekan SAVE pada vedeo tu... Actually aku sendiri tak tahu bende tu betul-betul save atau tak...aku tahu aku save je.. lol

Sampai jek di kelas, bila nak burn vedeo tu dalam CD, yess!! Vedeo tu tak de isi...  Soooooo, the point is, ape yang aku save tadi????    Purffff.... aku puas godek-godek lappy aku, call sana sini segala maintenance mane tahu kot kot virus, shotcut & etc.. tapi tak de plak dapat detect benda-benda negatif..    ok.. salah aku kot.. (nak je aku salahkan vedeo tu yang tak nak keluar)

Nak je aku baling-baling, campak-campak lappy ni dek kerana salah sendiri....huhu..gile meroyan kot aku tadi... nak nangis, kawan-kawan aku ada plak.. (aku tak kan menangis depan orang).. so aku geram sorang-sorang dalam hati..penat jek buat sampai tak tidur...

Mujurlah kawan-kawan aku usap-usap bahu aku, coolkan aku..diorang boleh buat lawak ntah apa-apa walau saat tengah genting sebab vedeo tu kena submit hari ini.. aku pantang orang buat lawak, memang tergelak lah aku (aku cepat ketawa).. tapi hati tetap kecewa la dengan apa yang dah berlaku.. abang atep tenangkan aku.. macam-macam nasihat dia bagi... padahal aku dah tak dengar apa dah dia cakap... hahahaha...   sebab aku dok menangis (abang tak tahu orang nangis tadi..haha)... abang pujuk aku jangan nangis, aku mana ada nangis.. aku cool ohkay... tak nangis    tak nangis    tak nangis... lol

Tapi benda nak jadi.. mesti ada hikmahnya... positif positif positif... tak da rezeki aku lah tu kali ni... tak apa.. Dia tahu apa yang aku perlukan, dari apa yang aku inginkan... kerana Dia lebih mengetahui... aku muhasabah diri.... tenang elok-elok... dan    SENYUM :)



Alhamdulillah....



P/S : Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajarlah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semua telah tiada

3 September 2012

mencari si soleh

Salam subuh..

Jika mahu mendapatkan yang SOLEH, kurangkan agenda mencari si SOLEH, tetapi berusaha menjadi yang SOLEHAH. Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah menjadi yang SOLEH. Bertemu yang solehah, solehahnya belum tentu KEKAL.. Bertemu yang soleh, solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses MENJADI bukan MENCARI

SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yang masih tercari-cari jalan bagi bertemu kami.. "wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dalam mencari keredhaan ALLAH, agar aku dapat bertemu denganmu secepat yang mungkin dan aku mengimpikan menjadi zaujku.." ..amin ya rabbi



Seseorang yang soleh pasti menuggu kamu andai berjaya menjadi solehah..



MasyaAllah.. Apakah 'dia' masih setia menunggu aku?

Segalanya bergantung kepada usahaku dalam mendekatkan diri kepada ALLAH

Astaghfirullah.. tetapi aku kadang-kadang berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai 'dia' yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi??

Bukan aku yang memutuskan apakah aku solehah atau tidak.. tetapi Allah ...tugas aku hanyalah berusaha menjadi si solehah, bukan membuat keputusan yang aku solehah...selagi aku memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itulah aku akan menjauh dari Allah..



"aku mencintaiMu Ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintaMu kepadaku agar bertambah cintaku padaMu.." amin...