Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe
Showing posts with label positif. Show all posts
Showing posts with label positif. Show all posts

6 September 2012

positif positif positif

Bismillahhirahmanirrahim...




Actually I don't know how to show the feeling...








Aku tak tahu nak cakap macam mana apa yang dah jadi dengan aku hari ini.. It was my mistake too.. yela sebab buat kerja last minute... jarang aku buat kerja last minute..bile buat, inilah padahnya...padan muka aku...

Vedeo mandarin (assingment) sepatutnya submit by today...dek kerana 'bega' nye kepala otak aku ni, aku buat vedeo tersebut malam sehari sebelum submit... so dengan jayanya aku buat vedeo tu berseorangan sampai azan subuh Alhamdulillah vedeo tersebut siap... aku senyum puas..sangat puas! lepas solat subuh aku biarkan lappy ternganga dan aku terus tidur sebab aku ade kelas pagi..walau aku tido 3 jam sekalipun aku nak tidur juga..

Time nak ke kelas aku terus packing aku punya lappy dan hanya tekan SAVE pada vedeo tu... Actually aku sendiri tak tahu bende tu betul-betul save atau tak...aku tahu aku save je.. lol

Sampai jek di kelas, bila nak burn vedeo tu dalam CD, yess!! Vedeo tu tak de isi...  Soooooo, the point is, ape yang aku save tadi????    Purffff.... aku puas godek-godek lappy aku, call sana sini segala maintenance mane tahu kot kot virus, shotcut & etc.. tapi tak de plak dapat detect benda-benda negatif..    ok.. salah aku kot.. (nak je aku salahkan vedeo tu yang tak nak keluar)

Nak je aku baling-baling, campak-campak lappy ni dek kerana salah sendiri....huhu..gile meroyan kot aku tadi... nak nangis, kawan-kawan aku ada plak.. (aku tak kan menangis depan orang).. so aku geram sorang-sorang dalam hati..penat jek buat sampai tak tidur...

Mujurlah kawan-kawan aku usap-usap bahu aku, coolkan aku..diorang boleh buat lawak ntah apa-apa walau saat tengah genting sebab vedeo tu kena submit hari ini.. aku pantang orang buat lawak, memang tergelak lah aku (aku cepat ketawa).. tapi hati tetap kecewa la dengan apa yang dah berlaku.. abang atep tenangkan aku.. macam-macam nasihat dia bagi... padahal aku dah tak dengar apa dah dia cakap... hahahaha...   sebab aku dok menangis (abang tak tahu orang nangis tadi..haha)... abang pujuk aku jangan nangis, aku mana ada nangis.. aku cool ohkay... tak nangis    tak nangis    tak nangis... lol

Tapi benda nak jadi.. mesti ada hikmahnya... positif positif positif... tak da rezeki aku lah tu kali ni... tak apa.. Dia tahu apa yang aku perlukan, dari apa yang aku inginkan... kerana Dia lebih mengetahui... aku muhasabah diri.... tenang elok-elok... dan    SENYUM :)



Alhamdulillah....



P/S : Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajarlah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semua telah tiada

15 June 2012

aku ingin berubah kerana Allah...


Setiap orang ingin berubah. Berubah ingin menjadi yang terbaik. Begitu juga aku. Terbaik di mata manusia. Bagaimana pula pada pandangan Allah? Adakah kita sedar kita betul-betul menjadi yang terbaik...

Umur semakin meningkat dan setiap masa juga aku terfikir betapa dekatnya mati itu. ya! Mati itu paling dekat dengan kita. Yang jauh itu masa silam. Biarlah masa silamku menjadi pengajaran buat aku. Aku ingin berubah. Kerana Allah. Menjadi yang terbaik. Kerana Allah. Walau aku tahu manusia tidak pernah sempurna. Tapi apalah salahnya aku mencari kesempurnaan tu. Hidayah perlu dicari. Bukan ditunggu.

Aku selalu mendampingi diriku dengan orang-orang yang membawakan kudekat denganNya. Aku selalu mendedahkan mataku dengan membaca bahan-bahan islamik agar mindaku dipenuhi dengan ilmu-ilmu agama. Sebagai pelajar sudah tentunya sifat malas itu ada. Senang digoda syaitan. Lagi-lagi insan lemah macam aku yang 'baru' ingin mendekatkan hati dengan Allah. Sudah tentu sifat 'nak' rajin itu datang sekejap sahaja kalau aku tidak melawan godaan. Aku berusaha menjadi rajin untuk membasahi bibirku melafazkan ayat-ayat cintaNya walau adakalanya aku malas dek kerana sibuk dengan duniawi tetapi ingin berubah kerana Allah, aku berusaha mencari masa itu...




