aku jenis yang suka perhatikan orang sekeliling dan membayangkan bagaimana tanggapan pertama orang lain bila memerhatikan perwatakan aku..mungkin kedengaran agak biasa..tapi bagi aku...kalau perangai annoying, orang mesti cakap belakang ye tak....sebagai contoh, aku suka tengok orang yang sama tinggi dengan aku..dan aku akan perhatikan orang tu..macam mana orang perhatikan aku..macam tu lah kot orang tengok ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi dan kadang-kadang perasan tinggi..
tapi tahukah kita..kita selalu ambil remeh tentang personaliti kita..sedar atau tak, orang yang baru kita kenal akan membuat TANGGAPAN PERTAMA kita sebelum dia betul-betul mengenali kita..sebab itu aku kata pandangan pertama kita sangat peting bagi memberitahu siapa diri kita..tak gitu?
Jadi apa ada dengan 'tanggapan pertama"? Kita mungkin mempunyai tanggapan pertama yang tertentu pabila baru baru mula mengenali seseorang, tetapi tidak lama kemudian, kita dapati orang tersebut sebenarnya sifatnya jauh daripada "tanggapan pertama" kita. Mungkin kita pernah melaluinya kan?
Penampilan yang menarik boleh memberi tanggapan yang menarik kepada orang lain. Jarang sekali bila kita jumpa orang yang berpakaian kemas, berbaju kemeja, berseluat pejabat dan bertali leher kita katakan dia seorang pencuri.
Penampilan yang menarik boleh memberi tanggapan yang menarik kepada orang lain. Jarang sekali bila kita jumpa orang yang berpakaian kemas, berbaju kemeja, berseluat pejabat dan bertali leher kita katakan dia seorang pencuri.
1- Kita lihat orang lain berkereta mewah seperti BMW 5 series, handphone Blackberry dan jam tangan Tissot sudah semestinya korang cakap dia ni berharta dan bergaji besar.
2-Bila orang pakai baju smart-smart, kemeja kain mahal sudah semestinya orang akan cakap korang ni mesti kerja sebagai boss..takpun mesti orang-orang pandai kerja best-best..
3-Kita lihat orang tu pakai baju kurung je kemana dia pergi..mesti korang fikir dia ni mesti minah kampung yang tak reti sangat pasal fesyen semasa..tahukah korang, entah-entah dia lagi suka berpakaian sebegitu bagi menutup apa yang tak sepatutnya dilihat..
4-Bila orang tu pakai seksi-seksi, makeup tebal-tebal dan pada hari tu tangan dia tertolak kawan lelaki tu..mesti ada yang mengatakan dia GADIS LIAR..
5-Bila member-member korang selalu keluar shopping, makan tempat best-best, baju sentiasa nampak grand..tipulah korang tak cakap yang dia punya family mesti orang kaya...*ntah-ntah habis duit PT dia
6-Kita lihat mamat ni usap-usap kucing..walhal itu kali pertama dia belajar nak sentuh kucing sebab sebelum ni dia takut dengan kucing..mesti tanggapan mereka, lelaki tu hati yang lembut sayang akan binatang.molek buat laki..
7-Bila korang tengok kawan baru korang yang pakai kain batik dalam rumah padahal dia dipaksa parents dia berpakaian sedemikan disebabkan perwatakan lelakinya yang ketara..tipulah korang yang baru kenal dia, korang tak cakap..sedap mata lihat kawan korang tu.pandai parents dia didik dia macam tu..
8-Kalau kita nampak lelaki tu selalu ambil kesempatan nak borak-borak dengan korang walhal dia ingin menambah kenalan baru bagi tujuan pembelajaran...mesti korang cakap dia ni LELAKI MIANG..pantang ada peluang..
9-Bila seseorang tu pakai cermin mata tebal, mesti korang kata dia tu NERD, ulat buku, skema nak mampussss...
10-Bila orang ni speaking je memanjang, tanggapan korang, budak tu mesti pandai subjek English..atau korang rasa dia ni mesti budak KayEl takpun dia ni anak mat salleh..tapi muke macam jawe...cube korang cek satu-satu grammar budak tu...mane tahu berterabur...huhu
***Jadi apa yang penting ialah apa yang kita pakai melambangkan siapa diri kita..
Tweet
wah !!! sweet lah . stuju (:
ReplyDeletesetuju kau yang nombor 9 ke far? haha
Delete