Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

9 June 2012

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?




"When you stop searching for a prince and make Allah the king of your heart, He will help you complete your fairytale..InsyaAllah.."


Mungkin di benak hati kita segala ketakutakn akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia. Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok.

Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat.

Banyak orang berganti-ganti pasangan dengan alasan mencari cinta sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang tidak berpengalaman bercinta?

Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta? Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak pernah membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.

Ingatlah, siapa yang menciptakan hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.

Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaanNya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?

Seperti saya sendiri, terkilan separuh mati dengan bekas teman lelaki saya. Segala pernyataan benci, tidak suka, serik pada cinta lelaki keluar dari mulut saya sendiri tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan  pada bekas teman lelaki saya..

Tetapi waktu berjalan dengan perasaan pun berubah perlahan-lahan. Rasa serik dan benci berubah menjadi rindu. Rasa kecewa berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.

Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita menyakini perkara ini, maka tidak akan ada rasa ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.


Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.


Tak salah jual mahal time belajar, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal hati perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sekapnya terhadap waktu...

2 comments:

  1. Percayalah..janji Allah itu pasti..wanita yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya..yang penting, usaha untuk menjadi yg terbaik dan solehah agar cinta yang hadir kelak terukir di pintu syurga :)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..tak perlu tergesa-gesa mencari...yakin dengan janji Allah..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!