Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Home About Me Beauty Travel Pet Recipe

31 May 2012

Kenangan Jambore Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010 (part 4)

**sambungan dari sini

Kitorang berpecah kepada beberapa kumpulan dan bercampur dengan para Pramuka...so, ape-ape aktiviti kitorang, kitorang akan bersama-sama dengan pramuka...Jambore ni agak santai sebab aktiviti die banyak kepada Cuti-cuti Indonesia..haha...maksud aku, kitorang banyak melawat tempat-tempat di area Sumatera Barat...aku ni dah la tak suke camp...bile dapat pergi Jambore yang aktiviti nya semua melawat tempat-tempat...lagi lah aku suke!! hahaha...

ISTANA SILINDUANG BULAN


Ini adalah Istana Silinduang Bulan...Bagi aku istana ni agak menarik sebab ade cerite tersendiri di sebalik kisah istana ni terbakar sebanyak 3 kali!! menarik kan?? Istana ni merupakan istana daulat yang dipertuankan Raja pewaris Pagaruyung terakhir yang dibina pada tahun 1950-an..Istana ni terletak di antara Batusangkar dan Pagaruyung iaitu sekitar 1km dari Istano Basa Pagaruyung dan 4km dari Batu Sangkar...Istana ni terbakar pertama kalinya akibat diserang.....Kebakaran ke-2 aku tak tahu...aku ketinggalan nak catit...Kebakaran ke-3 pada 21 Mac 2010 akibat sabotaj (polis masih menjalankan siasatan)...Ouhh..baru lagi lah ni sebab mase aku melawat sana sekitar Jun 2010....Tetapi kebakaran besar tu tak menghapuskan pusaka-pusaka utama dari kerajaan Minangkabau. Pusaka-pusaka utamanya disimpan di satu tempat di luar Istano Silinduang Bulan....Kebakaran ini menyebabkan seluruh penduduk Pagaruyung meratapi kerana ini adalah satu-satu warisan nenek moyang mereka...

Ini antara vedeo kejadian kebakaran di Istano Silinduang Bulan...






ISTANA RAJO ALAM




Ini adalah makan Raja-raja Pagaruyung yang terletak 4km dari Batusangkar...Selain terdapat 13 buah makan/kubur dan 3 batang pohon beringin, juga terdapat "Batu Kasur" iaitu batu tempat ujian bagi calon-calon Raya Pagaruyung. Di sini juga terdapat 'medan nan bapaneh' iaitu batu-batu tempat duduk bagi penghulu yang bertujuan untuk bermusyawarah mengenai persoalan adat dan masyarakat negeri...Ni aku tak tahu kubur sape yang ade kat situ aku tangkap ni..hahaha


BATU BASUREK



Situs ini merupakan tempat dikumpulkan prasasti-prasasti yang dikeluarkan Adityawarman yang dahulu ditemui di sekitar Bukit Gombak. Kumpulan prasasti tersebut ditulis dalam huruf jawa kuno dan berbahasa sanskrit serta sedikit bahasa Melayu kuno. Umumnya, isi dari prasasti tersebut berupa puji-pujian terhadap Adityawarman sebagai penganut Budha Bairawa. Berdasarkan informasi yang diperoleh, prasasti-prasasti tersebut diletakkan di Gundam Pagaruyung pada masa jajahan Belanda. 


RUMAH GADANG DATUK BANDARO KUNIANG


Rumah Gadang Datuk Bandaro Kuniang dibuat oleh Rajo Acheh Datuk Bandara Kuniang yang merupakan penghulu puak dari kelarasan Bodi Caniago Minang Kabau sehingga berhak untuk mendirikan Rumah Gadang sebagai tempat tinggal bagi anak dan sekaligus sebagai tempat  untuk bermusyawarah ataupun menyelesaikan pertikaian yang terjadi antara anak.









time ni aku kene buat demo macam mana nak main kayu ni...hahaha...best best..


baru keluar gua...




jadi flower girl mase pebarisan penutup mewakili Kontinjen Negeri Sembilan beb! Semestinya Negeri Sembilan negeri yang femes mase jambore ni sebab Negeri Sembilan ade kene mengene dengan Pagaruyung, Sumatera Barat...Minangkabau...siape tiru siape tu??  Google la sendiri yeh...So, mase perarakan Negeri Sembilan dapat sorakan paling meriah.....


Barisan Kontinjen Negeri Sembilan

**Jambore ni habis pada 12 JUN...lepas tu kitorang shopping di Bukit Tinggi, Sumatera Barat dan tiba di Malaysia pada pukul 10pagi di Subang 14 JUN 2010.....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Dah baca entri? Lepas tu komen la banyak-banyak!