Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

12 March 2013

sedekah penambah rezeki ^^,


Bismillahhirrahmanirrahim...

Allahuakbar.. Allahuakbar..

Azan di Masjid Al Hikmah UiTM Melaka, Lendu dah berkumandang menandakan masuknya isyak... SubhanaAllah.. Aku masih lagi berkesempatan mendengar ayat2 suci.. Alhamdulillah~

SubhanaAllah.. mata aku masih lagi dapat melihat kerenah anak2 kucing yang sentiasa aktif berlari seperti tak da masalah..

SubhanaAllah.. hati aku masih lagi dapat merasa simpati melihat insan2 yang lemah yang lagi berat ditimpa ujianNya berbanding aku yang sihat..

SubhanaAllah.. tangan aku masih lagi mampu memberi pada mereka yang memerlukan..



Sejak kebelakangan ni tangan aku tak lekang menghulurkan bantuan ataupun duit kepada mereka yang memerlukan.. Dengan lafaz Bismillah dengan niat ikhlas lillahitaa'ala.. sambil berdoa "semoga aku, keluarga, rakan2 dan yang tersayang sentiasa dibawah redhaNya... Amin..."

walau dah nak akhir sem ni memang banyak duit jalan macam air.. tapi tak pa.. apalah sangat aku nak simpan duit banyak2 semata-mata nak topup tak pun nak makan sedap2.. dekat luar tu ntah berapa ramai lagi yang tak makan nasi lagi.. yang tak pernah makan sedap2..ntah2 sekarang ada yang dah mati kebuluran sebab tak makan.. ya Allah.. aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana kau berikan aku peluang untuk membuka mata hatiku sebelum nafas terakhir.. Alhamdulillah~

Apa yang aku sampaikan bukan nak bangga diri disebabkan aku banyak bersedekah. bukan nak biar tangan kanan memberi. tapi tangan kiri dok bising2.. tapi aku dengan niat nak menyedarkan kita semua, kita selalu leka dengan apa yang kita ada. sedangkan lagi ramai kat luar yang lagi tak senasib macam kita ni kan.. ada kita renung2 kan tak?

Tapi apa yang aku perasan, walau dah nak akhir2 sem ni.. walau aku dah bankrupt bayar itu ini. tapi aku takda langsung terasa terdesak sampai nak kena diet 7 hari 7 malam. rezeki sentiasa datang..makanan sentiasa sampai masuk terus dalam perut. takda langsung terasa terdesak sampai nak mencuri ke, nak meminta ke.. jauh sama sekali.. rezeki datang dalam macam2 bentuk.. Kuasa Allah.. SubahnaAllah.. bila kita tolong agama Allah. Allah akan menolong kita.. :)

Siapa kata kita jadi miskin bila asyik bersedekah?




Si miskin tak perlu sampai kena hidup meminta-minta, manakala si berada tidak perlu menunggu diminta baru nak memberi.
Sedekah ini satu ibadah yang menjadikan si pemberi menjadi bertambah kaya. Tak pernah dengar pun lagi bila kita bagi sedekah kat orang, kita jadi makin miskin.
Jika dilihat dalam al-quran pada surah al-Baqarah ayat yang ke 261, terdapat sepotong ayat yang memotivasikan kita untuk beri sedekah banyak-banyak.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.  al-Baqarah ayat 261

Inilah salah satu sebab kenapa kita tak akan jadi semakin miskin disebabkan banyak bersedekah dan membelanjakan harta kita di jalan Allah. Sebabnya Allah akan pelihara kita, dan setiap perbelanjaan kita, akan digandakan sebanyak 700 kali manfaatnya. Mungkin kita tak nampak dalam bentuk wang ringgit, tapi yakinlah pulangannya memang akan kembali kepada kita.


Tak perlu nak tunggu pada hari akhirat pun, dalam dunia ni jugak kita akan dapat semula balasan baik daripada ibadah sedekah tersebut.

Nota kaki comel : hayatilah kata-kata Saidina Ali, apabila mengukur nikmat Allah, maka lihatlah orang yang lebih rendah atau kurang daripada apa yang kamu ada. Barulah kita tahu, bahawa di sebalik kekurangan dan kesempitan kita, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!