Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

25 August 2014

Hedi the Hedgehog: Alahai anak..


Lama sangat tak tulis sini. datang je sini nak bukak cerita pasal pet. dari kecik nak sangat bele kucing. tapi parents tak kasi sebab bulu die. takot bawa penyakit. dah duduk rumah sewa sendiri. nak bela sendiri nak jaga sendiri. lepas raya hari tu. seperti biasa rezeki duit raya sentiasa banyak dan sentiasa bertambah tahun ke tahun walau usia da 21 kan. duit yang ada selain shopping (tak mau simpan duit raya. hihi), tiba2 timbul 1 idea dan keinginan yang dah lama nak buat. bele hamster. tapi takot nak bele. 1-parents tak kasi. 2-takot nak bele. nanti gigit. :'(

tak lama lepas tu. pergi beli hamster plus segala perkakas. bla bla bla.. (pasal hamster nanti2 la cerita)
lepas seminggu bela hamster. gatal sangat nak bele minatang lain. teringin nak bela landak putih/Hedgehog. di beri nama Hedi atau HH (common peminat Hedgehog panggil untuk singkatan). senang sebut. around 2weeks bela. so far so good. banyak sangat benda baru yang dapat. knowledge untuk jaga Hedi ni. SABAR tu kena ada. lagi2 pembela baru macam aku ni. Sabar? aku bukan orang penyabar. yang aku tahu, minatang tu kena cepat mesre dengan aku. kena! haha


ni masa dia dah start mesra2 dah. nampak manja.


Hedi seperti landak putih lain. take time nak rasa mesra dengan manusia. lagi2 bila dia selalu keluarkan bunyi 'hissing'. itu bermakna dia takot. sehari bela dia. dia tak nak. ok. common la. dapat tuan baru. 2nd day. pun tak nak. die asyik kembangkan duri dan buat bunyi 'hissing'. ok. ok. take time. baru lagi.(sedapkan hati). 3rd day. dah rasa sedih. yelah. dah hari ke-3. tak kan tak mau tuan baru ni (akibat rasa ketaksabaran). terus whassap owner lama Hedi. tanya itu ini. juga tanya kawan2 yang ada bela minatang ni. diorang cakap. benda tu normal. memang jenis ni kena take time. kene belai selalu... fuhh.. lega. ingatkan tak mau langsung.


masa mula2 nak bela dia. tak mahu kawan langsung. terperap je. :'(


ade kawan cakap. letak baju kita yang dah pakai seharian. letak kat sangkar dia. kasi die sebati dengan  bau kita. then angkat die guna kain. (kenapalah tak terfikir nak angkat guna kain. hmm. akibat sedih sangat mungkin).. lepas angkat guna kain. letak dia di lantai. biar die explore sendiri. sambil tu aku bersihkan tempat dia. ganti dengan pasir baru. HH ni boleh guna pasir kucing atau habuk hamster. tapi pasir kucing ni tak delah buat kan poop atau pee dia berbau. bau ada bau. tapi in 3 weeks later. kalau guna habuk hamster pun boleh. aku dah try. tapi belum seminggu dah rasa nak pengsan. poop dan pee dia hebat sangat bau bercampur dengan habuk tu. tapi tak delah bau sangat. kalau poop dia busuk sangat. tu something wrong pasal pemakanan atau cek balik air yang dia minum. kalau poop dia cair hijau, bermakna air die sudah tercemar dengan bakteria.

lepas beberapa hari main dengan dia. tak yah tunggu lama sangat. dalam 2 hari depends on macamana kita belai dia. dia dah ok. nak manja2. walau ada sikit bunyi 'hissing' stand for dia tengah takut. mula2 bela nampak macam pasif. sedih pun ada. lama2 letak luar sangkar. kasi dia explore, Hedi start lari laju panjat sana sini.

sejak bela Hedi, suka search pasal dia. sebab baru nak belajar bela. takot terbunuh dalam berkasih sayang dengan dia. gituuu... rupanya, HH ni kena hari2 belai. hari2 kasi dia excercise. sebab nanti dia obesiti akibat makanan yang dia ambil. lagi pun HH ni suka mengembara. menarik! so far baru ada basic2 dia punye keperluan. dah ada duit sikit, slow2 belikan dia roda macam hamster tu. ball dia ke. sebab selama ni tumpukan pada hamster je..

