Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

9 June 2012

Kamu cantik sekali, tapi....


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun, Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hambaNya.

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah kereput, rambut pun kusut dan berubah warna, tubuh tidak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan?? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar? Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Tapi apa manfaat dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dariNya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebliknya, wajah cantik itu menjadikan tiada harga di hadapanNya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuanNya..

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barng murah yang bboleh dinikmati dengan mudah. Di mana nilainya jika setiap mata begitu meluas memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat? Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh dengan keimanan. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Hati yang sederhana, yang akan berlebihan dalan segala urusan dunia.


Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi..


Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi...


Ingatan untuk diri sendiri dan orang lain :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!