Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

11 April 2012

jodoh rahsia Allah :)

play this vedeo sambil layan entri ni...
thanks a lot to nor afifi kamaludin for this beautiful lyric in this song <3



Cakap pasal jodoh la pulak kali ni kan. Bukan apa mengenang sorang demi sorang kawan-kawan yang membujang mula menghitung hari nak naik pelamin & ada yang dah jejak pelamin tak kurang juga yang pelamin angannya musnah dan tak lupa juga ada yang sanggup tunggu seseorang sampai entah kan bila..tu yang muncul ilham nak buat entri ni..Dapat pula Fifi kasi lagu Kiri ni..macam-macam idea datang..TQ fifi~


Berbalik pada topik kita kali ni, kenapa Jodoh itu menjadi Rahsia sehingga tiba harinya baru kita tahu. Yelah.. kita kan manusia.. seminit lagi pun kita tak tahu apa akan jadi, apatah lagi setahun, 2 tahun akan datang, kan?? Maka wujudlah sepotong kata2 yang bertulis begini 'Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan'. Dalam merancang jodoh kita di mulakan dengan sesi perkenalan, kemudian di teruskan dalam alam percintaan seterusnya di ikatkan dalam perkahwinan. Dalam tempoh perkenalan & percintaan, kadang - kadang mengambil masa yang lama untuk tiba ke alam perkahwinan. kerana hubungan cinta yang terjalin kadang2 sampai 10 tahun membuatkan kita merasa dia lah jodoh kita tapi apa yang berlaku pula sebaliknya.


Kita dengan yakinnya rasa, itulah jodoh kita. Itulah satu2nya insan yang kita akan jadikan pasangan hidup yang sah. Tapi banyak yang terjadi.. percintaan berakhir tanpa perkahwinan. Macam kisah si polan..menaruh harapan yang tinggi kemain..si dia pun dah jumpa pihak keluarga sebelah pihak..bincang pasal hal-hal kahwin itu ini...kita pun dengan yakin..dia jodoh kita..sampai orang lain nak rapat dengan kita pon kita tak nak..sampai satu masa, si dia yang merenjiskan racun..berjanji macam-macam sebelum kahwin indah kan..manis sangat..bila kenang balik..kita senyum sorang-sorang walau hati kita tengah sakit sebenarnya..betul kata orang...bila kita kenang-kenang balik, kita sebenarnya rindu akan kenangan tu.bukan rindu pada orang tu....tapi sedarkah kita, kenapa Allah bagi kita dugaan sebesar tu? banyak sebab kita boleh dapat kenapa Allah letak kita kat tempat tu..sebab Allah nak bagi kita orang yang lebih baik dari dia...sebab Allah sayang kita..sebab tu Allah letak ujian macam tu supaya kita lebih banyak bersamaNya susah dan senang..sebab Allah nak kita amik pengajaran dari cerita-cerita yang lepas...betapa sayangnya Allah kat kita kan..


tapi tak semestinya jodoh kita, kita serahkan 100% tanpa usaha..tunggu jodoh dari langgit??
tak kan...
doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.
dari Abu Huraurah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dinia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminga kepadaKu pasti Aku beri dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." (HR Bukhari)
 Jadi, sabar jelah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah.  Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata plak ye.
Usaha sebenar adalah usaha kira minta dengan Dia, bukan dengan menaruh kasih pada si dia keranahati gelisah mahu hidup berteman.
 Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang.  Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunatullah. Sunatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.


Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.



Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara bercinta yang biasa-biasa muda mudi lakukan..


manakala, jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Akkah. bertemu dalam redha, berpisah jua redha..luar biasa.

P/S:
Aku memegang prinsip..
"Aku mencintainya kerana AGAMA yang ada padanya. Sekiranya hilangnya agama didalam dirinya.. Maka hilanglah cintaku terhadapnya"

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!