Kita diberi rasa untuk merasa. Diberi hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikit. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian.
Kata orang, masa dan kenangan yang berlalu tetap tidak akan dapat dilupakan. Lagi-lagi apa yang berlalu itu melibatkan sesuatu yang sangat besar dan bermakna dalam hidup seseorang...
SENYUM
Ada pula orang akan terhibur apabila sesekali memori lalu menyapa ingatan. Ada kenangan manis. Ada kenangan pahit... Namun kedua-duanya akan menjadi suatu kenangan yang indah apabila sudah lama berlalu...dan bile kite merindui seseorang..dengan cara menyapa kembali kenangan...
Betullah kata orang, kite tak akan pernah dapat melupakan masa lalu kite.
MENGIMBAS KENANGAN SEKETIKA
Beberapa jam yang lalu, duduk sendirian menulis dan mencari idea untuk menulis.. Selepas itu didatangi oleh seseorang. Cerite punye cerite akhirnya masing-maisng membuka memori tersendiri.
Kelakar.. Masing-maisng berlumba-lumba nak menceritakan kenangan lalu yang menyeronokkan. Dan boleh membuat kite tersenyum sendiri. Bagi aku, teramat rugi bagi sesiapa yang hendak membenci masa lalu..
Setiap orang, berbeza cara hidup dan keadaan hidup yang ditempuhi. Masing-masing punya 1001 macam kisah yang dipendam. Dalam korang membenci masa lalu tu, cubalah mencari sedikit kebaikan di dalamnya. Mungkin kalau sesuatu itu tidak terjadi suatu masa dahulu, mana mungkin kita seperti masa sekarang kan?
MEMORI PAHIT
Setiap orang pasti ada kenangan yang pahit pernah dilaluinya. Aku juga begitu. Kadang-kadang untuk mengimbas kembali terasa sakit, malu dan menyalahkan diri sendiri pun ada.. Namun itu bukanlah alasan untuk membenci apa yang terjadi. Setiap sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi..
Cepat atau lambat sahaja hikmah tu akan kelihatan. Kadang kala, hikmah itu akan ALLAH datangkan tanpa kite sedari. Cuba kite renungkan....
AKU MENGIMBAS
Apabila aku banyak bercerita tadi, beliau banyak diam. Mendengar dengan khusyuk. Aku tahu, beliau merasai kisah aku. Apapun, kenangan banyak terimbas ketika masih kami di bangku sekolah. Dan mempunyai ramai kawan yang masing-masing dengan ragamnya yang tersendiri. Indah..
Setiap kenangan yang pernah aku alami yang pahit-pahit, aku simpan kemas dalam satu sudut memori yang khas. Yang indah-indah, aku akan pastikan sudut yang lebih luas untuk 'nya'...Walau jauh di mata, setiap detik kenangan sangat berharga..
Aku adalah sebagai hamba, maka aku harus menerima keputusan dengan seadanya. Sebab kepadaNya lah aku bergantung...TanpaNya aku mati..
Oh.. Malam ni juge adalah memori baru. Memori yang menjadi pembongkoran kepada memori-memori yang terdahulu..
Semoga ALLAH merahmati kite...
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!