Mungkin perubahan aku ini sedikit mendadak. Mana taknya, dulu bila bercakap, aku main redah sahaja walau masih menjaga tutur kata yang hormat. Bila aku ingin ketawa, aku berdekah tidak hiraukan orang sekeliling. Solatku juga aku tidak jaga. MasyaAllah. Selagi aku hidup, pintu taubatku masih terbuka untuk insan lemah macam aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang masa dariNya untuk berubah. Alhamdulillah...

Ada juga rakan-rakanku sedikit tidak menggemari akan perubahan mendadakku. Mana tidaknya, aku selalu menegur rakan-rakanku apabila mereka tersilap. Kadang-kadang terkeluar surah-surah atau sabda-sabda Rasulullah yang pernah aku baca lalu aku lemparkan kepada mereka dengan cara paling lembut dan berhemah walau dengan harapan mereka sedar. Aku bukan nak menunjukkan yang aku ini baik sempurna berbanding mereka. Bukan juga riak. Ya Allah, jauhkanlah aku dari itu.... Aku ingin berubah. Ya! Berubah kerana Allah. Walau ada juga yang menyokong akan perubahan aku ini. Walau ada juga aku dikutuk dari belakang. Tetapi aku diamkan sahaja. Aku tidak kesah dengan pandangan terhadap perubahan aku. Bagi aku, APALAH SANGAT PANDANGAN MANUSIA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PANDANGAN ALLAH?

Pandangan Allah yang aku ingin rebutkan. KeredhaanNya lah yang aku ingin dambakan.. .

Aku ingin menjadi muslimah yang solehah dengan sentiasa meletakkan Allah dan Rasul cinta yang paling atas..InsyaAllah...

Rabbi yassir, wala tuas'sir ya karim...
Ya Allah, Kau permudahkan, jangan kau susahkan...

14 June 2012

Cintaku kerana agamamu...



Tidak dapat dinafikan, sebagai seorang manusia yang normal pastinya aku turut ada impian untuk mendirikan sebuah mahligai ikatan cinta kelak. Bila dan dengan siapa? Soalan itu bukanlah sesuatu yang perlu dijawab sekarang.. Biarlah 'masa'  yang akan datang dan menjawabnya. Aku yakin dia sudak tercipta untukku sama ada di dunia atau di syurga..



Wanita: Aku MENCINTAIMU kerana AGAMAMU...sekiranya HILANG agamamu, maka hilanglah cintaku padamu....

Lelaki: Cintailah aku kerana agamaku, seandainya agamaku BERKURANG kerana KELEMAHANKU dan KEKURANGANKU..maka, TEGURLAH dan PERBETULKAN aku...bantulah aku untuk terus menerus MININGGIKAN agama dalam diriku dan dalam negaraku..



Sudah tentu  'si dia' yang masih lagi misteri. Bagiku, pada akhir zaman ini, zina itu amat dekat kerana jalan-jalan zina amatlah mudah. Jadi, aku mesti menjauhkan perbuatan itu agar Allah turut jauhkan 'si dia' daripada perbuatan sebegitu..Aku tidak ragu memikirkan si soleh untuk si solehah..Tiba saatnya, Allah akan dekat dia padaku.


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"


Adakah aku hanya menunggu dan tidak berusaha??

TIDAK!

Inilah usahaku. Cara yang paling selamat dan mudah untuk aku sampai padanya ialah dengan berusaha menjadi SOLEHAH... InsyaAllah..


KERANA AGAMAMU AKU JATUH CINTA

13 June 2012

Sakit itu penghapus dosa


Hari ini kelas pagi habis pukul 10:20 pagi dan saya sampai ke bilik sebelum pukul 11pagi...Sesampainya di pintu bilik, pintu berkunci..Oh....mereka masih ada kelas....setelah menutup pintu bilik, tiba-tiba saya berasa sakit sangat... dan saya jatuh ke lantai..tanpa berlengah lagi, saya menyeluk tangan ke dalam beg mencari ubat tahan sakit yang diberi doktor...huhh..masih ada lagi stok..saya terus mencapai air di atas meja dan menelan ubat tersebut...

Ketika masih di atas lantai, mententeramkan diri, saya muhasabah diri.....

