tapi korang sedar tak, banyak sebab kenapa ada di antara kita ni keluar awal dari dewan exam...wink2 *angkat-angkat kening
1-korang keluar awal sebab korang memang dah lama siap...korang dah banyak kali semak dan balik-balik jawapan tu je dan tak kan ada jawapan lain lagi..so dari korang duduk lama-lama dalam dewan tu, korang rasa alangkah best nya bila keluar awal boleh sambung tidur atau stady untuk paper seterusnya..
2-korang keluar awal sebab korang dah tak tahu nak jawab ape..sebab kalau korang tenung lama-lama soklan tu sampai tembus keluar asap sekalipun, korang still tak kan dapat jawapan..so, korang amek keputusan keluar dewan dengan sumpah seranah sebab tak dapat jawab..
3-korang keluar awal sebab korang nak saiko member sebelah korang..tak pun korang nak saiko orang-orang dalam dewan tu...yela.bila orang sebelah kita dah siap, kita baru nak buat page 2..konform lah kite gelabah ayam..aku yang lambat buat ke, dia yang terlebih cepat siap..dan itu menyebabkan kite yang duduk berdekatan dengan member macam tu, gelabah nak siapkan...alih-alih kita jawab tak tenang..
4-sebab ikut kawan! yes! korang nampak member se geng korang dah susun alat tulis, korang pun siapkan ayat last..dan turut sama nak keluar..sebab nanti korang boleh lepak lama-lama kat luar dewan...
5-sebab korang nak dapat title budak paling pandai atau budak paling terer dalam dewan tu dan sewaktu dengan nya sebab korang berjaya siap awal...nanti mesti ada yang cakap... "untongla dah siap......" golongan macam ni dia nak menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan dia atau aweks/balaks yang beliau malam tadi tak tidur sebab bersengkang mata stady untuk subjek tersebut...so, bila korang keluar dewan korang boleh buat muke fake korang tu dan berkata pada kawan seperjuangan korang, "kau tak siap lagi ke der?"
6-korang tahu tak, kerusi korang yang bising bile korang nak diri dari kerusi tu, selain bising ganggu kitorang yang tengah tak siap-siap lagi, semakin bertambah bunyi kerusi di tarik, semakin berdebar jantung kitorang yang tak siap ni..yelah..kenapa korang dah siap..asal aku tak siap-siap lagi...ni menambahkan kelajuan jari kitorang nak menulis dan paksa kepala otak ni keluarkan segala macam jenis idea untuk jawapan ni...
so peringatan daripada kitorang yang tak habis jawab kepada korang yang cepat gile habis jawab, tahu lah dah habis jawab..sila angkat kerusi anda dengan senyap ye....
**jadi korang dalam golongan yang mana 1??? Tweet
ahahah i no.3 tu lah syg ! :P
ReplyDeletekau memang! hahaha
ReplyDelete