Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

3 October 2011

Akhirnya, aku sedar percintaanku yang gagal membawa aku jauh dari neraka




Setiap insan yang mempunyai hati dan jiwa sering memerlukan perasaan menyayangi dan disayangi. Begitu juga aku. Aku tidak terkecuali punya perasaan sebegitu. Lebih-lebih lagi perempuan mempunyai hati yang lembut ingin dimanjakan dan dikasihi.


Tapi, kita sering lalai apabila sedang hanyut bercinta. Remaja hari ini sering terdedah dengan kelalaian, membuatkan kesenanagn di hati si iblis. Aku juga seperti remaja lain, yang lalai apabila bercinta. Yang aku fikirkan hanya keseronokkan. Bak kata orang, kerana sayang sanggup jua...


Alhamdulillah...kelalaian aku tidak pergi jauh. Aku masih waras. Mengingati Dia yang satu. Tetapi, bila rindu datang membuak...bila jari bergerak laju...bila mata bertentang mata...bila bahu bersentuh bahu...Aku tahu..aku sedang berzina... Zina hati, zina jari, zina mata, zina perbuatan.. Dari awal lagi, aku mengetahui, COUPLE itu merupakan langkah awal menuju zina.. Dan aku juga tahu, selain aku, mereka turut mengetahui, COUPLE itu menuju penzinaan. Dan kenapa aku masih berbuat demikian? Kerana kurangnya iman di dadaku. Kerana kurangnya aku melakukan amalan-amlan yang dituntut sebagai hamba-Nya.


Bila bercinta, semuanya indah. Tetapi kenapa aku tidak menyedari keindahan Islam itu dari awal? 
Apabila gagalnya aku dalam episod percintaan, kenapa harus aku menangis semahu-mahunya. Kenapa aku tidak menangis kerana mengenangkan dosa-dosa aku yang terdahulu? 
Apabila aku sedih mengenangkan kisah aku yang tidak kesampaian, aku mencari orang sekeliling yang hanya dapat memberi semangat tetapi tidak dapat memulihkan perasaan. Kenapa aku tidak mencari-Nya, lalu mengadu kepada-Nya sedangkan aku yakin Dia dapat menenangkan perasaan aku dan seterusya memulihkan hati aku?


Walau pada mulanya aku merasakan diriku teruk apabila gagal dalam bercinta. Tetapi aku sedar. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Allah tidak akan menguji seseorang melainkan apa yang terdaya oleh hamba-Nya. Lantas aku tersedar. Apa yang berlaku tidak perlu aku sesali kerana Allah ingin aku jauh dari neraka jahanam. Jauh dari jerat percintaan sebelum kahwin yang tidak tahu penghujungnya. Adalah lebih baik aku merebut cinta dari-Nya yang satu...yang tiada akhirnya....Terima kasih Allah..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!