Tidak dapat dinafikan, sebagai seorang manusia yang normal pastinya aku turut ada impian untuk mendirikan sebuah mahligai ikatan cinta kelak. Bila dan dengan siapa? Soalan itu bukanlah sesuatu yang perlu dijawab sekarang.. Biarlah 'masa' yang akan datang dan menjawabnya. Aku yakin dia sudak tercipta untukku sama ada di dunia atau di syurga..
Wanita: Aku MENCINTAIMU kerana AGAMAMU...sekiranya HILANG agamamu, maka hilanglah cintaku padamu....
Lelaki: Cintailah aku kerana agamaku, seandainya agamaku BERKURANG kerana KELEMAHANKU dan KEKURANGANKU..maka, TEGURLAH dan PERBETULKAN aku...bantulah aku untuk terus menerus MININGGIKAN agama dalam diriku dan dalam negaraku..
Sudah tentu 'si dia' yang masih lagi misteri. Bagiku, pada akhir zaman ini, zina itu amat dekat kerana jalan-jalan zina amatlah mudah. Jadi, aku mesti menjauhkan perbuatan itu agar Allah turut jauhkan 'si dia' daripada perbuatan sebegitu..Aku tidak ragu memikirkan si soleh untuk si solehah..Tiba saatnya, Allah akan dekat dia padaku.
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Adakah aku hanya menunggu dan tidak berusaha??
TIDAK!
Inilah usahaku. Cara yang paling selamat dan mudah untuk aku sampai padanya ialah dengan berusaha menjadi SOLEHAH... InsyaAllah..
KERANA AGAMAMU AKU JATUH CINTA
Tweet
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!