Rasulullah s.a.w. kata, sakit itu penghapus dosa.. Kalau kita sakit, itu tandanya Allah tengah hukum dosa-dosa kita di dunia. Bila sakit, kita mesti rasa sangat lemah. Sangat tak mampu dan lesu. Rasa tak berdaya nak buat apa-apa..

Kalau kena sakit yang pelik sikit, mungkin ada yang tinggal solat dan amal ibadah. Terlupa yang saat-saat macam ni lah sangat perlu untuk bergantung harap kepada Allah Yang Maha Besar. Kena selalu ingat, tiada daya dan upaya bagi seorang manusia itu melainkan dengan kekuatan yang Allah berikan untuk dia menghadapi musibah dengan penuh kesabaran.

Kuat dan sabar...

"Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya"

11 June 2012

Akan ada 'sesuatu' untukmu....




Dalam bercinta memang macam-macam dugaan kita hadapi, lebih-lebih lagi hubungan tak sampai ke pelamin cinta yang diidamkan atas banyak sebab...bak kata orang...'Aku bukan untukmu' atau 'Dia bukan untukku'...Apapun redha menerima segalanya. Walaupun hati agak sukar untuk melepaskan seseorang yang pernah kita cinta. Tapi apa nak buat takdir cinta kita setakat itu saja. Mana tahu kita akan dapat lebih baik dari yang dulu...Mungkinkah?

Aku seorang yang selalu berfikir pada masa hadapan. Apabila sesuatu terjadi, aku berfikir, apa akan jadi atas perkara yang berlaku. Samalah seperti bila ada insan sekelilingku yang mengalami kemalangan atau penyakit yang memudaratkan....

Aku terfikir sejenak...Ada kah insan yang sanggup menerima insan ini andai ada kekurangan di dalam dirinya? Andai dia tidak boleh memberikan zuriat, adakah ada jejaka yang hendak menikahinya walau tahu dia tidak mungkin memberikan zuriat yang membawa penyeri rumah tangga? Adakah ada insan yang ingin menjadi isteri kepada jejaka itu bila dia mempunyai kekurangan fizikal? Lelaki kan pemimpin keluarga yang bertanggungjawab memberi rezeki kepada keluarga...Sekiranya kekurangan fizikal yang menghalangnya...Bagaimana dia hendak menaggung isterinya dengan keadaan begitu? Bagaimana dengan seluruh kehidupannya? Adakah ada yang sanggup sehidup semati dengannya? Terpaksa menjaganya...Perkara seperti ini selalu aku bertanya...tetapi tidak terkeluar dari mulutku....Hanya aku simpan di dalam hati kerna aku tahu, Allah telah menentukan sesuatu itu dengan penuh hikmahNya....

Tidak ada apa yang dapat aku berikan wahai kanda, apatah lagi memulihkan kekuranganmu...yang dapat aku berikan hanya lah sebaris ayat-ayat doa yang aku minta dari Dia Yang Maha Mengetahui segala kejadian,


 "Ya Allah, kau hantarkanlah hambamu yang dapat menerimanya seadanya...menerima kekurangannya...menjaga makan pakainya...menjaga hatinya.....menjaga cintanya...jika lambat kau makbulkan doaku, kau lembutkan hatinya agar dia lebih mendekatkan dirinya kepadaMu dan percaya akan ketentuanMU...mungkin bukan jodohnya di dunia...tapi mungkin di syurgaMu Ya Allah..."


Aku bukanlah seorang insan yang pandai berkata-kata...bukan juga insan yang fasih dengan nasihat...bukan juga bijak pandai yang boleh memberikan idea itu ini kepada permasalahan yang melanda...tapi aku insan lemah yang mampu menjadi pendengar yang setia kepada segala masaalah, menjadi teman yang sejati kepada tempat sunyi hidupmu, menjadi sahabat yang setia menanti segala ceritamu, dan menjadi gadis yang menceriakanmu....walau aku tahu, banyak lagi kekuranganku, tapi paling tidak aku dapat memulihkan perasaanmu wahai hanya sebesar biji sawi...


Daripada insan yang menyayangimu,

Erny Nuryassmien binti Amran

11 Jun 2012

03:47 pagi 
(waktu Jepun)

Melaka, Malaysia

*bila air mata akhirnya tewas

2 June 2012

Nota kecil berbalas







"Apabila Allah ingin memberikan kebaikan kepada hamba-hambaNya, Dia akan mulakan dengan musibah"

Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang di uji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redah dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Jika ditakdir kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.