pasal makan dia. ada juga search internet and tanya2 orang. dia makan makanan kucing yang kering. 6 bulan ke bawah makan yang kitten punye. nak try bagi ulat roti pun boleh. kalau tak takot la. mihmihmih.. protein kucing pun dah cukup buatkan HH ni gemok. dan OBES! sebab tu die perlu berjalan2 setiap hari. supaya tak obess. kalau HH tu memanjang macam timun, tu dia SLIM. macam Hedi. slim. tiba2 nak Hedi obess sikit. sikit je. kasi geram2 sikit nak nengok.


bila dah rasa selamat dengan manusia. heeehh -,-


Hedi ni kuat minum air. bila isi air. esok tu dah separuh. rasa lega jugak la. dia nak makan nak minum. dari die pasif macam tu. sebab dia kuat tido. tak dapat nak tahu dia sakit ke apa. Allhamduliilah. so far dia ok. tak sakit. malam2 memang dia aktif. panjat sana sini. makan krukk krekk kruukk kreekk..

mula2 mandikan dia. memang dia lari nak keluar dari bekas. alahai anak.. duduk diam2 boleh? tapi kena mandikan jugak. duri dia yang putih tu dan cekelat dah. ni main kat mana pun tak tahu la. guna shampoo baby je yang tak pedih kan mata. wangi sangat. verangan ala2 mandikan baby. bila mandikan. dia lari keluar dari bekas mandi. amek kesempatan tu tambah sikit air (ikut suhu air suam2), kasi die swim. sebab dia ni jarang excercise. so berolahraga la dia dalam air tu. berus duri dia. dari kuning cekelat. dah putih bersih. adik aku pun cakap. putih giler duri dia. heee.. tapi kejap je cantik. dah main2. dah merayau sana sini. kotor jugak nanti. bergantung persekitaran.

bila dah sebati dengan dia. nak usik dia pun tak takot. dia punya duri pun tak tunjuk yang dia takot kena serang. tapi dengan orang lain dia akan kembangkan duri dia. sebab tak kenal. dia kenal bau tuan die je. :) bunyi 'hissing' still ada lagi. memang take time nak manja2 kan dia. sebab dia ni ada sifat takot pada manusia. sabar la ye.. huuu


ni gambar ambil dari page Hedgehog World Malaysia. kalau nak beli barang2 HH ni. boleh pergi di page tu.
HH adalah haiwan aktif. sila sediakan senaman yang secukupnya.

lucky me aku dapat Hedi ni free sebab masa tu memang aku dok cari landak putih ni. kebetulan kawan sekolah aku baca status aku then dia kasi free. siapa tak nak kannn.. jenis albino pulak. hari tu tengaok di kedai sampai Rm150 seekor. depends on type jugak. kalau search di internet pun tengok harga jugak. depends on owner. dah rezeki aku.

sejak bela Hedi ni, ramai yang tertanya2 macam mana nak bela, bagi makan apa, susah tak nak jaga. poop & pee dia macam mana pulak nak handle. dia gigit tak.. macam2. so aku buat 1 entry . aku ceritakan semuanya. mungkin ada yang tak lengkap tak menjawab soalan sebab aku pun dah lupa apa lagi korang tanya aku .huhu.. apa2 pertanyaan boleh tanya. tak da masalah. :) kita share2 masalah, ilmu.

boleh juga tanya di facebook group I <3 Hedgehog ( I Love Hedgehogroup) . segala pertanyaan boleh tanya mereka kat sana. diorang pun suka share gambar2 HH diorang. :)




notakakicomel: nak cari pasangan Hedi pulak yang betina.

5 comments:

  1. kiut gilerrrrr! :)



    http://amardhiahkamal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. bile die makan ulat roti, hilang kiut die. meremang dengar bunyi rangup ulat tu -,-

      Delete
  2. Huishhh first time jumpa orang bela landak ni.. comel pula tuuuu... kyaaaa tapi penjagaannya nampak agak rumit juga ye.. tambah2 badan dia berduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah. bile dah biasa dengan kta duri dia takdelah tajam. die tak kembangkan duri die., manja kalah hamster erny ni. nak peluk2 je

      Delete
  3. Sya pun bru bela. Mcm garang ja mula2. Kerja kembangkn duri dia n hissing. Haihh mkn masa..sya punya jenis salt&pper betina

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!