Ramai dah aku tengok orang-orang sekeliling aku yang suka compare kan diri dia dengan orang lain, dan orang lain dengan yang lain...sampaikan buat orang rasa rendah diri walau sebenarnya dia lagi hebat dari orang yang meng'compare' kan orang tu...tapi dengan hilang keyakinan diri..sampai lari dari rumah dan macam-macam kes lagi..hanya disebabkan perkara macam tu...
apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah??
renung-renungkanlah...
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. "
(Surah al-Hujurat ayat 11)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!