Siapa sangka, kita mempunyai masa depan yang cerah, bergaji besar, mempunyai kenderaan sendiri, kawan yang ramai, malah sudah merancang akan berkahwin pada usia 20-an akhirnya hanya mimpi indah yang sekejap....Siapa sangka kita akan ditimpa musibah dan akan merubahkan segala-galanya...


"Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya"


Memang tiada siapa yang berani menyangka Allah menurunkan ujian sebegini besar kepada kita...dan kepadamu yang menerimanya...Kerana Dia tahu kamu mampu menerima ujianNya, dan oleh sebab itu Dia menurunkan ujian sebegini yang tak pernah kamu sangka...Dia menarik segala kesenangan yang kamu perolehi selama ini, kerana Dia hendak memberikan apa yang kamu perlukan bukan apa yang kamu inginkan.....kerana Dia Yang Maha Mengetahui...

Senyuman yang terukir di wajahmu dan ketawa yang memecahkan kesunyian sudah cukup menggembirakan orang sekeliling yang berpendapat kamu sudah semakin sembuh dan tidak perlu apa untuk dirisaukan.....tapi siapa sangka senyuman itu hanya ingin menutup keperitan yang dilalui, keresahan yang di rasa, kesakitan yang semakin hebat....kerana senyuman dan gelak ketawa itulah yang dapat mengubat kerisauan orang sekeliling........dan diri sendiri....hanya kamu dan Dia sahaja yang tahu....

Aku berbangga kerana dapat mengenali insan seperti kamu yang tabah dan sabar dengan ujianNya dan tidak  cepat melatah dengan takdirNya....Bersyukurlah aku kerana Allah menghantar kamu kepada kami untuk mengikuti jejak kamu yang tidak pernah putus mengucap syukur di atas rahmat Allah yang tidak pernah kurang...

Bersyukurlah kami yang serba sihat dan sempurna kerana diberikan nikmat kesihatan yang baik....Tersedarlah kami kerana ada insan lain di atas muka bumi ini yang tidak sesihat kami....Tersedarlah kami, sakit kami, maka ada lagi sakit daripada kami....Tersedarlah kamu, sakit kamu, ada yang lagi sakit darimu...Walau seteruk mana pun kita, walau sehina mana pun kita, tapi bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas dan pintu taubat masih lagi terbuka selagi nyawa tidak hampir di hujung kerongkong....

Pengalaman mengajar kamu dan kami dengan melafazkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa...Betulah kata orang, kita tak kan pernah berasa syukur jika tiada perkara yang membuka mata kita untuk kita terus bersyukur walaupun segala-gala di depan mata sudah cukup membuatkan kita tidak pernah putus berhenti mengucap syukur...Tetapi manusia sentiasa kalah dengan hasutan...


Di waktu mengenang rahmatMU...
Terasa diri kurang bersyukur...
PadaMu harus kami memohon...
Moga syukur kami bertambah...
Alangkah susahnya...
Mendidik nafsu kami...
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu..
Bantulah hambaMu...
Dalam mendidik jiwa kami...




Dunia hanya sementara, yang kekal abadi hanyalah akhirat sana. Berjaya dunia tak bererti berjaya keakhirnya. Semua bergantung kepada taqwamu kepadaNya..




Tuhan segala nikmat yang Engkau anugerahkan, kami bersyukur
Segala ujian yang Engkau timpakan sabarlah kami
Setakat mana nikmat yang Engkau takdirkan buatku, kami redha menerimanya
Masa depan kami, kami serahkan kepadaMu
Kami yakin selagi kami hidup adalah jaminan dariMu
Agar kami tidak susah memikirkan masa depan kami
Tapi tidah pula kami menafikan usaha
Setiap kepujian yang kami terima, kami kembalikan kepadaMu
Kami tidak layak menerimanya...
Setiap kejayaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kami, kami menerimanya
Kami kan hamba, hamba itu memang hina
Patut kami menerimanya..
Mereka masuk ke SyurgaMu bukan kerana amalanya...
Tapi kerana rahmatMu...Ya Allah..




Adik-adikmu akan sentiasa mengingati pesanmu;

"menyayangi ayah dan ibu kami, mencintai buku (ilmu), menunaikan ibadah-ibadah kami, menjaga perlakuan kami, menghormati orang-orang di sekeliling kami dan menjaga iman kami........InsyaAllah..."


Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri...


"INGATLAH WAHAI KEKASIHKU, SEGALANYA BUKAN DI SINI TAPI SEGALANYA HANYALAH DI SANA"








Yang sentiasa menyokongmu,

Erny Nuryassmien Amran



*tak reti tandatangan kat sini lah pulak

24 May 2012

Makna setiap pilihan



Pernah tak dalam hidup kite terasa sukar nak buat pilihan? Inilah perasaan yang sukar.. Puas ditimbang, beratnya masih sama. Puas ditebak natijah atas risiko, buntunya semakin melebar...Tiada jalan lain selain istikarah...

Kita mintak nak jadi macam-macam...Kita mintak nak selama-lamanya dengan orang yang kite kasihi...Kita mintak untuk pilih kerjaya itu..Kita mintak untuk tinggal kan perkara yang kite tak suke...
Tapi bile ape yang kite mintak, yang kite dapat sebaliknya...Dan ada diantara kite menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan takdir...

Sedarlah...ALLAH tidak selalu memberi tiap apa yang kita mahu, bahkan DIA sentiasa memberikan ganti tiap apa yang kite perlukan...

Inilah lambang kite sedang berusaha mencapai keimanan, inilah kesungguhan kite untuk menjadi orang yang ikhlas...Selalunya, apa yang kite rasakan apabila memilih sesuatu keputusan yang tidak popular? Mungkin kite tidak ada peluang untuk menyalahkan orang lain atas keputusan kita...Mungkin juga kita menjadi tidak bersedia untuk mendengar pelbagai jawapan...


"Itulah..aku dah cakap dulu dah, kau tak nak dengar"


Pilihan popular tak bermaksud selama-lamanya akan betul dan tiasa masalah. Pilihan popular mungkin sesuai untuk sesetengah orang dan tidak sesuai untuk sesetengah orang yang lain...Banyak tindakan yang diambil terlalu mementingkan populariti sehingga akhirnya kite sendiri jadi keliru dengan apa sebenarnya yang kite mahukan..Biar papa asal bergaya...Biar sakit asal cantik..

Kenapa tak pilih asal selekah asalkan berbudi? Kenapa tak pilih baik undur untuk maju? Kadang kala populariti ini menjadikan kite jauh dari sikap positif dan rendah diri..berlumba-lumba nak jadi yang sempurna..padahal kite tahu setiap orang tak pernah sempurna..setiap orang ada kelemahan dan kelebihan sendiri..

Ambillah setiap butir hikmah yang ALLAH bagi dalam semua Qada' dan Qadar..

Setiap kali korang berfiikir untuk mendapatkan keputusan dalam memilih antara perkara terbaik yang ada..bersyukurlah..kerana paling sukar membuat keputusan ialah jika korang langsung tidak punya pilihan...


Then when you have take a decision, put your trust in ALLAH, certainly, ALLAH love to those who put their trust in Him     -Al Imran





Setiap langkah ada cerita....Setiap pilihan ada makna...setiap berlaku ada hikmah...

22 May 2012

tak cemburukah saya?



sekadar berkongsi cerita bila aku ada baca entri tak cemburukah saya?
Kalau nak tahu pasal apa..bacalah dulu entri tu..tak rugi pun kalau baca..sebab kite akan dapat@jumpa sesuatu yang kita memang tak perasan selama ni..

"Tak cemburu ke saya kalau si dia keluar dengan kawan-kawan perempuan lain? Tak cemburu ke saya kalau si dia beramah mesra dengan kawan-kawan perempuan lain?" Tak cemburu ke saya kalau itu kalau ini...... 

Lebih-lebih lagi kalau si dia tu retiss atau ramai peminat yang suka dia sana sini...Kita sendiri rasa cemburu...

Em...siapa tak cemburu kan? Kawan perempuan biasa pun yang borak-borak lebih sikit dari kita pun kita dah rasa cemburu..tapi kadang-kadang tak terluah..pujuk hati sendiri...Wahai hati..bertenanglah...mereka hanya kawannya...

Cuma, ada orang kata kalau sayangkan seseorang, bebaskan dia... Die ada hidup die sendiri..Bagi ruang untuk hidup die sendiri asalkan tak over batas-batas pergaulan dengan berlainan jantina...siapa kita nak halang die tak boleh itu tak boleh ini? kite belum ada ape-ape ikatan sah pun nak halang kebebasan die..So, kat sini kite letak lah kepercayaan...yes! Kepercayaan dan kesetiaan itu penting untuk kekalkan hubungan itu..kalau cemburu tak tentu pasal..habislah...


