Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

16 June 2013

nak cantik kena disiplin!


meh sini entry khas nak bagi dan special nak bagi tahu ni. banyak dah komen2 merungut2 cuba macam2 produk tapi kenapa tak cantik macam pengguna produk sekian sekian tu? produk tu pentipu ke? ehem! sebenarnya tak da yang pentipu tak da yang tentipu.

cuba kita tengok balik mana2 produk tak kesah la jamu ke, produk serbuk2 ke, mesti pantang larang dia kena minum atau makan benda2 yang berkhasiat kan? itu salah satu pantang larang nak cantik. erti kata lain kena disiplin. ce amalkan makan minum yang tak berkhasiat. bukan muka je tak cantik. 1 badan tak cantik. dah tua mula lah sakit2, buah pinggang rosak la bagai. sebab apa? sebab kita tak disiplin kan diri amalkan benda2 yang berkhasiat. balik2 air gas. balik2 minum berais. haa.. entry kali ni aku nak ajar cara mudah nak disiplinkan diri mengikut apa yang aku selalu amalkan :)



1) Mask muka 2-3 kali seminggu




Pemakaian mask adalah sangat penting ye uolls. Masker tak kiralah perempuan atau lelaki boleh guna terutama sesiapa yang mementingkan kecantikkan dan kebersihan kulit. In fact, masker berfungsi melambatkan proses kedutan dan menegangkan kulit muka.

Dalam skincara range, jangan sesekali lupakan masker. Masker perlu dipakai 1 kali seminggu. tapi paling digalakkan pakai 2-3 kali seminggu. Biasalah manusia kalau hari2 guna pun lupa, ni kan pula pakai jarang2 kan? samalah macam aku. nak elakkan dari lupa atau terskip melampau hari so aku gantung macam ni mengikut hari.

Nampak macam kuno tapi bagi aku ni cara disiplinkan aku untuk tidak terskip tak pakai mask dalam seminggu tu. so aku dapat tahu, hari Isnin pakai mask muka, Selasa pakai eye mask, Rabu mask muka dan seterusnya. so kiranya gantung macam ni untuk seminggu. hujung minggu je gantung yang baru. so aku tak kan terskip sekalipun! :D




2) Tona, pelembab dan lotion setiap kali sebelum tidur




Aku selalu terlupa nak pakai lotion sebelum tidur. Tona dan pelembab pun sangat penting sebelum tidur ye uolls. Tona dan pelembab bagi mengekalkan kulit sentiasa lembab. Lagi2 macam aku tidur dengan menggunakan air-cond. lagilah kena guna pelembab muka supaya tak kering mengelupas. Nak dapatkan tangan yang lembut pun sebelum tidur kena guna lotion.

So bagi mengelakkan aku gunakan perkara2 sedemikian so aku letakkan je lotion, tona dan pelembab muka ni di sebelah bantal atas katil. so nak tidur terus guna. Bebear pun dah dapat tahu rutin aku sebelum tidur. Cara ni aku tak lupa perkara2 penting sebelum tidur . :)




3) AuraWhite sebelum sarapan dan sebelum tidur



Ehem! aku ni memang penggamal jamu dan penggamal AuraWhite. hehehe.. ni antara rahsia2 aku lah.. aku akan letakkan jamu dan AuraWhite di dapur tempat di mana aku pergi nak minum air. so sebelum nak sarapan dengan perut kosong, aku akan nampak barang2 ni. terus minum AuraWhite dan telan jamu.

Haa... cara macam ni disiplinkan aku supaya tak terlupa nak ambil benda2 penting ni! korang pun kalau yang pengamal produk apa2 ke, makan ubat ke, tak nak terlupa nak makan, letak di tempat yang senang korang nampak. letak tempat yang sesuai. :)




4) Setiap hari 3-4 liter air mineral/suam



Haaa! ini 1 hal! kita ni sering kali abaikan minum air suam/mineral. yang kita selalu minum, air sejuk, air manis. tapi selalu tak pandang air tak da rasa ni. haha.. so start hari ni, korang kena minum air suam/mineral 3-4 liter sehari. biarlah asyiku keluar masuk ke bilik air. asal badan kita sihat. kulit memang akan jadi cantik!

mula2 tu memang susah nak biasakan diri. tapi lama2, air sedap2 macam air coke tu pun korang dan tak heran. betul! tak tipu!. macam aku lah. tengok adik2 minum air gas.. memang mencabar nafsu betul. tapi tahan kan jugak diri ni. nak sihat dan cantik punya pasal. :)

so yang baru2 nak mendisiplinkan diri minum air suam tu, untuk senang sukat air berapa korang minum, letaklah atau isi air dalam botol mengikut sukatan yang sama. kalau 1 botol 500ml.. letak atas meja belajar atau tempat korang selalu nampak sebanyak 6 botol.(3liter). bila letak tempat senang nampak, korang akan terus minum. secara tak langsung korang dah boleh sukat berapa korang minum dalam sehari. tak delah terkurang 3 liter. terlebih lagi bagus! 

macam aku malas nak isi air. so beli je berkotak2 air mineral. dan letak luar kotak 6 botol. 6 botol tulah aku paksa diri kena habiskan dalam 1 hari tu!






bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. kan? so bukan senang nak cantik kalau kita tak usaha. nak tak cantik senang je.makan la ape2 pun. minum la ape2 pun. nanti kulit tak cantik. badan sakit2, jangan nak bising2 jangan nak menyesal2 bila dah tua nanti. dari sekarang lah kena jaga badan. badan kita ni lama lagi nak guna. kita ada tanggungjawab. so fikir2kanlah :)

ni antara tips nak disiplin cara aku. kalau korang ada lagi baik, lagi bagus! so teruskan !




untuk para muslimah yang suka berfesyen , bolehlah korang belek2 magazine dara.com atau hijabista untuk ambil info2 fesyen yang terbaru. :)






notakakicomel: kenyang makan malam ni :)

7 comments:

  1. sis makan jamu apa yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan Jamu ALmira.. dari Jamu Mak Dara.. jamu tu untuk anak dara je tau :)

      Delete
  2. rajinnya akakkk. Nak kena lawan nih! hehe

    ReplyDelete
  3. makan jamu Almira dari Jamu Mak Dara.. RM48 sahaja :)

    ReplyDelete
  4. lea: nak lawan? lawan laaa.. haha

    ReplyDelete
  5. Tips! Lepas ni cube try pakai masker dgn real vitamin plak.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!