Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

16 August 2013

apa yang perlu ada ketika menemubual untuk tugasan (assingment) student universiti



Entri ni dibuat atas beberapa permintaan memandangkan aku banyak juga pengalaman melawat ke syarikat2 untuk tugasan setiap semester. ramai yang masih tak tahu apa yang kita nak buat bila sampai sana nanti? nak tanya apa? nak bawa apa ke tempat/syarikat tu?? tak kan lenggang je. yang selalu terpikir bawa pen dan kertas. tu pun kalau bawakkk..

ramai yang tak ambik benda ni serius. tapi ini penting untuk kepuasan bersama. paling penting untuk menjaga reputasi kita sebagai student dari universiti sekian sekian sekian. senang citer kita kena ada dalam 'win-win situation'. apa maksud aku ni? maksud nya... korang kena kasi orang yang korang temubual tu tak rasa buang masa ditemubual korang, dan korang pun rasa apa yang korang perlukan dalam report tu semuanya complete.

untuk pengetahuan korang, jangan ingat penyelia2 syarikat tu nak senang2 luangkan masa semata-mata untuk korang. diorang banyak lagi tuntutan komitmen pelbagai. tetapi dalam beberapa ruang dibukakan untuk smaa2 berkongsi pengalaman baru.  kalau result yang korang kasi, setakat 'datang buang masa', dia pun turut rasa kecewa. selain dia nak perkenalkan syarikat dia, dia pun nak rasa 'advantage' kat situ. korang patut rasa beruntung syarika tersebut sudi luangkan masa untuk korang.  banyak lagi kerja yang diorang nak setelkan dari buang masa layan korang yang korang pun tak tahu kenapa korang datang situ. biadap kan?

so kat sini aku nak tekankan sedikit sebanyak yang korang perlu perlu perlu ambil tahu!


1- Berpakaian yang sesuai
-tak yah nak pakai seksi2 tak pun baju lip lap lip lap. pakai baju biasa yang formal pun ok. nak senang malas sangat nak pikir pakailah baju korporat fakulti masing2 tak pun baju kurung bagi perempuan.


2-Kekalkan adab menggunakan bahasa melayu yang tinggi.
-gunakan ayat yang terang dan tak bercampur bagi mengelirukan penemubual.


3-Senaraikan soalan
-senaraikan soalan yang korang nak tanya SEBELUM sampai di syarikat tersebut. buat sebarang carian di internet atau perpustakaan bagi mengukuhkan lagi apa yang korang nak tanya.


4-Kenal pasti nama individu penemubual
-ini penting supaya korang tak deanggap datang tapi tak tahu apa2. pandangan pertama korang daripada pihak diorang tercalar bila nama korang nak menemubual pun korang tak tahu.  ejaan nama diorang pun kena betul. nampak sangat sikap tak kesah korang tu. ada internetkan ? online la cari !


5-Appointment
-sebelum pergi ke syarikat untuk menemubual, korang kenalah set-up masa, tempat, tarikh bila korang boleh temubual dan suruh pihak sana kasi feedback untuk ditemubual. jangan main redah je datang. silap haribulan kena halau. baru padan muka.


6-Berhubungan secara profesional
-untuk menghantar email bagi pihak syarikat, haruslah formal. ok FORMAL. takperlu korang letak smile, ikon beruang joget2 ke di akhir ayat korang. nama2 manja koran bagi. tolonglah. kita university student. no primary student. berhubunglah secara profesional.


7-Hasil kaji selidik.
-berikan salinan kaji selidik kita tu pada pihak diorang untuk diorang ambil rujukan atas apa yang diorang dah buat kat korang.


8-Jangan puji melambung
-bila korang nak hantar emel pada pihak syarikat atau surat, tak yah nak puji melambung konon2 supaya pihak syarikat dapat terima korang ditemubual. nampak sangat korang ni kaki bodek. diorang akan kurang minat dengan emel atau surat yang 'melebih-lebih' macam tu. diorang pun manusia jugak. ada perasaan menyampah. haha.. :P


9-pen dan buku nota
-korang nak tulis dengan apa kalau tak da 2 benda penting ni kan? paling malas pun korang boleh bawa alat rakaman untuk rakam apa yang korang temubual kan.


10-Panggila telefon haruslah jauh dari gangguan
-bila korang nak call pihak syarikat untuk bertanyakan perihal serba sedikit pastikan korang buat panggilan di tempat yang sesuai. jangan la korang buat panggilan masa suasana sekeliling tengan bising. panggilan seperti ini korang kena ambil kisah bagi mengelakkan salah faham, ketidakpastian maklumat dan pihak yang korang call pun tak da lah geram dengan korang yang asyik tak dengar je dari tadi.




ni antara serba sediki yang aku nak tekankan. sebagai ingatan kepada sesiapa yang tak amek kesah pasal berhubung dengan orang luar ni. selain mengelakkan dari kita ni tak melambangkan universiti student, nama universiti kita pun turut tercemar dek kerana perangai kita ni. oleh sebab kita ni pelajar universiti, pihak diroang tak akan salahkan pensyarah kerana mereka percaya,kita sendiri yang kena guna insiatif sendiri untuk dapatkan maklumat.apa2 pun GOOD LUCK untuk semua! :)




notakakicomel: esok melawat ke JPNS, Seremban untuk tugasan akhir semester diploma ni. Semoga dipermudahkan. Amin..