Wahai hati....bersangka baiklah kamu...terus bersangka baik...dan terus bersangka baik...


Sebab itu aku tak kesah kalau die nak kemana pun dengan kawan-kawan perempuan die..aku yakin die pandai jage diri dan jage batas-batas pergaulan...dan aku yakin kalau jodoh aku dengan die dah ditetapkan dengan die, pasti tak kemana...Buat ape nak susah hati sedangkan aku percaye pada Qada' dan Qadar Allah...





Selagi belum bergelar suami isteri (untuk yang bercinta kerana berniat untuk bernikah, dan yang dah bertunang menuju pernikahan), kita masih tidak punya hak atas kehidupan dia...Apatah lagi dah berbait al-muslim nanti...Dia masih bukan hak kita...Selamanya..bukan hak kita...
Kerana dia selamanya milik Allah..
Maka "cemburulah" pada ALLAH...Pegang itu dalam hati selalu....

**
TAKDIR PENENTU
Andai ada, jodoh pasti bertemu...
Andai ditakdir, pasti bersatu...



:'D

19 May 2012

BE STRONG..and sabarlah..

entri aku kali ni KISAH BENAR..memey la kisah benar..sebab aku nak citer pasal aku..
aku nak citer pasal sikap aku yang annoyying aku rasa dan ramai lagi yang macam aku yang banyak mengeluh dari bersabar..


alkisahnya..aku ni dari tahun lepas kulu kilir keluar masuk hospital temujanji dengan doctor boleh di katakan setiap bulan...bagi aku penyelesaiannya daripada doctor tu tak da..yang dia kasi, ubat ubat ubat...tak elok-elok jugak...(mase ni aku konform setan banyak datang dekat aku)..

kengkadang aku jadi fadeup sebab bile lah bende ni nak berakhir..orang-orang arounds aku ni pun selalu cakap SABAR SABAR SABAR...tapi aku salu cakap..

"korang tak da kat tempat aku bolehlah cakap macam tu.."

walau aku mengiakan jugak, sabarlah...itu ujian dariNya..Allah tak kan menguji hambaNya kalau hambaNya tak mampu..memang aku mampu sabar..tapi lemahnya iman dalam diri buat aku kadang-kadang jatuh dengan andaian rekaan sendiri..haha..

Pagi tadi lah punya cerita..aku pergi Hospital Melaka macam biasa kalau tak temujanji..mase tengah duduk-duduk..aku tetibe rasa fadeup melampau..fadeup nak BE STRONG dengan apa yang aku alami sekarang....ntah kenapa ntah dengan aku ni..hahaha..setan di hari Jumaat...haha..

Dalam dok aku fikir-fikir..aku teringat pesan abang daam.."bila duduk sorang-sorang..ambik lah masa nak muhasabah diri"...aku pon amek lah mood...datanglah datanglah datanglah.....

Alhamdulillah..aku sempat muhasabah diri dalam kesibukan dalan hospital tu..tak perlulah nak carik tempat sunyi-sunyi ke.. (depends pada orang lah nak macam mana kan)..

Tiba-tiba aku teringat pada abang atep aku yang dah setahun lebih hidup dengan tongkat dan kaki yang terpacak dengan beberapa batang besi sejak dia eksiden..ke mana-mana die pergi, besi-besi yang terpacak kat kaki die tu la diusung sana sini..Selalu ulang alik ke hospital untuk rawatan lanjut...aku tengok die gigih berdikari sendiri..walau die cakap, die dah muak dengar perkataan SABAR..tapi, nak buat macammana kan..itu jelah yang kite patut buat...dia selalu think positive walau kadang-kadang perangai gila dia datang..haha..kadang-kadang, sikap sabar kite ni mengajar kite sesuatu...ye...'sesuatu'..

Patient is not the ability to wait, but the ability to keep a good attitude while waiting.

Kenapa aku tak boleh jadi macam die sedangkan aku punya keupayaan untuk berjalan dengan sempurna? Kenapa aku cepat sangat fadeup walau baru ujian kecik yang aku dapat? Kenapa itu? Kenapa ini? Ahhh....macam-macam aku pikir di pagi Jumaat ni...memang..'sesuatu' tu lah mengajar orang sekeliling supaya sikap bersangka baik macam kite...ini lah orang cakap dakwah tanpa kite sedar ye tak..haha..kite sabar, secara tak langsung kite mempengaruhi orang...Ya Allah.. SubhanaAllah...Aku sedar dah mana silap aku..

