Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

16 June 2012

Cermin dirimu...begitulah jodohmu


Jodoh adalah rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Sejak kita berada di dalam kandungan ibu telah tercatat segala rezeki, kematian, jodoh dan lain-lain. Ya! Jodoh rahsia Allah. Yang telah tertulis. Tapi, berapa ramai di antara kita yang faham tentang tentang jodoh yang telah tertulis?


"Jodohkan rahsia Allah. Kenapa kau nak susah-susah carik?"

"Allah dah tentukan siapa jodoh aku. So, aku relax-relax je lah. Lambat laun jodoh aku sampailah"

"Aku pun tak tahu siapa jodoh aku. Tunggu jelah"


Sudah tentu 'si dia' masih lagi misteri. Tiba saatnya, Allah akan dekatkan 'dia' kepada kita.
Adakah kita hanya menunggu tanpa berusaha?


Apa maksud 'berusaha' di sini? Ramai yang berpendapat, mengejar cinta si dia sampai dapat. Sanggup berkorban apa sahaja. Sanggup berenang di lautan api. Tidak kisah terputus hubungan keluarga sendiri demi mendapatkan cinta si dia. Itukah maksudnya 'berusaha' dalam mencari jodoh?

Maksud 'berusaha' dalam Islam dalam mencari jodoh ialah menjadi yang SOLEH dan SOLEHAH..

Itulah usahanya! Cara yang paling selamat dan mudah untuk kita sampai padanya ialah menjadi yang soleh atau solehah. Usaha itu bukanlah mudah. Kita mestilah berusaha menjadi imam (lelaki), menyiapkan ekonomi, meneguhkan akhlak, dan melatih tanggungjawab. Jika kita berjaya menjadi si soleh atau si solehah, maka 'si dia' pun seperti itu juga. Cermin diri kita..begitulah jodoh kita.. InsyaAllah...
Ingatlah janji Allah; perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat...



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!