Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

12 June 2012

Hidup ini unexpected!



Hidup ini satu perjuangan
Setiap ujian yang berlaku dalam kehidupan merupakan latihan dalam kehidupan.
Carilah hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Berfikir! Berfikir! Berfikir!

Hidup ini unexpected...ya..kenapa saya berkata sedemikian? Cuba lihat apa yang berlaku di sekeliling kita....Kita selalu mengimpikan sesuatu tetapi ada kalanya kita tidak dapat apa yang kita kehendaki. Kadang-kadang kita dapat yang sebaliknya. Malah, mungkin juga sesuatu yang diluar jangkaan kita. Percaya atau tidak, sesuatu berlaku dengan sebab...

Banyak contoh yang saya boleh rungkaikan di sini...Saya sendiri merupakan pelajar yang mengambil jurusan sains ketika di alam sekolah menengah. Dan siapa sangka, ketika di alam universiti saya berada di dalam jurusan Pengurusan Teknologi & Pejabat. Ramai yang bertanya, kenapa dari jurusan sains ke jurusan pejabat? Jawapan saya; kerana itu yang Allah beri pada saya..There are always a reasons behind everything that happens..

Pensyarah saya sendiri bercerita perihalnya sendiri ketika sesi 'ice-breaking' ketika di kelas pagi tadi...Beliau merupakan pelajar yang mendapat keputusan SPM yang tidak memberangsangkan..Dengan berkat usaha doanya, akhirnya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam pengambilan kedua jurusan Pengurusan Teknologi & Pejabat...Selepas mendapat ijazah, beliau sambung bekerja di Bank Negara dalam HR..Tidak lama selepas itu, beliau berhenti kerja dan mendapat kerja yang lain tetapi tidak lama. Beliau mendapat tawaran menlanjutkan pengajian di UK tetapi beliau menolak kerana ingin menjaga bondanya yang sakit. Setelah itu, beliau memohon bekerja sebagai pensyarah di UiTM tetapi bukan dalam jurusan HR...tetapi jurusan IT..Ramai yang bertanya, kenapa dari HR ke IT? Jawapannya, kerana itu yang Allah beri pada saya.. There are always a reasons behind everything that happens...

Begitu juga dengan abang saya yang merupakan pelajar engineer yang berkelulusan degree dari Okayama University of Science, Japan yang telah bekerja sebagai engineer ketika pulang ke Malaysia....Tetapi siapa sangka beliau hanya sempat bekerja selama 6 bulan apabila beliau mengalami kemalangan yang teruk yang hampir kehilangan kaki kanannya..Dan selepas itu, beliau tidak bekerja dan hidupnya sentiasa ditemani dengan besi yang melekat di pahanya...Ini kerana Allah yang ingin memberikannya begitu.There are always a reasons behind everything that happens...


Bukan sebab Allah ingin menjatuhkan martabat kita sebagai seorang manusia, bukan juga Allah ingin menghukum kita, bukan juga Allah sengaja menyusahkan kita...tetapi percayalah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan....Kerana Dia Yang Maha Mengetahui...


Kata orang, hidup ini bagaikan roda...Ada waktu naik dan ada waktu turunnya. Begitu juga dengan manusia. Begitu juga dengan iman. Pokoknya, kitalah yang mengawalnya, kita yang menanganinya, kitalah yang akan menghadapi seituasinya sama ada dengan menggunakan akal atau emosi, rasional atau nafsu. Kita membuat pilihan yang terbaik untuk diri. Adakalanya sesuaut yang difikirkan buruk untuk kita boleh jadi yang terbaik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Apa yang difikirkan baik untuk diri boleh menjadi bukan yang terbaik untuk kita. Kita berhak menentukannya. Ambillah masa. Renungkan. Fikirkan. Hadapi semua dugaan yang mendatang dengan tenang dan berusaha dengan penuh kesabaran dan keikhlasan supaya kita akan tersenyum pada kemudian hari :)

Bersangka baik dengan Allah


Seuntai kata untuk dirasa: Kadang-kadang kita terlupa betapa berharganya diri kita. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri kerana dirimu berharga.

2 comments:

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!