Lepas aku punya semangat naik..tiba-tiba phone aku berbunyi..mesej dari kak sya...isi mesej dia suruh aku kuat, sabar dan sabar...ada hikmah kenapa Allah letak kat situ..yeahh! betol tu... ADA HIKMAH KENAPA ALLAH LETAK KITE KAT SITU....

"Whaver is patient, Allah will give him further strength to continue to be patient"- Prophet Muhammad

Renung-renungkan..dan selamat beramal  ^_^


13 May 2012

jangan menghina orang lain...

Don't compare your life to others'. You have no idea what their JOURNEY is all about...

Ramai dah aku tengok orang-orang sekeliling aku yang suka compare kan diri dia dengan orang lain, dan orang lain dengan yang lain...sampaikan buat orang rasa rendah diri walau sebenarnya dia lagi hebat dari orang yang meng'compare' kan orang tu...tapi dengan hilang keyakinan diri..sampai lari dari rumah dan macam-macam kes lagi..hanya disebabkan perkara macam tu...

apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah??

renung-renungkanlah...




"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "



 (Surah al-Hujurat ayat 11)



9 May 2012

ada yang serik bercinta ke?


Bila sebut aje pasal CINTA, aku pasti setiap di antara kita akan tersenyum tak kiralah senyum tanda gembira ke, senyum sinis ke ataupun senyum kambing teringat kat si dia...Tapi ada juga yang bila sebut je pasal CINTA..umakkkaihh..cepat-cepat tutp telinga, kalau tak pun terus berdiri kata "please stop it!!" hehehee



Apa yang korang terfikir dan bermain-main in your mind guys… Kalau aku, bila berhadapan je dengan situasi teman-teman yang sebegini, pasti dalam hati aku berbisik “erm, adalah sejarah silam tu…” kadang-kadang rasa nak tergelak gak tengok kawan-kawan rapat yang pada aku jadi lemah-longlai bila orang bertanya pasal kisah cinta diorang yang tak kesampaian... *aku pun macam tu jugak dulu..janganlah cakap pasal CINTA..sampai pernah bersumpah TAK NAK KAWEN! ekekekekee!!
Hebat betul kesan bila kita gagal dalam bercinta ni kan.. ye lah, bayangkan sebab cinta tak kesampaian, ada yang sanggup bunuh diri kononnya patah hati!!!
ada plak tu konon-konon melarikan diri nak ubat hati yang lara haha!!! dan paling sadis aku rasa, bila ada yang sampai ke tahap serik nak bercinta lagi, dah tertutup pintu hati plak katanya…yelah..betapa sakitnya putus cinta....huhu!!!
Alahai…sedih kan bile ade kawan-kawan kita yang cakap camtu kalau aku jadi LELAKI, lagilah aku sedih sebab satu “bunga” awal-awal lagi dah tarik diri sebelum ada yang sudi menyunting..hahahhaa..!!
Hello guys…janganlah camni..gagal sekali dalam bercinta, tak bermakna kita akan gagal dan gagal lagi tau…baru sekali beb.  kalau dah berkali-kali gagal pun, apa salahnya… bukan ke kegagalan tu awal daripada kejayaan…lalalala~~
Tentu ada diantara u all yang dok cakap “eh, budak ni tak pernah gagal dalam cinta die kot..tu yang bley cakap macam ni.. ”…hahaha!!! BOHONG ITU DOSA!!. so, aku tak berani nak tipu…for your info guys, aku dah pernah rasa putus cinta... *oklah,nak gelak pun boleh!! bahahaha
Tapi rasa-rasanya setakat ni belom pernah plak aku buat keputusan nak bunuh diri, terjun dari bawah ke atas sebab putus cinta.. Buat kenyataan serik nak bercinta lagi ade lah..hahaha....sedih memanglah sedih tapi life must go on..so aku tetap makan dengan seleranya selepas itu... Pada aku, gagal dalam bercinta taklah seteruk mana sampai kita nak bermati-matian bersedih...*aku cakap macam ni sebab aku dah tak rasa sedih frust tertonggeng..haha
Sedarlah yang hidup kita ni sekali je, nape plak nak menjatuhkan hukum sampai menolak kehadiran cinta kan…takde maknanya..
Berapa jauh kita nak lari daripada kenyataan yang setiap insan perlukan cinta…huhu!!! Tapi ingat saja, takde cinta yang boleh menandingi cinta Allah yang satu…..kalau korang rasa kecewa setelah beberapa kali dikecewakan, sedih kerana belum jumpa soulmate korang dan terasa serik nak mencari cinta….”jangan biarkan diri anda diselubungi misteri”…hahahaha!