10 August 2013

Raya #Day 1: raya pertama baby Ayeen



tak sangka tahun lepas punya raya still fresh lagi dalam ingatan. sekarang dah raya datang lagi. tahun lepas raya ber7. tahun ni raya ber8. dah bertambah ahli dalam keluarga. Baby Ayeen memeriahkan raya tahun ni. dulu tak delah meriah sangat dalam kereta nak balik kampung.

tahun ni terasa la meriah dan bisingnya bila bergurau dengan baby Ayeen yang banyak mulut and kuat nar gaduh dengan abangnya. haha.. dah masuk 5 bulan dah. cepat sangat besar nya..





pagi2 raya baby Ayeen dah pakai baju kurung pink. tapi tengok dah berpeluh muka dia sebab panas, p tukar dengan baju jalan. tak sempat nak tangkap gambar dengan baju kurung cenonit die tu -,-


macam biasa pagi raya pertama beraya di Seremban. dah jadi kebiasaan family, raya puasa ke raya haji ke, mesti pergi sembahyang raya di masjid Negeri Sembilan. memang terasa meriahnya..




dari kiri: Ateh, Ernyassmien, Baby Ayeen, Alang, Along


bersama adik-beradik perempuan di masjid. si danieal tu dengan papa. so tak cukup lah kan 6beradik..



tak cukup sorang sebab jadi tukang amek gambar tak bergaji


raya kitorang sekeluarga tak pernah ada warna seragam. mesti warna ikut sukehati korang la. baru la warna warni di aidil fitri kan kan kan..bak kata oghang nismilan ada 2 pokok je. ''pokok dek kau'' dengan ''pokok dek den''. so, kitorang menggunakan sistem pokok2 ni.

tengah hari tu baru la kitorang bertolak ke Melaka. ingatkan engkorang2 semua ni dah balik beraya malam raya tadi ke. 2 3 hari sebelum raya ke. rupanya ramai je yang balik raya di raya pertama ni. aku syak la, pikiran family aku dengan pikiran family engkorang ni sama la. sedagha ka?





raya pertama baby Ayeen tahun ni. penat salam nak duit raya punya pasal. sekali punya lena dia tidur. tapi tak dapat tidur nyenyak sangat. baru nak sedap2 tidur terperanjat entah berapa ratus kali dek kezen2 dengan abangnya pakat main mercun. huhu...

next entry.. Raya #Day 2.. :)




notakakicomel: tertunggu2 gambar raya dari encik Atifkun..

2 August 2013

Resipi Raya: Biskut Nestum Koko



Ni biskut pertama a.k. a kuih pertama yang aku buat sendiri tahun ni. raya tahun lepas aku tak buat langsung kuih raya. nak kata tak da masa tu.. boleh jugak la tak da masa. lagipun duduk kolej.

ni dah akhir semester duduk rumah sewa, ape lagi. hari2 terakhir sebelum balik beraya kitorang buat la rewang buat 3 4 jenis kuih raya. best tau. sebab buat ramai2 dengan kawan2. tak pernah rasa. first time rasa suasana dengan bukak lagu raya rewang buat kuih raya. hehe.. 

biskut nestum koko ni tak susah pun buat. aku suka buat biskut ni sebab bahan2 memang dah ada kat dapur tu macam lebih kurang bahan biasa yang memang selalu bertapa kat dapur. haha... tinggal nak buat je.tak susah pun. rajin malas je.. :P



bahan2 yang perlu:



1 1/2 cawan tepung gandum
180 gram butter
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan nestum
3/4 cawan gula icing
1 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan koko (bergantung nak pekat mana)


Cara-cara membuat:

1.  Masukkan butter + gula icing. Kacau sampai kembang (putih).
2. Masukkan telur + esen vanila. Kacau sampai rata.
3. Masukkan nestum + koko + tepung gandum + soda bikarbonat. Kacau sampai rata.
4. Bentukkan adunan ikut citarasa.
5. Sapukan butter pada loyang dengan sapuan nipis. (menggelakkan adunan melekat selepas dibakar).
6. Bakar dengan suhu 140'c dalam 10-13minit.
7. Biarkan sejuk. Masa tengah panas2, biskut jadi lembik. biarkan sejuk dan biskut akan jadi keras. jangan sangka biskut tak masak pula ye . :)





SELAMAT MENCUBA




notakakicomel: nak post resipi cornflakes madu pula nanti :)