Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

15 June 2012

aku ingin berubah kerana Allah...


Setiap orang ingin berubah. Berubah ingin menjadi yang terbaik. Begitu juga aku. Terbaik di mata manusia. Bagaimana pula pada pandangan Allah? Adakah kita sedar kita betul-betul menjadi yang terbaik...

Umur semakin meningkat dan setiap masa juga aku terfikir betapa dekatnya mati itu. ya! Mati itu paling dekat dengan kita. Yang jauh itu masa silam. Biarlah masa silamku menjadi pengajaran buat aku. Aku ingin berubah. Kerana Allah. Menjadi yang terbaik. Kerana Allah. Walau aku tahu manusia tidak pernah sempurna. Tapi apalah salahnya aku mencari kesempurnaan tu. Hidayah perlu dicari. Bukan ditunggu.

Aku selalu mendampingi diriku dengan orang-orang yang membawakan kudekat denganNya. Aku selalu mendedahkan mataku dengan membaca bahan-bahan islamik agar mindaku dipenuhi dengan ilmu-ilmu agama. Sebagai pelajar sudah tentunya sifat malas itu ada. Senang digoda syaitan. Lagi-lagi insan lemah macam aku yang 'baru' ingin mendekatkan hati dengan Allah. Sudah tentu sifat 'nak' rajin itu datang sekejap sahaja kalau aku tidak melawan godaan. Aku berusaha menjadi rajin untuk membasahi bibirku melafazkan ayat-ayat cintaNya walau adakalanya aku malas dek kerana sibuk dengan duniawi tetapi ingin berubah kerana Allah, aku berusaha mencari masa itu...




Mungkin perubahan aku ini sedikit mendadak. Mana taknya, dulu bila bercakap, aku main redah sahaja walau masih menjaga tutur kata yang hormat. Bila aku ingin ketawa, aku berdekah tidak hiraukan orang sekeliling. Solatku juga aku tidak jaga. MasyaAllah. Selagi aku hidup, pintu taubatku masih terbuka untuk insan lemah macam aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang masa dariNya untuk berubah. Alhamdulillah...

Ada juga rakan-rakanku sedikit tidak menggemari akan perubahan mendadakku. Mana tidaknya, aku selalu menegur rakan-rakanku apabila mereka tersilap. Kadang-kadang terkeluar surah-surah atau sabda-sabda Rasulullah yang pernah aku baca lalu aku lemparkan kepada mereka dengan cara paling lembut dan berhemah walau dengan harapan mereka sedar. Aku bukan nak menunjukkan yang aku ini baik sempurna berbanding mereka. Bukan juga riak. Ya Allah, jauhkanlah aku dari itu.... Aku ingin berubah. Ya! Berubah kerana Allah. Walau ada juga yang menyokong akan perubahan aku ini. Walau ada juga aku dikutuk dari belakang. Tetapi aku diamkan sahaja. Aku tidak kesah dengan pandangan terhadap perubahan aku. Bagi aku, APALAH SANGAT PANDANGAN MANUSIA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PANDANGAN ALLAH?

Pandangan Allah yang aku ingin rebutkan. KeredhaanNya lah yang aku ingin dambakan.. .

Aku ingin menjadi muslimah yang solehah dengan sentiasa meletakkan Allah dan Rasul cinta yang paling atas..InsyaAllah...

Rabbi yassir, wala tuas'sir ya karim...
Ya Allah, Kau permudahkan, jangan kau susahkan...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!