18 April 2012

first perception :)

pandangan pertama atau lagi molek lagi...tanggapan pertama..

aku jenis yang suka perhatikan orang sekeliling dan membayangkan bagaimana tanggapan pertama orang lain bila memerhatikan perwatakan aku..mungkin kedengaran agak biasa..tapi bagi aku...kalau perangai annoying, orang mesti cakap belakang ye tak....sebagai contoh, aku suka tengok orang yang sama tinggi dengan aku..dan aku akan perhatikan orang tu..macam mana orang perhatikan aku..macam tu lah kot orang tengok ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi dan kadang-kadang perasan tinggi..

tapi tahukah kita..kita selalu ambil remeh tentang personaliti kita..sedar atau tak, orang yang baru kita kenal akan membuat TANGGAPAN PERTAMA kita sebelum dia betul-betul mengenali kita..sebab itu aku kata pandangan pertama kita sangat peting bagi memberitahu siapa diri kita..tak gitu?

Jadi apa ada dengan 'tanggapan pertama"? Kita mungkin mempunyai tanggapan pertama yang tertentu pabila baru baru mula mengenali seseorang, tetapi tidak lama kemudian, kita dapati orang tersebut sebenarnya sifatnya jauh daripada "tanggapan pertama" kita. Mungkin kita pernah melaluinya kan?
Penampilan yang menarik boleh memberi tanggapan yang menarik kepada orang lain. Jarang sekali bila kita jumpa orang yang berpakaian kemas, berbaju kemeja, berseluat pejabat dan bertali leher kita katakan dia seorang pencuri.




1- Kita lihat orang lain berkereta mewah seperti BMW 5 series, handphone Blackberry dan jam tangan Tissot sudah semestinya korang cakap dia ni berharta dan bergaji besar.
2-Bila orang pakai baju smart-smart, kemeja kain mahal sudah semestinya orang akan cakap korang ni mesti kerja sebagai boss..takpun mesti orang-orang pandai kerja best-best..
3-Kita lihat orang tu pakai baju kurung je kemana dia pergi..mesti korang fikir dia ni mesti minah kampung yang tak reti sangat pasal fesyen semasa..tahukah korang, entah-entah dia lagi suka berpakaian sebegitu bagi menutup apa yang tak sepatutnya dilihat..
4-Bila orang tu pakai seksi-seksi, makeup tebal-tebal dan pada hari tu tangan dia tertolak kawan lelaki tu..mesti ada yang mengatakan dia GADIS LIAR..
5-Bila member-member korang selalu keluar shopping, makan tempat best-best, baju sentiasa nampak grand..tipulah korang tak cakap yang dia punya family mesti orang kaya...*ntah-ntah habis duit PT dia
6-Kita lihat mamat ni usap-usap kucing..walhal itu kali pertama dia belajar nak sentuh kucing sebab sebelum ni dia takut dengan kucing..mesti tanggapan mereka, lelaki tu hati yang lembut sayang akan binatang.molek buat laki..
7-Bila korang tengok kawan baru korang yang pakai kain batik dalam rumah padahal dia dipaksa parents dia berpakaian sedemikan disebabkan perwatakan lelakinya yang ketara..tipulah korang yang baru kenal dia, korang tak cakap..sedap mata lihat kawan korang tu.pandai parents dia didik dia macam tu..
8-Kalau kita nampak lelaki tu selalu ambil kesempatan nak borak-borak dengan korang walhal dia ingin menambah kenalan baru bagi tujuan pembelajaran...mesti korang cakap dia ni LELAKI MIANG..pantang ada peluang..
9-Bila seseorang tu pakai cermin mata tebal, mesti korang kata dia tu NERD, ulat buku, skema nak mampussss...
10-Bila orang ni speaking je memanjang, tanggapan korang, budak tu mesti pandai subjek English..atau korang rasa dia ni mesti budak KayEl takpun dia ni anak mat salleh..tapi muke macam jawe...cube korang cek satu-satu grammar budak tu...mane tahu berterabur...huhu


***Jadi apa yang penting ialah apa yang kita pakai melambangkan siapa diri kita..