Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

9 June 2012

Tolong beritahu jodohku


Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,

Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa

Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merindui lebih dari Maha Pencipta,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakan lebih dari ibu bapanya

Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya,
Tolong ingatkan jodohku, aku terpikat kerana imanya bukan paras rupa,
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintakan zuhudnya bukan hartanya,
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahsanya

Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mengagungkan cinta manusia,
Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya,
Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya

Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta,
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan jodohku, dia punya tanggungjawab yang besar pada keluarganya

Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai,
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai...
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..

Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka,
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku

Tolong sampaikan pada jodohku, aku dambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana ALLAH tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...



Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya ALLAH yang tahu, Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walau aku masih belum mengetahui siapa jodohku. InsyaAllah, jodohku suatu hari nanti dengan izin ALLAH, kita pasti akan bertemu jua...





Dengan ingatan daripadaku,

Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu. Jika hilang agama darimu, maka hilanglah cintaku padamu

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!