Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

18 June 2012

terima kasih ayahanda

"Papa, angah nak beg ni!" sambil tunjuk pada sebuah beg yang aku rasa cantik. Nanti boleh bawa pergi kuliah.

Papa senyum.

"Nanti kita pergi tengok sekali dekat Pekan Kuah eh?" papa pandang aku sambil usap-usap bahu aku. Aku tersenyum. Tak beli pun takpa. Bukan penting sangat pun. Koleksi beg yang banyak dalam bilik tu pun dah memadai banyaknya.

Hari demi hari..Bercuti di Pulau Langkawi sedikit pun aku tidak ingat pada permintaan aku malam tadi. Sebab bila aku tak menginginkan sangat sesuatu benda, aku akan ingat sekejap sahaja. Selepas itu, lupa apa yang aku minta. Melainkan memang aku nak sangat sesuatu tu. Tapi kalau dah dapat benda tu, Alhamdulillah lah...rezeki :)

Seminggu berlalu...


ashita kyou yori mo suki ni nareru, afureru omoi ga....~~  *saje letak. tapi memang ringtone aku lagu ni


Telefon aku berbunyi. Daripada PAPA!


"Assalamualaikum papa!" aku dah tersenyum-senyum keseorangan. Rindu pada jejaka itu. *aku tak tipu

"Wasalam. Angah dah makan?"

"Dah. Petang tadi pun dah makan!" aku nak tergelak. Sebab hari ni aku makan terlebih banyak.

"Esok free tak? Papa nak datang. Nak bagi beg ni. Papa beli kat Johor. Beg ni boleh pakai pergi kelas. Beg galas kat belakang" nampak sangat beria-ia papa terangkan. Aku still dalam rasa bersahaja. Beg ape lak? Beg laptop? Eh! Beg laptop kan papa dah beli kan. Tak kan beli lagi.ehh..beg ape??

"Ooo...tapi esok angah kelas pagi sampai petang. Sampai kol 7" aku paling tak suka kelas pack sangat ni.

"OK. takpelah. Bile lagi angah balik?" *aik. baru 4 hari kat sini. Dah rindu ke? hehe

"Tak tahu lagi. Nanti angah bagitahu" borak-borak sikit, lepas tu kami menamatkan panggilan. Aku masih tertanya-tanya. Beg apa yang papa nak bagi aku?

Malam tu aku buka notifications di Facebook. Mama tag nama aku dalam group 'Anak-anak Amran-Faziah'. Semamangnya mama buat group ni supaya segala pemberitahuan antara family dapat di sampaikan memandangkan aku dengan along kadang-kadang tak balik rumah. So, segala berita hanya disampaikan melalui group tersebut.

"Angah Erny Nuryassmien Amran ada mintak beg ke kat papa? Papa belikan 1 beg sempena Hari Jadi angah.." Ouhh!! dan dan tu juga aku teringat sesuatu. Aku ada mintak papa belikan beg. Tapi masa tu aku sengaja mintak. Bukan beria-ia..tak sangka papa belikan juga...

Aku dah start taching..tak sangka papa belikan..alahai papa~




TERIMA KASIH PAPA...ANGAH SAYANG PAPA!

3 comments:

  1. ringtone kiseki..ceh..tiru~

    ReplyDelete
  2. erny lupe nak tulis 1 bnde kan?mama jeles..heheheh sori mama..

    ReplyDelete
  3. hahaha! ingatkn nk tulis...tapi...hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!